Anda di halaman 1dari 1

Prosa Tradisional : Asal Padi

Sinopsis 

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia. Kedua-dua
orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat.  Harta yang tinggal
hanyalah sebuah kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang perempuan sedang
bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu mendapat keizinan untuk ke kayangan. Di
kayangan, Si Bongsu ditinggalkan sendirian.  Dia melihat sesuatu yang berkilau-kilau seperti
emas, sedang dijemur di tengah-tengah dusun.

Rupa-rupanya, sesuatu yang berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin meminta
sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila
berpeluang, Si Bongsu mengambil segenggam padi lalu melarikan diri. Dia dapat ditangkap
lalu dicederakan oleh empunya padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu bermohon supaya dia
dibenarkan bekerja dengan empunya padi. Si Bongsu berjaya menyembunyikan segenggam
padi dan memberitahu empunya padi bahawa dia mahu kembali ke bumi.

Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan
sudah tidak menjadi kerana daya hidup padi di kayangan telah hilang. Empunya padi telah
menghantar burung pipit untuk menyiasat jika padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke
kayangan lalu melaporkan bahawa tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak
percaya lalu menghantar Si Tekuri pula.

Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan
membunuh Si Tekuri. Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata
bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu
kerongkongnya disepit oleh Si Tekuri dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah
tengkuknya. Itulah punca tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul
padi di bumi.

Anda mungkin juga menyukai