Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera,saya Yoshini dari kelas 1 Harmoni.

Pada hari ini saya akan memberitahu


sebuah cerita yang bertajuk “PENUNGGU KG. KEBAYAN”.Pada zaman dahulu, terdapat
sebuah kg yang bernama kampung kebayan yang dikenali sebagai kampung berhantu.Hal ini
diketahui semenjak kematian anak perempuan ketua kampung “Zanita”.Zanita merupakan
seorang gadis yang sombong,tidak mahu mendengar cakap ibubapa dan seorang berani
memcuba.

Kawan-kawan,terlebih dahulu biar saya cerita kisah Zanita.

Pada suatu malam jumaat,Zanita berjalan hendak ke rumah kawanya ,Adila.Didalam


perjalanannya,Zanita terdengar bisikan halus yang memanggil namanya Zanita…. Zanita.

Zanita berasa sangat takut.Dia menyesal kerana tidak mendengar cakap bapanya yang
melarangnya untuk pergi pada waktu malam.Tetapi Zanita tetap berkeras untuk pergi ke rumah
kawanya ,Adila .

Sesampai sahaja di halaman rumah Adila,Zanita terlihat seorang perempuan mendukung bayi di
hadapan rumah Adila.Wanita itu berambut panjang,berpakaian putih,berwajah putih dan bergigi
taring ,wanita itu menyanyi sambil mendodoi seorang bayi.

Tubuh Zanita mula menggigil melihat wanita itu dan berasa amat takut.Zanita terus lupa hasrat
pergi ke rumah kawanya Adila dan ingin pulang.Apabila dia berpaling wanita itu sudah berdiri
dihapannya.

“Ke mana kamu nak pergi ?” kata wanita itu dengan suara yang menyeramkan

“A…A..A..ku mahu pulang ke rumah” jerit Zanita dengan suara ketakutan.

“Malangnya kamu tidak dapat pulang,ha..ha..haha..”ketawa wanita itu lalu menggigit leher
Zanita meggunakan gigi taringnya.Tubuh Zanita berlumuran darah..

Pada keesokan harinya,lebih kurang jam 6 pagi,Adila bangun dari tidur dan membuka jendela
DIA amat terperanjat melihat Zanita terbaring di hadapan rumahnya dengan berlumuran darah.

Tanpa membuang masa dia terus mengejukan ibu dan ayahnya yang masih tidur.

Ayah dan ibu Adila terkejut melihat Zanita berlumuran darah dan terus menyuruh Adila pergi ke
rumah Zanita meberitahu perkara itu kepada ibu dan ayah Zanita.

Sesampai sahaja di hadapan rumah Zanita,Adila pun menceritakan perkara yang berlaku ke atas
Zanita kepada ibu bapanya.Ibu bapa Zanita terkejut mendengar berita itu dan terus pergi ke
rumah Adila.

Sesampai di rumah Adila ibu Zanita terus menerus menitiskan air mata penuh kesedihan melihat keadaan
mayat anaknya yang menyayat hati itu.Pada hari itu mayat Zanita selamat dikebumikan.Setelah Setelah
beberapa minggu kejadian itu berlaku,ayah Zanita merancang untuk menghapuskan pembunuh
anaknya itu.Beliau tahu perbuatan itu bukanlah perbuatan manusia biasa tetapi perbuatan iblis. Dengan
itu dia pun memohon pertolongan daripada Ustaz zam yang alim lagi warak dikampung itu.

Pada malam Jumaat setelah sebulan kematian Zanita, dengan beraninya Adila berseorangan berjalan
menuju ke kebun ayahnya. Sedang dalam perjalanannya, tiba-tiba ada seorang wanita
berambut panjang mendukung bayi menghadang jalan dihadapannya. Adila ketakutan dan berteriak
meminta tolong. Lantas Pak Haji Zamyang sudah ada di sana melaungkan azan dan membaca ayat-ayat
suci Al-Quran.

Wanita tersebut mengigil ketakutan dan dengan perlahan-lahan tubuhnya terbakar hangus dan
meninggalkan bau hanyir dan meloyakan.kawan-kawan, cerita saya tadi hanyalah rekaan semata-mata
tiada berkaitandengan yang hidup atau yang mati.

Namun dari cerita tadi, kita boleh mendapat beberapa pengajaran iaitu :1.Kita harus mendengar
cakap ibu bapa dan mesti senti asa mendengar nasihat mereka.2.Sikap berani itu memang
baik tapi biarlah berani dengan ti dak membuat tuli .3.Kita sebagai manusia mesti lah
senti asa berbuat baik, meminta ampun dan sembah kepada Tuhan yang maha esa.

Anda mungkin juga menyukai