Anda di halaman 1dari 21

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif

UCS 101 Penulisan Akademik


Isi Kandungan :
Mukasura
t
Sekapur Sirih
Bahagian A
1.

Soalan 1: Perenggan Deskriptif

Anda dikehendaki menulis satu rencana tentang satu pusat peranginan di


Malaysia untuk brosur

sebuah syarikat pelancongan. Terangkan secara

terperinci ciri-ciri yang terdapat pada pusat peranginan itu. Panjang perenggan
2.

- 200 patah perkataan.


Soalan 2: Perenggan Penghujahan

Tulis satu perenggan sepanjang 200 patah perkataan yang bertajuk Gejala buli
3.

di kalangan pelajar sekolah rendah.


Soalan 3: Perenggan Naratif

10

Tulis satu perenggan sepanjang 200 patah perkataan tentang sesuatu peristiwa

4.

lucu dengan menggunakan gaya penceritaan yang menarik.


Bahagian B
Soalan 4: Esei Perbandingan
Pilih dua Personaliti

13

(seperti dua tokoh politik atau pendidikan dan

sebagainya) atau dua Produk (seperti dua jenis kenderaan, kamera, telefon
bimbit dan seumpamanya) dan bincangkan persamaan serta perbezaannya.
5.

Buat perbandingan umum di antara isi-isi yang dikenalpasti.


Soalan 5: Esei Proses Pilih SATU tajuk daripada senarai di bawah dan

18

tulis satu esei sepanjang 900 patah perkataan. Rujuk kepada Bab 7.
2.
6.

Bagaimana mendapatkan peminjaman daripada bank untuk membeli

kereta.
Rujukan

23

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

BAHAGIAN A

Soalan 1: Perenggan Deskriptif [5 markah]

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
Anda dikehendaki menulis satu rencana tentang satu pusat peranginan di Malaysia untuk brosur
sebuah syarikat pelancongan. Terangkan secara terperinci ciri-ciri yang terdapat pada pusat
peranginan itu. Panjang perenggan - 200 patah perkataan.

Tanjung Leman adalah sebuah pusat peranginan yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Johor
Bahru dan 70 kilometer dari selatan Bandar Mersing. Ia adalah salah satu dari destinasi percutian
keluarga yang terkenal di Johor. Antara tarikan utama pengunjung ke Tanjung Leman adalah
pantainya sepanjang 2 kilometer yang putih dan landai. Persekitaran Tanjung Leman yang redup
dan pohon-pohon yang rimbun juga menjadi tarikan pengunjung ke sini. Selain dari itu,
pemandangan pulau-pulau berhampiran serta keindahan alam semulajadinya juga menjadi faktor
penyumbang daya tarikan pengunjung ke Tanjung Leman. Tanjung Leman juga turut terkenal
dengan penganjuran pelbagai acara yang mendapat sambutan dari seluruh negara seperti
Karnival Tanjung Leman, Pertandingan Memancing GP Joran Berita Harian dan Kejohanan
Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di persekitaran
Tanjung Leman selain dari beristirehat dan bermain air di laut. Memancing adalah aktiviti
popular di Tanjung Leman. Para kaki pancing tidak pernah merasa hampa apabila memancing di
sini kerana habuan ikan pari dan kerapu sebagai hasil tangkapan sentiasa menanti. Bagi
pengunjung yang gemarkan aktiviti luaran yang mencabar fizikal dan mental pula bolehlah
melakukan aktiviti mendaki bukit. Pengunjung dapat melihat sendiri keindahan pemandangan
pulau dan pantai di puncak bukit. Selain dari menikmati pemandangan yang indah, para pendaki
juga dapat melihatpelbagai spesis serangga dan tumbuh-tumbuhan termasuklah tongkat ali.

Pengunjung yang datang secara berkumpulan pula, aktiviti pantai seperti bolasepak
pantai dan sukaneka telah disediakan. Penggemar aktiviti luar yang datang untuk berkhemah
boleh menyediakan sendiri hidangan BBQ di tepi pantai. Tapak perkhemahan juga disediakan
3

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
dengan bayaran berpatutan mengikut hari dan pekej. Perkhidmatan bot juga disediakan untuk
kemudahan pengunjung melihat keindahan gugusan Pulau Sibu dan melakukan aktiviti
snorkeling di perairan pulai tersebut yang amat jernih airnya. Perairan pulau itu juga telah
diwartakan sebagai Taman Laut Negara. Pantai Tanjung Leman juga menyediakan gerai-gerai
makanan berkonsepkan banglo yang dibina di sepanjang pantainya. Gerai-gerai ini dibina bagi
memudahkan pengunjung menjamu selera. Gerai-gerai ini dibina dengan kedudukan yang cukup
strategik bagi membolehkan pengunjung pantai peranginan ini menikmati juadah sambil melihat
keindahan pantai serta pemandangan pulau-pulau berhampiran. Kemudahan surau turut
disediakan untuk kemudahan pengunjung beragama Islam menunaikan solat. Bilik mandi juga
ada disediakan untuk pengunjung membersihkan diri dari air laut. Jeti Tanjung Leman yang
terletak kira-kira 300 meter dari Pantai Tanjung Leman merupakan jeti utama yang digunakan
oleh pelancong-pelancong untuk mengunjungi pulau-pulau dan resort-resort di pulau-pulau
berhampiran selain digunakan juga oleh penduduk tempatan dan pulau-pulau sekitar
menjalankan aktiviti harian mereka. Jeti ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti ruang
menunggu, kedai serbaneka, restoran KFC, parkir kenderaan, bilik solat dan tandas.

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
Penginapan di Tanjung Leman bukanlah satu masalah besar. Tunjuk Laut Beach Resort
menyediakan pelbagai jenis bilik dan penginapan bergantung kepada permintaan pengunjung.
Resort ini juga mempunyai pantai sepanjang 2 kilometer yang diliputi pasir yang memutih
beserta pantainya yang landai dan airnya yang jernih. Persekitaran resort ini juga redup dengan
tarikan semulajadi seperti lanskap batu laut, buah-buahan hutan, hutan berbukit serta kehadiran
haiwan seperti ungka, tupai kerawak dan burung enggang menjadi pelengkap kepada sebuah
percutian yang mendamaikan. Kedudukan resort yang mengadap pemandangan Pulau Tinggi,
Pulau Besar dan Pulau Sibu pasti membangkitkan suasana tenang dan mendamaikan. Resort ini
menawarkan 25 buah chalet yang dibahagikan kepada bilik standard, bilik deluxe, eksekutif dan
bilik keluarga. Ianya boleh ditempah dengan tawaran harga yang menarik. Semua chalet ini
dilengkapi dengan pendingin hawa dan bilik air. Pengunjung yang ingin bermalam dalam
kumpulan yang besar atau yang datang dengan rombongan, terdapat 6 buah dorm yang setiap
satunya boleh memuatkan sehingga 20 orang dengan selesa. Setiap dorm lengkap dengan
pendingin hawa dan bilik air. Ianya juga berhampiran dengan pantai dan gerai jualan. Bagi
kemudahan pengunjung yang gemarkan aktiviti perkhemahan, tapak perkhemahan turut
disediakan. Tapak perkhemahan ini boleh menempatkan sehingga 100 khemah dalam satu-satu
masa. Kemudahan bilik air, bilik solat serta tapak BBQ juga disediakan. Secara kesimpulannya,
percutian ke Tanjung Leman adalah satu percutian alam semulajadi yang serba lengkap dengan
pelbagai pekej. Semuanya bergantung kepada minat dan kecenderungan pengunjung. Tepuk
dada, tanya selera.

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
Soalan 2: Perenggan Penghujahan [5 markah]
Tulis satu perenggan sepanjang 200 patah perkataan yang bertajuk Gejala buli di kalangan
pelajar sekolah rendah.

Sekolah rendah adalah satu institusi pendidikan formal awal bagi kanak-kanak berumur antara 7
hingga 12 tahun. Institusi ini juga menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal
insan. Semua pihak memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan hala tuju ini.
Namun begitu, beberapa kejadian buli yang berlaku dalam dunia persekolahan merencatkan dan
mencemarkan hasrat murni ini. Buli adalah perbuatan mendera secara fizikal atau mental yang
dilakukan berulang kali bertujuan untuk membuatkan seseorang berasa takut dan mematuhi
mereka yang kuat. Buli fizikal melibatkan penderaan seperti pukul memukul, memeras ugut,
menampar, menendang , menarik rambut, menolak atau sepak terajang hingga menyebabkan
kecederaan. Malah ada juga buli fizikal yang menyebabkan kematian. Buli
mental pula lebih kepada ejek mengejek. Sebagai contoh,
sekiranya nama murid itu atau nama bapanya agak luar biasa,
maka itu akan dijadikan bahan ejekan murid lain yang
membuli. Walaupun kes buli mental ini kurang mendapat
perhatian di media, tetapi sebenarnya ia adalah satu kes
yang amat serius dan sedang berlaku di sekolah. Pembuli
biasanya adalah murid yang bertubuh besar, tegap dan
tinggi. Ada kalanya ia turut melibatkan sekumpulan murid yang
sebaya. Mereka biasanya membuli untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Membuli
akan membuatkan mereka berasa kuat dan berkuasa. Mangsa buli pula biasanya adalah murid
yang bertubuh kecil, murid cemerlang atau murid baharu. Sesungguhnya isu buli di sekolah
rendah tidak boleh dipandang ringan. Ianya memerlukan kerjasama dan pemantauan dari semua
pihak, baik guru, ibubapa atau di kalangan murid sendiri. Kerjasama ini bertujuan untuk
memastikan sekolah menjadi institusi pembelajaran unggul dan bukannya pusat untuk
melahirkan samseng. Walau apa sahaja tujuannya, buli tidak sepatutnya menjadi budaya di
kalangan pelajar, tidak kira sekolah rendah, menengah atau di institut pengajian tinggi.

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
Soalan 3: Perenggan Naratif [5 markah]
Tulis satu perenggan sepanjang 200 patah perkataan tentang sesuatu peristiwa lucu dengan
menggunakan gaya penceritaan yang menarik.

Aku adalah anak sulung dari tujuh orang adik beradik. Dalam ramai-ramai adik-beradik, aku
paling gemar dengan aktiviti lasak dan sukan air. Jadi, ketika aku lepas menduduki peperiksaan
Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), aku menyertai Kelab Sukan Kenu dan Rekreasi Muar untuk
bergiat dalam sukan air dan aktiviti perkhemahan selain penyertai pergerakan Pengakap Kelana
daerah. Tetapi apa yang akan aku ceritakan ini tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti
berkayak atau perkhemahan....... mungkin sedikit ada lah. Ceritanya bermula apabila selesai
pihak kelab mengadakan gotong-royong menaiktaraf bangunan kelab dengan kerjasama Pasukan
Gerakan Am Kem Tanah Merah, Kelantan (Pasukan Polis Hutan ketika itu), yang sedang
berkursus di Kem Pasukan Gerak Am, Bakri, Muar. Pada malam terakhir kami telah mengadakan
jamuan dan barbekiu sebagai penghargaan kepada mereka. Memandangkan mereka datang dari
Kelantan, maka dari awal lagi kami telah meminta mereka menyediakan satu persembahan dikir
barat pada malam itu dan ianya tidak dihampakan. Majlis berlangsung sehingga lewat malam.
Selesai majlis, aku pun pulang dengan menunggang motosikal kapcai buruk bapaku. Aku
memutuskan untuk melalui jalan pintas melalui Kampung Ubi yang hanya boleh dilalui
kenderaan kecil seperti motorsikal dan basikal. Setibanya di tempat kejadian, tanpa sebarang
syak wasangka aku melalui lorong sempit itu seperti biasa. Tiba-tiba, lampu motorsikalku
tersuluh sesuatu yg aneh yang aku rasa aku tidak pernah bertemu pada waktu siang. Hatiku

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
berdebar-debar dan peluh mula memercik. Bendanya berwarna putih lusuh dan seperti terapungapung. Mulutku mula membaca surah-surah yang ku ingat dan ayat kursi dengan susunan ayat
yang tidak mengikut tertib. Lebih kurang lima minit kemudian, aku mula memberanikan diri
mendekati benda itu. Semakin dekat, hatiku makin berdebar dan bacaanku makin lintang
pukang dengan suara yang makin tenggelam. Semakin dekat...... dekat.......dekat...... dan
sekarang aku berada betul-betul di hadapan benda itu....... dan aku merenungnya untuk
kepastian. Lailahailallah! Buat menakutkan orang betullah! Ni siapa punya kerja bungkus buah
nangka dengan jubah putih ni? aku menempik. Aku sudah tidak peduli walaupun waktu itu
sudah jam 1.30 pagi kerana hatiku panas. Dan aku meneruskan perjalanan pulang dengan hati
yang panas tetapi akhirnya aku senyum sendirian. Secara logiknya, memanglah aku tidak pernah
jumpa benda tu pada waktu siang, dia bungkus dengan jubah putih. Itulah peristiwa lucu yang
tetap akan membuatkan aku senyum sendirian setiap kali mengingatinya.

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

BAHAGIAN B

Soalan 4: Esei Perbandingan [10 markah] Bandingkan dengan menggunakan salah satu
format yang diterangkan dalam Bab 8.
10

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

Pilih dua Personaliti (seperti dua tokoh politik atau pendidikan dan sebagainya) atau dua
Produk (seperti dua jenis kenderaan, kamera, telefon bimbit dan seumpamanya) dan bincangkan
persamaan serta perbezaannya. Buat perbandingan umum di antara isi-isi yang dikenalpasti.

Jika anda mencari sebuah kenderaan keluarga dengan tujuh tempat duduk, ruang untuk meletak
bagasi, dan pemanduan dinamik seperti sebuah kereta dengan harga yang mampu milik, maka
pilihan anda akan terarah kepada dua pilihan kenderaan ini. Proton Exora Bold dan Nissan Grand
Livina.

Proton Exora Bold

Nissan Grand Livina

Proton dengan Exora Bold dan Nissan dengan Grand Livina adalah antara kenderaan
pelbagai guna (MPV) yang paling dominan jualannya di Malaysia. Kedua-duanya mempunyai
ruang yang cukup untuk sekeluarga enam orang, ruang kargo yang fleksibel dan enjin yang tidak
terlalu besar tetapi cukup berkuasa. Tetapi di sebalik persamaan itu, kedua-dua MPV ini
mempunyai perbezaan yang amat ketara seperti membezakan antara teh dan kopi.
Proton Exora Bold adalah produk Proton yang paling ditunggu-tunggu. Ianya merupakan
model facelift Proton Exora yang dilancarkan pada tahun 2009. Ianya juga adalah kenderaan
keluaran Proton yang pertama menggunakan pengecas turbo untuk nadi penggeraknya. Charge
Fuel Efficiency (CFE), nama yang diberikan kepada sistem turbonya, sebenarnya adalah sistem
turbo bertekanan rendah yang biasa terdapat dalam kereta-kereta mewah seperti Volvo dan
Mercedes-Benz, meningkatkan kuasa enjin Campro yang memacunya kepada 138hp pada
11

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
5000rpm dengan tork 205Nm pada 2000 hingga 4000rpm. Tekanan boost standard bagi Campro
CFE telah ditetapkan pada 0.75 bar untuk memberi kuasa pemanduan seolah-olah ianya sebuah
enjin bersesaran 2000cc N/A. Selain dari pengecas turbo, ianya juga dilengkapi dengan sistem
injap VVT, yang pertama dalam siri enjin Campro, dan ECU 32-bit berasaskan tork. Jelas
memberikan kuasa yang lebih dari mencukupi untuk menggerakkan badan Exora yang besar.

Enjin Campro CFE 1.6 Proton Exora Bold

Enjin Renault-Nissan MR18DE Nissan


Grand Livina

.
Nissan Grand Livina pula baru sahaja melancarkan model 2013 baru-baru ini.
Spesifikasinya tidak banyak berubah dari model sebelumnya. Dilengkapi enjin Renault-Nissan
MR18DE berkuasa 1800cc (1798cc) dengan CVTC, ia menjanakan 126hp pada 5200rpm dengan
tork 174Nm pada 4800rpm. Ianya adalah enjin yang sama yang digunakan dalam Nissan Latio
1.8cc. Walaupun dikuasakan dengan enjin N/A (normal aspirated), keupayaan enjin ini boleh
dibanggakan. Walaupun dengan muatan yang penuh, Grand Livina boleh mencapai hadlaju
lebuhraya dengan mudah.
Ruang kabin Proton Exora bold tidak banyak mengalami perubahan. Dari tempat duduk
pemandu, pandangan yang luas dapat dicapai melalui cermin hadapan yang luas. Stereng
kemasan kulit dan tempat duduk hadapan yang dilengkapi tempat rehat tangan juga amat selesa.
Kamera undur dengan monitornya di cermin pandang belakang amat berguna untuk membantu
pemandu mengundurkan MPV ini.

12

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

Dashboard dan ruang pemanduan Proton Exora Bold

Kamera undur

Monitor kamera pada cermin pandang

belakang
Penumpang di bahagian tengah dan belakang (terutama di tempat duduk belakang) tidak
perlu risau tentang udara dari pendingin hawa yang tidak sampai ke belakang. Ini kerana setiap
baris tempat duduknya dilengkapi liang pendingin hawa yang boleh dikawal sendiri oleh
penumpang. Ianya diletakkan di atas setiap tingkap. Penumpang belakang juga dapat menikmati
perjalanan jauh sambil menonton filem dari pemain DVD yang ditempatkan di bahagian atas
belakang pemandu. Santai sambil menikmati perjalanan dengan selesa, boleh dikatakan
keselesaan yang dibawa dari rumah.
13

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
Nissan Grand Livina menawarkan tempat duduk kemasan kulit yang agak selesa untuk
pemanduan jarak sederhana. Namun bagi tempat duduk paling belakang agak sempit bagi
penumpang dewasa. Tali pemegang (tug strips) yang boleh didapati di kesemua tempat duduk
belakang agak mencacatkan pandangan walaupun kegunaannya adalah untuk menarik tempat
menyandar sesudah ianya dilipat. Penyandar empat duduk paling belakang juga tdak mempunyai
split atau dibahagi dua. Ini bermakna bila ianya dilipat, akan mengurangkan kapasiti penumpang
tetapi meluaskan ruang kargo. Bayangkan jika anda mempunyai lima penumpang dan lima
bagasi untuk perjalanan jauh, sudah tentu penumpang paling belakang terpaksa duduk bersila
bersama bagasi-bagasi anda.

Ruang kokpit Nissan Grand Livina.

Ruang penumpang tengah.

Tempat duduk penumpang paling belakang.

Tempat duduk belakang sesudah dilipat untuk


memberi ruang kepada kargo secara langsung
mengurangkan kapasiti penumpang.
14

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
Bagi keselesaan penumpang, penyaman udara penumpang belakang ditempatkan di
antara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. Ianya berupaya memberikan keselesaan
kepada penumpang ruang tengah dan belakang walaupun blowernya tidak terdapat di barisan
pnumpang paling belakang. Penumpang juga hanya dapat berpuashati dengan hiburan dari
pemain cakera padat yang juga boleh memainkan fail format MP3. Agak mengecewakan Edaran
Tan Chong Motors sebagai pengedar kenderaan Nissan yang membawa nama besar dari Jepun
tidak melengkapkan MPV ini dengan pemain DVD untuk hiburan penumpang ketika perjalanan
jarak jauh.
Secara

keseluruhannya,

kedua-dua

kenderaan

ini

mempunyai

kelebihan

dan

kekurangannya. Namun, Proton Exora Bold CFE dilihat mempunyai kelebihan yang lebih
berbanding Nissan Grand Livina. Walaupun Exora Bold dilengkapi enjin yang berkapasiti
kurang dari Grand Livina, namun kuasa yang dijanakan lebih dari mencukupi untuk
menggerakkan kenderaan ini. Terpulang kepada pengguna untuk menilainya sendiri.

Soalan 5: Esei Proses [15 markah] Pilih SATU tajuk daripada senarai di bawah dan tulis
satu esei sepanjang 900 patah perkataan. Rujuk kepada Bab 7.
2.

Bagaimana mendapatkan peminjaman daripada bank untuk membeli kereta.

Setiap orang mempunyai impian memiliki kereta tidak kira apa model dan harga, bergantung
kepada citarasa dan kemampuan masing-masing. Terdapat dua cara untuk membeli kereta,
pertama secara tunai, dan kedua dengan mendapat pinjaman sewabeli dari institusi kewangan
yang berdaftar dengan Bank Negara.

15

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

Honda City

Kia Optima

Membeli kereta dengan membayar harga penuh secara tunai sekali gus adalah tidak
praktikal bagi kebanyakan pembeli. Jika anda seperti kebanyakan pembeli, membuat pinjaman
sewabeli kereta adalah cara yang lebih sesuai untuk mendapatkan kereta idaman anda. Walaupun
terdapat sesetengah orang pula, walaupun mereka mempunyai wang tunai atau simpanan yang
cukup untuk beli terus sebuah kereta, tetapi masih memilih untuk buat pinjaman.
Terdapat banyak bank dan syarikat-syarikat kewangan yang menawarkan pelbagai jenis
pinjaman kereta dan mengenakan kadar yuran dan faedah yang berbeza. Istilah kewangan dan
syarat-syarat yang dikenakan adalah agak rumit untuk difahami. Tetapi sebenarnya membuat
pinjaman sewabeli kereta adalah agak mudah.Untuk memudahkan urusan membuat pinjaman
sewabeli kereta, kita perlulah menyemak beberapa perkara.

Antara institusi kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara dan menawarkan pinjaman
sewabeli kenderaan
16

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
Faktor utama apabila memilih sesebuah kereta semestinya wang dan keadaan kewangan
anda, melainkan anda mampu untuk membayar harga kereta secara tunai. Seperti yang telah
disebutkan tadi, kebanyakan orang akan mengambil pinjaman untuk membiayai kereta pilihan
mereka. Tetapi, sebelum anda membuat keputusan, beberapa persoalan perlu anda jawab untuk
menilai kemampuan anda. Contohnya : - Berapakah kos penyelenggaraannya? Berapakah
bayaran bulanannya? Berapakah nilai cukai jalan dan insuransnya? Jika semua persoalan itu
mampu anda jawab, maka teruskan langkah anda.
Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah pilihan kewangan anda. Jika anda baru saja
memulakan kerja dan tidak mempunyai rekod kredit, minta seseorang, biasanya ibubapa, untuk
menjadi penjamin anda dan meningkatkan pendirian kredit anda bagi membolehkan anda
mendapat kewangan yang lebih murah untuk kereta anda. Institusi kewangan perlu tahu
kemampuan anda membayar balik pinjaman sebelum memberi pinjaman sewabeli kereta kepada
anda. Ini ertinya institusi kewangan perlu memastikan anda mampu buat bayaran bulanan di
masa hadapan. Oleh itu institusi kewangan akan menilai rekod kredit dan pendapatan anda.
Sekiranya anda mempunyai rekod kredit yang tidak begitu baik, pinjaman kereta anda
kemungkinan tidak akan diluluskan. Sekiranya diluluskan pun, berkemungkinan kadar faedah
yang dikenakan adalah lebih tinggi.
Secara asasnya, terdapat dua cara untuk anda mendapatkan pinjaman sewabeli kereta
iaitu daripada bank atau dari pengedar kereta. Setiap pengedar kereta lazimnya mempunyai panel
institusi kewangan mereka sendiri untuk kemudahan pembeli-pembeli kereta dengan kadar
faedah yang berbeza-beza mengikut institusi kewangan. Adalah lebih bijak jika anda membuat
kajiselidik dahulu untuk membandingkan kadar faedah yang ditawarkan.
Dapatkan pinjaman pra-lulus sebelum anda ke pengedar kereta. Memohon untuk
pinjaman pra-lulus tidaklah sesukar yang anda sangka. Anda boleh memohon untuk pinjaman
pra-lulus ini melalui internet dan dapatkan kuota pinjaman kereta jika institusi kewangan tersebut
mempunyai perkhidmatan ini. Cara terbaik ialah untuk mendapatkan beberapa pinjaman pralulus daripada institusi-institusi kewangan berlainan dan pilih yang paling sesuai untuk anda.
Contohnya kadar faedah paling rendah untuk kredit anda. Jadi, jika anda sudahpun berada di

17

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik
pengedar kereta, bandingkan lagi dengan tawaran pengedar tersebut dengan tawaran terbaik dari
institusi kewangan tadi dan pilihan terakhir sepatutnya pilihan yang terbaik untuk kereta anda.
Anda juga boleh berunding untuk mendapat kadar faedah yang lebih rendah dengan
pengedar tersebut. Kalau anda sudah pun mempunyai pinjaman pra-lulus daripada institusi
kewangan, anda boleh menggunakan kadar ini untuk berunding dengan pengedar untuk
mendapat kadar yang lebih rendah. Jika anda gagal berbuat demikian, anda masih ada kadar yang
terbaik daripada pihak institusi kewangan. Jika anda tidak mendapat kelulusan pinjaman
daripada mana-mana institusi kewangan kerana keadaan kredit anda, anda mungkin perlu
membuat tawaran dengan pengedar. Jika kes ini berlaku, kadar faedah anda mungkin lebih tinggi
kerana anda dikira sebagai risiko kredit. Jadi, cuba berunding untuk kurangkan kadar faedah
anda.
Tanya pengedar jika mereka mempunyai promosi yang sedang berlangsung. Contohnya
seperti rebat tunai atau Kadar Peratusan Tahunan 0%. Ia selalunya berlangsung pada musim
perayaan dan hujung tahun. Beberapa pengedar mungkin tidak akan memberitahu anda terus,
jadi beranikan diri anda untuk bertanya.
Perkara kedua ialah anda perlu mendapat kepastian institusi kewangan pilihan anda atau
yang dicadangkan oleh pengedar kereta tentang jumlah wang pendahuluan yang perlu anda
sediakan. Walaupun biasanya ia adalah 10% dari nilai kereta, institusi kewangan boleh
mengenakan peratus yang lebih tinggi. Wang pendahuluan ini diperlukan sebagai tanda
kebertanggungjawaban anda. Jika anda mampu membayar lebih adalah lebih baik. Ini kerana
akan mengurangkan bayaran bulanan anda dan akan menguntungkan anda dalam jangka masa
panjang kerana anda akan bayar jumlah faedah yang kurang. Anda juga perlu menegtahui jumlah
faedah yang dikenakan keatas pinjaman anda. Adalah menjadi satu kelebihan bagi diri anda jika
anda tahu dan boleh membuat pengiraan sendiri berkenaan pinjaman sewabeli anda itu.

18

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

Proton Suprima S

Toyota Vios 2013

Selain daripada pembayaran bulanan, anda juga perlu mnggunakan kewangan anda
sendiri untuk cukai jalan dan insurans tahunan. Cukai jalan dan insurans mengambilkira
beberapa faktor : a. Jenis milik kenderaan
b. Jenis kenderaan
c. Kapasiti enjin
d. Lokasi geografi (Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak
Seterusnya, setelah pinjaman sewabeli anda diluluskan, anda akan diminta untuk
menyediakan dokumen-dokumen yang perlu untuk membuat permohonan. Biasanya dokumen
asas yang diperlukan adalah kad pengenalan, penyata gaji dan lesen memandu. Sekiranya
kedudukan kewangan anda tidak begitu baik, anda mungkin diminta mengemukakan seorang
penjamin untuk mengukuhkan kedudukan kredit dan permohonan anda.
Akhir sekali, walaupun pengedar kelihatan ikhlas dan ramah, tujuan utama kerja mereka
adalah untuk menjual kereta. Jadi, perhatikan dengan teliti jika terdapat barangan tambahan yang
ditawarkan, walaupun selepas anda sudah menyelesaikan pembelian kereta dan pembiayaan
kereta. Mereka mungkin nampak seperti mahu menolong anda, dan itu mungkin benar tetapi
ingatlah bahawa mereka juga sedang berusaha untuk mendapat komisen setinggi yang mungkin.
Jadi beringatlah bahawa perjanjian tersebut tidak akan berakhir selagi anda tidak mendapat
kereta anda.
19

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

Rujukan :

Damansara Assets Sdn. Bhd. Pusat Peranginan Tanjung Leman, Mersing. Diperolehi
1hb November 2013 dari http://202.75.56.144/~dasb/page_s.php?pid=6259

Blog Cikgu Yong. Buli Di Sekolah. Diperolehi 9hb November 2013 dari
http://wacanayong.blogspot.com/2009/10/buli-di-sekolah-pengenalan-murid-ialah.html

Wikipedia, ensiklopedia bebas. Buli. Diperolehi 9hb November 2013 dari


http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli
20

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif


UCS 101 Penulisan Akademik

Paultan.org. DRIVEN: Proton Exora Bold Turbo, our first impressions. Diperolehi 9hb
November 2013 dari http://paultan.org/2011/12/22/driven-proton-exora-bold-turbo-ourfirst-impressions/

Paultan.org. Nissan Grand Livina 1.8 Automatic Review. Diperolehi 9hb November 2013
dari http://paultan.org/2008/07/21/nissan-grand-livina-18-automatic-review/

Paultan.org. Nissan Grand Livina facelift introduced from RM87k. Diperolehi 9hb
November 2013 dari http://paultan.org/2013/09/24/nissan-grand-livina-faceliftintroduced/

Fadzil & Blog. Panduan Membeli Kereta Baru (2012). Diperolehi 12hb November 2013
dari http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-membeli-kereta-baru2012.html

Info perbankan. Memohon Pinjaman. Diperolehi 12hb November 2013 dari


http://www.bankinginfo.com.my/02_know_your_products/0202_applying_for_loan/hire_
purchase.php?intPrefLangID=2&

Aku dan Kereta-keretaku. Proses Buat Loan Kereta; Berhati-hati Apabila Deal Dengan
Salesman. Diperolehi 12hb November 2013 dari
http://keretabarudankeretaterpakai.blogspot.com/2012/07/proses-buat-loan-keretaberhati-hati.html

21

Anda mungkin juga menyukai