Anda di halaman 1dari 10

Latihan KOMSAS - Cerpen

SET 1 PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam keadaan kami diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa, tiba-tiba Pak Husain menjongol dalam
lingkungan kami di Kampung Dal. Tiap-tiap kami berasa bahawa kehadirannya bersama-sama cerita yang
dibawanya, tanpa disedarinya telah memanjatkan gelaran `pahlawan` kepadanya. Ceritanya begini:

Waktu kami akan berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Husain dalam perjalanan kerana memeriksa barang-
barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang tentera Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh
berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu. Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Husain menguburkan
mayat-mayat tentera dan orang mati. Ketika beberapa orang Jepun itu mahu mencari orang-orang kampung, Pak
Hussain menyatakan semuanya sudah lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat daripada sikapnya yang berani itu,
Jepun tidak turun ke pengkalan. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar. Mayat-mayat yang berpuluh-puluh
(di pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh
badannya. Dia seorang diri. Hingga menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun),
dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar. Ketika itulah dia
mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Hussain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia
berjalan kaki ke Sungai Gali.

(i) Apakah perkara-perkara yang terpaksa dilakukan oleh Pak Husain setelah bertembung dengan tentera Jepun.?
[2 markah]

Menguburkan mayat tentera dan orang mati.

Menguburkan berpuluh-puluh mayat seorang diri.

Gali kubur besar.

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengenang jasa pahlawan seperti Pak
Hussain? Berikan tiga usaha. [3 markah]

Menulis jasa-jasa pahlawan seperti Pak Husain dalam bentuk media cetak dan media elektronik.

Memberikan pingat dan anugerah.

Memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan

Mengadakan satu pertubuhan atau persatuan

Mewujudkan satu pertempatan untuk pahlawan yang cedera

(iii) Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua latar tempat lain yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]

Dua latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen

Di pantai Pak Amat untuk menguburkan berpuluh-puluh mayat

Sungai untuk ke Kampung Tuk Lukup semasa melarikan diri

Sungai Gali semasa melarikan diri

Dua latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.
Kampung Dal tempat penduduk Kampung Pulau Pak Amat menumpang semasa perang

Pulau Tukang Dolah kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun

Pulau Panjang -kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun

Pengkalan Cepa kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun

Di dalam perahu apabila penduduk kampung tersedar Pak Husain tiada dalam perahu.

Di kota semasa pertemuan Khalid dan Pak Husain untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

__________________________________________________________________________________________
________

SET 2 PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera
Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah
menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah!

Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut.
Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi,
di Dasar,di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya
selain kami penghuni asli kampung Pak Amat.

Pak Husain telah menyelamatkan kami!

Kisah Pak Husain tidak berakhir di situ sahaja. Ketika Jepun menyerah pada tahun empat puluh lima, waktu itu
rompakan menjadi-jadi. Rompakan berlaku di Tuk Lukup. Berlaku di Sabak. Berlaku di Pengkalan Datu. Awan
ketakutan berkembang hitam di tiap-tiap buah kampung yang agak terpencil. Ketika pendaratan perompak di
Kampung Pak Amat, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu. Senapangnya
yang diambil daripada seorang askar Punjabi yang telah mati (waktu dia menguburkan mayat-mayat mereka
pada permulaan perang), telah dipergunakan buat pertama kali. Bedilannya itu telah menyelamatkan rumah Pak
Ngah Isa. Menyelamatkan semua orang kampung. (Akhirnya Pak Husain menyerahkan senapang itu kepada
kerajaan apabila semuanya normal).

(i) Berikan dua tindakan Pak Husain yang telah menyelamatkan orang kampung. [2 markah]

Keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun

Membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu

(ii) Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme
dalam diri pelajar? Kemukakan tiga cadangan anda. [3 markah]

Belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat berbakti kepada negara

Menghormati lambang-lambang kebesaran negara

Membaca lebih banyak buku sejarah tentang pejuang-pejuang negara

Mengharumkan nama negara dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah

Tidak terlibat dengan gejala sosial


Melawat tempat-tempat bersejarah

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen. [4 markah]

Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan

Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun dengan membohongi merekatentang
penduduk Kampung Pak Amat

Satu nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Nilai kasih sayang. Mak Da menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.

Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada
askar Jepun.

Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain sanggup menggunakan tongkat kayu untuk pergi menghadiri temasya
sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota kerana cinta akan negara.

Nilai kerjasama. Penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada
serangan askar Jepun.

__________________________________________________________________________________________
________

SET 3 PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Husain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup.
Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali.

Semua askar Punjabi mati. Kubu Kuala Pak Amat jatuh. Juga di Dasar dan Sabak.Jepun berada di mana-
mana.

Suara Pak Husain sangat lemah. Dia sudah dimandikan oleh Mak Bidah. Darahnya sudah dicuci. Tetapi
semangat Pak Husain sudah hilang. Dia menjadi takut-takut. Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja
yang dilihatnya sebagai tentera Jepun. Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya.
Kwong yang menyerobot ke dalam perasaan Pak Husain sangat membimbangkan kami. Beberapa malam
berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain. Dia mesti dijaga. Dia yang bertanggungjawab
dalam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang
di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain
membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah!

Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut.
Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi,
di Dasar,di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya
selain kami penghuni asli kampung Pak Amat.

(i) Nyatakan keadaan Pak Husain setelah berjaya melarikan diri daripada tentera Jepun. [2 markah]

Dia menjadi takut-takut.

Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun.

Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya.


(ii) Pada pendapat anda, apakah bantuan yang akan anda berikan untuk mengembalikan semangat Pak Husain?
[3 markah]

Menemaninya dengan selalu berada di sisinya dan tidak meninggalkan Pak Husain keseorangan.

Membacakan di telinganya dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Berbual-bual dengannya supaya dia dapat melupakan peristiwa hitam tersebut.

Memanggil orang yang pandai mengubat secara tradisional untuk memulihkan semangat Pak Husain

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen. [4markah]

satu pengajaran yang terdapat dalam petikan:

Kita mestilah berani bertindak untuk menyelamatkan nyawa. Pak Husain berani membohongi tentera Jepun
untuk menyelamatkan orang kampung.

Satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Kita hendaklah mengenang jasa seseorang yang banyak berbudi kepada bangsa dan tanah air. Contohnya,
penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengenang jasa Pak Husain dan memanggilnya sebagai `pahlawan`.

Kita hendaklah tabah menghadapi kesulitan dan keperitan hidup. Penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah
menghadapi kesulitan dan keperitan sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak
Amat bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun.

__________________________________________________________________________________________
________

SET 1 (Pungut / Zahara / Yap Siew Hong))

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah
menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akansehari
suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan
najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi nama
gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah
hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut doktor, semasa Pungut
masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup
lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, tetapi kuasa
Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan
berkuasa atas segala-galanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang yang sihat, orang kaya,
semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati.

Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, fikir Mak Timah.

Mungkin Tuhan nak banyakkan dosa aku, fikir Mak Timah lagi.

Pungut telah dimandikan. Kini tiba masa untuk memberinya makan. Semasa menyuapkan Pungut, Mak Timah
terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun yang lalu.

i. Berikan maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran. [2 markah]


Maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran ialah sepanjang hari Pungut tidak dibersihkan daripada najisnya
sendiri.

ii. Gambarkan keadaan diri Pungut semasa kecil. 3 markah]

bentuk fizikal Pungut sangat kecil, sangat halus.

seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil.

Jantungnya kecil

Perutnya kecil

iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan dua nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam cerpen. [4 markah]

Dua nilai kemanusiaan daripada petikan ialah :

nilai nilai kasih sayang.

Contohnya Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkan Pungut. Dengan termengah-mengah, Mak
Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa.

nilai bertanggungjawab.

Contohnya walaupun Mak Timah sakit tetapi dia tetap menjaga Pungut.

Dua nilai daripada cerpen ialah:

nilai simpati.

Contohnya Bibik simpati terhadap Pungut dan menyerahkan Pungut kepada Mak Timah.

Nilai lain ialah nilai kerajinan.

Contohnya Mak Timah setiap hari membersihkan dan memandikan Pungut.

SET 2 (Pungut / Zahara / Yap Siew Hong))

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bibik sebelah rumah, jiran Mak Timah tergesa-gesa datang ke rumahnya. Dari wajah Bibik jelas kelihatan rasa
cemas dan penuh kesedihan. Mak Timah dan anak-anak sedang enak menggoreng pisang.

Mengapa Bik? Mak Timah bertanya.

Siew Lan, jawabnya lambat.

Mengapa Siew Lan? Tanya Mak Timah lagi, sementara mulut anaknya Katijah dan Munah melopong melihat
Bibik.

Siew Lan sudah beranak, jawab Bibik.

Huh, baguslah! Anak apa, jantan ke betina? Tanya Mak Timah lagi.

Mana ada jantan, betina. Ini bukan kucing, jawab Bibik sedikit sinis.

Perempuan, kita orang tak begitu suka anak perempuan, lagi-lagi yang ini, kata-kata Bibik terhenti.

Mengapa yang ini? Kenapa? Mak Timah ingin tahu.


Kecil, dua paun setengah, macam buah betik. Doktor tahan dekat hospital, tak kasi balik, Bibik memberi
keterangan lanjut.

Dulu, belum dia beranak, kita pergi tengok datok. Kata datok ini anak tak guna, bawa sial. Sekarang Siew Lan
susah hati, Bibik memberi keterangan lanjut.

Mana datok Bibik pergi tengok? Mak Timah bertanya ingin tahu.

Itu kita punya loktanglah. Kita punya bangsa itu macam, anak belum beranak kita pergi tanya datok, tengok dia
punya nasib, ada baik atau sueh, Bibik memberi keterangan lanjut. Mak Timah hairan melihatkan cara
kehidupan Bibik, bernujum dan berdatok.

(i) Apakah berita yang disampaikan oleh Bibik kepada Mak Timah? [ 2 markah]

Siew Lan sudah bersalin

Anaknya perempuan

Anaknya ditahan di hospital

Anaknya kecil

Siew Lan susah hati.

(ii) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan-keistimewaan yang boleh disediakan kepada golongan orang
kurang upaya. [3 markah]

Menyediakan laluan khas

Menyediakan tempat duduk khas di dalam kenderaan awam

Kemudahan tempat letak kereta khas

Kemudahan tandas OKU

Pekerjaan yang sesuai.

Potongan harga untuk semua urusan perkhidmatan

(iii) Nyatakan dua pengajaran daripada petikan dan dua lagi pengajaran daripada cerpen. [4 markah]

Pengajaran daripada petikan;

Kita janganlah mempercayai perkara yang karut/tahyul. Contohnya Siew Lan mempercayai bahawa anak
yang cacat akan membawa sial.

Kita hendaklah mengasihi anak sendiri. Siew Lan sanggup memberikan anaknya kepada Mak Timah untuk
dipelihara apabila menyedari anaknya cacat.

Pengajaran daripada cerpen;

Kita hendaklah simpati terhadap orang kurang upaya. Mak Timah sanggup menjaga Pungut dengan baik
walaupun Pungut anak angkat dan cacat.

Kita hendaklah saling membantu sesama jiran. Mak Timah membantu Siew Lan dengan menjadikan Pungut
sebagai anak angkatnya.

__________________________________________________________________________________________
____________

SET 3 (Pungut / Zahara / Yap Siew Hong))

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat. Buat susah-susah mak pelihara si Pungut tu, apa dapat? Kalau anak
orang lain, dah besar dah boleh kerja, dah boleh bantu bayar duit air, duit api. Pilu hati Mak Timah mendengar
pendapat anak lelakinya tentang Pungut. Mak Timah hairan dengan sikap orang sekarang. Semuanya mengira
duit, semuanya mahu untung, tidak mahu rugi. Pelihara anak mahu balasan. Orang sekarang, fikir Mak Timah,
tidak seperti orang dahulu, memelihara anak ikhlas, menolong orang ikhlas, kerana Allah. Entahlah apa hendak
jadi dengan orang sekarang ini? Setiap kali anak lelakinya mengeluarkan cadangan untuk menghantar Pungut ke
rumah kanak-kanak cacat, Mak Timah akan menjawab, Bila aku dah mati, hantarlah dia ke mana kau suka,
apabila aku dah tak ada nanti. Selagi aku hidup ini, biarlah aku pelihara,selagi aku terlarat. Dah dua empat
tahun pun aku pelihara dia, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia. Aku hanya minta pada Tuhan
biarlah Pungut mati dulu sebelum aku mati, biar dia tak susahkan kau orang lagi. Itulah jawapan Mak Timah
apabila terjadi pertengkaran dengan anak lelakinya. Anak lelakinya akan diam, tidak memberi sebarang
cadangan apabila Mak Timah menyebut tentang mati.

i. Jelaskan maksud selagi aku terlarat. [2 markah]

Maksud selagi aku terlarat ialah Semasa Mak Timah masih mampu /terdaya / bertenaga

ii. Jika anda mempunyai adik-beradik yang cacat, apakah yang wajar anda lakukan. [3 markah]

Mengajarnya menguruskan diri/berdikari

Melayannya sama seperti keluarga yang lain

Bersabar dengan kerenahnya

Mencadangkan kepada ibu bapa untuk dihantar belajar di sekolah khas untuk OKU.

iii. Huraikan satu sikap Mak Timah daripada petikan dan satu sikap Mak Timah darpada cerpen. [4 markah]

Sikap Mak Timah daripada petikan;

Penyayang menyayangi Pungut dan tidak membenarkan Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat.

Seorang yang ikhlas memelihara Pungut walaupun cacat.

Sikap Mak Timah daripada cerpen;

Mudah simpati simpati terhadap nasib Pungut yang didisihkan oleh ibu kandungnya.

Bertanggungjawab- bertanggungjawab memelihara Pungut yang tiada sesiapa inginkannya.

__________________________________________________________________________________________
_________

Set 1 (Cerpen : Idola)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat

anda sendiri.

Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya
penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero, bidik si penjaga
panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita
yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala
yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan
kejantanan.

Malam semakin merapat ke pagi, bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang
dibisikkan itu. Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit
dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana?

Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya.


Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan.
Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya untuk menyusun
hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah
bahagianya anak isteriku, wahai kerusi! Aku aku sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi hero, namun
aku merasakan kamu seperti mengejek dan menyorakku. Alangkah sadisnya kenyataan ini.

(a) Berikan maksud menampilkan kejantanan? [2 markah]

Mempamerkan sifat-sifat kelelakian

(b) Pada pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki kedaifan hidupnya? [3
markah]

Melakukan kerja sampingan

Belajar lagi sambil bekerja untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik

Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati seperti lakonan

(c) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]

Nilai dalam petikan:

Amanah : si penjaga panggung mengemas panggung dan menyusun kerusi sebaik sahaja persembahan tamat
pada setiap malam.

Nilai dalam keseluruhan cerpen:

Bertanggungjawab : si penjaga panggung bertanggungjawab menjaga panggung

Berbangga dengan kebolehan diri sendiri : hero menasihati si penjaga panggung supaya berbangga dengan
kebolehan dirinya sendiri

Merendah diri : hero tidak sombong walaupun sering dipuji oleh penonton

__________________________________________________________________________________________
_________

Set 2 (Cerpen : Idola)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu petang, si penjaga panggung datang ke panggung meskipun dia tidak bertugas pada waktu itu, hanya
bertugas pada waktu malam. Kedatangannya itu semata-mata didorong oleh keinginannya untuk bersemuka
dengan si hero (memang saban petang para pelakon menjalankan latihan kerana pada sebelah malamnya harus
menjayakan sandiwara).

Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai
menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati
si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu.

Memang hebat lakonan saudara.

Biasa saja, sambut si hero, merendah diri. Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam
kehidupan yang sebenarnya.

Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero.

Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya
menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu,
sambung si hero.

Tapi tapi saudara memang benar-benar hebat. Err maksud saya, hebat sebagai pelakon.
(a) Apakah tujuan si penjaga panggung datang ke panggung walaupun dia tidak bertugas waktu itu? [2 markah]

Untuk bertemu dengan si hero

(b) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang hero sering dikagumi oleh para penonton? [4 markah]

Hero itu seorang yang gagah

Hero itu seorang yang baik hati

Hero itu seorang yang tampan

Hero sering berjaya menumpaskan kejahatan

(c) Huraikan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan si hero yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Perwatakan yang terdapat dalam petikan:

Merendah diri : hero menganggap lakonannya tidak seberapa dan tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung

Perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:

Berbakat : hero berbakat besar dalam lakonan sehingga dikagumi para penonton

Amanah : si hero menjaga mutu lakonannya kerana sedar pengarah memberi kepercayaan kepadanya

__________________________________________________________________________________________
_______

Set 3 (Cerpen : Idola)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat

anda sendiri.

Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan
sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada
seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak. Hindarilah diri saudara daripada menjadi lalat dan
gagak, saudara.

Si penjaga panggung terus melongo.

Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?

Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.

Sudahlah, saudara. Kembalilah kepada diri sendiri. Kehidupan di luar panggung lebih menuntut perjuangan
yang sesungguhnya. Lupakanlah kehidupan di dalam panggung ini. Kehidupan di sini hanya sementara. Saya
saya sendiri tidak akan selamanya memegang watak hero. Lambat-laun kehidupan saya di atas pentas ini akan
berakhir jua. Sebenarnya saya lebih terkesima pada kehidupan di luar panggung, bukan di dalam panggung ini.

Si penjaga panggung terus mengangguk-angguk.

Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara dapatkan daripada saya?

Err . Tidak ada apa-apa. Saya saya cuma mengagumi saudara.

Saudara ingin menjadi seperti saya yang selalu diberi kepercayaan memegang watak hero?

(a) Apakah nasihat si hero kepada si penjaga panggung? [2 markah]

Kembali kepada diri sendiri


Kehidupan di luar panggung menuntut perjuangan

Kehidupan di panggung hanya sementara

(b) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pelakon yang sering menjadi idola kepada para penonton? [4
markah]

Meningkatkan mutu lakonan

Menjaga tingkah laku

Menjaga penampilan diri

Menjaga disiplin diri

Mematuhi peraturan kerja

(c) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan
cerpen. [3 markah]

Pengajaran dalam petikan:

Kita hendaklah menghargai diri sendiri dan mempunyai jati diri yang kental. Sebagai contoh ...

Pengajaran dalam keseluruhan cerpen:

Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab. Sebagai contoh ...

Kita tidak boleh terlalu memandang rendah kepada diri sendiri. Sebagai contoh ...

Kita hendaklah mempunyai kekuatan untuk melawan nafsu yang boleh merosakkan diri sendiri. Sebagai
contoh ...

Anda mungkin juga menyukai