Anda di halaman 1dari 11

Kolej Vokasional Tanjung Puteri

Folio : Cerpen Pahlawan Buntung

Nama : No.K/P : Tahun : 2 Tek.Elektronik / 2014 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Sinopsis
Khalid telah bertemu kembali dengan Pak Husain yang berkaki kudung. Pertemuan itu menyebabkan Khalit mengingat kembali kepada kisah lampau yang berlaku ketika tentera Jepun mendarat di Pengkalan Chepa. Khalid memberitahu ayahnya sudah meninggal dunia setahun yang lalu. Khalid terkenang peristiwa 34 tahun dahulu, sebelum dia bersama keluarganya telah berpindah ke kota. Ketika tentera Jepun mendarat di Kelantan, Pak Husain berusia 30 tahun dan Khalid berusia 14 tahun. Mereka tinggal di Kampung Pulau Pak Amat. Tentera Jepun mendarat dan membunuh askar-askar Punjabi. Pak Husain telah mengarahkan keluarga Khalid dan penduduk kampung berpindah. Mereka mengekori langkah Pak Husain dari belakang sehinggalah mereka ditinggalkan di selekoh batas. Suasana ketika itu sangat mencemaskan kerana bedilan senapang dan letupan bom berlaku di mana-mana. Ketika mereka mahu menaiki perahu, sebuah ledakan jatuh di depan mereka. Rumah Mak Esah terbakar. Mak Esah dan anaknya telah menjadi korban tentera Jepun. Perahu bergerak pantas sebelum diserang oleh tentera Jepun. Dalam keadaan kelam-kabut itu mereka mendapati Pak Husain tiada bersama-sama mereka. Penduduk kampung berkumpul di Kampung Dal. Khalid dan rakan-rakannya menyeberangi sungai Pangkalan Cepa. Mereka mendapati Pangkalan Cepa sudah terbakar. Mereka kemudiannya pulang semula ke Kampung Dal. Ketika itu Pak Husain ada bersama-sama. Pak Husain menceritakan punca kehilangannya. Dia telah ditahan oleh tentera Jepun dan menyuruhnya menggali kubur besar untuk menanam mayat mangsa perang yang terbunuh. Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, rompakan sering berlaku. Pak Husain telah menembak perompak tersebut yang masih di dalam perahu dengan menggunakan senapang yang diambil daripada mayat askar Punjabi. Pada satu pagi, Pak Husain terkena letupan bom peninggalan perang. Beliau tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Kota Bharu. Kaki Pak Husain dipotong. Kisah silam terputus dan kini Khalid berhadapan dengan Pak Husain. Khalid menjemput Pak Husain ke rumahnya di Jalan Bayam, tetapi Pak Husain menolak kerana dia mahu ke Padang Bemban, rumah cucunya.

Tema
Perang meninggalkan kesan yang buruk secara fizikal dan mental terhadap mangsamangsanya. Khalid masih teringat akan peristiwa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku. Pak Husain pula menderita akibat terkena bom peninggalan perang Dunia Kedua.

Persoalan
Persoalan tentang sikap bertanggungjawab seorang individu yang melindungi orang lain sehingga menyebabkan dirinya menderita. Pak Husain sanggup bersusah payah menyuruh penduduk kampung berpindah tetapi beliau sendiri ditahan oleh tentera Jepun. Persoalan tentang kekejaman pihak yang mahu berkuasa dengan menggunakan kekerasan. Pihak tentera Jepun mendarat di Pengkalan Chepa dan membunuh askar Punjabi. Persoalan tentang budi baik orang yang berjasa tidak akan dilupakan. Khalid tetap mengenang jasa baik Pak Husain menyelamatkan mereka ketika serangan tentera Jepun. Persoalan tentang penderitaan yang terpaksa diharungi ketika peperangan berlaku. Kematian dan kecederaan ialah perkara biasa yang harus dihadapi oleh mangsa perang.

WATAK & PERWATAKAN


Pak Husain Watak : Berusia 60 tahun Anak jati Kampung Pulau Pak Amat Berbadan tegap sasa dan digilai oleh banyak gadis di kampungnya sewaktu muda. Pernah bekerja sebagai nelayan sebelum kakinya terpaksa dipotong setelah terpijak bom. Bermisai tipis seperti kapas dan berjanggut jarang-jarang. Bertongkat kayu kerana kaki kirinya terpaksa dipotong.

Perwatakan : Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi Bijak mengatur strategi apabila mengarahkan penduduk kampung berpindah ke Kampung Dal sebelum hari cerah. Bijak membuat helah iaitu berjaya melepaskan diri daripada tawanan askar Jepun dengan memberikan alasan mahu membuang air besar. Berani membedil sekumpulan perompak yang cuba merompak rumah Pak Ngah Isa. Sanggup berkorban dan menggadaikan nyawa demi mempertahankan kampungnya.

Khalid Berumur 46 tahun Anak jati Kampung Pulau Pak Amat Menetap di Jalan Bayam Ayahnya bernama Pak Hassan Mempunyai 2 adik-beradik iaitu Salim dan Fatimah Menghargai Jasa Pak Hussain yg telah menyelamatkan penduduk kampung Mengagumi keberanian Pak Hussain Mak Bidah Isteri Pak Hussain Sayang akan suaminya Bertanggungjawab apabila memandikan dan membersihkan suaminya yang bermandikan darah.

Latar
Latar Tempat Di rumah khalid Pulau Pak Amat Di Kampung Dal Tuk Lukup, Sungai Gali, Pulau Tukang, Dolah, Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Ketereh , Dasar dan Sabak. Latar Masa Tahun 1973-1941 Waktu malam, ketika Khalid dan keluarganya terdengar bunyi bedilan bom. Awal pagi/subuh, ketika Pak Hussain pergi ke rumah keluarga Khalid dan mengarahkan ayah Khalid untuk membawa keluarganya berpindah. Siang, ketika askar Jepun mengarahkan pak Hussain menguburkan mayat askar Punjabi. Latar Masyarakat Masyarakat Melayu yng tinggal di perkampungan di tepi laut dan tepi sungai. Masyarakat yang menjadi mangsa peperaangan Masyaraakt melayu yang saling bekerja sama dalam menghadaapi susah dan senang Masyarakat penjajah yang bertindak kejam terhadap penduduk kampung. Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan

Plot
PERMULAAN Watak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara. Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan. Mereka bertanya khabar.. Mereka memang sudah lama tidak bertemu iaitu kira-kira 30 tahun.

Perkembangan Khalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum. Khalid menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.

Perumitan Ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa terlalu takut lalu memelukm erat ibu mereka. Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki perahu untuk menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah. Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak Husain tiada dalam kumpulan mereka. Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya. Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-mayat ke dalam lubang besar tersebut.

Puncak Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak.

Peleraian Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka. Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa. Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung.

Nilai
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Keberanian Keprihatinan Setiakawan/kesetiaan Kebijaksanaan Kasih Sayang Tanggungjawab Berhemah Tinggi

Pengajaran
Kita mesti berani mempertahankan hak milik kita dari dirampas oleh orang lain. Kita mesti prihatin akan keadaan orang lain dan tidak mementingkan diri. Kita mesti sayang akan negara dan sentiasa mengenang hari bersejarah negara kita Kita mesti bijak menggunakan akal untuk mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi. Kita mesti menghargai jasa generasi tua yang telah bergadai nyawa mempertahankan keselamatan rakyat.

10

Tamat
-SayonaraAssalammualaikum.....

11

Anda mungkin juga menyukai