Anda di halaman 1dari 5

Drama Dongeng Sang Puteri oleh Wan Ahmad Ismail SINOPSIS BABAK 1 Permulaan babak ditunjukkan tentang Mamat

dan Putera sedang berkejar-kejar kerana Mamat mengambil topeng dan kipas Putera. Kemudian ditunjukkan watak Puteri yang sedang tidur dan disisinya ialah Nenek Kebayan iaitu nenek Puteri. Apabila sedar dari tidur Puteri menceritakan tentang mimpinya yang menyuruhnya berkahwin dengan lelaki dan lelaki tersebut akan mengikut segala katakatanya. Namun Puteri mengatakan kepada Nenek Kebayan yang mimpinya tidak bagus, keran dia tidak patut menyuruh lelaki mengikut kata-katanya. Kemudian Kebayan dan Puteri menjamu selera, Puteri bertanya dari mana makanan tersebut, dan Kebayan menjawab dari seorang pemuda. Sedang mereka makan, Mamat yang juga kawan baik Puteri datang memberikan makanan yang sama, dia juga membawa pakaian dan subang yang hanya ada sebelah sahaja. Sebelahnya lagi entah kemana. Puteri mencuba pakaian tersebut dan memakai sebelah subang, setelah Mamat memintanya untuk memakainya . Babak satu ditutup dengan peristiwa Puteri, Kebayan dan Mamat berlari mencari tempat berteduh kerana hari hujan. BABAK 2 Babak kedua dimulakan dengan Kebayan mengejutkan Puteri di tempat selalu Puteri tidur. Namun bukan Puteri yang tidur di situ tetapi Putera. Putera bangun dan menyatakan dia tidak sempat solat subuh. Kemudian Kebayan menceritakan tentang kehidupannya yang tinggal ditempat itu. Dia tidak mahu meminta simpati terhadap orang lain. Selagi terdaya dia akan menjaja demi mencari makanan buat dia dan Puteri. Putera mengajak Kebayan ikutnya sarapan di kedai mewah, namun ditolak oleh Kebayan kerana malu akan dirinya. Tetapi Puteri tetap mengajak dengan mengatakan tak semestinya orang kaya sahaja dapat pergi kedai mewah, kadang-kadang mereka juga berhutang dengan bank. Kemudian Mamat datang dengan basikal untuk menemani Kebayan menjaja. Mamat melihat Putera dan mengatakan dia kenal dengan Putera, kerana Putera telah memberikannya makanan, pakaian dan sebelah subang. Namun, Putera mengatakan dia tidak kenal Mamat, dia juga mengajak Mamat ke kedai untuk makan dengannya dan Kebayan. Tetapi Kebayan risau akan Puterinya yang tidak juga muncul lalu mengatakan dia mahu menunggu Puteri . Puteri datang tidak lama selepas itu dan mengatakan dia memasuki istana dan sudah makan disitu apabila Puteri menolak pelawaan Putera untuk ikut sama makan di kedai. Putera tetap mengajak supaya Puteri boleh bercerita panjang disana nanti. BABAK 3 Dalam babak ini, Sultan Mahmud detang berbual-bual dengan Puteri dan mengajak Puteri tinggal bersamanya. Puteri mengatakan dia akan ikut tinggal bersama Sultan Mahmud, jika nenek dan Mamat ikut serta . Sultan Mahmud tidak keberatan jika Nenek Kebayan ikut juga, cuma Mamat tidak dibenarkan kerana Mamat bukanlah keturunannya. Puteri berasa pelik, kerana dia juga bukan keturunan Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mahmud memberitahu Puteri yang dia ialah ayahandanya dan Puteri adalah anaknya yang telah hilang sejak 18 tahun dahulu. Sultan Mahmud mengatakan bahawa Nenek Kebayan tahu akan segalanya, dan menyatakan bahawa sebelah lagi subang yang pernah diberikan olehnya kepada Puteri ada pada Nenek Kebayan. BABAK 4 Kebayan mencerikan tentang asal usul Puteri, iaitu bondanya pernah bekerja sebagai perempuan joget di kelab malam. Kemudian dia berkahwin dengan Tengku Mahmud, tetapi dihalau selepas Sultan Mahmud tahu siapa diri bondanya ketika dulu. Bondanya dihalau pada ketika itu, bondanya sedang mengandungkan Puteri. Selepas setahun melahirkan Puteri bondanya pergi ke Singapura. Bekerja sebagai perempuan kelab malam dan berkahwin dengan orang sana. Tiga tahun selepas itu, terdengar khabar mendengarkan bondanya mati. Puteri sedih apabila mengetahui bondanya mati sebagai penari kelab malam juga. Namun, neneknya mengatakan bahawa ibunya mati di bilik sembahyang di kelab itu. Sultan Mahmud tang kembali mengajak Puteri dan Kebayan tinggal denganya, namun Puteri tidak mahu kerana neneknya tidak mahu lagi dihina. Dia lebih rela tinggal disitu, Sultan Mahmud tidak memaksa dan memberikan tempoh kepada Puteri dan Kebayan memikirkan hal ini. Tidak lama selepas Sultan Mahmud pergi, Mamat datang mengajak Puteri mendengar cerita Putera. Mamat mengatakan juga bahawa Putera menuggu mereka di Rumah Besar dan kemudian akan membawa mereka ke rumah sakit kerana Tengku Mahmud sakit Leukimia. PEMIKIRAN Memaparkan tentang kisah perbezaan darjat diantara kerabat diraja dan rakyat biasa . Iaitu

antara Tengku Mahmud dan bonda Puteri. Pengarang menceritakan semula bagaimana bonda Puteri dihalau dari istana kerana darjatnya yang tidak sepadan dengan golongan diraja . PERSOALAN 1. Kasih sayang antara nenek dan cucunya , Nenek Kebayan amat menyayangi cucunya Puteri dan menjaga Puteri dari kecil hingga dewasa . Ini dapat dilihat dalam kata-kata tersebut : '' Puteri tahu , Puteri tidak lahir dan ditatang dalam dulan emas . Siapa Puteri ? Putera bukan anak raja . Puteri anak buangan . Nenek yang bersusah oayah membela Puteri '' . 2. Keruntuhan moral , Ini dapat dilihat menerusi Nenek Kebayan dan bonda Puteri . Nenek Kebayan seorang yang mentaati agama namun anaknya iaitu bonda Puteri bekerja sebagai perempuan joget di kelab malam . 3. Ketabahan hati , Dapat dilihat di mana seorang ayah yang mencari anaknya selama 18 tahun , dan berusaha memujuk anaknya kembali ke pangkuannya sebelum dia mati . 4. Sikap manusia yang suka memandang hina orang miskin , Ini dapay dilihat melaui watak bonda Puteri yang dihalau apabila mengetahui dia pernah bekerja sebagai perempuan koget suatu masa dahulu . PLOT Permulaan Memperkenalkan watak-watak seperti Puteri , Kebayan , Mamat , Putera . Puteri bermimpikan tentang sesuatu dan diceritakan kepada neneknya. Perkembangan Ada seseorang yang menghadiahi Puteri baju yang cantik dan sebelah subang . Puteri tertanya-tanya mengapa pemuda tersebut menghadiahinya sebelah subang sahaja . Puteri berkenalan dengan Putera , dan Putera mengajak Puteri , Kebayan dan Mamat makan di restoran untuk bercerita panjang. Puncak Tengku Mahmud mengaku sebagai bapa Puteri , dia mengajak Puteri tinggal bersamanya . Nenek Kebyan juga menceritak tentang semua sal bonda Puteri yang pernah bekerja sebagai perempuan joget dikelab malam dan berkahwin dengan Tengku Mahmud tetapi dihalau dan kembali semula bekerja sebagai perempuan joget dan mati di bilik sembahyang kelab itu. Peleraian Puteri dan Kebayan mahu tinggal di Rumah Besar , kemudian Mamat datang mengajak Puteri mendengar cerita Putera . Mamat mengatakan Putera menunggu mereka di Rumah Besar, kemudian ke rumah sakit. Kerana Tengku Mahmud saki Leukimia. TEKNIK PLOT Suspen Pembaca akan tertanya-tanya siapakah pemuda yang memberikan makanan, pakaian dan sebelah subang kepada Puteri. Pembaca juga akan tertanya-tanya siapakah kedua ibu bapa Puteri dan mengapa Puteri tinggal ditempat yang busuk dan kotor. Konflik Konflik dalaman Nenek Kebayan apabila anaknya bonda Puteri dihalau dari istana kerana perkerjaannya sebagai perempuan joget dikelab malam dahulu. Nenek Kebayan merasakan dia tidak mampu mendidik anaknya sehingga boleh bekerja di kelab malam , sedangkan dirinya sangat mentaati agama . Konflik dalaman Tengku Mahmud apabila anaknya Puteri enggan tinggal bersamanya walaupun puas dipujuk. Imbas Kembali

Nenek Kebayan menceritakan kembali kepada Puteri siapakah ibunya . Ibunya merupakan penari di kelab malam sebelum berkahwin dengan Tengku Mahmud dan kemudian dihalau apabila diketahui oleh keturunannya. Monolog Memaparkan suara ghaib yang meminta Puteri berkahwin dengan seseorang dan mengawal lelaki tersebut mengikut telunjuknya.

WATAK DAN PERWATAKAN Puteri Lelawati Ayu Berusia 18 tahun Merupakan watak utama Dijaga oleh neneknya yang bernama Kebayan Kembang Kasturi Seorang yang penyayang dimana dia begitu menyayangi neneknya yang telah menjaganya dari kecil Kebayan Kembang Kasturi Merupakan nenek Puteri Menjaga Puteri dengan kasih sayang Bekerja sebagai penjaja Merupakan ibu kepada bonda Puteri Seorang yang mentaati agama , dia juga tidak suka meminta - minta pada orang lain walaupun dia miskin Tengku Mahmud Baginda Merupakan kerabat diraja dan juga ayah kepada Puteri Menghidap penyakit leukimia dan tidak akan hidup lama Mamat Rakan baik Puteri Selalu menolong Nenek Kebayan mrnjaja barang dengan basikalnya Puteri Zainab Abidin Merupakan pembantu Tengku Mahmud Banyak berjasa dengan membantu Tengku mencari anaknya yang hilang LATAR Latar Masa 1.

2.

Waktu Siang , Ketika Putera mengejar Mamat kerana Mamat telah mengambil topeng Putera 18 tahun dahulu , Ketika Puteri masih bayi , Nenek mendodoikan Puteri tentang 'Dongeng Puteri' Tiga tahun kemudian ,

3.

4.

Dimana ibu Puteri meninggal selepas tiga tahun meninggalkan Puteri kepada Neneknya . Ketika iut Puteri masih bayi . Waktu Petang , Ketika Nenek dan Puteri sedang bercerita di bawah pokok .

5.

Semalaman , Peristiwa ini berlaku apabila Puteri tidak pulang semalaman kerana Puteri dijemput ke Rumah Besar milik Tengku Mahmud .

Latar Tempat Kawasan Setinggan , Dimana kawasan ini adalah tempat tinggal Puteri dan Nenek Rumah Besar , Rumah Besar merupakan rumah Tengku Mahmud dan Puteri pernah memasuki rumah tersebut kerana telah dijemput olkeh Tengku . Kelab Malam , Dimana tempat ibu Puteri bekerja sebelum berkahwin dengan Tengku Mahmu , kemudian mereka bercerai , ibunya kembali bekerja semula di kelab malam . Singapura , Dimana tempat kelab malam ibu Puteri bekerja dan berkahwin dengan orang disana . Masjid , Ibu Puteri mati ketika sedang solat di dalam masjid yang dekat dengan tempat kerjanya di kelab malam .

Latar Masyarakat Masyarakat miskin , Dapat dilihat pada watak Puteri dan Nenek yang hanya tinggal di kawasan setinggan dan kerja Nenek hanya menjaja barang . Golongan bangsawan , Ini dapat dilihat melaui watak Tengku Mahmud yang merupakan golongan kaya dan tinggal di Rumah Besar . Selai itu juga , Masyarakat yang mementingkan darjat , Ini dapat dilihat apda keluarga Tengku Mahmud yang sanggup mengahalau ibu Puteri , hanya kerana pernah bekerja di kelab malam . GAYA BAHASA Pengulangan Pengulangan dapat dilihat dalam muka surat 232 iaitu dialog Puteri yang memanggil neneknya sebanyak 2 kali . Contohnya ''Nenek ! nenek berada disini . Nenek baru balik ?'' Perlambangan Perlambangan dapat dilihat dalam muka surat 232 iaitu '' Taklah duduk di kawasan bersampah sarap ni . Baguslah !'' . Maksud sampah sarap ialah menggambarkan keadaan miskin . Sinkof Singkatan bagi ayat , dapat dilihat dlam muka surat 232 iaitu ' nek' merujuk kepada 'nenek' . Diksi bahasa asing Penggunaan bahasa asing iaitu bahasa inggeris seperti ' burger' , 'nite club' , manakah bahasa Arab pula ialah 'insya-Allah', 'Alhamdulillah' . NILAI 1. Kasih sayang sesama manusia , Ini dapat dilihat menerusi watak Puteri dan Nenek Kebayan yang saling mengambil berat diantara satu sama lain . Puteri sangat menyayangi neneknya , begitu juga neneknya yang menjaga Puteri sejak kecil lagi . Kegigihan seorang ayah , Iaitu kegigihan seorang ayah yang mencari semula anaknya yang hilang selama 18 tahun . Walaupun sakit , Tengku Mahmud sanggup kemana sahaja demi mencari anaknya Puteri yang hilang . Kesetiaan , Kesetiaan ini dapat dilihat mellaui watak Putera yang selalu menolong Tengku untuk mencari anaknya . Kesetiaan yang ditunjukkan dapat dilihat apabila dia menerima semua arahan dengan hati terbuka .

2.

3.

PENGAJARAN 1.

Kita janganlah menghina orang yang miskin dari kita , ini kerana Allah tidak menyukai hambanya memandang hina pada orang lain . Sikap sesetengah pihak yang memandang hina golongan miskin ini menyebabkan pergolakan hidup antara golongan kaya dan miskin ini .

2.

3.

Kita hendaklah mentaati orang yang lebih tua , seperti Tengku Mahmud yang begitu mentaati Nenek Kebayan walaupun dia adalah seorang raja . Sikap yang ditunjukkan seharusnya dicontohi . Kita janganlah selalu meminta simpati orang lain , seeloknyaa berusaha dahulu supaya kita tidak akan dipandang rendah oleh orang lain . Nenek Kebayan tidak pernah meminta simpati kerajaan walaupun hidupnya miskin .

Anda mungkin juga menyukai