Anda di halaman 1dari 6

TEMA NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN

PERNYATAAN Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan sehingga dia dianggap oleh orang kampung sebagai pemuda bodoh dan tidak berakal. HURAIAN Hafiz/Bujei menghadapi pelbagai masalah setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan nenek kesayangannya. Harun memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz yang menjadi penyebab kematian ibunya. Pandangan serong orang kampung akibat fitnah yang dilemparkan oleh bapa tirinya itu telah menjadikan Hafiz sebagai manusia abnormal. Masyarakat melihat Hafiz sebagai manusia bodoh, dungu dan tidak berakal walaupun kadang kala dia merasakan dirinya bukan seperti yang diperkatakan oleh orang lain. Hafiz juga menghadapi konflik dengan Alias yang sering memaksanya melakukan pelbagai perkara sesuka hati. Alias sering memaksa Hafiz turun ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya di dalam lumpur jika Hafiz melihat kelibatnya. Alias juga merosakkan radio yang baharu dibeli oleh Hafiz sehingga memaksa Hafiz bertindak seperti orang hilang akal. Alias akan memukul, menyepak dan menendang jika Hafiz enggan menurut perintahnya. Hafiz juga tidak mengetahui sebab Opah Arah, iaitu nenek kepada Alias sangat membencinya sehingga apa yang dibuat oleh Alias terhadap dirinya tidak dibantah oleh Opah Arah. Opah Arah menjadi sangat marah kepadanya apabila dia meminta wang ganti daripada Alias setelah dia merosakkan radio yang baharu dibelinya.

TEMA
Novel Sutera Dalam Lukisan bertemakan kemasyarakatan iaitupandangan masyarakat terhadap orang yang lemah daya pemikiran atau kurang berakal. Terdapat beberapa pandangan ahli masyarakat terhadap watak utama iaitu Bujei. Sebahagian ahli masyarakat yang menganggap Bujei bodoh. Oleh yang demikian, Bujei menjadi objek buli golongan masyarakat ini. Ia diwakili oleh Alias dan Harun. Alias menganggap Bujei bodoh dan telah mengambil kesempatan untuk membuli Bujei. Dia selalu memaksa Bujei membasahkan pakaian dan melumurkan badan dengan lumpur. Jika tidak, Alias akan memukul Bujei. Alias juga menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa memberikan upah yang dijanjikan. Demikian juga dengan Harun. Bujei takut untuk berjumpa dengan Harun kerana Harun biasa memukulnya. Namun Bujei sempat dipukul hingga pengsan. Manakala sebahagian daripada ahli masyarakat yang lain hanya melihat kewujudan Bujei sebagai seorang yang kurang berakal.Mereka melayan Bujei sebagai seorang yang kurang berakal juga. Mereka diwakili oleh Mak Som, Sidang Saman serta isterinya Mak Lamah dan Sameah. Mereka melayan Bujei seadanya dengan memberikan makan dan minum. Mereka tidak cuba menyelami apa yang ada dalam hati dan fikiran Bujei. Mereka hanya menasihati dan mengajar seperti yang dilakukan oleh Sameah. Malah Sameah tidak mahu Bujei rapat dengannya terutama setelah dia bertunang. Demikian juga dengan Mak Som dan Sidang Saman. Mereka hanya memberikan nasihat kepada Bujei sekadar yang diperlukan. Malah mereka turut sangsi apabila Adila ingin memulihkan Bujei. Satu golongan masyarakat lagi amat memahami dan menyelami perasaan Bujei. Golongan ini diwakili oleh Adila. Sesuai dengan wataknya sebagai seorang yang berpelajaran, dia dapat berfikir dan menilai Bujei. Dia sedar bahawa Bujei tidak sebagaimana anggapan orang-orang kampung. Bujei adalah manusia biasa yang normal dan berhak hidup sebagai seorang yang normal. Oleh sebab itulah dia cuba mendekati dan menyelidik latar belakang Bujei. Adila dengan ikhlas mahu menolong Bujei memulihkan imej dan keyakinan dirinya. Dia mengadakan siri pertemuan dan bimbingan di rumah Sidang Saman. Akhirnya Bujei mendapat keyakinan dan hidup sebagaimana ahli masyarakat yang lain. Dia sudah boleh berdikari.

PERNYATAAN Persoalan kasih sayang sesama manusia

HURAIAN Adila tidak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap Hafiz apabila Hafiz tidak datang berjumpa dengannya pada pagi itu. Sebenarnya Adila tidak mengetahui bahawa Hafiz demam pada masa itu. Faizal sanggup menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Adila dan cuba memujuk Adila berkali-kali supaya kembali kepadanya Fatimah tidak mengendahkan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun kerana sayang kepada Harun dan terpengaruh dengan janji-janji Harun untuk menyayangi anaknya. Sudah 2 hari Hafiz tidak meneruskan kerjanya. Berita Alias meminang Adila banyak mengganggu jiwanya. Dia seolah-olah hilang semangat, tenaga dan harapan. Dia berbisik sendirian dan bertanyakan dirinya sebab semuanya menjadi tidak kena pada dirinya. Makan, minum dan tidur semuanya terganggu. Mungkin dia menaruh hati kepada Adila Sebagai seorang insan, Hafiz merasakan dirinya seperti orang lain juga iaitu mahu perempuan mendekatinya. Pernah dia mendekati Sameah dan hidupnya menjadi bahagia tetapi sejak Sameah bertunang dia menjauhkan diri. Dia menjadi kecewa. Perasaan itu kembali semula setelah Alias meminang Adila. Dua minggu berlalu, jiwa dan perasaan Hafiz tidak tenteram lagi. Walaupun semangatnya untuk meneruskan kebunnya terus tinggi, fikirannya tidak terlepas daripada memikirkan hal Adila Hafiz tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-mainkannya dan jika Hafiz enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan. Hafiz tabah menghadapi bapa tirinya yang bertindak kasar terhadapnya. Pernah Hafiz ditumbuk, disepak dan diterajang oleh bapa tirinya itu sehingga dia pengsan kerana perbuatannya merosakkan borang yang dibawa untuk mendapatkan tandatangannya Adila tabah apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti. Adila mempersoalkan Faizal yang tidak jujur dalam perhubungan apabila Faizal memungkiri sumpah setia mereka sebelum Adila menuntut di England. Apabila pulang ke tanah air, Adila diberitahu bahawa Faizal telah berkahwin dengan orang lain. Mak Som mengajak Hafiz bersarapan di rumahnya setelah Hafiz selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit kepada Hafiz apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz. Mak Som menasihati Hafiz supaya tidak menurut arahan Alias.

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup

Persoalan kejujuran/keikhlasan dalam persahabatan Persoalan tanggungjawab membantu anak yatim

Persoalan teguh pendirian ketika membuat keputusan

Persoalan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga Persoalan kasih sayang terhadap ibu bapa Persoalan keberanian menegakkan hak

Adila enggan menerima kembali Faizal apabila Faizal memujuknya supaya kembali kepadanya kerana serik dengan perbuatan Faizal yang mengkhianati cintanya. Mereka bersumpah untuk setia sebelum Adila menuntut di England. Apabila pulang, Faizal diberitahu telah beristeri. Adila membawa diri ke kampung. Harun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga sebaliknya memaksa Fatimah menyerahkan wang kepadanya untuk berjudi Hafiz meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran walaupun badannya lemah setelah diterajang oleh Harun Sidang Saman mempersoalkan hak mana lagi yang ingin dituntut oleh Harun kerana tanah dusun masih lagi nama arwah ayah Hafiz dan tapak rumah telah dijual oleh Harun. Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya menyebabkan muka Harun merah padam Hafiz dengan tegas dan berani meminta radio yang telah diambil oleh Alias. Hafiz amat menyayangi radio tersebut kerana ia baharu dibeli. Ketika Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu dan membuang lumpur pada baju Harun, tiba-tiba penumbuk Harun singgah di perutnya sehingga Hafiz terjatuh. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri. Opah Arah datang ke rumah Hafiz dan memaki hamun Hafiz dan Sidang Saman yang menyebelahi Hafiz. Opah Arah ingin menerkam ke arah Hafiz tetapi dihalang oleh Sidang Saman. Alias menyerahkan baki RM30 kepada Hafiz. Alias sempat menyepak Hafiz ketika Hafiz mengutip wang di atas tanah dan Hafiz sempat menerkam ke arah Alias yang sedang menghidupkan enjin motor. Alias terjatuh dan motor menghempapnya. Opah Arah terus memaki Hafiz. Hafiz akhirnya mampu membaca dan berdialog tentang bahan bacaannya. Sungguhpun pendapat dan fikirannya masih lagi dangkal, namun Adila kagum dengan daya bahas yang timbul hasil daripada setiap perbincangan. Hafiz sudah bersih dan tiada lagi bau hamis. Rambutnya disikat kemas dan pakaiannya sudah kemas. Perlakuannya sudah teratur. Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah Hafiz sudah sepuluh tahun. Dia menyedari bahawa urusan jual beli tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia duduk di tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya. Walaupun Adila pada mulanya takut melihat kelibat Hafiz, tetapi akhirnya telah memilih Hafiz menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji untuk bersama sebelum Adila melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi Faizal akhirnya berkahwin dengan orang lain Adila merasakan bahawa dia mampu mengubah keperibadian Hafiz. Adila

Persoalan kekejaman bapa tiri

Persoalan dengki dan dendam dalam masyarakat

Persoalan keperluan berubah ke arah positif

Persoalan kejujuran menguruskan harta anak yatim

Persoalan jodoh pertemuan di tangan tuhan

Persoalan keluhuran hati

mampu mengubah keperibadian seseorang Persoalan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan Persoalan hormatmenghormati sesama manusia Persoalan membantu seseorang tanpa melihat sifat individu

ikhlas membantu mengubah keperibadian Hafiz dan akhirnya Hafiz berubah menjadi seperti manusia normal Perbuatan Alias ingin menggunakan ubat pengasih bagi memikat Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya itu, iaitu Alias menjadi tidak siuman Adila melihat Hafiz seperti manusia biasa yang perlu dihormati seperti orang lain. Oleh sebab itu, Adila tidak memanggil Hafiz dengan nama Bujei tetapi memanggil Hafiz dengan nama sebenar. Adila merasakan bahawa dia mampu mengubah keperibadian Hafiz. Pada Adila, Hafiz menjadi sedemikian kerana pengaruh persekitaran. Adila melihat Hafiz mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi.

Latar Masyarakat 1. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik. Contoh: Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu. 2. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan. Contoh: Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun 3. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Contoh: Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuknya untuk membeli kereta. 4. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama. Contoh: Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Sameah. 5. Masyarakat pendendam Contoh: Melihat Bujei kembali bersama Adila, kemarahannya makin menjadi. Dia makin berdendam dengan Bujei

Anda mungkin juga menyukai