Anda di halaman 1dari 2

EDUP3023 1

21/9/2020
Teori Perkembangan Piaget
1. Dapatkan definisi untuk istillah berikut dan sertakan contoh:-
I. Skemaeku
Skemaeku merujuk pada berbagai tindakan atau representasi mental yang
mengorganisasikan pengetahuan. Bermula dengan pembentukan skema yang mudah
kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya:
o Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek.
o Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkatogorikan sesuatu benda
untuk mengenal huruf.

II. Asimilasi
Berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan untuk menyesuaikan
pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada. Contohnya:
o Dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan mengatakan ‘d’ sebagai
‘b’ apabila baru diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-
kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan skema lama yang
telah ada.

III. Akomodasi
Berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman
baru dengan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan
seterusnya membentuk skema baru.
o Dalam contoh asimilasi, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat
mengenal dan membezakan ‘d’ daripada ‘b’.

IV. Ekuilibrasi 
Berlaku apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan
pengubahsuaian. Contohnya:
o Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia
akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya
proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap,
maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau
mencipta skema yang baru.
2. Apakah anda faham dengan konsep “pengekalan” (object permenance)? Terangkan
dengan contoh. 
Konsep pengekalan objek adalah merujuk kepada kanak-kanak sudah boleh
menggambarkan objek di dalam mindanya. Kanak-kanak juga menyedari bahawa objek atau
peristiwa tidak hilang walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya. Kanak-kanak
juga sudah menyedari kewujudan seseorang walaupun orang itukeluar atau hilang dari
pandangannya. Contohnya:
o Ali melihat ibunya hilang daripada pandangannya apabila dibawa oleh kereta,
dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang.

Anda mungkin juga menyukai