Anda di halaman 1dari 11

Peranan Pertanian dalam Pembangunan

Malaysia
Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,
penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa
kepada kebangkitan tamadun dengan penanaman dan penternakan mewujudkan
lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih
padat dan berstruktur.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah
untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain.
Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut
merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian
pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan.

Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja,
serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak
tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia.
Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi
intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) bagi
meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman
haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang
lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.

Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian,
bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis
keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam
terutamanya untuk menghasilkan:

 biobahan api, bahan farmaseutik, bahan biofarmaseutik, dan bioplastik.


 makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging.
 gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks.
 bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh.
 perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis.
 biobahan api, misalnya metana (daripada biojisim), etanol, dan biodiesel.
 keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta ikan dan
burung tropika untuk perdagangan haiwan peliharaan
 bahan lain yang berguna, misalnya damar.

Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana
kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008.
Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang
menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu. Meskipun pertanian
menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007,
pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia
kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Pertanian telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan tamadun,


dengan sebahagian jumlah penduduk yang amat besar mengerjakan pertanian
sehingga Revolusi Perindustrian. Pembangunan teknik pertanian telah meningkatkan
daya pengeluaran pertanian secara beransur-ansur, dengan tempoh sewaktu teknik itu
tersebar secara meluas sering dikenali sebagai revolusi pertanian. Peralihan yang luar
biasa dalam amalan pertanian berlaku pada abad yang lalu sebagai tindak balas
kepada teknologi baharu. Khususnya, kaedah Haber-Bosch untuk mensintesis
ammonium nitrat mengurangkan keperluan amalan tradisional yang membabitkan kitar
semula nutrien menerusi penggiliran tanaman dan baja haiwan.

Nitrogen tiruan, bersama-sama dengan fosfat batuan lombong, racun perosak, dan
penjenteraan telah meningkatkan hasil tanaman secara ketara pada awal abad ke-20.
Bekalan bijian yang semakin bertambah juga menyebabkan ternakan yang lebih murah.
Tambahan lagi, kenaikan hasil sedunia telah dialami pada akhir abad ke-20 apabila
hasil tinggi bijian ruji yang umum seperti padi, gandum, dan jagung diperkenalkan
sebagai sebahagian Revolusi Hijau. Revolusi Hijau mengeksport teknologi (termasuk
racun perosak dan nitrogen tiruan) dari dunia maju ke dunia membangun. Thomas
Malthus terkenal kerana meramalkan bahawa Bumi tidak berupaya menampung jumlah
penduduk yang semakin bertambah, tetapi teknologi seperti Revolusi Hijau telah
membenarkan dunia menghasilkan lebihan makanan. Terdapat sesetengah petani yang
menuju kepada pertanian kekal apabila kesedaran barkaitan persekitaran meningkat.

Sejak kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat kesan persekitaran luaran
yang diakibatkan oleh pertanian aliran utama, khususnya pencemaran air yang
membawa kepada pembentukan gerakan organik. Salah satu pengaruh utama
sehingga terbentuk gerakan organik ini ialah Kesatuan Eropah yang mula-mula
mengesahkan makanan organik pada 1991. Pada tahun 2005, ia membuat
pembaharuan pada Dasar Pertanian Umum (CAP) untuk menghentikan sebarang
subsidi ladang berkaitan komoditi secara berperingkat-peringkat. Pertumbuhan
perladangan organik telah memperbaharui penyelidikan teknologi alternatif seperti
pengurusan serangga perosak dan pembiakbakaan pilihan dengan pembangunan
teknologi yang terkini termasuklah makanan terubah suai ginetik. Lewat tahun 2007,
terdapat faktor yang menyebabkan kenaikan harga bijian yang digunakan sebagai
makanan untuk ayam, itik dan juga lembu tenusu serta lembu daging. Ini meyebabkan
kenaikan harga gandum, kacang soya, dan juga jagung pada sepanjang tahun tersebut.

Apabila menjalankan pertanian secara komersial, secara tidak langsung ia


meningkatkan pendapatan para pengusaha pertanian (termasuk penternak dan
nelayan), menguruskan tanah secara bersepadu, membangun teknologi yang sesuai
serta mengecilkan jurang import dan eksport makanan. Ini dapat dilihat daripada jumlah
pengeksportan yang dijalankan oleh negara Malaysia. Apabila rakyat Malaysia terlibat
dalam pembangunan sektor pertanian, negara akan kurang penggantungan ke atas
barangan-barangan import seperti sayur-sayuran, bijirin dan sebagainya. Justeru itu,
kadar pegaliran wang keluar akan berkurangan.
Malaysia juga merupakan pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia. Oleh yang
demikian, terdapat banyak ladang-ladang kelapa sawit yang diusahakan di negara ini.
Untuk mengusahakan ladang-ladang ini, tenaga buruh diperlukan dalam menjalankan
pekerjaan di ladang-ladang tersebut. Sehubungan itu, ini dapat meningkatkan peluang
pekerjaan kepada penduduk di sesebuah kawasan dan seterusnya dapat
membangunkan kawasan tersebut. Jika dilihat di kawasan Cameron Highlands, sektor
pertanian amat menggalakkan kerana mempunyai suhu yang sesuai untuk tanaman
sayuran dingin seperti strawberi, dan tanaman sayuran lain yang tumbuh dengan lebih
subur di sana antaranya jagung, sayur-sayuran, serta buah-buahan. Pembangunan di
kawasan tersebut berkembang dengan pesat kerana menjadi tumpuan orang ramai
dan juga pelancong dari negara luar. Apabila ramai orang berkunjung di sana, ini akan
meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk setempat.

Selain kelapa sawit, Malaysia juga tekenal dengan penanaman pokok getah.
Pengeluaran getah negara telah meningkat pada kadar 3.9 peratus setahun, hasil
kenaikan permintaan untuk getah asli, khususnya Republik Rakyat China yang
menyebabkan harga getah meningkat ke paras lebih tinggi. Pelbagai inovasi telah
dijalankan oleh agensi yang berkaitan di Malaysia, seperti RISDA, MARDI, LGM dan
sebagainya.

Inovasi di dalam pertanian dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan hasil


pengeluaran dan menambah nilai kepada produk-produk yang berasaskan sumber
getah. Inovasi sama ada teknikal ataupun pengurusan secara amnya membawa
pelbagai kebaikan sama ada memudahkan kerja ataupun kos yang murah dan mampu
dimiliki pengguna. Kajian terkini yang melibatkan getah ialah dengan menggunakan
kaedah LITS (Low Intensity Tapping System) iaitu Sistem Torehan Intensiti Rendah. Di
antara teknologi yang telah digunakan ialah RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM,
G- FLEX dan MORTEX. Secara umumnya LITS ialah kaedah torehan getah dengan
menggunakan rangsangan gas etefon dan etilina. Dengan menggunakan Sistem
Torehan Intensiti Rendah Ini, pekebun kecil dan sektor peladangan di Malaysia dapat
meningkatkan pendapatan bulanan. Bagi pekebun kecil jumlah pendapatan sebulan
adalah sekitar RM 2000.

Ekoran daripada perkembangan dalam sektor pertanian, pembangunan sesuatu


kawasan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Hal yang demikian kerana, apabila
sesebuah kawasan itu dijadikan kawasan pertanian, segala infrastruktur akan
disediakan bagi memberi kemudahan untuk menjalakan pertanian. Antara kemudahan
asas yang akan disediakan adalah kemudahan jalan raya, pengangkutan darat dan air,
serta menyediakan kemudahan keretapi.

Bersangkutan dengan perkara di atas, apabila sesebuah kawasan telah lengkap


dengan kemudahan-kemudahan asas, kemudahan lain pula perlu disediakan oleh
kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut. Kemudahan yang perlu disediakan
adalah kemudahan pendidikan kepada penduduk setempat untuk memajukan diri
mereka. Pendidikan ini penting kerana melaluinya sumbangan akan disalurkan kepada
negara. Ini terbukti apabila seseorang berjaya, beliau akan menggunakan ilmu
pengetahuan untuk pembangunan negara Malaysia.

Bidang pertanian juga menyumbang kepada inovasi dalam produk pertanian yang
diusahakan. Pelbagai inovasi yang telah disumbangkan antaranya, kepelbagai produk
kelapa sawit iaitu minyak, sabun, krimer, serbuk santan dan lain-lain lagi. Melalui
inovasi ini, ia memberi impak yang besar kepada pembangunan negara kerana berjaya
membuka mata dunia bahawa Malaysia mampu menghasilkan sesuatu yang baru
dalam sektor pertanian.

Dalam sektor penternakan, pengeluaran dalam negara bagi produk ternakan seperti
susu, daging lembu dan telur telah meningkat, manakala pengeluaran daging kambing,
kerbau dan biri-biri telah menurun. Walaubagaimanapun, disamping pertambahan
penduduk, penggunaan per kapita produk tersebut turut meningkat. Hal ini
menyebabkan tahap sara diri bagi keperluan susu dan daging juga menurun. Tahap
sara diri bagi keperluan daging ayam, telur dan khinzir pula melebihi keperluan
tempatan dan telah dieksport sejak dua dekad yang lalu.
Daging, telur dan susu adalah merupakan sumber protein penting bagi manusia.
Kebiasaannya, sumber protein dari hasil ini akan dimasak untuk memudahkan
pencernaan dan ini sebenarnya mengurangkan kandungan protein dalam makanan.
Kini, ramai pengguna yang mengambil berat tentang kandungan nutrient dalam
makanan. Pengambilan kalori, lemak dan kolestrol yang berlebihan sering dikaitkan
dengan pemakanan berasaskan ternakan.

Oleh itu, salah satu inovasi yang dijalankan ialah melibatkan teknik pengasingan
nutrient dan bioteknologi yang dapat menghasilkan baka ternakan yang tinggi
kandungan daging dan rendah kandungan lemaknya. Kandungan lemak dalam susu
bagi baka lembu tenusu yang dimajukan seperti fresian adalah merupakan penghasilan
baru yang berjaya mengatasii maslah lemak.

Selain itu, kajian terkini telah berjaya menghasilkan telur yang rendah kandungan
kolestral dan kaya dengan OMEGA 3. Telur yang diahasilkan merupakan “makanan”
sihat yang kian popular, terutama dikalangan mereka yang menghidap sakit jantung.
Produk inovasi lain dari hasil ternakan antaranya, sate, sosej daging yang ditinkan dan
daging jeruk..

Dalam bidang penternakan, ternakan ikan air tawar menyumbang sebanyak 27.5%
daripada jumlah pengeluaran akuakultur. Dalam tahun 2004 jumlah pengeluaran
ternakan air tawar telah meningkat sebanyak 11.23% daripada 49,947 tan metrik
kepada 55,556.60 tan metrik. Daripada segi nilai pula ia merekodkan RM255.08 juta
iaitu peningkatan 5.75% berbanding tahun sebelumnya dan dengan itu menyumbang
hampir 20% daripada jumlah nilai pengeluaran akuakultur keseluruhan. Sektor ternakan
kolam air tawar merupakan penggerak utama dalam sistem ternakan ini, menyumbang
sebanyak 70.6% (39,233.43 tan metrik) daripada jumlah pengeluaran air tawar iaitu
meningkat 9.96% berbanding dengan pengeluaran tahun 2003.

Oleh kerana sektor penternakan ini banyak menyumbang kepada ekonomi negara,
kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk meningkatkan produktiviti.
Antaranya adalah inovasi dalam perikanan air tawar untuk memberi galakkan terhadap
sektor perikanan negara, pelbagai enovasi telah dilakukan untuk memenuhi keperluan
negara seiring dengan keperluan penduduk di negara ini.

Antara inovasi yang telah dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah atau cara
penternakan yang telah dikaji dan dijangka dapat meningkatkan hasil pengeluaran serta
meningkatkan pendapatan penternak.

Kaedah Ternakan Kanvas

Dengan menternak ikan air tawar dalam kanvas, ia dapat membantu penternak yang
selama ini dibelengu masalah jangkitan penyakit serta terpaksa menanggung risiko ikan
mati akibat pencemaran air. Dengan menternak ikan dalam kanvas, masalah ini dapat
dielakkan serta menjamin pengeluaran ikan. Ikan yang diternak dengan menggunakan
kanvas dikawal secara 100%. Kawalan air amat penting. Kaedah ternakan ikan secara
kanvas ini memerlukan air dirawat dimasukkan ke dalam kanvas.

Terdapat 3 jenis rawatan yang perlu dilakukan. Iaitu :-


 rawatan fizikal
 rawatan biologi
 rawatan bakteria

Pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh kerajaan untuk memperkembangkan bidabg


pertanian. Pengembangan adalah teras perkhidmatan Jabatan Pertanian dan ia
merupakan sistem penyampaian (delivery system) Jabatan.  Sistem Pengembangan
Tekno Pertanian (SPTP) adalah sistem pengembangan berstruktur dan berjadual yang
memberi fokus kepada pemindahan dan pengamalan teknologi pertanian berdasarkan
kepada keperluan kumpulan sasar, peringkat aktiviti dan keadaan setempat. SPTP
menekankan kepada latihan kepakaran agen pengembangan serta lawatan
pengembangan petani secara berjadual mengikut kalendar tanaman dan peringkat
pelaksanaan projek. Ia melibatkan penyertaan semua pegawai negeri dan Bahagian
Teknikal Jabatan Pertanian dalam semua program/ aktiviti Jabatan.
Program Pembangunan Tani dan Usahawan Tani melaksanakan  semua  aktiviti
latihan dan membimbing pelanggan bagi membangunkan    'agropreneur', pengurusan 
perniagaan serta mengukuhkan institusi petani supaya mereka dapat menjadikan
bidang pertanian sebagai satu perniagaan. Fokus pengembangan pertanian yang
berdaya maju pada masa akan datang, program bagi petani pelapis di kalangan belia
untuk mengambil alih dan menerajui entity perniagaan diwujukan seperti kusus
Beliatani Ke Jepun. 

Selain itu, latihan teknikal dan pengurusan, latihan 'hands-on' dan khidmat nasihat,
latihan kepimpinan, motivasi dan keusahawanan, seminar/bengkel serta lawatan belajar
ke projek-projek yang berjaya bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan
memupuk perubahan sikap positif serta semangat keusahawan turut dijalankan. Di
dalam perniagaaan tani,  kos pengeluaran tanaman juga dititik beratkan bagi melihat
keuntungan dan kerugian di dalam projek perladangan yang dijalankan secara komersil
dan bukan komersil. Di samping itu juga, petani juga diberi pengiktirafan  dengan
menyediakan tawaran hadiah yang berpatutan juga memenuhi kriteria yang ditentukan
oleh setiap pertandingan.

Penambahbaikan dan penyelenggaraan kemudahan pusat latihan  bagi meningkatkan


keberkesanan pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan, beberapa kemudahan ICT,
peralatan dan kelengkapan perlu disediakan. Bagi melengkapkan dan
memperkukuhkan perkhidmatan kepada pelanggan, bahan-bahan pengembangan juga
akan disediakan seperti poster, risalah, buletin, bahan cetakan akan disediakan
termasuk CD, video dan pakej teknologi pertanian supaya program pengembangan
dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Khidmat Perundingan pula bertujuan untuk meningkatkan penyertaan pihak swasta


melabur dalam bidang pertanian khususnya dalam pengeluaran bahan makanan.
Sektor swasta dilihat dapat memainkan peranan utama bagi memacu perubahan dalam
sektor pertanian bukan sahaja dari segi mempertingkatkan pengeluaran melalui
transformasi ladang ke arah komersil dan berteknologi tinggi, malah berupaya
menerokai pasaran bagi produk-produk segar dan proses negara ke peringkat global.
Pegawai-pegawai perunding akan berperanan sebagai pemudahcara.
Penggalakan penglibatan  pihak swasta , usahawan dan syarikat-syarikat milik kerajaan
(GLC) dalam bidang pertanian kini merupakan di antara usaha-usaha yang sedang giat
dijalankan bagi memesatkan perkembangan sektor pertanian .Penglibatan golongan
sasaran ini dalam bidang pertanian dipermudahkan menerusi 3 modaliti iaitu:-

i. Anchor Company
ii. Perkongsian Pintar (JV Smartpartnership)
iii. Pelaburan Langsung (Direct Investment)

Pembangunan Industri Asas Tani adalah bertujuan bagi meningkatkan pendapatan


usahawan asas tani melalui peningkatan kecekapan pembangunan usahawan,
pembangunan produk, pemasaran dan pengedaran produk. Pusat Pembangunan
Produk dan Teknologi di Serdang Selangor  juga diwujudkan bagi melaksanakan 
menjalankan analisis mikrob dan fakta pemakanan supaya penghasilan produk
makanan adalah selamat dimakan.  Kepakaran bagi  tenaga pengajar kursus-kursus
teknikal pemprosesan makanan dan kepastian kualiti telah diwujudkan bagi
membimbing pelanggan ke arah penggunaan teknolgi dan pengamalan Amalan
Pengilangan Yang Baik.

Sehingga kini terdapat, tujuh Pusat Bimbingan Usahawan yang telah dibangunkan
untuk membangun usahawan jaya dalam bidang pemprosesan makanan. Kursus ini
berteraskan kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kebolehan menjalankan
perusahaan perniagaan yang berjaya. Pelanggan juga akan diterapkan   dengan kualiti
dan keselamatan makanan, pengurusan bisnes, perakaunan dan pemasaran. Di
samping itu juga, pelanggan akan ditingkatkan kepakaran kemahiran pengurusan
pernigaan dengan diterapkan dengan aktiviti promosi, pengiklanan, pembungkusan,
pelabelan serta penjenamaan produk yang dikeluarkan.

Dapat disimpulkan di sini bahawa bidang pertanian amat penting dalam pembangunan
negara Malaysia. Ini kerana dalam memperkembangkan bidang pertanian, rakyat akan
turut terkena tempias dalam arus kemajuan. Apabila bidang pertanian dimajukan, status
sosio ekonomi rakyat akan turut bertambah. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil
langkah yang proaktif untuk meningkatkan lagi pengeluaran dalam bidang pertanian.
Banyak lagi inovasi yang telah berlaku terhadap bidang pertanian. Kita seharusnya
bersyukur dengan kemajuan yang telah dikecapi kini. Kini kita hanya perlu menjaga apa
yang sepatutnya perlu dijaga. Kawal apa yang perlu supaya generasi akan datang
masih boleh menikmati apa yang kita nikmati kini serta mereka boleh mencipta sesuatu
yang lebih baik dari hari ini. Seterusnya, dapat meningkatkan lagi tahap ekonomi
negara dan membuka mata dunia terhadap Malaysia.
Rujukan
Abd. Razak Abu Bakar (2009). Dewan Kosmik Sains dan Teknologi. Damawa Sdn. Bhd
Selangor

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suriani Basir (2008). Pengajian Am. Person
Malaysia Sdn. Bhd. Selangor

Laman web: http://www.mpob.gov.my bertarikh 09.10.10

Laman web: http://www.moa.gov.my bertarikh 08.10.10

Anda mungkin juga menyukai