Anda di halaman 1dari 7

MAKANAN adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan

pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh
dibiarkan begitu sahaja. Apa yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia
sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang
menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini.
Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat
sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada
tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan
kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang
soya telah mencatatkan paras tertinggi.
Kenaikan harga pasaran bijirin juga telah memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang
lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan
tenusu. Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis telah melanda merata tempat di dunia
dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu sahaja. Menurut Program Makanan
Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari 73 juta orang di 78 negara yang
bergantung kepada sumbangan makanan dari pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan
bekalan pada tahun 2008.
Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barang makanan juga dikatakan menggandakan
lagi kesan yang berlaku. Ini kerana apabila harga barang makanan meningkat, maka semakin
sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan makanan tersebut
selari dengan teori mekanisma harga yang menjadi mekanisma asas pengagihan dalam sistem
ekonomi kapitalis. Kenaikan harga barang dagangan ini pula dikatakan berpunca daripada
kenaikan harga minyak dunia.
Secara langsung, kenaikan harga minyak telah memaksa kenaikan kos bagi mengeluar dan
memasarkan makanan (kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan kilang, jentera, kos
pengangkutan dan sebagainya). Peningkatan harga minyak juga dilihat menjadi penyebab
kenaikan kos baja sekali gus melonjakkan harga bahan makanan di pasaran.
Di samping itu, kegilaan terhadap penghasilan bahanapi bio bukan sahaja dikatakan telah
melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan, malah sekali gus mengurangkan
jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan pemakanan. Pada tahun 2007 sahaja, suku daripada
jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan etanol (antara
bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahanapi bio) yang mana jumlah ini pastinya
memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 60% pasaran
jagung dunia.
Yang jelasnya, masalah krisis makanan global telah semakin mendapat perhatian para
pemerhati ekonomi dunia. Antara perkara yang menjadi perhatian adalah peningkatan harga
makanan di pasaran global yang telah pun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran
bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telah pun mula muncul di beberapa
wilayah berasingan di dunia.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa peningkatan harga
makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik di seluruh
dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes, Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal
Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga
purata makanan dunia telah meningkat sehingga 40% sejak pertengahan 2007 dan kesan krisis
makanan ke atas keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana krisis ini telah
memberikan kesan langsung yang mensengsarakan penduduk dunia di mana kita dapat
saksikan ketidakpuasan hati terhadap apa yang sedang berlaku telah mula dizahirkan melalui
aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan.
Rusuhan Tortilla telah berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak
berpuas hati dengan kenaikan harga tortilla (antara makanan ruji rakyat Mexico) yang
meningkat sebanyak 400%. Mogok Tempe selama tiga hari oleh para peniaga pula telah
berlaku di Indonesia apabila harga bahan asas pembuatan tempe iaitu kacang soya meningkat
dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400 pada tahun 2008.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-moon telah mengatakan
bahawa di banyak negara terutamanya di Afrika, pengguna terpaksa membayar lebih 2 ke 3
kali ganda untuk makanan akibat dari kemelut ini. Keadaan yang lebih dahsyat telah berlaku
di India apabila dilaporkan lebih 25,000 petani telah membunuh diri mereka tahun 2007
akibat dari kemurungan yang berpunca daripada kekurangan hasil pertanian dan peningkatan
hutang.
Jumlah kematian ini tidak lagi termasuk dengan korban nyawa yang berpunca daripada
masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang selama ini telah lama melanda negaranegara miskin dan juga rakyat yang miskin di negara-negara yang kaya. Jika kita soroti
sepintas lalu statistik yang ada, pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup
dalam kelaparan. Dari jumlah ini, hampir 16,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari
akibat dari masalah yang berkaitan dengan kekurangan makanan.
Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran
makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan punca mengapa berlakunya kekurangan
makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9
bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak
kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak mampu ditampung oleh tahap
pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan atau kekurangan sumber-sumber yang ada
seperti air, tanah ladang dan sebagainya.
Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat
membangun seperti di China dan India juga dikatakan menjadi penambah kepada
ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia (supply) dan permintaan (demand)
yang memerlukannya. Contohnya (sebagaimana dilaporkan), tabiat makan penduduk China
telah berubah di mana secara perkapita, penduduk China menghabiskan 50kg daging pada
tahun 2007 berbanding hanya 20kg pada tahun 1985.

Keadaan yang ada dikatakan menjadi semakin rumit apabila faktor pengeluaran juga telah
terjejas akibat bencana alam, pencemaran dan perubahan iklim dunia. Australia dikatakan
mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007 menyebabkan hasil gandum negaranya telah
menyusut sebanyak 60%. Hasil tuaian dari China juga telah menyaksikan penyusutan
sebanyak 10% sepanjang 7 tahun yang lalu. Faktor-faktor ini dikatakan menjadi sebab secara
langsung kurangnya bekalan makanan yang boleh diperolehi oleh penduduk dunia.
Lantaran itu, kenaikan harga makanan yang menjadi makanan asasi rakyat seperti beras,
gandum, kentang, sekoi, jagung juga daging, ayam, telur, makanan tenusu dan sebagainya kini
amat membimbangkan masyarakat.Contohnya, kesan kenaikan harga beras serantau terutama
di negara yang beras adalah makanan asasi, seperti Filipina, terpaksa mengimport banyak
beras. Kekurangannya menyebabkan catuan terpaksa dibuat, malah tentera ditugaskan
mengawal proses tersebut. Harga beras di Myanmar juga melonjak naik. Vietnam pula tidak
mahu mengeksport beras. Thailand pun ada ura-ura bertindak serupa. Harga beras di Thailand
naik hingga AS$1,000 satu tan atau RM3.20 sekilogram. Dulu beras dari Thailand diseludup
ke Malaysia, sekarang keadaan menjadi sebaliknya kerana sekarang di negara itu, padi dijual
dengan harga RM1,400 satu tan, manakala beras hancur 15% Malaysia dijual pada harga
RM1,350.
Negara dunia ketiga yang sinonim dengan gelaran negara kurang maju atau lebih tepat lagi
negara pertanian boleh memainkan peranannya kerana kebanyakan negara dunia ketiga
mempunyai kawasan tanah kosong yang luas, subur dan amat sesuai untuk pertanian. Antara
kaedah bagi mengatasi krisis ini ialah pertama, kawasan tanaman mestilah diperluaskan untuk
menambah bekalan. Contohnya seperti yang dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Sabah
dan Sarawak telah dijadikan negeri pertanian bagi menambahkan sumber makanan kepada
rakyat. Tanah kosong di dua buah negeri ini yang luas dan subur telah dijadikan kawasan
pertanian bagi menampung keperluan makanan. Kawasan tanah bukit juga boleh digunakan
untuk penanaman andainya mengikut teknologi yang sesuai seperti sistem pengairan moden,
baja, teknik tanaman dan sebagainya.
Hakikatnya, negara-negara dunia ketiga mempunyai empat kekuatan iaitu tanah yang subur,
sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan kekayaan dari sumber
alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat di dalam negara dunia
ketiga, politik pertanian perlu difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian
berasaskan dua perkara iaitu penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan lahan
pertanian melalui penerapan undang-undang yang bersangkutan dengan hukum tanah
pertanian. Ini termasuk menggalakkan pembukaan tanah pertanian baru atau ihya al-ardh dan
pemberian tanah secara percuma kepada rakyat terpilih yang mampu
mengerjakannya. Subsidi pertanian juga perlu diberikan dengan meluas bagi menggalakkan
aktiviti pertanian yang berkesan. Selain itu, sistem pengangkutan yang efisien juga perlu
dibangunkan agar pengedaran makanan menjadi lebih teratur, berkesan, cepat dan mudah.
Dari aspek sumber air, Allah s.w.t telah mengurniakan jumlah air yang cukup besar kepada
negara-negara dunia ketiga. Dianggarkan terdapat lebih dari 150 billion meter padu air
permukaan seperti sungai, tasik, paya, kolam, rawa dan sebagainya dan ini tidak termasuk

sumber air bawah tanah sebanyak lebih kurang 7734 billion meter padu yang cukup untuk
seluruh penduduk dunia. Apa yang pasti, dengan jumlah air yang sebegini banyak, masalah
pertanian pasti tidak akan cagun. Cuma kerajaan negara-negara dunia ketiga perlu
memastikan, melalui penerapan undang-undang bahawa sumber ini diuruskan dengan
sempurna melalui pembinaan empangan dan saliran pertanian yang meluas.
Dari aspek sumber manusia, dianggarkan terdapat lebih kurang 48 juta orang yang
menjalankan aktiviti pertanian. Bagi memastikan setiap individu di dalam negara-negara
dunia ketiga mendapat keperluan asasnya, kerajaan perlu memberikan peluang dan galakan
kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk bertani dengan memberikan tanah
lahan secara percuma, subsidi dan apa juga bantuan kepada mereka.
Kekuatan keempat, yakni kekayaan sumber alam semulajadi merupakan aspek yang paling
menonjol di dalam negara-negara dunia ketiga. Negara-negara dunia ketiga memang kaya
dengan pelbagai sumber alam seperti bahan api petroleum, galian dan juga mineral. Ini semua
boleh digunakan sebagai modal dalam hasrat mengurus bidang pertanian secara berkesan.
Dalam memperkasakan bidang pertanian juga negara-negara dunia ketiga wajar mencontohi
para khalifah negara Islam terdahulu yang mana telah memerintahkan agar kawasan-kawasan
pertanian dibangunkan dan dimajukan dengan sistem pengairan dan sebagainya seperti yang
dilakukan di wilayah Basra (Iraq) dan Sind (Pakistan). Dana yang berlebihan juga boleh
dibelanjakan untuk tujuan pembangunan pertanian.
Selain itu, negara-negara dunia ketiga juga harus mencontohi Malaysia di mana telah
mewujudkan beberapa projek mega pertanian seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan
(TKPM) Zon Industi Akuakultur, Ladang Kontrak, Pembangunan Usahawan Industri Asas
Tani dan Pusat Fidlot Nasional. Malaysia juga melalui Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani telah mengenal pasti tujuh langkah perlaksanaan iaitu meningkatkan pengeluaran
beras, pewujudan stok penimbal beras, pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha
pertanian dan mewujudkan program peningkatan pengeluaran dan produktiviti bagi sektor
tanaman, ternakan dan pertanian. Langkah lain termasuk mengukuhkan Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan pasaran dan pengagihan hasil-hasil
pertanian, melaksanakan program Bumi Hijau dan mengurus kawasan terbiar untuk
meningkatkan pengeluaran komoditi sekuriti.
Negara-negara dunia ketiga seperti juga Malaysia dianggap bertuah kerana memiliki sumber
semula jadi komoditi dan mempunyai asas pertanian yang kukuh untuk dijana bagi
menghasilkan makanan. Lantaran itu syarikat-syarikat bioteknologi yang ada dalam negara
masing-masing sewajarnya mengambil peluang untuk memanfaatkan teknologi sedia ada bagi
menghasilkan lebih banyak produk makanan. Sama ada menggunakan kepakaran tempatan
sedia ada atau mendapatkan lesen teknologi luar, semuanya boleh dimanfaatkan untuk
menghasilkan makanan.
Negara-negara dunia ketiga juga harus beralih kepada melaksanakan teknik kultur tisu. Teknik
kultur tisu, Molecular Assisted Selection (MAS) dan penggunaan bioreactor bukan lagi baru
dalam bidang bioteknologi sebaliknya boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti

makanan. Bioteknologi sepatutnya dilihat sebagai alat yang boleh dimanfaatkan ketika dunia
menghadapi krisis makanan kerana pemilihan baka atau benih yang dihasilkan menerusi
bioteknologi mempunyai cirri-ciri lebih baik sama ada cepat matang, hasil lebih tinggi dan
tahan penyakit. Teknologi kini dapat membantu pengeluaran makanan khususnya yang asas
seperti padi, gandum dan jagung, meskipun wujud prejudis daripadanya. Isu-isu seperti
organisme terubah suai secara genetik (GMO) menjadikan manusia ragu-ragu terhadap
teknologi tersebut tetapi Molecular Assisted Selection boleh menjadi alternatif.
Molecular Assisted Selection yang juga dikenali sebagai Marker Assisted
Selection atau Marker Aided Selection merupakan satu-satunya proses yang berasaskan
variasi DNA atau RNA digunakan untuk mengenalpasti genetik atau ciri-ciri yang diperlukan
dalam tumbuhan atau haiwan. Antara ciri-ciri tersebut ialah produktiviti kerintangan terhadap
penyakit dan toleransi kepada tekanan secara kualiti. Molecular Assisted Selection hanya
melibatkan teknologi hingga ke peringkat molekul sahaja dan tidak ke peringkat
pengubahsuaian genetik. Pengguna juga perlu sedar bahawa makanan yang dihasilkan
daripada GMO seperti jagung, soya dan tomato serta beras sudah berada di pasaran sejak
sekian lama. Oleh itu mereka perlu ada kesedaran tentang ilmu saintifik supaya dapat
menerima makanan berteknologi tinggi ini kerana ia dapat dihasilkan dengan meminimumkan
penggunaan tanah.
Kawasan penanaman semakin berkurang sedangkan penduduk semakin meningkat. Justeru,
sebagai alternatif, bioteknologi boleh meningkatkan pengeluaran makanan secara berganda
untuk keperluan manusia. Universiri dan agensi penyelidikan tempatan seperti Universiti
Putra Malaysia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),
sebagai contoh boleh menggandakan usaha menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang
mampu melipatgandakan pengeluaran produk makanan.
Krisis makanan dunia ini sepatutnya dianggap sebagai wake up call kepada tiga pihak utama
iaitu kerajaan yang merencanakan dasar, penyelidik yang menjalankan tugas dan pengguna
yang perlu sedar bahawa sudah sampai masanya teknologi diberi tempat sewajarnya sebagai
menjana kesejahteraan sosial. Memperkasakan teknologi pertanian merupakan tanggungjawab
bersama, sama ada mereka yang menghasilkannya atau yang menerima manfaat daripadanya.
Pengguna sebagai golongan yang menerima manfaat perlu yakin dengan teknologi tersebut
supaya penciptanya akan terus berusaha memperbaiki untuk memastikan penduduk terus
selamat.
Kesimpulannya, negara-negara dunia ketiga boleh memainkan peranan yang besar dalam
mengatasi krisis makanan dunia. Walaupun negara-negara dunia ketiga sinonim dengan
kemiskinan tetapi kekayaan tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber
manusia yang besar, dan kekayaan dari sumber alam semulajadi merupakan anugerah Allah
s.w.t yang tidak ternilai harganya yang boleh dijadikan modal asas dalam usaha menggiatkan
bidang pertanian.
Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang tidak seimbang dengan
pengeluaran makanan ialah antara alasan yang telah dijadikan sebagai punca berlakunya kekurangan makanan di dunia
hari ini. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 billion orang menjelang tahun 2050.

Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang pastinya tidak
mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan (kekurangan) sumber-sumber yang ada
seperti tanah untuk bercucuk tanam dan juga bekalan air yang bersih untuk pengairan penanaman. Kepesatan permintaan
secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga telah dikatakan
sebagai faktor penambah kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia dan juga permintaan bahan
makanan dunia.

Keadaan ini juga telah dikatakan menjadi bertambah rumit lagi apabila faktor kebolehan pengeluaran juga telah terjejas
akibat bencana alam seperti El Nino dan La Nina, pencemaran alam sekitar dan perubahan yang ketara pada iklim rumah
hijau dunia secara keseluruhan. Australia telah dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007 dan telah
menyebabkan hasil pengeluaran gandumnya menyusut sebanyak 55%. Hasil penuaian daripada China juga telah
menyaksikan penurunan sebanyak 15% sepanjang pemantauan daripada Januari 2000. Faktor-faktor ini adalah dikatakan
menjadi penyebab secara langsung kurangnya bekalan makanan yanag boleh diperolehi oleh penduduk dunia pada hari ini.
Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barangan makanan juga telah dikaitkan dengan kesan penggandaan kepada
beban yang telah pun sedia terhasil akibat daripada kemelut ini. Hal ini adalah kerana, apabila harga barangan makanan
meningkat, maka akan menjadi semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan bekalan
makanan tersebut selari dengan sistem ekonomi kapitalis dunia yang digunapakai pada hari ini. Kenaikan harga barangan
ini telah dikaitkan dengan kenaikan harga minyak dunia dan juga bahan tenaga yang lain yang menjadi keperluan untuk
memproses daripada bahan mentah asalnya, mengilang produk dan kos pengangkutan barangan makanan tersebut kepada
penjual dan pengguna.
Di samping itu, penghasilan bahan api bio bukan sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang
berkaitan, malah sekaligus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan makanan manusia dunia. Pada tahun
lepas sahaja 30% daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan Ethanol (antara bahan
yang digunakan untuk menghasilkan bahan api bio) dan jumlah ini pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika
Syarikat menyumbang kepada 70% pasaran jagung dunia.
Hakikatnya atau faktor yang diperkatakan tadi adalah bertentangan dengan realiti yang ada. Hairan jikalau dikatakan
kekurangan bekalan makanan masih berlaku sekalipun apabila sebenarnya tahap pengeluaran makanan dunia pula
bertambah melebihi tahap pertambahan penduduk dunia sedangkan jika dibandingkan antara jumlah penduduk dunia pada
tahun 1961 dan 2005 kita dapati jumlah penduduk dunia telah bertambah sebanyak 2.1 kali ganda. Akan tetapi jika kita
bandingkan tahap pengeluaran makanan antara tahun yang sama, kita dapati pengeluaran makanan dunia telah bertambah
2.8 kali ganda. Hal ini bermakna, jumlah makanan yang telah dihasilkan untuk setiap individu telah bertambah saban tahun.
Oleh yang demikian, rasional bahawa antara punca krisis bekalan makanan adalah kerana bertambahnya bilangan
penduduk dunia adalah penakulan yang meleset.
Untuk isu perubahan tabiat makanan penduduk dunia yang dikatakan menjadi punca pertambahan permintaan makanan
pula, realitinya harus dikaji dengan lebih teliti lagi. Jika kita tanya, benarkah penduduk dunia zaman sekarang makan lebih
banyak berbanding dengan penduduk dunia puluhan atau ratusan tahun dahulu, walhal saiz perut manusia lebih kurang
sama sahaja? Secara logiknya, keperluan makanan untuk bekalan tenaga manusia seharusnya menjadi semakin
berkurangan oleh sebab manusia telah semakin banyak menggunakan mesin dan jentera bagi melakukan tugas-tugas,
berbanding orang dahulu yang semata-mata bergantung kepada tulang empat kerat untuk bekerja. Jadi adakah benar
manusia sekarang makan lebih banyak ataupun sebenarnya manusia zaman sekarang ini "membazir" dengan lebih banyak?

Akan tetapi jika dilihat laporan kajian tentang pembuangan sisa-sisa makanan penduduk dunia kenyataan kedua sebenarnya
lebih tepat. Sebagai contoh, setiap tahun sebanyak lebih daripada 160 billion kilogram makanan telah disediakan di Amerika
Syarikat. Daripada jumlah ini, hampir 45 billion kilogram (termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, susu dan produk
bijirin) telah dibuang ke dalam tong sampah. Ironinya, secara purata, 4 billion kilogram makanan sudah cukup untuk
menyelesaikan masalah kebuluran yang sedang melanda dunia sekarang.
Bagi masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau, memang benar manusia tidak mampu untuk menghalang kesan
langsung yang akan berlaku. Namun, bencana tersebut bukanlah sesuatu yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap
bulan sehingga sentiasa mengganggu keseluruhan sistem pengeluaran makanan dunia. Bencana sebenarnya hanya
memberikan kesan jangka pendek, bukan kesan jangka panjang dan biasanya masalah ini akan pulih dalam jangka waktu
yang singkat. Bencana tidak pernah menjadi kesan berpanjang sehingga surutnya jumlah makanan dunia. Sebagai contoh,
di Malaysia, fenomena tengkujuh dan banjir besar yang melanda beberapa buah negeri diMalaysia (bersifat sementara)
setiap tahun, tidak pernah menyebabkan Malaysia berada dalam krisis makanan. Jika berlaku sekalipun masalah
kekurangan, masalah ini sebenarnya bukanlah disebabkan oleh kekurangan itu sendiri, tetapi kerana wujudnya aktiviti
penyorokan dan juga penimbunan oleh pembekal serta pengagihan yang tidak efisyen.
Begitu juga dengan permasalahan-permasalahan kekurangan bekalan makanan kerana penggunaannya untuk penghasilan
bahan api bio. Fenomena ini sebenarnya lebih bersifat permasalahan pengurusan bekalan dan bukannya punca masalah
dan perkara itu belum lagi mengambil kira aktiviti spekulasi harga komoditi bermotivasikan ketamakan di pasaran hadapan
(future market) yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan makanan secara tamak dan tidak realistik.

Anda mungkin juga menyukai