Anda di halaman 1dari 2

SEJAUH MANAKAH PENGARANG MENGGUNAKAN PENGEMBARAAN WATAK

MARLOW UNTUK MENYAMPAIKAN PEMIKIRANNYA DALAM NOVEL DURJANA DI


HATI

Watak merupakan sebuah medium yang digunakan oleh pengarang untuk


meyampaikan pemikirannya untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah novel.
Dalam novel Durjana Di Hati, Marlow merupakan watak utama dalam novel
tersebut. Marlow memainkan peranan sebagai pemerhati, memerhati suasana
dan kejadian yang berlaku disekelilingnya. Sifat Marlow yang sering memerhati
dan mentafsirkan keadaan membuatkan dirinya sesuai untuk dijadikah sebagai
medium untuk menyampaikan pemikiran Joseph Conrad.
Joseph Conrad merupakan seorang penulis yang membenci budaya
kolonial yang dijalankan oleh bangsa dan kuasa Eropah. Dia sering mengritik
tindakan bangsanya yang kononnya datang ke bumi afrika untuk
mentamadunkan orang disebalik bendera syarikat yang dibawa mereka.
Setibanya Marlow di Stesen Pertama, Marlow melihat masyarakat Afrika
digunakan sebagai pekerja untuk membantu syarikat menjalankan aktiviti
perniagaan. Warganegara Afrika diklasifikasikan sebagai pemberontak, dan
mereka dikerah untuk melakukan kerja keras, walaupun pada hakikatnya mereka
digunakan sebagai hamba untuk mengaut keuntungan dari bumi mereka
sendiri.Ini jelas menunjukkan penindasan yang dilakukan oleh pihak Eropah yang
brleluasa pada zaman itu.
Setibanya di Stesen Ketiga, Marlow tiba di hadapan rumah Kurtz. Semasa
Marlow sedang berbual dengan pedagang Rusia, dia memerhati kawasan rumah
itu dengan menggunakan teropongnya. Dia terlihat sesuatu yang menakutkan,
iaitu kepala-kepala rakyat tempatan yang dipenggal diletakkan di atas sebuah
batang kayu dan dipacakkan di atas tanah. Ini telah sedikit sebanyak
membongkarkan kegiatan durjana yang dilakukan oleh golongan penjajah di
Congo.
Setelah berjumpa dengan Kurtz yang sedang sakit tenat, Marlow ingin
mebawanya pulang ke tanah airnya. Namun, pada waktu malam, Marlow terjaga
dari tidur, dan mendapati bahawa Kurz idak ada di dalam biliknya. Apabila
Marlow keluar untuk mencari Kurtz, dia terlihat kesan seorang manusia cuba
melarikan diri menerusi semak. Dia mengikuti kesan yang ditinggalkan itu lalu
berjumpa dengan Kurtz. Kurtz ingin melarikan diri , tetapi Marlow tetap bertegas
untuk membawanya pulang. Menerusi babak ini, amatlah jelas sekali bahawa
Kurtz telah hilang ketamadunan bangsanya, walaupun pada asalnya dialah yang
bertanggungjawab untuk mentamadunkan bangsa Afrika.
Hari demi hari, kesihatan Kurtz makin teruk. Keadaan Kurtz yang nazak
sewaktu berlayar di atas kepal telah memberi pembaca pencerahan tentang
kegiatan-kegiatan durjana yang telah dilakukan oleh Kurtz sewaktu dia
bermaharajalela di Congo. Marlow memerhati Kurtz di dalam biliknya. Kurtz
menjerit dahsyat! Dahsyat! , seolah seolah mengenangkan apa telah dia lakukan
terhadap penduduk Afrika pada waktu itu. Pengarang ingin menunjukkan bahawa
setiap perkara buruk yang dilakukan pasti akan mempunyai pengakhiran yang
setimpal.

Akhirulkalam, Marlow memainkan peranan yang dinamik sebagai watak


utama yang menghidupkan jalan cerita Durjana Di Hati dengan menyampaikan
pemikiran pengarang menerusi ekspidisinya ke benua Afrika dari Eropah.

Anda mungkin juga menyukai