Anda di halaman 1dari 2

Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman yang sedang belajar di universiti

di Kuala Lumpur. Kedua-dua orang anak beranak itu sungguh teruja dengan kepulangan Zaman kerana Zaman telah lama tidak pulang ke kampung. Tiba-tiba terdengar orang memanggil di luar rumah. Kedua-dua beranak itu mengintai dari lubang pintu dan mendapati seorang lelaki seperti orang putih. Mak Jah menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik sebelum membuka pintu. Orang putih itu,iaitu Prof. Peter memperkenalka dirinya sebagai pensyarah kepada Zaman. Prof. Peter dibenarkan masuk ke dalam rumah. Prof. Peter memberitahu Mak Jah tentang minatnya pada sejarah. Selepas itu, Prof. Peter telah berbual-bual dengan Mak Jah tentang Zaman yang dikatakan keras kepala sambil bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Prof. Peter meminta diri sambil memberitahu Mak Jah yang dia ingin melihatlihat sekitar kampung. Zaman dan adiknya, iaitu Cempaka telah masuk ke sebuah belukar di kampungnya. Zaman dan Cempaka telah berbual-nual tentang binsai, perlunya usaha gigih untuk tidak berputih mata, dan berniaga adalah sunah nabi. Kemudian, Zaman menyuruh Cempaka pulang ke rumah mengambil parang. Cempaka pun berlari pulang untuk mengambil parang kerana dia mahu Zaman mengambilkannya bunga kenanga. Sepeninggalan Cempaka, Zaman didatangi Prof. peter dan Malik, iaitu sahabat Zaman yang tidak bersekolah tinggi. Zaman berbual-bual dengan Prof. Peter dan Malik dan perbualan mereka kadang-kala menimbulkan pertelingkahan. Kemudian, Prof.Peter dan Malik pergi manakala Zaman tertanya-tanya sebab Prof. Peterdatang ke kampungnya itu. Sejurus itu, Cempaka dating semula sambil membawa parang.

Cempaka datang semula sambil membawa parang. Cempaka menyedari perubahan Zaman lalu bertanyakan sebabnya. Zaman bertanya tentang Malik. Cempaka memberitahu Malik kini sydah berubah. Ketika Zaman mengambilkan adiknya itu bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul lagi. Wujud pertengkaran sekali lagi antara mereka. Prof. Peter ingin mengetahui perihal rambut perang Cempaka dan memberitahu Zaman bahawa Cempaka bukan adiknya.. Kemudian Mak Jah pun tiba sambil memarahi Prof. Peter kerana Prof. Peter ingin menyakiti hatinya dan merampas Cempaka. Lantas Prof. Peter mengimbas peristiwa semasa perang Jepun kepada semua. Prof. Peter mengatakan bahawa ibunya telah menyorokkan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan mengatakan bahawa Cempaka adalah adiknya dan dia mahu adiknya hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran itu berlaku, Prof. Peter terlihat seekor ular di atas kepala Cempaka lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah dan Mak Jah meraung apabila melihat keadaan Cempaka yang berlumuran darah. Zaman berasa amat marah dan ingin membalas perbuatan Prof. Peter. Walaupun Prof. Peer menjelaskan niatnya, Zaman tidak menerimanya. Semasa pergelutan berlaku antara Prof. Peter dan Zaman, Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. Akhirnya, Prof. Peter melarikan diri ke dalam hutan. Zaman pula mengambil parangnya dan mengejar Prof. Peter. Satu das leyupan senapang kedengaran dan membuatkan semuanya tercengan. Mak Jah meraung sambil memanggil nama anaknya. Zaman dan Tuhan, iaitu Allah. Zaman pula terpukau sambil dating kepada ibunya semula. Mak jah bersyukur apabila melihat Zaman selamat. Kemudian. Zaman dan Mak jah mengangkat Cempaka yang telah tidak sedarkan diri itu.

Anda mungkin juga menyukai