Anda di halaman 1dari 8

Punca-punca Perselisihan Faham

Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.

Geopolitik
Isu tuntutan bertindih seperti perebutan wilayah, pulau, dan kawasan perairan. Contoh, konflik batu putih, isu wilayah Pattani, tuntutan Filipina ke atas Sabah, dan wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan

Geostrategi
Selat Malaka tidak hanya Sea Lines of Trade (SLOT) dan Sea Lines of Communication (SLOC), tetapi juga dipandang sebagai jalur strategik proyeksi Armada Laut negara-negara maritim besar dalam rangka forward presence dan global engagement ke seluruh dunia. Sehingga keamanan Selat Melaka menjadi tanggung jawab negara-negara pesisirnya karena bila keamanan di Selat Malaka terancam maka menjadi ancaman bagi seluruh negara dan menimbulkan impak negatif dalam bidang instabilti perekonomian dunia terutama di negara-negara yang berada di pesisir Selat Malaka.

Ekonomi
Laut Sulawesi yang kaya akan kandungan minyak dan gas bumi menjadi perhatian Malaysia. Potensi kekayaan laut ini membuat Malaysia menjaga perairan ini. Oleh sebab itu, Malaysia pun memperkuat tentera laut dan udaranya di kawasan perairan Sulu dan Sulawesi. Selain di kawasan ini, penguatan tentera laut Malaysia juga dilakukan di kawasan Laut China Selatan yang menjadi perebutan banyak pihak

Langkah-langkah
Negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.

Komitmen tegas Malaysia terhadap Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan negara berpegang kepada pendirian pertahanan yang bercorak defensif. Sehubungan dengan ini, dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan prinsip cegah rintang dan pertahanan menyeluruh. Dasar ini juga menggariskan perlunya mengelakkan terjadinya konflik dalam wilayah sendiri, sama ada dengan mencegahnya dari berlaku, atau melalui cara berdepan dengan musuh sejauh mungkin di luar wilayah Malaysia.

Kesimpulan
Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai