Anda di halaman 1dari 26

CARA MENJAWAB SOALAN

PEMAHAMAN
(i)Berdasarkan bahan 1, cabaran yang dihadapi oleh anak yatim ialah
kesukaran untuk menyembunyikan butir padi dalam lubang luka supaya
tidak diketahui. Seterusnya, berdasarkan bahan 2, cabaran yang dihadapi
oleh Azizan ialah dia tidak dapat bermain bola sepak kerana kakinya cedera.

(ii) Duanilai yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah nilai kebijaksanaan dan
nilai kerjasama.

(iii)Pada
pendapat saya, cara untuk murid-murid dapat mengatasi masalah yang
dihadapi dalam pelajaran ialah bertanya kepada guru mengenai perkara yang tidak
difahami. Seterusnya, berbincang dengan rakan mengenai pelajaran dan mencari
maklumat mengenai pelajaran menerusi Internet.
NOVEL:
JEJAK MONPUS
KARYA:
ZULAIHA PAIKON
SINOPSIS
 Mengisahkan Zahar, mahasiswa Sains Kaji Hayat, juga seorang
pencinta serangga, menghadapi dilema apabila ulat bulu spesies
Pus Pus kesayangannya, hampir pupus.
 Zahar perlu segera menyelamatkan spesies itu. Dia bernasib
baik apabila menemui Monarch, ulat bulu spesies baru, di
sebuah pulau terpencil. Zahar berjaya mencantumkan spesies
Monarch dengan Pus Pus, dan menghasilkan spesies baru,
Morgan.
 Pada masa yang sama, Kampung Maju Jaya, kampung tempat
Zahar tinggal, dilanda wabak. Penduduk kampung menuduh
Zahar penyebabnya. Untuk membersihkan namanya, Zahar pun
menyiasat.
 Dia akhirnya mengetahui bahawa wabak itu sebahagiannya berpunca
daripada kilang kelapa sawit yang beroperasi di kampung itu.
 Zahar bertekad untuk mencari penawar. Dia bagaimanapun, terpaksa
mengorbankan Morgan kesayangannya. Belum sempat penawar dihasilkan,
bahan eksperimennya dicuri oleh Arifin, samseng kampung yang sangat
memusuhinya.
 Masalah akhirnya selesai apabila Arifin ditangkap oleh pihak berkuasa kerana
terlibat dalam kes penipuan dalam penjualan benih cambah sawit ‘haram’
serta pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby
Plantation Berhad dan Felda Agriculture Services Sdn. Bhd.
 Zahar meneruskan misi mencipta penawar, dan akhirnya berjaya
menghasilkan MONPUS – sejenis racun serangga biologi.
 Hasil inovasinya itu, Zahar meraih anugerah dalam majlis Anugerah Produk
Inovasi, UTM. Kejayaannya mencipta MONPUS juga menyatukan semula
ibu dan ayahnya yang lama terpisah.
TEMA:
Kegigihan seorang mahasiswa dalam
membuat penyelidikan.
 Zahar membuat kajian untuk mencari penawar bagi
menangani serangan ulat bulu berintik hitam yang
menyerang kampungnya dan dia dapat menghasilkan
racun serangga yang diberi nama MONPUS.
PERSOALAN
 Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya
Qistina agak keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau
Pisang untuk mencari penawar kerana bimbang akan
keselamatan anaknya itu.

 Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan


Zahar telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang
Sains Hayat untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan
masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya.
 Persoalan sifat suka berdendam dalam masyarakat
Ripin menaruh dendam terhadap Zahar yang telah
menangkapnya mencuri tong gas.  Walau bagaimanapun,
kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak
berkuasa.  Sejak kejadian itu, dia sentiasa mencari
peluang untuk membalas dendamnya.
 Persoalan kebijaksanaan ketua masyarakat semasa
membuat keputusan
Tok Ketua Kampung membuat keputusan yang tepat
dengan menasihati penduduk kampung agar tidak
membuat keputusan secara terburu-buru untuk
mengelakkan pertelingkahan tercetus
WATAK & PERWATAKAN
-WATAK UTAMA-

ZAHAR
 Seorang yang sangat menyayangi ibunya
Contohnya, Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup berulang-alik dari rumah ke
kampus kerana tidak mahu meninggalkan ibunya seorang diri.

 Seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga


Zahar membuat penyelidikan terhadap serangga ulat bulu dan dia membuat penyelidikan
ulat bulu spesies Pus Pus supaya tidak pupus dengan cara mencantumkan spesies
Monarch dengan Pus Pus lalu menghasilkan spesies baru, Morgan.

 Seorang yang gigih dalam membuat sesuatu


Zahar bersungguh-sungguh mencari penawar untuk menghentikan serangan ulat bulu di
Kampung Maju Jaya.
WATAK & PERWATAKAN
-WATAK SAMPINGAN-

QISTINA
 Seorang yang penyayang
Contohnya, Qistina agak keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk
mencari penawar kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.

 Seorang yang pandai memasak


Zahar sangat suka masakan ibunya, Qistina terutamanya ikan kembung masak cili api.

 Seorang yang tabah menghadapi dugaan


Qistina tabah membesarkan anaknya, Zahar seorang diri setelah berpisah dengan
suaminya, Profesor Dr. Baharudin.
WATAK & PERWATAKAN
-WATAK SAMPINGAN-

PROFESOR DR

BAHARUDIN
Seorang yang berilmu
Dia menyambung pengajian dalam Doktor Falsafah di London dan telah menjadi
profesor terkenal di Universiti Oxfort
 Seorang yang mengabaikan keluarga
Dia meninggalkan keluarganya dengan menceraikan Qistina dan meninggalkan Zahar.
Dia telah menyambung pelajaran ke London dan dia telah berkahwin lain.

 Seorang yang insaf akan kesalahannya.


Baharudin menyesal atas perbuatannya meninggalkan isterinya, Qistina dan anaknya,
Zahar. Dia ingin menebus kembali kesalahannya dengan melamar semula Qistina.
WATAK & PERWATAKAN
-WATAK SAMPINGAN-

MAWAR
 Seorang yang mengambil berat
Dia sangat bimbang akan keadaan Zahar yang telah ditikam oleh Ripin
dengan menggunakan pisau lipat dan Mawar telah pergi melawat Zahar.
 Seorang yang minat dengan sains
Dia menyambung pelajaran di Fakulti Sains Hayat dan dia juga ke kedai buku
bersama-sama Zahar untuk mencari maklumat bagi portfolio Sains Biologi
mereka.
 Seorang yang baik hati
Dia merupakan rakan baik Zahar dan juga rakan sekuliah Zahar. Dia banyak
membantu Zahar seperti merawat luka Zahar akibat terjatuh ke dalam gaung
semasa menyertai kursus Kembara Biologi Alam di Kem Kaizen
LATAR
Latar Tempat
 Warung kopi Pak Mail
Tempat penduduk Kampung Maju Jaya berkumpul pada setiap pagi
untuk membincangkan masalah berkaitan serangan ulat bulu. Di
tempat itu juga berlakunya pertelingkahan antara Ripin dengan Zahar
sehingga Zahar cedera, kemudian dimasukkan ke Hospital Pontian.
 Tanjung Piai
Semasa Zahar dan rakan-rakannya mencari spesies baharu ulat bulu.
Tempat tersebut merupakan dataran berlumpur dan kawasan paya
hutan bakau yang sekian lama menjadi tempat persinggahan pelbagai
spesies burung pantai dan burung air yang berhijrah mencari makan.
LATAR
Latar Tempat
 Makmal Zahar
Tempat Zahar membuat uji kaji berkaitan spesies ulat bulu yang
ditemuinya dan di tempat itu juga dia banyak meluangkan masa
bersama-sama Fikri.

 Pulau Pisang
Tempat Zahar dan teman-temannya mencari spesies ulat bulu yang
baharu untuk menggantikan spesies Pus Pus yang tenat. Di pulau itu,
Zahar menemui spesies baharu yang dipanggil Monarch. Spesies itu
kemudian melahirkan ulat bulu spesies baharu hasil cantuman dengan
Pus Pus yang diberi nama Morgan.
LATAR
Latar Masyarakat
 Masyarakat yang gigih berusaha
Contohnya, Zahar gigih membuat uji kaji berkaitan spesies ulat
bulu yang ditemuinya dan dia berusaha mencari penawar untuk
menghentikan serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya.

 Masyarakat yang bertindak terburu-buru


Ripin telah bertelingkah dengan Zahar dan sewenang-wenangnya
menuduh Zahar tanpa bukti sehingga mencederakan Zahar,
kemudian Zahar telah dimasukkan ke Hospital Pontian.
LATAR
Latar Masyarakat
 Masyarakat yang berilmu
Contohnya, Zahar sedang menuntut ilmu di Falkulti
Sains Hayat,Universiti Teknologi Malaysia dan
Baharudin telah merupakan profesor di Universiti Oxfort.
 Masyarakat yang berani
Contohnya, Zahar dan rakan-rakannya berani
menjelajah ke Pulau Pisang yang terlalu banyak kisah
seramnya semata-mata untuk membuat kajian tentang
ulat bulu.
NILAI &PENGAJARAN

Nilai :Nilai kerjasama


Pengajaran :Kita haruslah bekerjasama dalam
membuat sesuatu.
 Contohnya, Fikri dan Malcom memberi kerjasama kepada
Zahar untuk mencari penawar serangan ulat bulu di
Kampung Maju Jaya.
Nilai : Nilai kasih sayang
Pengajaran :Kita haruslah menyayangi
ibu kita
 Contohnya, Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup
berulang-alik dari rumah ke kampus kerana tidak mahu
meninggalkan ibunya seorang diri.
Nilai : Nilai keberanian
Pengajaran :Kita mestilah berani untuk
menghadapi cabaran

 Contohnya, Zahar dan rakan-rakannya berani menjelajah


ke Pulau Pisang yang terlalu banyak kisah seramnya
semata-mata untuk membuat kajian tentang ulat bulu.
Nilai :Nilai kesabaran
Pengajaran :Kita perlulah sabar untuk mencapai
sesuatu matlamat

 Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk


menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat
bulu.
Nilai :Nilai kesyukuran
Pengajaran :Kita mestilah bersyukur dengan
nikmat yang diberikan.
 Contohnya, Mawar berasa bersyukur kerana Zahar tidak
mengalami kecederaan yang serius sewaktu jatuh ke
dalam jurang di Kem Kaizen.
Nilai :Nilai ketekunan
Pengajaran :Kita haruslah tekun apabila
melakukan sesuatu

 Contohnya, Zahar begitu tekun menjalankan eksperimen di


makmalnya untuk mencari formula bagi menghapuskan
serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya.
Contoh Soalan:

Nilai merupakan sifat-sifat murni yang


terkandung dalam sesebuah novel. Huraikan
tiga nilai berserta contoh peristiwa yang
lengkap.
(10 markah)
Contoh Rangka Jawapan
Novel yang saya kaji ialah (nama novel) karya (nama penulis). Terdapat beberapa
(kehendak soalan) yang terkandung dalam novel ini.

Antara (kehendak soalan) ialah (persoalan/latar/nilai/pengajaran 1) .Buktinya,


(contoh peristiwa).

Seterusnya, (persoalan/latar/nilai/pengajaran 2) . Contohnya, (contoh peristiwa).

Akhir sekali, (persoalan/latar/nilai/pengajaran 3). Sebagai buktinya, (contoh


peristiwa)
Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon. Terdapat beberapa
nilai yang terkandung dalam novel ini.

Antara persoalannya ialah nilai ketekunan .Buktinya, contohnya, Zahar begitu tekun
menjalankan eksperimen di makmalnya untuk mencari formula bagi menghapuskan serangan
ulat bulu di Kampung Maju Jaya .

Seterusnya, nilai kesyukuran. Contohnya, contohnya, Mawar berasa bersyukur kerana


Zahar tidak mengalami kecederaan yang serius sewaktu jatuh ke dalam jurang di Kem Kaizen.

Akhir sekali, nilai kesabaran. Sebagai buktinya, contohnya, Zahar begitu sabar mencari
formula untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu.

Anda mungkin juga menyukai