Anda di halaman 1dari 3

Sudah terang lagi bersuluh , semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020 .

Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi terutama dalam
industri pertanian dan perladangan kelapa sawit . Hal ini demikian , menyumbangkan kesan
positif di samping mematangkan industri sawit negara dalam meningkatkan integriti industri
ini ke taraf yang lebih prestij agar dapat duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan
negara – negara maju yang lain . Asal usul penanaman sawit di Malaysia mula diperkenalkan
atas dasar membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk di kawasan luar bandar di mana
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) telah membuka tanah – tanah baru untuk
diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit sekitar tahun 1960. Kemodenan revolusi kaedah
penanaman kelapa sawit menjadikan produksi meningkat dari semasa ke semasa seperti yang
dicatatkan pada tahun 2011 , dengan 18.91 juta tan minyak sawit mentah dihasilkan dengan
kadar peratusan 11.3% adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan produk pengeluaran
pada tahun 2010 .

Namun begitu , cabaran serta rintangan dalam memajukan industri perusahaan kelapa
sawit juga adalah suatu medium bagi para penyelidik dan pengusaha - pengusaha industri
sawit di Malaysia ini melakukan suatu lonjakan paradigma ke arah memartabatkan industri
sawit ke arah yang lebih profesional dan pengurusan secara matang serta menyeluruh . Antara
cabaran yang menjadi penyuntik semangat para pengusaha kelapa sawit untuk terus kekal
mengatur strategi bernas dalam sektor kelapa sawit ini adalah senario ekonomi global yang
kurang memberansangkan pada tahun 2016 . Rentetan perkara tersebut , ia menyebabkan
permintaan kelapa sawit menurun secara mendadak di negara pengimport utama . Seperti
yang diulaskan oleh Datuk Amir Douglas Uggah Embas selaku Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi beliau menyatakan , "Walaupun tidak dapat dinafikan minyak
sawit adalah komponen penting dalam rantaian bekalan makanan negara , pertumbuhan
ekonomi yang perlahan di negara pengimport mungkin memerlukan kajian semula stratergi
pemasaran semasa untuk memastikan akses pasaran yang berterusan bagi minyak sawit di
Malaysia " . Cabaran berikutan isu penurunan permintaan produk kelapa sawit ini
mewujudkan suatu kerjasama yang lebih berinisiatif antara penyelidik dari universiti
tempatan dan pengusaha kelapa sawit dalam terus menerokai bidang ini disamping
mewujudkan pembangunan biofuel berasaskan sawit yang juga dapat menarik minat
golongan belia terutamanya dalam mengendalikan bidang biofuel ini ke taraf antarabangsa
dalam menggandakan pendapatan eksport sekaligus mewujudkan industri kelapa sawit yang
lebih matang dan futuristik . Tambahan pula , idea dalam mengembangkan industri sawit
biofuel ini juga telah diketengahkan oleh Datuk Uggah dalam persidangan perubahan iklim di
Paris . Dalam idea yang diilustrasikan beliau , produk biofuel berasaskan kelapa sawit ini
adalah mesra alam dan sumber bentuk tenaga mesra alam dan adalah sumber bentuk negara
yang mampan. Secara tidak langsung , ia mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
kepada masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai misi Transformasi Nasional 50 dengan
meningkatkan pakar-pakar dalam bidang kelapa sawit yang cekap dan berfikiran matang serta
berpandangan jauh untuk membawa industri kelapa sawit ke tahap unggul .

Seterusnya , cabaran lain yang juga memberi kesan dan impak yang positif dalam
perindustrian kelapa sawit adalah , persaingan sengit antara negara pengeluar minyak dan
perladangan seperti Indonesia yang menekan syarikat - syarikat tempatan . Misalnya , dengan
senario persaingan yang berlaku ini menyebabkan penyusutan harga minyak sawit mentah
(MSM) sebanyak 18 peratus pada tahun 2014 dan memberi perkembangan negatif dalam
pasaran . Oleh itu , cabaran ini menyebabkan bekalan minyak meningkat tetapi kadar
permintaan berkurang . Tindakan yang diketengahkan di atas cabaran ini , Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd , Datuk Mohd Emir Mavani
Abdullah berkata pertumbuhan minyak sawit perlu diberi penekanan dengan menerajui
inovasi baharu pengurusan ladang dan meningkatkan kecekapan operasi kilang memproses
sawit termasuk mengurangkan pergantungan kepada buruh asing . Tambahan pula , Datuk
Mavani juga menyasarkan nisbah sumbang aktiviti perniagaan sawit huluan berbanding
hiliran adalah 55:45 . Maka , Felda Global Ventures menjalankan keprihatinan yang lebih
mantap ke arah mempromosikan perindustrian sawit negara agar lebih seimbang dan matang
dalam hal pentadbiran di samping mengawal perbelanjaan modal untuk bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan.

Tambahan pula , cabaran daripada pihak tertentu yang mewujudkan pelbagai isu bagi
mensabotaj industri sawit .Misalnya , pihak NGO mengaitkan pembangunan sawit tidak
mampan serta mencemarkan alam sekitar .Oleh itu , cabaran yang mengundang persepsi
negatif ini dapat ditepis dengan pengenalan mengenai Skim Pensijilan Mampan Malaysia
(MPSO) dalam melestarikan industri sawit negara yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib
Tun Razak sempena hari Sambutan 100 Tahun Industri Sawit Malaysia . Pengenalan MPSO
termasuk dalam lima anjakan transformasi yang digariskan oleh Perdana Menteri dengan visi
untuk melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang sawit dengan penambahan
peruntukan lagi RM 500 juta sebagai peruntukan Skim Tanam Semula dan Tanam Baharu
Sawit dari tempoh 2010 hingga 2020.

Akhir sekali , secara tuntasnya pelbagai cabaran yang dihadapi dalam industri sawit
negara mematangkan pembangunan dan pengkomersialan terhadap industri sawit.
Konklusinya , cabaran yang ditempuhi memajukan Malaysia ke arah memperkukuhkan
kecemerlangan industri sawit menjelang tempoh akan datang sekaligus mencapai misi
Transformasi Nasional 50 .

Anda mungkin juga menyukai