Anda di halaman 1dari 22

Penguasa alam ini

Menyusun-atur setiap ruang ciptaanNya


Pantai membiru luas terbentang
Pantai desaru menghadiahkan ketenangan buat pengunjungnya.

Cukup terkenal di kalangan pelancong dan santri


Pantainya memukau mata sesiapa saja yang menjengah
Membuatkan kita terlupa seketika akan masalah dan bebanan
Deretan pokok rhu dan butiran pasir yang putih
Menganjur jauh lenyap di hujung tanjong
Diulik deruan ombak memukul gigi air
Bayu petang menampar lembut pipi

Teluk Bidara

Teluk Bidara
Pasirmu nan putih
Deru ombak memecah pantai
Oh Teluk Bidara
Teluk Bidara
Ku berlari-lari
Angin sepoi menampar muka
Di Teluk Bidara
C/O
Di sana nanti
Kan kucatit sejarah
Di mana aku kan memadu cinta
Kugenggam tanganmu
Kukucup dikeningmu
Kubelai rambutmu
Yang selembut salju
Teluk Bidara
Yang menjadi saksi
Kau dan aku mengukir janji
Oh Teluk Bidara.
DESARU, DESTINASI PELANCONGAN TENGGARA JOHOR

Desaru merupakan sebuah lokasi percutian di Johor yang menjanjikan


kepuasan berganda buat para pengunjung yang cintakan alam semula jadi
terutamanya kawasan pantai membiru serta luas terbentang.

Desaru cukup terkenal di kalangan pelancong akan keindahan pantainya


yang menyajikan pemandangan yang memukau mata sesiapa saja yang
berkesempatan ke sini. Pastinya Desaru sebuah lokasi yang menghadiahkan
ketenangan buat anda.

Bukan itu saja, pantai bukanlah satu-satunya lokasi yang boleh anda
kunjungi apabila ke sini bahkan terdapat banyak lagi tempat yang menarik
untuk anda luangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Waterpark, ladang, dusun buah–buahan serta banyak lagi lokasi yang boleh
anda terokai sepanjang berada di Desaru.

Untuk bukti lebih, apa kata teruskan membaca entri tempat menarik di
Desaru ini. Pastikan semua lokasi pilihan ini masuk ke dalam target lokasi
percutian anda nanti ye!

Kandungan [tunjuk]

15. Pantai Desaru


Sumber: Christopher Goh Yee Hui
Ramai yang kata Pantai Desaru adalah pantai yang tercantik di Johor.
Keindahan pantai di sini mampu membuat anda terlupa akan masalah dan
bebanan buat seketika. Pantai yang dihiasi dengan deretan pokok rhu
sepanjang 25 km serta pasir putih luas terhampar di persisiran pantai ini
menjanjikan sebuah pemandangan yang cukup memukau.

Diulik pula dengan deruan ombak yang memukul gigi air dan bayu petang
yang menampar lembut pipi ternyata omongan ini bukanlah omongan
kosong. Maka tak hairanlah jika pada musim cuti sekolah Pantai Desaru
menjadi target lokasi keluarga untuk bersantai-santai.

Baca: 10 Tempat Makan Menarik Di Desaru


Bercuti sambil menikmati keindahan alam di tepi pantai adalah antara aktiviti
kegemaran warga kota kerana di sinilah tempat paling mujarab bagi mereka
untuk melepaskan tekanan dan bebanan. Tambahan pula, pantai ini turut
menyajikan para pengunjung dengan pelbagai aktiviti pantai yang menarik
seperti snorkeling, memancing, berenang, jungle trecking, menunggang
kuda dan banyak lagi.

Bagi para pengunjung yang merancang untuk bermalam di sekitar Pantai


Desaru, jangan risau kerana di sini terdapat banyak pilihan hotel, chalet dan
resort yang boleh anda diami bersama keluarga. Kadar harga penginapan di
sini tentunya berpatutan dan berbaloi-baloi. Ada yang murah dan ada yang
mewah dengan harga yang berpatutan. Jadi, rancanglah percutian anda
sebaiknya mengikut bajet dan kemampuan.

14. The Wetlands Sedili, Kampung Belukar Durian

Sumber: The Wetlands Kampung Belukar Durian


Percutian ke The Wetlands Sedili, Kampung Belukar Durian adalah
berkonsepkan back to nature dan pastinya lokasi ini sangat digemari oleh si
pencinta alam semula jadi.

Berpeluang menjejaki kawasan hutan paya bakau yang masih elok terjaga
dan kaya dengan berbagai spesis flora dan fauna, berpenghunikan
bermacam-macam jenis burung, monyet dan ikan semestinya memberikan
kepuasan kepada para pengunjung. Kebanyakan pengunjung yang
menjejakkan kaki ke sini kebiasaannya tidak akan melepaskan peluang
untuk melakukan aktiviti memancing udang air tawar dan mengutip lokan.
The Wetlands Sedili, Kampung Belukar Durian adalah projek yang
diusahakan oleh KEJORA  dengan kerjasama penduduk tempatan ini ternyata
bukanlah satu usaha yang sia-sia. Lokasi ini sering dikunjungi ramai dek
aktiviti dan keistimewaan yang di tawarkan seperti menyelusuri Sungai Selidi
Kecil, melihat belangkas secara dekat, mempelajari sedikit sebanyak
mengenai cara pembiakan belangkas serta berpeluang untuk merasai sendiri
pengalaman menanam pokok paya bakau.

Yang lebih menariknya, di sini turut menyediakan restoran makanan laut


yang menyajikan pilihan seafood yang segar serta kedai cenderamata untuk
kemudahan para pengunjung.

 Alamat
Alamat: Kompleks the wetlands, kampung belukar durian, sedili kecil, 81930 Kota
Tinggi, Johor

13. Jambatan Tinggalan Sungai Rengit


Sumber: charlottemoook
Jambatan Tinggalan Sungai Rengit ini terletak di Kota Tinggi ini tidak jauh
dari Desaru. Kian menjadi tarikan untuk dijadikan backdrop untuk
bergambar, jambatan tinggalan ini memang nampak sangat istimewa seperti
bangunan bersejarah. Namun, hakikatnya, jambatan tinggalan yang kini
hanya tinggal bahagian kaki-kakinya sahaja merupakan sebuah jeti pada
suatu masa dahulu.

Kini, hanya struktur kaki jeti ini sahaja yang tinggal, bersusun di perairan di
sini. Susunannya yang kemas pula memberikan satu latar belakang yang
cukup simetri dan sempurna untuk gambar yang insta-worthy. Malah, ramai
pengantin di kawasan Johor ini datang ke sini untuk gambar wedding outdoor
yang sangat cantik. Jadi, jika anda datang bercuti ke Desaru, singgah
sejenak ke Jambatan Tinggalan Sungai Rengit ini!
 Alamat
Alamat: 90, 81600 Bandar Penawar, Johor

12. Taman Buaya Teluk Sengat

Sumber: Teluk Sengat Crocodile World


Tak lengkap rasanya percutian anda ke Desaru tanpa berkunjung ke Taman
Buaya Teluk Sengat kerana tidak semua tempat anda berpeluang untuk
mendekati haiwan reptilia seperti ini.

Taman Buaya Teluk Sengat adalah taman buaya yang terbesar di


Semenanjung Malaysia yang menempatkan lebih dari 1000 ekor buaya. Apa
yang menariknya terdapat buaya yang berusia lebih dari 100 tahun di sini.
Salah satu tarikan yang ada di taman buaya ini adalah buaya yang tidak
bergigi berusia lebih dari 130 tahun. Rasanya anda boleh bayangkan betapa
comelnya gelagat buaya ini ketika waktu makan, bukan?

Kebanyakan buaya yang menghuni di taman ini adalah dari spesis buaya air
tawar. Ada sesetengah darinya yang agresif dan tak kurang pula ada yang
sedikit jinak. Bukan itu saja, anda juga berpeluang untuk memberi makan
kepada buaya-buaya yang terdapat di sini. Jadi inilah masanya untuk
menguji samada anda seorang yang berani ataupun tidak.

Dengan bayaran masuk ke taman ini sebanyak RM8.00 bagi orang dewasa
dan RM4.00 bagi kanak-kanak sudah tentu tersangatlah berbaloi dan
setimpal dengan pengalaman dan kenangan yang bakal anda sekeluarga
bawa pulang nanti.

 Alamat
Alamat: Jalan Sembilang, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor

11. Ostritch Farm Desaru

Sumber: Desaru Ostrich Farm


Jika tadi anda sudah pun melawat reptilia di Taman Buaya Teluk Sengat. Apa
kata kali ini anda beralih ke Ostritch Farm Desaru pula dan merasai sendiri
pengalaman bermain dengan burung unta yang mungkin sebelum ini anda
tak pernah berpeluang melihatnya di depan mata. Dengan bayaran sebanyak
RM12.00 bagi orang dewasa dan RM8.00 bagi kanak-kanak, sudah pasti
menyempurnakan lagi kenangan percutian anda sekeluarga.

Di ladang ini terdapat lebih dari 100 ekor burung unta yang jinak. Yang lebih
menariknya anda bukan saja berpeluang untuk menyentuh dan memberi
makan kepada burung unta di sini bahkan anda juga boleh membelai dan
memeluknya.

Baca: 56 Destinasi Pelancongan Paling Popular Di Johor


Selain daripada burung unta, terdapat juga haiwan lain yang boleh anda lihat
dengan lebih dekat lagi seperti ayam belanda, kasawari, burung merak dan
burung-burung eksotik lain yang hampir pupus. Kami pasti kunjungan anda
ke sini bersama keluarga bukan saja seronok bahkan dapat menambahkan
ilmu sedia ada. Bak kata pepatah melayu ibarat menyelam sambil minum air.

Food court dan kedai cenderamata turut disediakan. Di sini anda berpeluang
utuk merasai satay daging burung unta, telur dadar burung unta serta buah
tangan yang diperbuatkan kulit telur burung unta sudah pasti lebih
menyeronokkan.

 Alamat
Alamat: EMR 15, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

10. Desaru Fruit Farm Agro Tourism


Sumber: Desaru Fruit Farm
Bagi warga kota, dapat menjejakkan kaki ke Desaru Fruit Farm Agro Tourism
adalah suatu yang sangat dinanti-nantikan. Bersantai sambil melawat ladang
yang dipenuhi lebih dari 100 jenis pokok buah dan sayur-sayuran yang
segar, adalah satu pengalaman tak ternilai buat anda sekeluarga.

Bukan itu saja, di sini anda juga berpeluang untuk mempelajari jenis-jenis
pokok dan cara memilih buah serta sayur yang segar. Tambahan pula, di sini
para pengunjung juga dapat membeli buah atau sayur secara terus dari
ladang untuk dijadikan buah tangan.

Baca: 11 Pulau Di Johor Yang Menarik | Mulakan Pengembaraan

Pulau Anda Di Sini


Hanya pokok buah serta sayur saja yang terdapat di Desaru Fruit Farm Agro
Tourism? Tekaan anda silap! Kerana di sini terdapat banyak lagi kemudahan
dan aktiviti yang disediakan buat para pengunjung. Padang paintball, litar go
kart, mini zoo yang menempatkan ayam belanda, kambing, ayam serama
serta burung unta juga ada di sini.

Pada tahun 2006, Desaru Fruit Farm Agro Tourism pernah dinobatkan
dengan Anugerah Taman Pelancongan Agro terbaik di Malaysia. Dengan
segala kemudahan yang disediakan ternyata ia sememangnya layak
menyandang anugerah ini.

 Alamat
Alamat: Sungai Cemaran, Desaru 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

9. Kelip-Kelip Bujang, Bandar Penawar

Sumber: Mohd Faridz
Bila kali terakhir anda lihat kelip-kelip yang berterbangan menyebarkan
cahaya di waktu senja? Mungkin pada zaman kecil-kecil dulu bukan? Bagi
anak kampung keindahan cahaya yang keluar dari perut kelip-kelip ini
mungkin saja sudah biasa di lihat tapi bagi warga kota pengalaman ini akan
menjadi sesuatu yang berharga buat mereka.

Kelip-kelip Bujang, Bandar Penawar pasti menjadi lokasi idaman para anak
kota untuk merasai sendiri pengalaman diterangi cahaya kelip-kelip ini.
Dengan bayaran sebanyak RM20 bagi orang dewasa dan RM15 untuk kanak-
kanak sememangnya cukup berbaloi.

Setelah penat berjalan melihat kelip-kelip di Sungai Lebam ini, apa kata anda
singgah sebentar untuk menjamu selera di restoran terapung yang
menyajikan pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan pastinya terbaik di
sini.

 Alamat
Alamat: Bandar Penawar, 82200 Kota Tinggi, Johor

8. Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Sumber: Lotus Desaru Beach Resort & Spa


Sebuah resort mewah terletak berdekatan dengan Pantai Desaru yang
menghidangkan suasana indah serta memukau mata sesiapa yang
berkunjung atau menginap di sini. Kawasan resort yang eklusif ini bukan
hanya dihiasi dengan laut yang membiru bahkan ia juga berlatarbelakangkan
kehijauan hutan. Sudah pasti membangkitkan lagi mood percutian anda
sekeluarga nanti.

Selain itu, resort ini turut dilengkapi dengan kemudahan spa yang
menawarkan pelbagai pakej menarik antaranya perfect touch, skin glow,
urutan refleksiologi (urutan kaki dan tangan), rawatan muka dan lain-lain.
Jika anda ingin berikan kejutan istimewa buat orang tersayang maka resort
yang serba lengkap ini adalah pilihan yang bijak. Suasana tenang dan
mengasyikkan serta disempurnakan lagi dengan pakej spa untuk
memanjakan badan sudah pasti membuatkan si dia tersenyum bahagia.

Resort mewah ini turut terkenal dengan taman tema air yang dikatakan
sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda ke sini bersama anak-anak
kecil maka keselamatan mereka bukanlah perkara besar yang perlu
dititikberatkan.

Antara sukan atau permainan air yang boleh dilakukan di sini adalah splash
water, berenang, bermain gelongsor dan banyak lagi. Bagi anak remaja atau
golongan dewasa yang inginkan sedikit cabaran, apa kata anda cuba sukan
air seperti jet ski, banana boat, bungy jumping dan juga parasailing.

 Alamat
Alamat: Lot 1854, Jalan Desaru Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor

7. Muzium Perkampungan Nelayan Tanjung


Balau

Sumber: Muzium Nelayan Tanjung Balau


Muzium Perkampungan Nelayan Tanjung Balau adalah sebuah muzium yang
terletak di bahagian utara Desaru yang mana telah dibangunkan oleh
Lembahaga Pembangunan Johor Selatan (KEJORA).

Di sini pelbagai artifak lama yang berkaitan dengan aktiviti penangkapan


ikan dipamerkan seperti jaring ikan, tangkal, rakit, buritan serta bot tradisi
yang berhias.

Muzium ini juga turut memaparkan info-info menarik yang berkaitan


kepercayaan tahyul penduduk tempatan, kisah menarik penduduk di tepi laut
serta cara-cara menangkap ikan yang digunakan poleh nelayan di sini.

Bukan itu saja, anda boleh mempelajari teknik-teknik lama yang digunakan
oleh nelayan iaitu menangkap ikan berpandukan bentuk dan kedudukan
bulan, melihat keadaan kaki langit dan juga perubahan angina laut.

Info yang menarik seperti ini sudah tentu akan membuatkan anak-anak
teruja kerana hanya orang lama saja yang masih mempraktikkan seperti
teknik ini dan ianya jarang diperdengarkan kepada anak-anak muda. Jadi,
jangan lupa dan jangan lepaskan pelaung untuk berkunjung ke sini nanti.

 Alamat
Alamat: Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor

6. Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly


Sumber: restoran terapung seafood bujang firefly
Dah penat meronda di sekitar Desaru dan perut juga mula berkeroncong?
Apa kata anda singgah dan rasai pula keenakan makanan laut serta
makanan eksotik di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly.

Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly terletak di mukim Desaru dan


Bandar Penawar. Ia beroperasi bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 12
malam. Bagi mereka yang ‘hantu’ makanan laut maka restoran ini amatlah
disyorkan.

Pelbagai jenis makanan laut yang segar boleh dipilih seperti udang kara,
udang kipas, udang galah, kupang, lala, sotong dan banyak lagi. Menurut
staff yang bekerja di sini siput gonggong masak sambal telur serta belangkas
masak blackpepper antara hidangan yang selalu di tempah oleh pelanggan.

Kebiasaan menu ini tidak selalu ada kerana haiwan eksotik ini agar sukar
didapati. Jika anda berpeluang untuk ke sini jangan lupa untuk merasai dua
hidangan istimewa ini ye!

 Alamat
Alamat: Bandar Penawar, 82200 Kota Tinggi, Johor
5. Tanjung Balau

Sumber: Anja Rulan Putra


Tanjung Balau sebuah lokasi percutian yang tidak kurang menarik di daerah
Desaru. Mengambil masa kurang dari sejam sekiranya anda dari Johor
Bharu. Percutian di Tanjung Balau sangat menyeronokkan dan sangat
praktikal kerana kemudahan serta pelbagai aktiviti menarik telah diatur
untuk anda sekeluarga.

Melihat anak-anak kecil mandi laut, bermain layang-layang, membina istana


pasir dan berkejaran di tepi pantai cukup mendamaikan hati. Ditambah pula
dengan pemandangan laut yang membiru, dihiasi dengan pasir pantai yang
memutih serta kawasan pantai yang dijaga rapi cukup menyempurnakan hari
percutian anda. Selain itu, jika anda ingin mencuba sesutau yang lasak dan
ekstrem, aktiviti meredah hutan atau jungle trekking serta All-Terrain Vehicle
(ATV) turut disediakan khas buat para pengunjung Tanjung Balau.

Jika anda merancang untuk bermalam di sini bersama keluarga, terdapat


beberapa pilihan resort dan chalet dengan harga yang berpatutan turut
ditawarkan.
4. The Els Club Desaru Coast

Sumber: The Els Club Desaru Coast


Sebut saja The Els Club Desaru Coast pasti ada yang teruja, bukan?
Terutamanya bagi mereka yang meminati sukan golf.

Desaru Coast sebuah lokasi yang berkonsepkan rekabentuk kontemporari,


kemudahan yang lengkap dan dihiasi pula dengan pemandangan padang golf
yang menghijau serta dikelilingi dengan pemandangan Laut China Selatan
yang memukau cukup membuatkan hari percutian anda di sini
menyeronokkan.

The Els Club Desaru Coast adalah inspirasi yang diambil dari kejayaan
pemain golf dunia iaitu Ernie Els yang merangkumi lebih dari 3,900 ekar.
Dilengkapi dengan taman tema air, restoran mewah serta menjadi pusat
persidangan atau acara-acara rasmi membuatkan Desaru Coast ini cukup
popular di kalangan golongan professional.

Jika percutian mewah yang diidamkan, maka The Els Club Desaru Coast
adalah pilihan yang terbaik buat anda.
 Alamat
Alamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Darul Ta’zim, Johor

3. Jambatan Sungai Johor

Sumber: Risben Sirait
Lokasi yang menarik untuk dilawati tak semestinya perlu berkonsepkan alam
semula jadi yang indah ataupun kemudahan yang mewah. Kadang-kadang
cukup dengan sesuatu yang simple tetapi ada sejarah disebaliknya.
Jambatan Sungai Johor, mungkin tak ramai yang tidak tahu akan
keistimewaan dan kelebihannya.

Ia merupakan sebuah jambatan yang diiktiraf sebagai salah satu jambatan


yang terpanjang di Malaysia dengan jarak sejauh 4 kilometer yang
menghubungkan Pulau Juling dan Tanjong Penyabong.

Baca: 32 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru


Yang menariknya pembinaan jambatan ini mengambil masa lebih kurang 5
tahun untuk siap sepenuhnya. Bermula pada tahun 2006 jambatan ini siap
sepenuhnya pada tahun 2011.
Jika dilihat dari jauh, pemandangan disekeliling jambatan ini sememangnya
indah dan pasti memukau mata. Dapat melihat bot nelayan serta kapal
kontena melalui bawah jambatan ini sudah pasti memberikan satu
pengalaman bernilai untuk anak-anak kecil. Jika ada lebihan masa kami
syorkan anda ke sini bersama keluarga dan ambillah peluang untuk bercerita
kepada anak-anak akan kelebihan jambatan ciptaan anak watan Malaysia
yang membanggakan ini.

 Alamat
Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

2. Hard Rock Hotel Desaru Coast

Sumber: Hard Rock Hotel Desaru Coast


Hard Rock Hotel Desaru Coast sebuah penginapan yang cukup sempurna
dengan rekaan kontemporari serta serba mewah. Lokasinya yang hanya
terletak bersebelah dengan Adventure Waterpark Desaru Coast menjadikan
ia pilihan utama bagi para pengunjung yang merancang untuk bermalam
setelah penat beraktiviti di Adventure Waterpark Desaru Coast.

Rekabentuk dalaman bilik hotel di sini kebanyakan menggabungkan elemen


klasik dan moden. Setiap sudut di dalam bilik hotel ini dihias cantik dan
susun atur perabotnya cukup teratur. Sangat sesuai dengan citarasa terkini.
Tampak mewah tetapi elemen klasik masih dikekalkan. Kami yakin sebaik
saja anda melangkah masuk ke sini pasti berat kaki untuk melangkah keluar.

Di samping itu, bonus untuk anda yang menginap di hotel ini adalah anda
dapat bermalas-malasan di ruangan private balcony sambil merehatkan
fikiran. Hembusan angin dari pantai yang berdekatan menambahkan lagi
mood percutian santai anda.

Yang menjadikan hotel ini unik adalah terdapat ruangan game board yang
sesuai untuk seumur peringkat umur. Inilah masa dan tempat yang sesuai
untuk anda menguatkan lagi bonding antara ahli keluarga.

Ianya tidak berhenti di sini saja kerana di Hard Rock Hotel Desaru Coasts
anda berpeluang untuk mendapatkan barangan limited edition hard rock
yang dijual di ‘Rock Shop’. Jadi tunggu apa lagi, rebutlah peluang untuk
menambah koleksi hard rock anda sekarang!

 Alamat
Alamat: Jln Pantai 3, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

1. Adventure Waterpark Desaru Coast


Sumber: Adventure Waterpark Desaru Coast
Alang-alang dah berada di Desaru, apa kata anda bawa anak-anak dan isteri
singgah atau bermalam di Adventure Waterpark Desaru Coast. Meluangkan
masa dan bergembira di taman tema air yang serba lengkap dengan
berbagai jenis sukan air, kami pasti percutian anda di daerah Desaru
sepastinya makin meriah. Sudah tentu anak-anaklah manusia yang paling
bahagia apabila dapat ke sini nanti.

Adventure Waterpark Desaru Coast adalah sebuah lokasi percutian yang


menjadi tarikan terbaru di negeri Johor Darul Takzim. Dibangunkan di
Bandar Penawar, Kota Tinggi, ia merangkumi dan dilengkapi dengan resort,
taman tema air, padang golf serta tempat makan yang cukup eklusif. Wah,
memang wajiblah anda jejakkan kaki ke sini bila berada di Kota Tinggi nanti!
Pastinya anda sudah terbayang-bayang apa aktiviti yang bakal dilakukan
bersama keluarga di sini nanti, bukan?

Bagi yang belum pernah ke sini, bayaran masuk untuk orang dewasa adalah
RM121 manakala bagi kanak-kanak pula dicaj sebanyak RM90 saja. Mungkin
agak mahal tapi percayalah dengan pengalaman dan kenangan yang bakal
anda dan anak-anak alami nanti sememangnya berbaloi dengan bayaran
yang dikenakan. Untuk dapatkan harga diskaun yang istimewa pastikan anda
rajin untuk menyemak harga tiket secara online. Kebiasaan banyak promosi
ditawarkan terutamanya pada musim cuti sekolah.
Tidal Wave Beach, Kids Ahoy, Kraken’s Revenge, Reptide, Surf Wall, Wild
Whirl dan Swinging Ship antara permainan air yang menjanjikan 1001
keseronakan buat anda sekeluarga.

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Jom semak tiket masuk ke Adventure


Waterpark Desaru Coast sekarang dan rancang percutian anda sekeluarga ke
Desaru.

Nah, begitu banyak pilihan tempat yang menarik untuk dikunjungi di sekitar
Desaru rupanya. Sebuah daerah kecil tetapi padat dengan tempat yang
menarik untuk dikunjungi. Jadi, sudah terpujuk dengan pilihan tempat
menarik di Desaru yang kami paparkan?

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Desaru


Jika ya, rancanglah percutian anda sebaiknya. Pastikan percutian anda
sekeluarga atau bersama rakan-rakan di Desaru menjadi sebuah percutian
yang bakal di kenang sampai bila-bila.

Untuk memudahkan lagi percutian anda ke Desaru, pastikan anda


menyediakan travel itineraries selengkapnya beserta bajet mengikut
kemampuan anda. Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih kerana
setia membaca senarai tempat menarik di Desaru ini.

Anda mungkin juga menyukai