Anda di halaman 1dari 3

AYAT CAKAP AJUK

1. Ayat dalam bentuk perbualan atau dialog.


2. Contoh:
a. Ali berkata Saya belum makan nasi itu.
b. Chong : Mengapa awak tidak hadir semalam?

AYAT CAKAP PINDAH


1. Ayat dalam bentuk penyata atau karangan.
2. Contoh:
a. Ali memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir.
b. Chong bertanya sebab saya tidak hadir.

MENUKARKAN CAKAP AJUK MENJADI CAKAP PINDAH


CARA:
1. Lakukan perubahan perkataan:
contoh:
- saya .....................dia..................................-
kamu...............................dia
- kami ....................mereka..........................-
hamba..............................dia
- di sini...................di situ/di sana...............-
begini................................begitu
- kini.......................ketika itu.......................- dan
sebagainya.

2. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.


contoh:
- mengapa..............punca/sebab................-
bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga...............-
bila....................................masa
- mana tempat apa benda/ perkara
3. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat
asal.
contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan,
menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang
sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput,
mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa,
mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan,
memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan,
menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin
kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu
diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut,
menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan
sebagainya".

Soalan: Tukarkan ayat dibawah menjadi ayat cakap pindah

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya"


kata Ali kepada Chan.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku
penipisan ozon" kata guru itu.
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini,
\Raju?" tanya guru disiplin itu.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor
kepada pesakit itu.
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun
tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

Jawapan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Latihan:
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah supaya menjadi ayat
cakap pindah.

1. Guru : Mengapa awak tidak hadir ke sekolah, Ah


Keong?
Ah Keong : Minta maaf cikgu, sebenarnya saya
menghantar bapa saya
Ke hospital.
Guru : Mengapa dengan bapa kamu?
Ah Keong : Dia sakit jantung, cikgu.

Jawapan :
Guru itu bertanya kepada Ah Keong punca dia tidak
hadir ke sekolah. Ah Keong meminta maaf kepada gurunya
dan memberitahu bahawa dia menghantar bapanya ke
hospital. Guru itu bertanya punca bapa Ah Keong dihantar
ke hospital. Ah Keong memberitahu bahawa bapanya
menghidap sakit jantung.

2. Selamat pagi, encik. Boleh tanya harga ikan bawal ini?


tanya pelanggan itu. Selamat pagi puan. Harga bawal
RM19.00 sekilo,. Amboi, mengapa mahal sangat.
Minggu lepas harganya baru RM15.00 sekilo. Peniaga
itu pun menjawab, Sekarang ikan kurang, puan. Musim
hujan nelayan tak turun tangkap ikan. Oh, begitu. Bagi
saya dua kilo. Kata pelanggan itu.

Jawapan:
Pelanggan itu mengucapkan selamat pagi kepada
peniaga tersebut sambil bertanya harga ikan bawal itu.
Peniaga itu membalas salam pelanggannya dan
memberitahu bahawa harga ikan bawal itu ialah RM19.00
sekilo. Pelanggan itu terkejut kerana pada minggu lepas
harganya baru RM15.00 sekilo. Peniaga itu memberitahu
harga ikan naik kerana pada masa tersebut ikan kurang
disebabkan musim hujan dan nelayan tidak pergi ke laut
menangkap ikan. Pelanggan itu faham dan membeli dua kilo
ikan bawal.

Anda mungkin juga menyukai