Anda di halaman 1dari 24

BAHAGIAN A

Falsafah Pendidikan Saya dan Kaitan dengan Falsafah Pendidikan Negara


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Setiap guru pastinya mempunyai falsafah ataupun pemikiran tersendiri dalam bidang
pendidikan. Cara terbaik bagi saya untuk menghuraikan falsafah pengajaran saya
adalah dengan mengatakan bahawa saya suka mengajar. Matlamat pertama saya
dalam bidang pendidikan ini adalah untuk membina hubungan dengan pelajar saya
dengan mengingati setiap nama dan serba sedikit tentang latar belakang mereka.
Dengan itu, saya boleh menjadi seorang guru yang baik dan dihormati oleh para
pelajar. Saya percaya apabila seorang guru baik dan sentiasa menghormati pelajarnya,
para pelajar juga akan menghormati dan baik kepada guru tersebut.
Saya tidak keberatan jika pelajar saya mahu bercakap sesuatu yang tidak
berkaitan dengan pendidikan dan saya akan memberikan yang terbaik untuk membuat
mereka sedar bahawa saya bukan sahaja sebagai seorang guru tetapi juga boleh
dianggap sebagai rakan untuk berkongsi masalah atau perasaan. Saya percaya dengan
itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah.
Di samping itu juga saya ingin menjadi seorang guru yang tegas kepada
pelajar-pelajar. Tegas bukanlah bermaksud garang dan sentiasa memarahi pelajarpelajar tetapi tegas sewaktu mengajar dan dalam masa yang sama menggunakan gaya
pengajaran yang mudah diterima oleh pelajar agar pelajar tidak bermain ketika di
dalam bilik darjah dan dapat menerima apa yang diajar dengan mudah kerana tiada
tekanan diberikan.
Tambahan pula, aspek yang paling penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk berseronok dan berasa selesa di dalam kelas. Ini kerana ia
boleh menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah dan menikmati bahan
2

pengajaran saya. Selain itu, saya akan memastikan di dalam kelas saya akan ada
banyak pembelajaran yang melibatkan komunikasi antara pelajar dan guru,
perbincangan kumpulan, persembahan murid, persembahan video (jika ada), kerja
berkumpulan dan pendekatan penyelesaian masalah. Dengan cara ini, aktiviti yang
berpusatkan pelajar sekali gus akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
berkesan dan kondusif. Hasilnya, para pelajar tidak akan berasa bosan dan lebih fokus
ketika berada di dalam kelas serta cara ini juga dapat membantu untuk menerapkan
minat mereka terhadap subjek yang saya ajar.
Saya akan sentiasa menambahkan pengetahuan dengan pelbagai maklumat
bukan sahaja tentang subjek yang saya ajar malah mengenai pengetahuan am yang
berkaitan. Ini kerana pelajar zaman sekarang lebih berfikiran jauh malah ada juga
yang lebih bijak dari gurunya. Saya akan sentiasa mempersiapkan diri dengan
pelbagai ilmu apabila masuk ke kelas agar apabila para pelajar menyoal sesuatu saya
dapat menjawab dengan baik dan tidak panik. Apabila kita dapat menjawab sesuatu
dengan yakin, saya percaya pelajar akan lebih menghormati kita dan yakin dengan
kerjaya kita sebagai seorang guru tanpa mempersoalkannya.
Selain itu saya akan membantu para pelajar saya untuk membina kemahiran,
keyakinan diri dan komunikasi dengan cara di mana setiap pelajar haruslah sentiasa
mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Cara ini
akan dijadikan sebagai persediaan kepada mereka berkomunikasi dengan lebih baik di
luar bilik darjah dan sekolah.
Seterusnya, sebagai guru saya haruslah menyediakan keadaan bilik darjah
yang menyeronokkan dan menggembirakan. Jadi, bagi menyediakan keadaan kelas
yang selesa dan keadaan pembelajaran yang aktif saya akan cuba untuk
menyampaikan pengajaran saya dengan cara paling menarik dan menyeronokkan
serta dengan kreativiti saya sendiri.
Kerjaya seorang guru bukanlah sesuatu kerjaya yang mudah kerana kerjaya ini
melibatkan masa depan anak bangsa. Jadi saya akan sentiasa memperbaiki diri dari
semasa ke semasa agar dapat menjadi seorang guru bitara dan seorang guru yang
bertanggungjawab serta sentiasa menjadikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan ke arah menjadi guru yang cemerlang


kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi harapan negara.
Secara ringkas, saya percaya bahawa untuk menjadi seorang pendidik yang
berdedikasi dan berjaya, saya perlu menjadikan mengajar sebagai salah satu ibadah.
Hal ini kerana apabila sesuatu perkara itu telah dijadikan sebagai hobi, semestinya
kita akan berasa selesa dan gembira untuk melakukan pekerjaan tersebut. Saya
berharap suatu hari nanti, saya boleh menjadi seorang guru yang berdisiplin serta
disukai oleh para pelajar. Sekiranya demikian, pelajar akan berasa selesa untuk masuk
ke kelas saya dan gembira semasa proses pembelajaran.
Akhir sekali, ingin saya kongsikan di sini sebuah puisi nukilan Allahyarham
Dato' Dr Usman Awang mengenai guru. Ianya menjadi azimat kepada semua
peringkat masyarakat agar menghargai dan menghormati profesion perguruan.

Guru Oh Guru ..................


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
4

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara


Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang

BAHAGIAN B

Perbandingan antara Socrates dan Al-Farabi


1.

Pendahuluan
Terdapat ramai

ahli

falsafah

yang

membincangkan

dan

membentang idea-idea yang bernas berkenaan dengan Falsafah


Pendidikan di serata dunia. Nama-nama mereka yang selalu meniti
di

bibir-bibir

para

ilmuwan

dan

ilmiah

yang

mengkaji

dan

menyelidiki tentang kehebatan dan keazaman para ahli falsafah ini


untuk mencari dan membuktikan kesungguhan mereka dalam
menjayakan misi dan visi mereka dalam mewujudkan system
pendidikan yang berkesan pada zaman masing-masing. Socrates,
Confucius, Plato, Al-Farabi, Vivekananda, Paolo Freire dan John Locke
ialah nama-nama besar di dalam bidang pendidikan dan falsafah
mereka dirungkai dan diguna pakai dari zaman ke zaman sehingga
ke hari ini. Di dalam tugasan ini, kita akan membincangkan dua dari
tokoh-tokoh
membanding

falsafah
bezakan

ini

iaitu

Socrates

hujah-hujah

dan

mereka

Al-Farabi,

tentang

dan

Matlamat

Pendidikan, Kurikulum dan juga tentang peranan Guru dan Kaedah


Mengajar.

Socrates
(470/469 SM 399 SM)

Al-Farabi
(872 M 950 M)
2.

Matlamat Pendidkan
Matlamat pendidikan Socrates berteraskan konsep Negara

Ideal.

Socrates

berteraskan

bermatlamatkan

keadilan

dan

cara

konsep

Negara

Ideal

mengekalkannya..

yang

Socrates

menyatakan bahawa pendidikan adalah sebagai usaha untuk


7

merangsang pemikiran yang rasional dan mendisiplin mental untuk


meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan pengetahuan. Tujuan
pendidikan adalah untuk memberi latihan moral kewarganegaraan
yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang
baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara.
Manakala, bagi Al-Farabi, matlamat utama pendidikannya ialah
melahirkan manusia atau individu yang sempurna. Menurut AlFarabi, manusia yang sempurna (al insan al kamil) ialah manusia
yang dapat menguasai budi mulia teoretikal dan budi mulia
praktikal.
budi mulia harus menjadi sebati dengan gaya hidup seseorang
dan dia mesti sanggup bertindak. Budi mulia hendaklah diingini
oleh

semua

dan

tidak

dianggap

sebagai

sesuatu

yang

membebankan.(Al-Farabi, Fusil mabadi ahl al-madina al-fadila


in Kitab al-Milla, edited by Muhsin Mahdi, Beirut, Imprimerie
catholique, 1968, p.24)
Pada firasat Socrates, kepuasan individu adalah tidak penting
melainkan sumbangan yang boleh ditawarkan kepada negara dalam
mengekalkan konsep Negara Ideal,
The aim of education is not personal growth but service of the
State (Charles Hummel,1999)
Matlamat ini berbeza dengan matlamat pendidikan Al-Farabi
kerana matlamat pendidikan Al-Farabi adalah berteraskan ilmu AlQuran

dan

Pendidikan

Islam.

Matlamatnya

berkisar

tentang

penguasaan nilai, pengetahuan, dan kemahiran dalam mencapai


kebahagiaan dan kesempurnaan dalam diri individu tersebut,
the cultivation of the intellect should be the highest aim of
education (Miriam Galston, the political philosophy of Alfarabi,
1990)
Matlamat pendidikan Socrates juga menggariskan matlamat
pendidkannya untuk mengekalkan status quo. Bagi Al-Farabi pula,
matlamat pendidikannya boleh tercapai dengan pembentukan suatu

komuniti ideal dimana orang tolong-menolong dan bekerjasama ke


arah pencapaian kebahagiaan.
all work together in order to attain happiness(Al-Farabi,
Mabadi ahl al-madina al-fadila Edited by Albert Nusri Nadir,
Beirut Imprimerie catholique, 1959, p. 97)
Matlamat

pendidikan

Al-Farabi

juga

menyentuh

tentang

matlamat mendidik pemimpin yang sempurna untuk mengurus


masyarakat menjadi komuniti ideal. Menurut Al-Farabi,
individu bukan mempelajari warisan kebudayaan negara tetapi
menguasai

ilmu

yang

membawa

perasaan,

pertimbangan,

kepada

pengadilan,

kematangan

tindakan

dan

memperkembangkan pemikiran kritis. (Al-Farabi, Mabadi ahl


al-madina

al-fadila

Edited

by

Albert

Nusri

Nadir,

Beirut

Imprimerie catholique, 1959, p. 97)


Falsafah ini bertentangan dengan pendapat Socrates di mana
Socrates mewajibkan kanak-kanak yang belajar supaya mempelajari
ilmu-ilmu warisan kebudayaan yang ada. Dan apabila mereka
mentadbir negara, mereka harus mencuba untuk mengekalkan
corak pentadbiran yang ada sedaya mungkin. Bagi Socrates,
perubahan hanya membawa bencana.
in an ideal State, change can bring about only decadence and
corruptions (Socrates)
Berdasarkan konsep keagamaan, Al-Farabi telah menyangkal
dakwaan

Socrates

terhadap

kriteria

Negara

Ideal.

Al-Farabi

mendakwa Negara Ideal ialah negara yang diperintah oleh seorang


Nabi-Imam. Bagi Al-Farabi, Negara Ideal ialah Madinah yang
diperintah oleh Nabi Muhammad.
Al-Farabi incorporoted the Socratic view, drawing a parrallel
from within the Islamic context, in that he regarded the ideal
state to be ruled by the prophet-imam, instead of the
philosopher-king envisaged by Socrates. Al-Farabi argued that
the ideal state was the city of Medina when it was governed by
the prophet Muhammad as its head of state, as he was in direct
9

communion with Allah whose law was revealed to him.(AlFarabi, Al-Madina al-Fadila)
3.

Kurikulum
Socrates boleh diibaratkan sebagai seorang mahaguru yang
telah melahirkan ramai lagi pemikir-pemikir agung. Antara yang
terkenal

adalah

Plato.

Matlamatnya

lebih

menjurus

kepada

menyiapkan individu untuk menjadi seorang yang boleh memberi


sumbangan

kepada

Negara.

Sistem

pelajaran

diketuai

oleh

Supervisor of Education atau Penyelia Pelajaran di mana beliau


ialah seorang lelaki yang berumur lebih 50 tahun, berkeluarga yang
sah dan mempunyai anak lelaki dan perempuan.
a man of not less than 50 years, and the father of a legitimate
family, preferably of both sexes (Socrates)
Di

bawahnya,

terdapat

beberapa

orang

Penyelia

seperti

Penyelia Gimnasium dan Penyelia Sekolah yang menjaga kehadiran


dan pengadil pertandingan sukan dan muzik.
He

will

have

gymnasiums

working

and

under

schools

in

him

superintendentds

charge

of

their

of

seemly

maintenance as well as of the education given and the


supervision of attendences and accomodation for children of
both sexes, together with judges of performers contending in
both musical and athletic competitions (Socrates)
Socrates mengambil berat soal pendidikan kanak-kanak sejak
dari

awal

lagi.

kandungan.

Latihan

Perempuan

jasmani
yang

bermula

ketika

mengandung

dari

dalam

disarankan

untuk

berjalan dan bergerak sebanyak mungkin sebagai persediaan


kepada

bayi

yang

sihat.

Menurut

Socrates,

setiap

gegaran,

pergerakan dan [berkomunikasi] dan tidak bercakap perkara yang


bukan-bukan kepada bayi yang belum dilahirkan.
every sort of shaking and stirring [communicates] health and
beauty, to say nothing of roboustness to the unborn infant
(Socrates)

10

Untuk peringkat Pra-sekolah, Socrates menitik beratkan soal


disiplin di mana ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak harus
mendisiplinkan kanak-kanak menjadi seorang yang patuh pada
disiplin dan undang-undang. Menurut Socrates, kanak-kanak yang
terlalu dimanja boleh menjadikan mereka cepat marah, takut dan
mudah kecewa dengan perkara kecil. Sebaliknya, disiplin yang
terlalu ketat boleh menjadikan mereka tidak bermaya, sedih lembap
dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian
kelak.
while spoiling of children makes their temper fretful, peevish
and easily upset by mere trifles, the contrary treatment, the
severe and the unqualified tyranny which makes its victims
spiritless, servile, and sullen, renders them unfit for intercourse
of domestics and civic life (Socrates)
Pendedahan budaya adalah langkah yang penting selepas
mendisiplinkan kanak-kanak. Socrates meletakkan tanggungjawab
ini kepada ibu bapa dan penjaga untuk menyampaikan cerita-cerita
bertujuan untuk pembinaan karekter dan minda.
Selain dari itu, sukan juga merupakan elemen penting untuk
pembentukan manusia yang sihat dan cerdas. Menurut Socrates,
kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun perlu bermain
bersama kanak-kanak yang lain di bawah pengawasan seorang
perempuan yang ditugaskan untuk tugasan tersebut. Menurut
Socrates, kanak-kanak yang handal dalam sesuatu perkara seperti
orang lelaki dewasa mesti berlatih sejak dari zaman kanak-kanak
lagi.
he who is to be good at anything as a man must practice that
thing from early childhood (Socrates)
Pada umur enam hingga 10 tahun, kanak-kanak mula dihantar
ke sekolah untuk mempelajari ilmu membaca, menulis dan mengira.
Dan pada umur 10 tahun hingga 13 tahun, kanak-kanak diajar
bermain gambus atau juga dikenali sebagai lyre. Menurut Socrates,
tiada ibu bapa atau pelajar yang perlu diberi keizinan untuk

11

memanjang atau memendekkan jangka masa ini samada suka atau


tidak suka terhadap subjek-subjek yang diajar.
no boy, no parents shall be permitted to extend or curtail this
period from fondness or distaste for the subjects (Socrates)
Selama lapan tahun kanak-kanak tersebut diajar menulis,
membaca, mengira,dan bermain gambus. Selepas itu, kanak-kanak
tersebut diajar bersukan termasuk menunggang kuda dan latihan
bersenjata. Kesemuanya perlu diseimbangkan dengan budaya dan
gimnastik pada tahap se sempurna yang mungkin.
the balance between culture and gymnastics should be
maintained as perfectly as possible. (Socrates)
Seterusnya, pada umur 18 hingga 21 tahun, kanak-kanak yang
sudah melalui pelbagai pertandingan dan peperiksaan, remaja lelaki
dan perempuan perlu menghadirkan diri untuk latihan fizikal dan
latihan ketenteraan yang ekslusif selama dua atau tiga tahun.
Selepas latihan ini berakhir, pelajar yang layak berdasarkan ujian,
pertandingan dan peperiksaan pada zaman persekolahan dan di
kem ketenteraan akan layak masuk ke pusat pengajian tinggi pada
umur 21 tahun. Pada tahap ini, mereka akan diperkenalkan dengan
ilmu-ilmu falsafah asas dan pentadbiran Negara. Socrates sangat
mengambil

berat

akan

hal

pendidikan

dan

kemudiannya

mewajibkan pendidikan ke atas semua individu sehingga ke umur


20 tahun.
all this study must be presented not in the form of compulsory
instruction because a free soul ought not to pursue any study
slavishly (Socrates).
Socrates mencadangkan pengajian tinggi ini dilakukan selama
lebih 10 tahun. Pelajar perlu menggunakan ilmu yang mereka dapat
ketika di zaman persekolahan dan di dalam kem ketenteraan. Bagi
Socrates, ini akan membantu mereka memahami dan mengaplikasi
apa yang mereka belajar selama ini.
for he who can view things in their connection as a dialectician
(Socrates)
12

Perhatian khusus diberikan kepada empat tunggak utama


dalam memahami falsafah iaitu matematik, geometri, astronomi
dan harmoni. Matematik dan geometri dipercayai membebaskan
minda dari berjaga, membiasakan diri dengan dunia akal yang suci
dan menukarkan jiwa kepada ketinggian duina idea.
Seterusnya,

pada

umur

lebih

30

tahun,

pelajar

mula

mempelajari ilmu Falsafah atau Dialektik. Selepas lima tahun


mempelajari Falsafah atau Dialetik, mereka dikerah untuk kembali
ke bahagian ketenteraan atau jawatan awam untuk berkhidmat
selama 15 tahun. Mereka akan terus diuji dengan latihan dan ujian.
Dan pada umur 50 tahun, sesiapa yang telah disahkan sebagai
penjawat awam atau disahkan dalam bidang ketenteraan akan
diberi peluang untuk mentadbir Negara sehingga bersara. Seperti
kata Socrates,
At the age of 50 those who have approved themselves
altogether the best in every task and form of knowledge and
when they have thus beheld the good itself they shall use it as
a pattern for the right ordering of the State (Socrates)
Apabila mereka bersara, mereka bebas untuk menikmati
ganjaran mutlak dalam menghayati Falsafah dimana ini akan
menjadi ganjaran yang tidak ternilai. Ini adalah kurikulum yang
dicadangkan oleh Socrates pada zamannya. Seterusnya, kita akan
melihat hujah-hujah Kurikulum yang dibentangkan oleh ilmuwan
Islam yang tersohor, Al-Farabi.
Dalam

kurikulumnya,

Al-Farabi

menekankan

keutamaan

pembelajaran Al-Quran dan Pengajian Islam yang lain seperti


fiqh(undang-undang),

qanun(undang-undang

Islam),

dan

kalam(teologi).
Dalam mempelajari ketiga-tiga ilmu yang dianggap penting, AlFarabi turut menyuarakan ilmu-ilmu keduniaan yang juga dikatakan
penting dalam memahami hukum alam dan dalam mengesakan
Allah. Diantara subjek-subjek yang diberi perhatian oleh Al-Farabi
termasuklah Bahasa, Logik, Matematik, Sains dan Muzik.
13

Penguasaan bahasa amat penting. Al-Farabi menggalakkan para


pelajar untuk menguasai bahasa-bahasa yang lain agar ilmu-ilmu
yang terdapat dalam bahasa yang berbeza dapat dikaitkan. AlFarabi

sendiri

telah

menguasai

beberapa

bahasa

lain

yang

membolehkannya untuk membanding bezakan budaya dan bahasa.


Menurut Al-Farabi, kemahiran tatabahasa memudahkan pelajar
untuk mengekspresi diri. Tanpa kebolehan berbahasa, seseorang
tidak akan dapat belajar dan berkembang dengan baik.
the sequence of learning must begin with the language and its
structure i.e. its grammar, so that the students can express
himself as do the people who speak that language, without this
ability, he will not be able to understand others nor they him,
and he will not develop properly. Mastery of the common
language, the foundation for all other kinds of knowledge, is
therefore indispensable.(Al-Farabi)
Selanjutnya, Al-Farabi memberi penekanan kepada ilmu Logik.
Kita sendiri tahu yang Al-Farabi begitu minat dan mahir tentang ilmu
Logik kerana dia banyak menghabiskan masanya menelaah bukubuku hasil tulisan Aristotle yang bekisar tentang ilmu Logik. Menurut
Al-Farabi, ilmu Logik dapat membantu pelajar mendalami ilmu Sains
dan Matematik untuk refleksi yang waras dan teratur. Menurutnya,
Matematik adalah tahap tertinggi dalam hirarki sains teoretikal.
Sesiapa yang ingin mempelajari seni teoretikal mula dengan
mempelajari nombor dan diikuti dengan pengukuran dan
kemudian optiks. (Al-Farabi)
Al-Farabi turut menyediakan pembahagian Matematik kepada
tujuh bahagian iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Nombor
Geometri
Sains Perspektif
Astronomi
Muzik
Dinamiks
Mekaniks

14

Menurut Al-Farabi, pengajaran Matematik perlu dimulakan


dengan pengajaran Nombor kerana Nombor adalah tepat, jelas dan
tidak mengelirukan pelajar serta melatih intelek pelajar. Selain dari
itu, Matematik perlu diajar secara berperingkat-peringkat bermula
dengan yang konkrit dan boleh diukur kepada yang lebih abstrak.
Bermula dengan pengiraan, diikuti dengan geometri yang hendak
diajar supaya tidak wujud ketidaktentuan. Kemudian pelajar diajar
Sains Perspektif, Astronomi, Muzik, Dinamiks dan akhir sekali
Mekaniks.

Barulah

pelajar

boleh

didedahkan

kepada

Sains

Semulajadi yang berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan


sebagainya.
Seterusnya, Al-Farabi menekankan Sains sebagai satu subjek
yang penting. Al-Farabi mengklasifikasikan Sains dengan tujuan
pendidikan. Menurut Al-Farabi, pendidikan Sains adalah tidak
bermakna dan tidak berguna jika pelajar tidak dibenarkan untuk
mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar.
Sains hanya berguna jika ia dapat dikaitkan dengan dunia
sebenar dan pelajar mesti diberi peluang mengaplikasikannya.
Tujuan pengajaran Sains juga telah ditakrifkan oleh Al-Farabi
untuk mencapai beberapa objektif.

Objektif pertama sebagai

panduan asas dalam pemilihan subjek.


Yang kedua, sebagai panduan untuk memahami hirarki Sains. Yang
ketiga, membantu memastikan tahap sepatutnya pembelajaran
sesuatu ilmu Sains itu dan akhirnya untuk membantu pelajar
menguasai subjek-subjek yang perlu dipelajari sebelum mereka
mendakwa telah menguasai bahagian-bahgian Sains yang tertentu.
First, the classification was intended as a general guide for
students in the choice of subjects that would be beneficial to
them.

Second,

the

classification

enabled

students

to

understand the hierarchy of Sciences. Third, its various


divisions and subdividsions were helpful in determining the
extent to which specialization may be legitimately pursued.
Finally, the classification informed students of the subjects they
15

must master before they can claim mastery in a particular


field. (Osman Bakar, Classification of Knowledge in Islam,
1992)
Al-Farabi tidak mengasing-asingkan ilmu Sains ini dengan Sains
Islam seperti tafsir, Hadith, shariah, atau tawhid. Ilmu Sains Islam
sentiasa menjadi dominasi kepada ilmu-ilmu Sains yang lain. Pada
akhirnya, Al-Farabi dan para ilmuwan Islam yang lain telah
memperkenalkan dimensi baru pengetahuan dan mengintegrasikan
ilmu Sains ini dengan Sains Islam dengan skema bersepadu.
What Al-Farabi and later philosophers did was to introduce new
dimensions of knowledge and integrate these with religious
sciences within a unified scheme. (Rosnani Hashim, 2011)
4.

Peranan Guru dan Kaedah Mengajar


Seterusnya, kita akan meneliti dan menganalisis perbezaan dan
perbandingan antara Peranan Guru dan Kaedah Mengajar mengikut
apa yang dicadangkan oleh Socrates dan apa yang dituliskan oleh
Al-Farabi. Mulanya, kita akan meneliti apa yang dicadangkan oleh
Socrates.
Seperti yang diketahui ramai, Socrates mengajar dengan
kaedah question and dilaogue atau persoalan dan perbincangan.
Pindahan ilmu daripada guru kepada pelajar seperti pindahan
air dari cawan yang penuh ke cawan yang kosong. (Socrates)
Menurut Socrates, peranan guru sememangnya penting dan
Socrates mengambil berat tentang tanggungjawab seorang guru.
Bagi Socrates, seorang guru patut tahu dan fahaman tentang apa
yang diajar. Peranan ini bersamaan dengan peranan guru yang
diutarakan oleh Al-Farabi.
Guru mesti menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang
ilmu yang hendak diajar dan dapat menggunakan

kaedah

mengajar yang berkesan yang memudahkan pelajar menguasai


ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan
mereka.(Al-Farabi)
16

Menurut Socrates lagi, guru dan pelajar mestilah tinggal di


dalam satu komuniti. Tujuannya adalah untuk memudahkan pelajar
dan guru untuk menghadiri sesi-sesi perbincangn dan persoalan.
Juga,

untuk

mewujudkan

semangat

intelektual

dan

suasana

pembelajaran yang diingini.


Teachers and pupils lived there in a community atmosphere
that was enhanced by a dialectical method of teaching, in
which doctrinal presentations are followed by discussion.
(Charles Hummel, 1999)
Socrates juga menyatakan yang tugas atau peranan seorang
guru ialah mendidik seseorang menjadi orang yang terpelajar
bukannya sifat semulajadi seseorang itu. Selain itu, Socrates juga
meletakkan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar di atas bahu
seorang guru. Namun begitu, Socrates menyuarakan pendapatnya
dalam mendisiplinkan pelajar,
Guru hendaklah berhati-hati dalam mendisiplinkan pelajar
kerana kekerasan keterlaluan boleh menyebabkan murid tidak
bermaya,

lemah

semangat,

putus

asa

dan

tidak

dapat

menyesuaikan diri dengan masyarakat (Socrates)


Pendapat ini sama dengan pendapat yang diutarakan oleh
ilmuwan Islam, Al-Farabi yang mengatakan,
Guru hendaklah mengelak dari memberikan hukuman yang
terlalu keras kerana ini akan membuat pelajar benci kepada
guru. Sebaliknya jika terlalu lembut,kemungkinan pelajar tidak
memberi perhatian dan menjadi malas(Al-Farabi)
Guru juga tidak boleh mendiskriminasi di antara pelajar lelaki
dan perempuan. Jika perlu, pelajar perempuan perlu diarahkan
untuk menyertai tentera untuk berperang,
In the Socratic state girls, like boys, do their gymnastics in the
nude and are expected to go to the war clad in the same
armour as the men.(Charles Hummel, 1999)
Socrates mencadangkan bahawa cerita dan puisi yang bakal
digunakan oleh seorang guru supaya di tapis terlebih dahulu supaya
17

tidak

merosakkan

minda

pelajar.

Akhir

sekali,

Socrates

menggalakkan para guru untuk memberi galakan kepada para


pelajar untuk mempelajari ilmu Muzik dan Pendidikan Jasmani yang
dapat memperkasakan minda dan badan mereka. Socrates telah
mewajibkan subjek ini di dalam Kurikulumnya,
Together with this literary and musical education, students of
the Socratic state engage in all sorts of sports, including horseriding and weapons training. The balance between culture and
gymnastics

should

be

maintained

as

perfectly

as

possible.(Socrates)
Menurut Al-Farabi pula, seorang guru itu perlulah seorang yang
bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta, terdidik dengan sifat
qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada), ingin mencari
kebenaran, sukarela dan tidak dipaksa kecuali dalam keadaan yang
mendesak. Peranan guru yang diutarakan oleh Al-Farabi telah kita
bincangkan pada sesi di atas yang sama dengan hujah Socrates
terhadap peranan guru.
Al-Farabi telah mengetengahkan beberapa kaedah pengajaran
yang boleh digunakan oleh para guru untuk mencapai tahap
pembelajaran yang optimu. Al-Farabi memperkenalkan Kaedah
Demonstrasi dan Kaedah Memujuk.
Kaedah

Demonstrasi-

Guru

bercakap

dan

sesuai

untuk

pengetahuan khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan memberi


pendapat.
Kaedah Memujuk- Guru bercakap dengan memberi contoh,
metafora dan iluistrasi. Pelajar digalakkan menggunakn sensori
sentuhan,visual dan pendengaran untuk mempelajari sesuatu.
(Al-Farabi, Falsafat Aristutalis, edited by Muhsin Mahda, Beirut,
Dar majallat al-chir, 1961)
Al-Farabi

turut

menyatakan

perbezaan

antra

Hafalan

dan

Kefahaman.
Hafalan ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau
ungkapan berkali-kali sehingga dia hafal seperti mempelajari
18

bahasa, menghafal Al-Quran dan lagu serta puisi. Sebaliknya,


Kefahaman pula apabila pelajar memahami maksud dan dapat
menginterpretasi sesuatu bahan tulisan. (Al-Farabi, Al-Burhan).
Menurut Al-Farabi,
Kefahaman adalah lebih baik dari konsep hafalan kerana
pelajar memahami konsep, prinsip dan teori yang dikuasai dan
dapat mengaitkan maklumat baru yang dipelajari dengan
konsep dan prinsip yang telah dipelajari. (Al-Farabi, Ajwibat
masa il su ila anha)
Oleh yang demikian, Al-Farabi menekankan betapa pentingnya
guru

menerangkan

konsep

dengan

kaedah

yang

dapat

meningkatkan kefahaman. Langkah-langkah yang dicadangkan oleh


Al-Farabi ialah:
1. Guru bermula dengan mencari perkataan yang sama maksud
dengan konsep yang
hendak diterangkan.
2. Memberi definisi konsep yang berkenaan.
3. Penerangan tentang
bahagian-bahagian
berkenaan.
4. Penerangan

ciri-ciri

khusus

dan

ciri-ciri

konsep
umum

yang
konsep

berkenaan.
5. Menggunakan metafora, analogi, ilustrasi dan contoh untuk
menjelaskan konsep berkenaan.
Al-Farabi

juga

mencadangkan

guru

menyelitkan

unsur

permainan dalam pengajaran. Permainan pendidikan bertujuan


mencetus pemikiran kreatif dan pembelajaran aktif di kalangan
pelajar. Selain dari itu. Al-Farabi juga menekankan kepentingan
menilai

hasil

pembelajaran.

Tujuan

peperiksaan

ialah

untuk

menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu.


Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasikan
konsep

dan

prinsip,

bahan-bahan

seperti

kompas,

sempoa,

pembaris, dan skala hendaklah disediakan untuk kegunaan pelajar.


5.

Kesimpulan

19

Sebagai kesimpulannya, kita akan merumuskan perbandingan


antara sumbangan-sumbangan kedua ahli falsafah yang hebat ini,
Socrates dan Al-Farabi. Hujah-hujah mereka berkaitan dengan
Matlamat Pendidikan, Kurikulum dan Peranan guru dan Kaedah
Mengajar yang dicadangkan dan dibentangkan pada zaman mereka.
Matlamat utama Socrates ialah menyediakan rakyat Greek
tentang

kefahaman

Negara

Ideal

dan

cara

mengekalkannya.

Dengan menggunakan medium pendidikan, Socrates telah mengajar


penduduk Greek untuk mewarisi corak pentadbiran yang dilakukan
saban abad demi mengekalkan Greek sebagai Negara Ideal.
Namun begitu, matlamat pendidikan Al-Farabi telah membuka
lembaran baru dunia pendidikan. Matlamatnya yang menyeru
pelajar

atau

individu

untuk

mencapai

kesempurnaan

kendiri

memastikan falsafahnya lebih digemari dan lebih diguna pakai


sehingga

ke

hari

ini.

Al-Farabi

mencadangkan

pembelajaran

berasaskan ilmu keagamaan iaitu ilmu yang datang dari Allah


melalui

Al-Quran

yang

diwahyukan

kepada

RasulNya,

Nabi

Muhammad.
Selain dari itu, huraiannya tentang matlamat utama pendidikan
ternyata lebih menepati keperluan semua indivdu. Berkat hasil
kajian dan penyelidikannya, Al-Farabi telah mengubah haluan
pendidikan untuk mencapai sesuatu yang lebih dari sekadar
mewarisi budaya dan formaliti masyarakat.
Seterusnya, Kurikulum yang dicadangkan oleh Socrates ialah
satu perancangan dan susun atur yang paling terperinci. Menggesa
rakyat untuk menghasilkan bayi yang sihat, cantik dan kuat adalah
permulaan

bagi

individu

yang

mantap.

Seterusnya,

corak

pembelajaran yang tenang dan tidak mengelirukan kanak-kanak


seperti mendengar cerita dan pengenalan kepada asas budaya
Negara Ideal dapat membantu kanak-kanak mengetahui dan
memahami akan tindakan yang bakal dilakukan untuk mencapai
masa

depan

yang

gemilang

untuk

negara

mereka.

Dengan

pembelajaran di sekolah, latihan ketenteraan, pengajian tinggi


20

untuk yang layak dan ilmu falsafah yang ada dapat membantu para
pelajar memenuhi kriteria individu untuk menyumbang kepada
negara.
Secara tidak langsung, mereka dapat mengaplikasi ilmu-ilmu
yang dipelajari sejak mereka di bangku sekolah sehingga ke
peringkat pengajian falsafah. Selepas mereka bersara, mereka akan
dapat menikmati dan meluaskan pengetahuan mereka terhadap
ilmu

falsafah yang menjadi ganjaran mutlak. Sesungguhnya,

Kurikulum

yang

membantu

dirancang

Socrates

dan

dilakukan

membuktikan

corak

dengan

baik

kurikulum

telah
yang

diketengahkan adalah efektif.


Bagi Al-Farabi pula, kurikulum yang berasaskan Pengajian Islam
amat sesuai dipraktikkan demi membantu manusia mencapai
nikmat kesempurnaan kendiri sebagai hamba yang soleh. Al-Farabi
percaya permulaan atau asas yang kukuh akan membantu para
pelajar untuk memperoleh ilmu secara berperingkat-peringkat akan
berkesan. Dimulai dengan ilmu Pengajian Islam dan seterusnya
penguasaan

Bahasa.

Penguasaan

Bahasa

akan

membantu

meningkatkan kefahaman untuk belajar subjek seterusnya iaitu


Logik yang seterusnya membawa pelajar mendalami Matematik,
Sains dan Muzik. Pada akhirnya, Al-Farabi dan ilmuwan Islam yang
lain telah menghasilkan satu dimensi baru dalam Kurikulum
pembelajaran yang mengintegrasikan kesemua aspek di dalam
Pengajian Isalam dan ilmu-ilmu yang lain.
Peranan guru yang dibentangkan oleh Socrates dan Al-Farabi
mempunyai banyak persamaan. Peranan guru tidak lain tidak bukan
untuk

membantu

kebenaran,

pelajar

keluar

mendisiplinkan pelajar

dari

kejahilan

dengan cara

dan
yang

mencari
sesuai,

membawa pelajar mencapai ilmu dengan pemikiran kritis dan


menggalakkan pelajar untuk membantu diri sendiri demi mencapai
tahap tertinggi dalam pembelajaran.
Namun begitu, kaedah yang digunakan oleh Socrates dan AlFarabi adalah berlainan. Socrates dengan cara Questions and
21

Dialogue atau persoalan dan perbincangan manakala Al- Farabi


denga Kaedah Demonstrasi dan Kaedah Memujuk. Al-Farabi juga
lebih bijak mengatur strategi pengajaran dengan kaedah-kaedah
yang lain yang telah kita bincangkan seperti penggunaan kata atau
maksud yang sama, memberi definisi konsep dan juga penggunaan
metafora dan analogi yang sesuai untuk konsep berkenaan. Kaedah
ini terus-terusan diguna pakai oleh ramai pendidik pada zaman ini.
Jelaslah bahawa, peranan guru dan kaedah mengajar yang mereka
ketengahkan menjadi inspirasi buat guru-guru pada masa kini dan
akan datang.
Akhir sekali, walaupun kedua-dua ahli falsafah ini hidup di
tempat yang berbeza dan pada masa yang jauh antara satu sama
lain,

namun

sumbangan

mereka

terhadap

dunia

pendidikan

dijadikan tunjang kejayaan sistem pembelajaran di setiap pelosok


dunia. Walaupun terdapat beberapa idea yang ekstrem dan
berkemungkinan tidak masuk akal, kita perlu ingat yang ahli
falsafah ini berfikir tentang apa yang berpatutan pada masa,
rencana kehidupan dan kehendak tamadun tersebut.

22

Rujukan
Azizi Jaafar (2009). Aliran-Aliran Falsafah Pendidikan. Diperolehi pada 7 Mac,
2014, daripada http://abuakhyar1.blogspot.com/
Professor 'Ammar al-Talbi (1993). Al-Farabi's Doctrine of Education: Between
Philosophy and Sociological Theory.Diperolehi pada 20 Mac, 2014, daripada
http://www.muslimheritage.com/article/al-farabis-doctrine-education-betweenphilosophy-and-sociological-theory#ftn1
Dr. Muhammad Rauf, Dr. Mushtaq Ahmad, Dr. Zafar Iqbal (April 2013). Al-Farabis
Philosophy

of

Education.

Diperolehi

pada

23

Mac,

2014,

daripada

http://www.erint.savap.org.pk/PDF/Vol.1(2)/ERInt.2013(1.2-09).pdf
Stanford Encyclopedia of Philosophy (Sep 16, 2005). Socrates. Diperolehi pada 23
Mac, 2014, daripada http://plato.stanford.edu/entries/socrates/
New Foundations (2011). The Educational Theory of Socrates. Diperolehi pada 25
Mac, 2014, daripada http://www.newfoundations.com/GALLERY/Socrates.html
Abd. Rahman Hj. Abdullah (2005). Wacana Falsafah Ilmu : Analisis Konsep-konsep
Asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur : Utusan
Publications.
Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan (Edisi
Ketiga). Serdang : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mok Soon Sang (2004). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Percetakan Seasons Sdn. Bhd
Mok Soon Sang (2010).

Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor :

Multimedia Marketing Sdn Bhd.


Mok Soon Sang (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi Ketiga).
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

23

24

Anda mungkin juga menyukai