Anda di halaman 1dari 20

VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang Pada 2012

MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

IDENTITI SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SIR IBRAHIM

COGANKATA

USAHA UNTUK MAJU


LENCANA SEKOLAH
Lencana Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim mempunyai beberapa warna iaitu : Warna Putih Warna Merah Warna Biru Warna Kuning Warna Hitam Warna Coklat Bersih dan ikhlas Keberanian Perpaduan Kedaulatan Mencapai matlamat Subur dan megah

Ciri-ciri yang terdapat pada Lencana Sekolah : Obor Buku Keris Jengking 1956 Kejayaan Berilmu Batalion Ke 6 7 Briged Perasmian SK Sultan Sir Ibrahim

PENGERTIAN
Matlamat persekolahan dan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim adalah ke arah menghasilkan perkembangan dan kemajuan individu dalam pelbagai bidang merangkumi aspek-aspek "Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani" sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Berusaha gigih, berketrampilan dan tidak lupa berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Unsur atau elemen yang paling penting dan perlu untuk memenuhi dan merealisasikan hasrat dan aspirasi ini adalah dari usaha yang gigih lagi bersepadu dari semua pihak yang terlibat dengan pendidikan di sekolah ini, khususnya murid, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

OBJEKTIF SEKOLAH
1. Sentiasa berusaha untuk pentadbiran dan pengurusan yang baik. 2. Meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, disiplin dan sahsiah pelajar. 3. Menjadikan sekolah sebagai institusi yang dapat berperanan membina dan membentuk masyarakat yang harmonis, dinamik dan bersatupadu selaras dengan prinsip RUKUN NEGARA. 4. Memberi penekanan dalam perkembangan dan kemajuan dunia pendidikan masa kini di kalangan guru dan murid agar warga SKSSIK peka dengan perkembangan teknologi maklumat dan menjadikan IT sebagai budaya hidup kita.

MATLAMAT SEKOLAH
1. Kecemerlangan Budaya Kerja Melahirkan kecemerlangan budaya kerja yang positif, kreatif, inisiatif, inovatif, kemas, teliti, menepati masa, berkualiti dan professional. 2. Kecemerlangan Kurikulum Melahirkan kecemerlangan akademik dari segi kejayaan UPSR tanpa cacat 3M dengan keupayaam teknologi pendidikan. 3. Kecemerlangan Ko-Kurikulum Melahirkan kecemerlangan sehingga mencapai penglibatan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 4. Kecemerlangan Iklim Sekolah Melahirkan keceriaan dan keindahan bilik-bilik pembelajaran, pengurusan dan lain-lain serta melahirkan budaya penyayang di kalangan warga sekolah.

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim, Johor, dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : 1. 2. 3. 4. Memastikan setiap murid mendapat belajar yang sesuai, selesa dan selamat sepanjang masa. Memastikan setiap warga sekolah dapat menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Memberi layanan mesra, segera dan saksama kepada setiap pelanggan. Memastikan seluruh warga sekolah sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar, guru, ibu bapa, PPD, Jabatanarah Pendidikan Angkatan Tentera, masyarakat dan Negara. 5. Memastikan bahawa Pelanggan Kami Keutamaan Kami

JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM KBSR SK SULTAN SIR IBRAHIM
PENGERUSI PN.NORGAYAH BT OTHMAN TIMB. PENGERUSI PN.HJH JAMILAH ABD HAK
GPK I

GURU BESAR

NAIB PENGERUSI PN. NORAINI MISBAH


GPK HEM

EN. SHAMSUDDIN TAMSIR


GPK KO-KU

SETIAUSAHA PN. KHAZILAH KHALID PEN. SETIAUSAHA EN. HALMI B.AWANG AHLI J/KUASA BENDAHARI PN. FADZILAH HJ. MUDA

PANITIA MATA PELAJARAN PN. MAIZATUL AKMAM - BM PN. V.B. KALAVATHI - BI PN. AZURA ISHAK - M3 PN. AZIZAH ABD. JABAR - SN TN. HJ. ABD. AZIZ HAMIN - AG PN. KHAZILAH KHALID - KT EN. HASBULLAH AWANG - KH PN. ZULIANA MOHD KARIM - PJPK PN. NORAINI MISBAH - MZ PN V. SRI DEVI - PSV PN. MASITAH ASNAN - BA EN. HALMI AWANG - SIV

BAHAN BANTU MENGAJAR PN. V B KALAVATHI KOLEKSI SOALAN PN. RUGAYAH LONG OMAR PERKEMBANGAN STAF EN. HALMI AWANG GURU BIMBINGAN PN. ZULIANA MOHD KARIM

PROGRAM:
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM KBSR / KBSM Cintailah Alam Kita

PENGERTIAN:
Pendidikan Alam Sekitar ialah proses TENTANG alam sekitar UNTUK alam sekitar & MELALUI alam sekitar DEFINISI ALAM SEKITAR Alam sekitar bermaksud persekitaran tempat tinggal kita. Komponennya termasuklah bumi, manusia, haiwan, tumbuhan, udara, air dan tanah ( termasuk semulajadi ) Pemeliharaan Alam Sekitar Dari perspektif Islam :

Surah Ad-Dukhan (44) : 38-39 Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya untuk bermain-main. Dan tidaklah Kami menjadikan kedua-duanya melainkan dengan hak (kebenaran), tapi kebanyakan merka tidak mengetahui

Pemuliharaan Hidupan Liar Dari perspektif Islam :

Surah Al-Anam (6) : 38 Tiada satu pun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayapnya melainkan satu ummat seperti kamu jua Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh An-NasaI , Nabi bersabda; Tidak seorang pun yang membunuh burung pipit dan yang lebih kecil dari itu, tidak menurut haknya melainkan akan ditanya oleh Allah kelak di hari kiamat. Rasulullah ditanya, Apakah hak burung itu, ya Rasulullah?, Nabi menjawab, Iaitu ia sembelih kemudian dimakan, tidak diputuskan kepalanya kemudian dibuang begitu sahaja.

Pemuliharaan Hidupan Liar Dari perspektif Islam :


Terdapat 6 Surah di dalam Al-Quran yang dinamakan sempena nama binatang; - Surah Al-Baqarah (lembu betina) - Surah Al-Anam (binatang ternakan) - Surah An-Nahl (lebah) - Surah An-Naml (semut) - Surah Al-Ankabut (labah-labah) - Surah Al-Fiil (gajah)

Ihram ibadah haji dan umrah,


Dilarang sama sekali membunuh sebarang binatang atau mencabut tumbuhan

LATAR BELAKANG
Pendidikan Alam Sekitar diperkenalkan ekoran daripada beberapa persidangan antarabangsa :

Persidangan Stockholm, 1972 (EKOLOGI MANUSIA) Persidangan Belgrade, 1975 Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan di Tsibili, 1977 Persidangan Kemuncak Bumi di Rio De Jenerio, 1992 (AGENDA 21) Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel, 1989 (Deklarasi Langkawi)

MATLAMAT Pendidikan Alam Sekitar


Membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu alam sekitar

OBJEKTIF Pendidikan Alam Sekitar Membolehkan Pelajar:

Mengetahui Asas Tentang Alam Sekitar Dan Masalahnya. Lebih Peka & Prihatin Terhadap Alam Sekitar & Masalah Berkaitan Dengannya

Memperoleh Nilai, Memupuk Sikap Positif, Cintai Alam Sekitar & Bermotivasi Untuk Terlibat Secara Aktif Dalam Pemeliharaan & Pemuliharaan Alam Sekitar. Memahami Bahawa Pembangunan Negara Harus Diteruskan Dengan Menggunakan Sumber Semula Jadi Yang Ada Secara Terancang Menguasai Kemahiran Yang Diperlukan Bagi Mengenal Pasti Masalah Alam Sekitar & Penyelesaiannya Berpeluang Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Penyelesaian Masalah Alam Sekitar

STRATEGI PELAKSANAAN PPAS


1. Pengajaran & Pembelajaran 2. Penubuhan Stesen Pendidikan Alam Sekitar 3. Pusat Sumber Pendidikan Alam Sekitar 4. Penilaian PENDEKATAN SECARA MENYELURUH & MERENTASI KURIKULUM DALAM:

SEMUA SUBJEK MATA PELAJARAN. AKTIVITI P&P KBSR / KBSM AKTIVITI KOKURIKULUM AKTIVITI SEKOLAH / MAKTAB YANG LAIN

Kesan PPAS Yang Hendak Di Capai Ke Atas Pelajar Dan Masyarakat Kekuatan psikologi Kekuatan Fikiran Kekuatan Tindakan Membina jati diri rakyat Membentuk sebuah negara makmur, sejahtera dan berdaulat.

Apakah Isu-Isu Alam Sekitar ?


Pencemaran Darat Pencemaran air

Pencemaran udara Pencemaran laut Pencemaran bunyi Hakisan tanah Kepupusan spesis

STRATEGI P & P DI SARANKAN AKTIVITI BERPUSAT KEPADA PELAJAR SUPAYA LEBIH MENYERONOKKAN DAN MENARIK MINAT PELAJAR. AKTIVITI BOLEH DILAKUKAN DI DALAM ATAU DI LUAR KELAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 1.1 STRATEGI Pendekatan Rohani & Moral Pendekatan penerapan Pendekatan berpusatkan pelajar 1.2 PERKEMBANGAN ASPEK TINGKAH LAKU Pengetahuan & Kefahaman Konsep Nilai murni & Sikap Positif Kemahiran Berfikir Kemahiran Manipulatif & Penggunaan Deria Aplikasi KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Membuat kajian dan eksperimen Perbincangan kumpulan dan kelas Sumbang saran Demonstrasi Menonton, melihat dan mendengar Pemerhatian

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN Kerja Amali Menanam dan menjaga tumbuh-tumbuhan. Memelihara dan menjaga haiwan. Menghiaskan landskap sekolah. Menghasilkan kompos. Membersihkan kawasan sekolah Sumbangsaran Mengeluarkan idea-idea yang pelbagai dan baru.

Kajian dan Eksperimen Mengkaji tumbuhan-tumbuhan. Mengkaji haiwan. Mengkaji tanah. Membuat kajian pencemaran udara, air, bunyi dan tanah.

Perbincangan 1. Membincangkan maklumat, konsep, masalah dan isu yang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Semesta atau mengenai Alam Sekitar.

Demonstari Menonton TV, video dan slaid Melihat spesies, objek dan foto Cerita Membaca Kerja Projek Permainan Alam Sekitar Pertandingan Lawatan Aktiviti trek Kempen Alam Sekitar Kem Alam Sekitar

KONSEP PENERAPAN NILAI-NILAI ALAM SEKITAR:


SATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENCINTAI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR DI KALANGAN MURID / PELAJAR PENEKANAN KEPADA AMALAN & PENGHAYATAN FPK MENJADI ASAS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.

Nilai Murni Pendidikan Alam Sekitar 1. Prinsip Rendah Diri. Bumi bukanlah milik manusia sahaja; kita adalah sebahagian daripada bumi dan alam 2. Prinsip Bekerjasama. Peranan kita adalah untuk memahami, bekerja seiring jalan serta hidup berharmoni dengan alam dan bukan untuk menawan, menjajah serta mengeksploitasinya. 3. Prinsip Menghormati Alam / Bumi.

Semua spesies sama ada berguna atau tidak kepada manusia mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup.

4. Prinsip Kehidupan Seimbang. Kebahagian hidup yang diperoleh daripada kemajuan dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa mengabaikan atau memusnahkan kepentingan alam sekitar 5. Prinsip Mementingkan Kemapanan Ekosistem. Sesuatu tindakan adalah baik apabila dapat mengekalkan keutuhan ekologi, kesinambungan dan kepelbagaian sistem yang menyara kehidupan di bumi, untuk kita dan kehidupan lain. 6. Prinsip Mengekalkan Kehidupan Liar Dan Kepelbagaian Hidup. Tindakan mengekalkan hidupan liar dan kepelbagaian kehidupan melalui sistem ekologi semula jadi. 7. Prinsip Kerosakan Minima. Apabila kita terpaksa melakukan perubahan landskap kepada alam / bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang akan mengakibatkan kerosakan yang minima. 8. Prinsip Perubahan Berterusan. Sekiranya kita ingin atau terpaksa melakukan perubahan kepada alam dan bumi, kita mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan alam / bumi. Pastikan pemeliharaan dan pemuliharaan di jalankan. 9. Prinsip Ekonomi Bukanlah Segala-galanya. Anggapan bahawa manusia dan benda-benda hidup sebagai tidak mempunyai sebarang nilai selain daripada nilai ekonomi amatlah salah.Jangan terlalu tamak dalam mencari kekayaan. 10. Prinsip Mengiktiraf Hak Mereka Yang Belum Lahir Atau Hak Generasi Yang Akan Datang. Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun lebih baik lagi daripada apa yang kita temui pada mulanya.Sebenarnya kita meminjam alam ini kepada anak cucu kita. 11. Prinsip Tanggungjawab Setiap Individu. Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan kerosakan alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat orang lain, seumpama kita meracun orang yang mendiami tempat itu dan diri kita sendiri. 12. Prinsip Kesederhanaan. Tiada individu, badan korporat atau pun negara mempunyai hak yang tidak terbatas ke atas sumber-sumber alam / bumi yang terhad; Jangan biarkan keperluan bertukar menjadi mencari laba. 13. Prinsip Perlindungan Dan Pemulihan Ekosistem.

Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula yang telah rosak. Pastikan setiap perubahan lanskap di ikuti dengan pemeliharaan dan pemuliharaan.

14. Prinsip Etika Melebihi Hukum. Dalam melindungi dan memastikan keteruswujudan alam / bumi, lakukanlah lebih baik daripada apa yang dikehendaki oleh undang-undang. 15.Prinsip Mengalami Dan Menghayati Sendiri Adalah Paling Baik. Cintailah alam / bumi dengan merasa, mengalami dan menghayati sendiri udara, air, tanah, tumbuhan, haiwan dan lain-lain sumber alam.

PENUBUHAN STESEN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Kawasan sekolah Sesuai di bina Sesuai digunakan Menggunakan bahan

tempat paling sesuai untuk P&P unsur-unsur asas pendidikan alam sekitar.

didalam sekolah dan juga di luar sekolah (berhampiran dengan kawasan sekolah).

untuk semua matapelajaran.

terbuang atau membina menggunakan kos. Kawasan sekolah merupakan tempat paling sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran unsur Pendidikan Alam Sekitar yang asas seperti :

Stesen Mengkaji Tanah

Beberapa stesen pembelajaran boleh ditubuhkan untuk mengkaji profil tanah,jenis-jenis tanah dan benda-benda hidup di dalam tanah. Matapelajaran sains dan Kajian Tempatan boleh menggunakan stesen pembelajaran ini.

Stesen Mengkaji Hakisan Tanah

Terdiri daripada kawasan : a)Dalam sekolah@ b)Luar sekolah(pelajar boleh melihat dari kawasan sekolah) c)Model simulasi hakisan tanah. Matapelajaran Sains,Bahasa Malaysia, Inggeris(pantun@karangan)sesuai untuk stesen ini.

Stesen Mengkaji Pencemaran

Iaitu tempat membuang sampah, kolam, longkang & anak sungai yang kotor. Tempat yang mengeluarkan asap. Tempat yang sangat bising. Sesuai untuk matapelajaran sains,kajian tempatan,Pendidikan moral.

Stesen Mengkaji Tumbuhan

Untuk mengkaji berbagai jenis tumbuhan seperti pokok yang berbunga,jenis pokok yang memanjat,pokok renik,herba. Dapat menanam kepentingan pemeliharaan biodiversiti ( kepelbagaian spesis ).

Stesen Mengkaji Haiwan Bertujuan untuk

mengkaji berbagai jenis haiwan seperti semut,anaianai,serangga,burung. Dapat menanam semangat kepentingan konsep pemeliharaan biodiversiti.

Stesen Mengkaji Penggunaan Air

Tempat meter air dan tangki air boleh dijadikan stesen untuk mata pelajaran matematik,sains dan kemahiran hidup untuk mengkaji pengunaan air. Tempat perigi boleh digunakan untuk stesen pembelajaran. Kepala paip yang bocor boleh dimanipulasikan untuk mengira pembaziran air. Model hidroelektrik boleh digunakan sebagai stesen pembelajaran untuk menunjukkan kegunaan air.

Stesen Penggunaan Tenaga Elektrik Tempat meter Matematik,sains

elektrik boleh dijadikan stesen pembelajaran. dan kemahiran Hidup sesuai digunakan.

Stesen Mengkaji Interaksi antara haiwan dan Tumbuhan Haiwan dan tumbuhan yang terdapat di dalam kolam,serangga-serangga yang terdapat di pokok bunga raya,burung burung yang terdapat di sesuatu pokok. Stesen Mengkaji Penggunaan Bahan Api

Tempat dapur kantin sekolah yang menggunakan bahan api ( gas,kayu)boleh dijadikan stesen pembelajaran.

Stesen Mengkaji Penggunaan Tenaga Solar

Di stesen ini,ketuhar solar (solar stove ),alat pemanas solar ( solar battery)dan lain-lain boleh digunakan untuk menunjukkan kegunaan tenaga solar. Solar cooking diperkenalkan.

Stesen Mengkaji Penggunaan Tenaga Angin

Satu model Windmillboleh digunakan sebagai stesen pembelajaran untuk menunjukkan kegunaan tenaga angin.

Stesen Mengkaji Penggunaan Benda-benda Buangan /Sisa Beberapa stesen pembelajaran boleh ditubuhkan untuk mengkaji kegunaan bendabenda buangan . Diantaranya : a)Sisa-sisa tanaman dan makanan -untuk membuat kompos. b)Tayar terpakai -untuk membuat pasu,pagar,buaian. c)Kertas -untuk mengkitar semula d)Kotak dan kadbod -untuk membuat kraftangan dan ketuhar solar. e)Botol,tin dan kaca -untuk membuat kraftangan. f)Kayu dan papan(dari perabot yang rosak) -untuk buat kotak semaian, kraftangan, batas. g)Logam besi/aluminium(dari perabot rosak) -untuk membuat pagar,tanda,kraftangan.

Stesen Mengkaji Tanaman

Tanaman sayuran,taman bunga,taman herba,tanam tanaman rempah,tanam tanaman ubat,tanaman berbagai jenis tanaman pertanian.

Stesen Kaji Cuaca Stesen ini membolehkan pelajar belajar tentang suhu,hujan,kelembapan,tekanan udara dan angin di kawasan sekolah Stesen Permainan PPAS Contoh permainan yang sesuai ialah treasure hunt,Kim rantai makanan,siratan makanan,musang dengan ayam,akibat penebangan hutan dll.

Stesen Mengkaji Bumi dan Alam Semesta Model Bumi serta lapisan-lapisannya dan sistem solar boleh dijadikan stesen pembelajaran. Stesen Tiang Bendera Digunakan untuk matapelajaran Kajian Tempatan,Pendidikan moral dan matematik (menganggar tinggi tiang).

Stesen Tandas Tandas boleh dijadikan stesen pembelajaran untuk matapelajaran bahasa,kajian Tempatan,Pendidikan moral,pendidikan Islam dan kemahiran hidup bagi meningkatkan kesedaran dan amalan pelajar tentang kebersihan. Contoh Stesen Pendidikan Alam Sekitar Stesen 4 ( Laut dan Lautan ) Diskripsi 1. 2. Contoh Lembaran Kerja/Kad Kerja Nama : Arahan : Anda dikehendaki pergi ke Stesen 3. Aktiviti 1 Jawab soalan berikut berdasarkan bahan yang telah disediakan.

1. 2. 3.

Modul P & P

Tarikh:

Apakah bentuk petikan yang diberi? Mengapakah kita harus mengekalkan alam semula jadi?

Kawasan tadahan air di dalam petikan merujuk kepada kawasan Mengapakah kawasan hutan dan pantai penting untuk menambah sumber pendapatan negara?

Siapakah yang bertanggungjawab memelihara alam sekitar?

Aktiviti 2 Berdasarkan pemerhatian anda di Stesen 3, lengkapkan soalan di bawah. 6. Namakan jenis-jenis flora yang terdapat di Stesen 3.

i. .... ii. iii. ........................................ iv. v. 7. Namakan jenis-jenis fauna yang terdapat di Stesen 3. i. ii. iii. iv. v.

Apakah kesan pencemaran kepada flora dan fauna jika manusia tidak mengawalnya.

STESEN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SK SULTAN SIR IBRAHIM

STESEN PPAS 1 Book Worm Garden STESEN PPAS 2 Dataran Permata STESEN PPAS 3 Taman Faunalara STESEN PPAS 4 Perhentian Alam Flora STESEN PPAS 5 Cyber Site STESEN PPAS 6 Taman Herba

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pusat Sumber bagi menyimpan dan mempamerkan bahan yang boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Alam Sekitar

PENILAIAN Penilaian dijalankan secara formatif & sumatif serentak dengan penilaian pembelajaran dalam setiap mata pelajaran.

PENDEKATAN LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN


Membuat Rumusan Di Akhir P & P Contoh: Cerita (Peristiwa) Cerita Hutan Teater Lagenda Animasi Lagu Hijau Lagu Global Persembahan Multimedia

Puisi PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN & KESEDARAN ALAM SEKITAR (PERINGKAT SEKOLAH ) Ceramah Pameran Projek Riadah Alam Sekitar Kem Kesedaran Alam Sekitar Projek Wira Alam - Kelab Pencinta Alam Penyediaan Maklumat Perpustakaan Bahan-bahan Terbitan - Majalah Era Hijau, Impak, Laporan tahunan, Risalah, Poster Sambutan Minggu Alam Sekitar CERAMAH ALAM SEKITAR Ceramah alam sekitar ini diberikan secara percuma selama 1 - jam Sasaran pelajar adalah pelajar-pelajar sekolah menengah Tajuk-tajuk ceramah merangkumi : Definisi Punca Pencemaran Kesan Pencemaran Langkah-langkah Kawalan Tajuk-tajuk Ceramah adalah : PENCEMARAN AIR PENCEMARAN AIR PENCEMARAN AIR LAIN-LAIN PENCEMARAN : Pencemaran Udara Pencemaran Bunyi

Hujan Asid Jerebu Rumah Hijau

Renungan
Telah kelihatan kerosakkan di darat dan di lautan, Telah kelihatan kerosakkan di darat dan di lautan, disebabkan usaha tangan manusia, kerana tuhan hendak disebabkan usaha tangan manusia, kerana tuhan hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali perbuatan mereka, supaya mereka kembali ar-rum: 41 ar-rum: 41

Teachers are the architects of the future. when you teach one child, you touch future generations forever Guru adalah arkitek masa depan . Apabila anda mengajar seseorang kanak-kanak , anda telah menyentuh generasi masa depan dan seterusnya.

Your influence on their lives, whether or not you see results, Your influence on their lives, whether or not you see results, is immeasureable. your legacy of dedicated kindness and is immeasureable. your legacy of dedicated kindness and caring can transform lost and hopeless lives for years to caring can transform lost and hopeless lives for years to come. come.

Pengaruh anda ke atas hidup mereka, samada anda melihat Pengaruh anda ke atas hidup mereka, samada anda melihat hasilnya atau tidak, adalah tidak ternilai.Warisan didikan hasilnya atau tidak, adalah tidak ternilai.Warisan didikan kebaikan dan prihatin anda mampu mengubah hidup yang kebaikan dan prihatin anda mampu mengubah hidup yang sia-sia dan tidak berdaya saing. sia-sia dan tidak berdaya saing.

You can never overesitmate the power of your love. it is a fire, once lit, may burn forever.

Anda tidak boleh memperkecilkan kuasa kasih sayang anda. Ia ibarat api sekali menyala , ia akan membakar selamanya

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sajak Bumiku Yang Malang

Bumi yang kusayangi, Tandus dirimu dirobek insan rakus, Menebal rinduku, Pada keindahanmu yang ternoda, Kehijauan yang lenyap,Kesegaran yang lesap. Bumi yang kukasihi, Khazanah hartamu dirampas keras Kecacatan dirimu kekayaan mereka Kehancuran dirimu kemajuan Mereka Namun,kemuramanmu tak dihiraukan Meraka, Kemenangan meraka Kekecewaanku, Kemusnahan dirimu menyayat jiwaku. Bumi yang kucintai, Azam kupasakkan di sanubari, Tak mungkin dirimu kubiarkan merana, Kerana baktimu sangat bermakna, Selagi kudrat masih berbaki, Dirimu akan kudandani, Dengan hijaunya pepohon merimbun, Dengan serinya bebunga mewangi, Agar keindahanmu mekar kembali, Sampai akhir nanti.

Anda mungkin juga menyukai