Anda di halaman 1dari 7

Krisis Makanan Dunia: Peranan Dunia

Ketiga
SMAHADZIR
MAKANAN adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian.
Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu
sahaja. Apa yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini
melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi
keperluan asas setiap individu di atas dunia ini.
Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat
sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap
terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan
sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah
mencatatkan paras tertinggi.

Kenaikan harga pasaran bijirin juga telah memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang
lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan
tenusu. Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis telah melanda merata tempat di dunia
dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu sahaja. Menurut Program Makanan
Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari 73 juta orang di 78 negara yang
bergantung kepada sumbangan makanan dari pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan
bekalan pada tahun 2008.
Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barang makanan juga dikatakan menggandakan
lagi kesan yang berlaku. Ini kerana apabila harga barang makanan meningkat, maka semakin
sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan makanan tersebut
selari dengan teori mekanisma harga yang menjadi mekanisma asas pengagihan dalam sistem
ekonomi kapitalis. Kenaikan harga barang dagangan ini pula dikatakan berpunca daripada
kenaikan harga minyak dunia.
Secara langsung, kenaikan harga minyak telah memaksa kenaikan kos bagi mengeluar dan
memasarkan makanan (kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan kilang, jentera, kos
pengangkutan dan sebagainya). Peningkatan harga minyak juga dilihat menjadi penyebab
kenaikan kos baja sekali gus melonjakkan harga bahan makanan di pasaran.
Di samping itu, kegilaan terhadap penghasilan bahanapi bio bukan sahaja dikatakan telah
melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan, malah sekali gus mengurangkan
jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan pemakanan. Pada tahun 2007 sahaja, suku
daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan etanol
(antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahanapi bio) yang mana jumlah ini
pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 60%
pasaran jagung dunia.
Yang jelasnya, masalah krisis makanan global telah semakin mendapat perhatian para
pemerhati ekonomi dunia. Antara perkara yang menjadi perhatian adalah peningkatan harga
makanan di pasaran global yang telah pun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran
bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telah pun mula muncul di beberapa
wilayah berasingan di dunia.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa peningkatan harga
makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik di
seluruh dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes, Timbalan Setiausaha
Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di
Dubai. Harga purata makanan dunia telah meningkat sehingga 40% sejak pertengahan 2007
dan kesan krisis makanan ke atas keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana
krisis ini telah memberikan kesan langsung yang mensengsarakan penduduk dunia di mana
kita dapat saksikan ketidakpuasan hati terhadap apa yang sedang berlaku telah mula
dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan.
Rusuhan Tortilla telah berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak
berpuas hati dengan kenaikan harga tortilla (antara makanan ruji rakyat Mexico) yang
meningkat sebanyak 400%. Mogok Tempe selama tiga hari oleh para peniaga pula telah
berlaku di Indonesia apabila harga bahan asas pembuatan tempe iaitu kacang soya meningkat
dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400 pada tahun 2008.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-moon telah mengatakan
bahawa di banyak negara terutamanya di Afrika, pengguna terpaksa membayar lebih 2 ke 3
kali ganda untuk makanan akibat dari kemelut ini. Keadaan yang lebih dahsyat telah berlaku
di India apabila dilaporkan lebih 25,000 petani telah membunuh diri mereka tahun 2007
akibat dari kemurungan yang berpunca daripada kekurangan hasil pertanian dan peningkatan
hutang.
Jumlah kematian ini tidak lagi termasuk dengan korban nyawa yang berpunca daripada
masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang selama ini telah lama melanda negaranegara miskin dan juga rakyat yang miskin di negara-negara yang kaya. Jika kita soroti
sepintas lalu statistik yang ada, pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup
dalam kelaparan. Dari jumlah ini, hampir 16,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari
akibat dari masalah yang berkaitan dengan kekurangan makanan.
Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran
makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan punca mengapa berlakunya kekurangan
makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9
bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak
kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak mampu ditampung oleh tahap
pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan atau kekurangan sumber-sumber yang ada
seperti air, tanah ladang dan sebagainya.
Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat
membangun seperti di China dan India juga dikatakan menjadi penambah kepada
ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia (supply) dan permintaan (demand) yang
memerlukannya. Contohnya (sebagaimana dilaporkan), tabiat makan penduduk China telah
berubah di mana secara perkapita, penduduk China menghabiskan 50kg daging pada tahun
2007 berbanding hanya 20kg pada tahun 1985.
Keadaan yang ada dikatakan menjadi semakin rumit apabila faktor pengeluaran juga telah
terjejas akibat bencana alam, pencemaran dan perubahan iklim dunia. Australia dikatakan
mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007 menyebabkan hasil gandum negaranya telah
menyusut sebanyak 60%. Hasil tuaian dari China juga telah menyaksikan penyusutan sebanyak
10% sepanjang 7 tahun yang lalu. Faktor-faktor ini dikatakan menjadi sebab secara langsung
kurangnya bekalan makanan yang boleh diperolehi oleh penduduk dunia.

Lantaran itu, kenaikan harga makanan yang menjadi makanan asasi rakyat seperti beras,
gandum, kentang, sekoi, jagung juga daging, ayam, telur, makanan tenusu dan sebagainya
kini amat membimbangkan masyarakat.Contohnya, kesan kenaikan harga beras serantau
terutama di negara yang beras adalah makanan asasi, seperti Filipina, terpaksa mengimport
banyak beras. Kekurangannya menyebabkan catuan terpaksa dibuat, malah tentera ditugaskan
mengawal proses tersebut. Harga beras di Myanmar juga melonjak naik. Vietnam pula tidak
mahu mengeksport beras. Thailand pun ada ura-ura bertindak serupa. Harga beras di Thailand
naik hingga AS$1,000 satu tan atau RM3.20 sekilogram. Dulu beras dari Thailand diseludup
ke Malaysia, sekarang keadaan menjadi sebaliknya kerana sekarang di negara itu, padi dijual
dengan harga RM1,400 satu tan, manakala beras hancur 15% Malaysia dijual pada harga
RM1,350.
Negara dunia ketiga yang sinonim dengan gelaran negara kurang maju atau lebih tepat lagi
negara pertanian boleh memainkan peranannya kerana kebanyakan negara dunia ketiga
mempunyai kawasan tanah kosong yang luas, subur dan amat sesuai untuk pertanian. Antara
kaedah bagi mengatasi krisis ini ialah pertama, kawasan tanaman mestilah diperluaskan untuk
menambah bekalan. Contohnya seperti yang dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Sabah
dan Sarawak telah dijadikan negeri pertanian bagi menambahkan sumber makanan kepada
rakyat. Tanah kosong di dua buah negeri ini yang luas dan subur telah dijadikan kawasan
pertanian bagi menampung keperluan makanan. Kawasan tanah bukit juga boleh digunakan
untuk penanaman andainya mengikut teknologi yang sesuai seperti sistem pengairan moden,
baja, teknik tanaman dan sebagainya.
Hakikatnya, negara-negara dunia ketiga mempunyai empat kekuatan iaitu tanah yang subur,
sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan kekayaan dari sumber
alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat di dalam negara dunia
ketiga, politik pertanian perlu difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian
berasaskan dua perkara iaitu penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan lahan
pertanian melalui penerapan undang-undang yang bersangkutan dengan hukum tanah
pertanian. Ini termasuk menggalakkan pembukaan tanah pertanian baru atau ihya al-ardh dan
pemberian tanah secara percuma kepada rakyat terpilih yang mampu mengerjakannya. Subsidi
pertanian juga perlu diberikan dengan meluas bagi menggalakkan aktiviti pertanian yang
berkesan. Selain itu, sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibangunkan agar
pengedaran makanan menjadi lebih teratur, berkesan, cepat dan mudah.

Dari aspek sumber air, Allah s.w.t telah mengurniakan jumlah air yang cukup besar kepada
negara-negara dunia ketiga. Dianggarkan terdapat lebih dari 150 billion meter padu air
permukaan seperti sungai, tasik, paya, kolam, rawa dan sebagainya dan ini tidak termasuk
sumber air bawah tanah sebanyak lebih kurang 7734 billion meter padu yang cukup untuk
seluruh penduduk dunia. Apa yang pasti, dengan jumlah air yang sebegini banyak, masalah
pertanian pasti tidak akan cagun. Cuma kerajaan negara-negara dunia ketiga perlu
memastikan, melalui penerapan undang-undang bahawa sumber ini diuruskan dengan
sempurna melalui pembinaan empangan dan saliran pertanian yang meluas.
Dari aspek sumber manusia, dianggarkan terdapat lebih kurang 48 juta orang yang
menjalankan aktiviti pertanian. Bagi memastikan setiap individu di dalam negara-negara
dunia ketiga mendapat keperluan asasnya, kerajaan perlu memberikan peluang dan galakan
kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk bertani dengan memberikan
tanah lahan secara percuma, subsidi dan apa juga bantuan kepada mereka.

Kekuatan keempat, yakni kekayaan sumber alam semulajadi merupakan aspek yang paling
menonjol di dalam negara-negara dunia ketiga. Negara-negara dunia ketiga memang kaya
dengan pelbagai sumber alam seperti bahan api petroleum, galian dan juga mineral. Ini semua
boleh digunakan sebagai modal dalam hasrat mengurus bidang pertanian secara berkesan.
Dalam memperkasakan bidang pertanian juga negara-negara dunia ketiga wajar mencontohi
para khalifah negara Islam terdahulu yang mana telah memerintahkan agar kawasan-kawasan
pertanian dibangunkan dan dimajukan dengan sistem pengairan dan sebagainya seperti yang
dilakukan di wilayah Basra (Iraq) dan Sind (Pakistan). Dana yang berlebihan juga boleh
dibelanjakan untuk tujuan pembangunan pertanian.
Selain itu, negara-negara dunia ketiga juga harus mencontohi Malaysia di mana telah
mewujudkan beberapa projek mega pertanian seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan
(TKPM) Zon Industi Akuakultur, Ladang Kontrak, Pembangunan Usahawan Industri Asas
Tani dan Pusat Fidlot Nasional. Malaysia juga melalui Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani telah mengenal pasti tujuh langkah perlaksanaan iaitu meningkatkan pengeluaran
beras, pewujudan stok penimbal beras, pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha
pertanian dan mewujudkan program peningkatan pengeluaran dan produktiviti bagi sektor
tanaman, ternakan dan pertanian. Langkah lain termasuk mengukuhkan Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan pasaran dan pengagihan hasil-hasil
pertanian, melaksanakan program Bumi Hijau dan mengurus kawasan terbiar untuk
meningkatkan pengeluaran komoditi sekuriti.
Negara-negara dunia ketiga seperti juga Malaysia dianggap bertuah kerana memiliki sumber
semula jadi komoditi dan mempunyai asas pertanian yang kukuh untuk dijana bagi
menghasilkan makanan. Lantaran itu syarikat-syarikat bioteknologi yang ada dalam negara
masing-masing sewajarnya mengambil peluang untuk memanfaatkan teknologi sedia ada bagi
menghasilkan lebih banyak produk makanan. Sama ada menggunakan kepakaran tempatan
sedia ada atau mendapatkan lesen teknologi luar, semuanya boleh dimanfaatkan untuk
menghasilkan makanan.
Negara-negara dunia ketiga juga harus beralih kepada melaksanakan teknik kultur tisu. Teknik
kultur tisu, Molecular Assisted Selection (MAS) dan penggunaan bioreactor bukan lagi baru
dalam bidang bioteknologi sebaliknya boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti
makanan. Bioteknologi sepatutnya dilihat sebagai alat yang boleh dimanfaatkan ketika dunia
menghadapi krisis makanan kerana pemilihan baka atau benih yang dihasilkan menerusi
bioteknologi mempunyai cirri-ciri lebih baik sama ada cepat matang, hasil lebih tinggi dan tahan
penyakit. Teknologi kini dapat membantu pengeluaran makanan khususnya yang asas seperti
padi, gandum dan jagung, meskipun wujud prejudis daripadanya. Isu-isu seperti organisme
terubah suai secara genetik (GMO) menjadikan manusia ragu-ragu terhadap teknologi tersebut
tetapi Molecular Assisted Selection boleh menjadi alternatif.
Molecular Assisted Selection yang juga dikenali sebagai Marker Assisted Selection atau Marker
Aided Selection merupakan satu-satunya proses yang berasaskan variasi DNA atau RNA
digunakan untuk mengenalpasti genetik atau ciri-ciri yang diperlukan dalam tumbuhan atau
haiwan. Antara ciri-ciri tersebut ialah produktiviti kerintangan terhadap penyakit dan toleransi
kepada tekanan secara kualiti. Molecular Assisted Selection hanya melibatkan teknologi hingga
ke peringkat molekul sahaja dan tidak ke peringkat pengubahsuaian genetik. Pengguna juga
perlu sedar bahawa makanan yang dihasilkan daripada GMO seperti jagung, soya dan tomato
serta beras sudah berada di pasaran sejak sekian lama. Oleh itu mereka perlu ada kesedaran
tentang ilmu saintifik supaya dapat menerima makanan berteknologi tinggi ini kerana ia dapat
dihasilkan dengan meminimumkan penggunaan tanah.

Kawasan penanaman semakin berkurang sedangkan penduduk semakin meningkat. Justeru,


sebagai alternatif, bioteknologi boleh meningkatkan pengeluaran makanan secara berganda
untuk keperluan manusia. Universiri dan agensi penyelidikan tempatan seperti Universiti Putra
Malaysia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), sebagai contoh
boleh menggandakan usaha menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang mampu
melipatgandakan pengeluaran produk makanan.
Krisis makanan dunia ini sepatutnya dianggap sebagai wake up call kepada tiga pihak utama
iaitu kerajaan yang merencanakan dasar, penyelidik yang menjalankan tugas dan pengguna
yang perlu sedar bahawa sudah sampai masanya teknologi diberi tempat sewajarnya sebagai
menjana kesejahteraan sosial. Memperkasakan teknologi pertanian merupakan tanggungjawab
bersama, sama ada mereka yang menghasilkannya atau yang menerima manfaat daripadanya.
Pengguna sebagai golongan yang menerima manfaat perlu yakin dengan teknologi tersebut
supaya penciptanya akan terus berusaha memperbaiki untuk memastikan penduduk terus
selamat.
Kesimpulannya, negara-negara dunia ketiga boleh memainkan peranan yang besar dalam
mengatasi krisis makanan dunia. Walaupun negara-negara dunia ketiga sinonim dengan
kemiskinan tetapi kekayaan tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber
manusia yang besar, dan kekayaan dari sumber alam semulajadi merupakan anugerah Allah
s.w.t yang tidak ternilai harganya yang boleh dijadikan modal asas dalam usaha menggiatkan
bidang pertanian.

Krisis Makanan Dunia dan Malaysia


Dengan pelbagai andaian serta spekulasi tentang punca kemerosotan makanan utama iaitu padi kita seharusnya
mengambil iktibar bahawa sesebuah negara yang kuat ialah negara yang mempunyai sumber makanan yang
mencukupi serta sumber manusia yang berkualiti.Dengan kenaikan harga beras yang melambung tinggi
seharusnya menginsafkan kita bahawa kawasan sawah padi tidak perlu ditukarkan statusnya menjadi pelbagai
kawasan komersial atau perumahan.Itulah pendapat yang mudah pada pandangan orang awam seperti
kita.Kekalkan kawasan penanaman padi yang sedia ada serta wujudkan kawasan penananam padi yang
baru.Pertingkatkan teknologi,pengurusan serta penyelidikan agar penanaman padi dapat dijalankan melebihi 2
kali setahun. Krisi makanan dunia ? Apakah puncanya?

Menurut pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr.
Mazlin Mokhtar terdapat 3 faktor utama berlakunya krisis makanan di peringkat global. Pertama pertambahan
bilangan penduduk dunia serta kekurangan tanah yang diperuntukkan bagi sektor pertanian. Kegiatan
perindustrian yang aktif sehingga menyumbang kepada pencemaran selain perubahan cuaca dunia.
Menurutnya, krisis makanan khususnya di negara- negara membangun dapat ditangani sekiranya petani
mempraktikkan amalan pertanian moden. Ini termasuk penggunaan teknologi terkini dan memaksimunkan
penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil pengeluaran.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr. Zarinah Yusof berkata, krisis
yang melibatkan bahan makanan seperti beras dan tepung itu jika tidak dibendung akan memberi kesan
terhadap ekonomi negara.
keadaan cuaca juga memainkan peranan selain kenaikan harga minyak dunia. Tindakan Amerika memajukan
biofuel menggunakan bahan makanan telah mewujudkan satu konflik. Selain satu pembaziran, ia juga antara
penyebab krisis makanan dunia berterusan.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa kenaikan harga barang makanan ini contohnya tepung berpunca
sebenarnya juga daripada tindakan negara Amerika yang cuba memajukan teknologi biofuelnya, kerana di sini
didapati untuk pengeluaran jagungnya dan gandumnya banyak digunakan untuk pengeluaran biofuel tadi.
Contohnya, untuk pengeluaran ethanol memerlukan 240-kilogram jagung yang mana dapat mengeluarkan 100liter ethanol yang cukup untuk keperluan sebuah S-U-V.
Prof Dr. Ghizan Salleh dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia berkata:
Malaysia mampu menjadi pengeksport beras domestik seperti yang digariskan dalam Dasar Pertanian Ketiga
sekiranya mengamalkan pengurusan sumber dan penggunaan teknologi secara efisien dalam pertanian.
Menurutnya langkah itu sekaligus dapat mengatasi krisis kekurangan makanan global. Katanya pembaziran
sumber seperti baja dan racun perosak perlu dielakkan sementara pengurusan kesesuaian tanah untuk
pertanian dengan cara yang betul, perlu diamalkan. Faktor ini akan turut menyumbang kepada perubahan iklim
sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran pertanian negara.
kita mempunyai teknologi di negara ini dan pastinya teknologi telah pun digunakan tetapi saya percaya banyak
lagi yang perlu ditingkatkan. Kita cuba tingkatkan hasil padi menggunakan teknologi terkini dan juga
kemungkinan untuk menambah. Kawasan padi kita yang mana kita tahu sabah dan Sarawak masih ada lagi
tanah untuk dipertingkatkan keluasan sedia ada.
Sememangnya kita sudah ada variety disebut MR219 yang ditanam dikawasan 90 % kawasan penanaman padi
dinegara kita dan hasilnya boleh melangkau 10 tan sehektar tetapi perlu didalam suasana pengeluaran dimana
pengurusan pengeluaran itu dijaga dengan baik. Walaupun kita ada teknlogi ini tetapi amalan terhadap teknologi
tidak benar-benar dibuat oleh keseluruhan petani. Itu dapat dimantapkan melalui program-program
pengembangan. Ada kalanya petani tidak melakukan sepenuhnya apa yang dinyatakan mungkin baja tidak
digunakan pada tahap yang sepatutnya. Cara mengairkan kawasan padi tadi amat penting dimana kita hanya
perlu air diberikan pada tahap saturation point. Kita ada juga baja padi yang dikeluarkan yang saya percaya jika
digunakan pada peringkat yang optimum boleh menghasilkan pengeluaran yanggg baik.
Sumber:Radio RTM 27/4/08
Apa pun pendapat dan saranan,kekalkan dan tambahlah kawasan penanaman padi semaksima
mungkin.Dengan Vietnam(pengeksport kedua terbesar dunia selepas Thailand menggantung eksport akibat
pengeluaran padinya terjejas teruk kerana kemarau dan serangan serangga.),Thailand serta Filipina(terjejas
apabila pengeluaran serta stok berasnya merosot teruk) sebagai negara pengeluar beras terbesar di dunia

menghadapi pelbagai masalah seperti serangan makhluk perosak serta ancaman iklim yang tidak menentu,dunia
terutamanya negara-negara asia akan terjejas teruk.Malaysia seharusnya bersiap sedia menghadapi keadaan
ini.
Kita perlu memikirkan untuk mengurangkan 30 peratus daripada keperluan beras negara atau kira-kira 700,000
tan metrik setahun yang diimport dari Thailand dan Vietnam.Pertubuhan Makanan Dunia (FAO) melaporkan
sebayak 36 buah negara terjejas teruk serta menghadapi krisis makanan yang meruncing.Dengan kenaikan
harga 20% beras negara kita seharusnya memikirkan semula tentang pengambilan tanah sawah padi untuk
pembangunan yang tidak terancang.Semoga Malaysia akan bebas dari ancaman krisis makanan.Lestarikan
penananam padi negara!

Anda mungkin juga menyukai