Anda di halaman 1dari 25

Isu Pemakanan dan

Kesihatan
ISU PEMAKANAN
Harga Pasaran Makanan
Makanan adalah salah satu keperluan asas manusia.

Krisis makanan yang membimbangkan dunia


melibatkan bekalan makanan seperti beras, gandum,
bijiran dan jagung.

Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran


makanan global secara purata telah meningkat
sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar
simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap
terendah sejak 30 tahun
Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah
mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala
harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang
soya telah mencatatkan paras tertinggi.

Kenaikan harga pasaran bijirin juga telah memaksa


kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara
langsung atau tidak langsung seperti harga daging,
ayam, telur dan makanan tenusu.
 Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barang
makanan juga dikatakan menggandakan lagi kesan
yang berlaku. 
Ini kerana apabila harga barang makanan meningkat,
maka semakin sukar bagi kebanyakan penduduk
dunia secara amnya untuk mendapatkan makanan
tersebut.
Kenaikan harga barang dagangan ini pula dikatakan
berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia.
Kenaikan harga minyak telah memaksa kenaikan kos
bagi mengeluar dan memasarkan makanan
(kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan
kilang, jentera, kos pengangkutan dan sebagainya).

Peningkatan harga minyak juga dilihat menjadi


penyebab kenaikan kos baja sekali gus melonjakkan
harga bahan makanan di pasaran.
Peningkatan harga makanan di pasaran global yang
telah pun memberi kesan langsung terhadap harga
pasaran bahan makanan tempatan .

Begitu juga, masalah kebuluran yang telah pun mula


muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia.
KESAN-KESAN
‘Rusuhan Tortilla’ telah berlaku di Mexico pada 1
Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati
dengan kenaikan harga tortilla (antara makanan ruji
rakyat Mexico) yang meningkat sebanyak 400%.

‘Mogok Tempe’ selama tiga hari oleh para peniaga pula


telah berlaku di Indonesia apabila harga bahan asas
pembuatan tempe iaitu kacang soya meningkat dari
sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400 pada
tahun 2008.
25,000 petani telah membunuh diri mereka tahun
2007 akibat dari kemurungan yang berpunca daripada
kekurangan hasil pertanian dan peningkatan hutang.

Jumlah kematian ini tidak lagi termasuk dengan


korban nyawa yang berpunca daripada masalah
kebuluran dan kekurangan makanan yang selama ini
telah lama melanda negara-negara miskin dan juga
rakyat yang miskin di negara-negara yang kaya
Kesan kenaikan harga beras serantau terutama di
negara yang beras adalah makanan asasi, seperti
Filipina, terpaksa mengimport banyak beras.

 Kekurangannya menyebabkan catuan terpaksa


dibuat, malah tentera ditugaskan mengawal proses
tersebut. Harga beras di Myanmar juga melonjak naik.
Negara dunia ketiga yang sinonim dengan gelaran
negara kurang maju atau lebih tepat lagi negara
pertanian boleh memainkan peranannya kerana
kebanyakan negara dunia ketiga mempunyai kawasan
tanah kosong yang luas, subur dan amat sesuai untuk
pertanian
CARA MENGATASI
Kawasan tanaman mestilah diperluaskan untuk
menambah bekalan.

Contohnya seperti yang dilaksanakan di Malaysia di


mana negeri Sabah dan Sarawak telah dijadikan negeri
pertanian bagi menambahkan sumber makanan
kepada rakyat.
Tanah kosong di dua buah negeri ini yang luas dan
subur telah dijadikan kawasan pertanian bagi
menampung keperluan makanan.

Kawasan tanah bukit juga boleh digunakan untuk


penanaman andainya mengikut teknologi yang sesuai
seperti sistem pengairan moden, baja, teknik tanaman
dan sebagainya.
Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat di
dalam negara dunia ketiga, politik pertanian perlu
difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran
pertanian berasaskan dua perkara iaitu penggunaan
baja dan peralatan moden serta perluasan lahan
pertanian melalui penerapan undang-undang yang
bersangkutan dengan hukum tanah pertanian
Subsidi pertanian juga perlu diberikan dengan meluas
bagi menggalakkan aktiviti pertanian yang berkesan.

Selain itu, sistem pengangkutan yang efisien juga


perlu dibangunkan agar pengedaran makanan menjadi
lebih teratur, berkesan, cepat dan mudah.
Bagi memastikan setiap individu di dalam negara-
negara dunia ketiga mendapat keperluan asasnya,
kerajaan perlu memberikan peluang dan galakan
kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan
untuk bertani dengan memberikan tanah lahan secara
percuma, subsidi dan apa juga bantuan kepada
mereka.
Negara-negara dunia ketiga boleh memainkan
peranan yang besar dalam mengatasi krisis makanan
dunia. Walaupun negara-negara dunia ketiga sinonim
dengan kemiskinan tetapi kekayaan tanah yang subur,
sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia
yang besar, dan kekayaan dari sumber alam semulajadi
merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.
ISU KESIHATAN
Kebanyakan kematian ibu ketika melahirkan anak berpunca
daripada masalah kesihatan sama ada berlaku sebelum, semasa
atau selepas bersalin.

Di negara dunia ketiga seperti Afrika, Pakistan, Bangladesh,


India, Sri Lanka dan Afganistan, kadar kematian lebih tinggi
berbanding di negara sedang membangun seperti Malaysia
yang menunjukkan kadar pengurangan kematian ibu bersalin
sebanyak 45 peratus iaitu daripada 53 orang bagi setiap 100,000
kelahiran hidup pada 1990 kepada 28 pada 2010, manakala
negara lain masih bergelut dalam membendung masalah ini.
CARA MENGATASI
Sebenarnya kematian akibat bersalin dapat dielakkan
sekiranya wanita mengambil langkah pencegahan
awal ketika mengandung dan saat melahirkan anak. 
Ini boleh dilakukan dengan mendapatkan rawatan
ketika mengandung secara berkala di hospital pada
setiap bulan dan mendapatkan vitamin yang
diperlukan untuk ibu dan bayi dalam kandungan bagi
mengelak kelahiran pramatang serta jaminan
kesihatan secara berpanjangan. 
Perancangan keluarga adalah kaedah penting bagi
mencegah ibu berisiko untuk hamil dalam keadaan
belum bersedia. Ini kerana kekerapan bersalin akan
menyebabkan komplikasi tumpah darah atau
meninggal dunia lebih tinggi disebabkan tubuh ibu
masih belum pulih untuk menerima bebanan semula. 
KESIMPULAN
Negara-negara dunia ketiga dianggap bertuah kerana
memiliki sumber semula jadi komoditi dan
mempunyai asas pertanian yang kukuh untuk dijana
bagi menghasilkan makanan.

Lantaran itu syarikat-syarikat bioteknologi yang ada


dalam negara masing-masing sewajarnya mengambil
peluang untuk memanfaatkan teknologi sedia ada
bagi menghasilkan lebih banyak produk makanan.
Begitu juga, menitikberatkan kesihatan penduduk.

Menyediakan satu program yang berkaitan dengan


kesihatan bagi mempuk kesedaran menjaga kesihatan
dalam kalangan penduduk
Sekian, Terima
Kasih.

Anda mungkin juga menyukai