Anda di halaman 1dari 44

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

MANUSIA
PENGURUSAN KURIKULUM
KPF 6044

PENSYARAH : DR. ROSMA BINTI OSMAN


DIBENTANGKAN OLEH :
PARIMALA A/P RAMALINGAM
M20161000164
KURIKULUM
“PROGRAM SAMBUTAN HARI
BUMI”
ISU
• Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu
perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh
menjejaskan ekosistem di muka bumi ini.
• Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan
negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat
untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita
alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh
membahayakan diri manusia.
• Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang
tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan
nama negara.
• Negara kita sebenarnya telah terhimpit antara meningkatkan
pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan
terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk
masyarakat.
• Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk
mengatasi pencemaran terhadap alam sekitar seperti
penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen
kesedaran, pameran yang berkaitan dengan alam
sekitar dan sebagainya.
• Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air
kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO)
dan masyarakat di negara ini.
• Oleh itu, pihak sekolah berinisiatif untuk melancarkan
satu program untuk memberi kesedaran kepada para
pelajar supaya alam sekitar yang semakin di cemari ini
dapat diselamatkan oleh mereka kelak melalui sikap
kesedaran yang wujud selepas menjalani program ini.
RASIONAL PROGRAM
• Rasional program pendidikan luar bilik darjah ini di
jalankan bagi memantapkan lagi motivasi dalam
kalangan peserta yang sedia ada dalam diri mereka
agar lebih menghargai alam sekitar.
• Oleh itu, program pendidikan ini di jalankan
sebagai aktiviti yang memberi input-input
berkenaan kesihatan tubah badan, semangat
berdaya saing, ketahanan mental yang tinggi,
kawalan emosi yang baik, kepekaan terhadap alam
sekitar dan nilai murni yang tinggi.
LATAR BELAKANG PROGRAM
SAMBUTAN HARI BUMI
• Program ini amat bermakna juga dilaksanakan kepada
semua golongan pelajar terutamanya kepada mereka
yang semakin meningkat ke alam remaja. Kebanyakkan
pelajar pada masa kini tidak menyedari akan
kepentingan alam sekitar kepada kehidupan diri dan
juga kepada masyarakat sekeliling. Para pelajar juga
masih tidak menyedari tanggungjawab dan peranan
mereka sebagai salah seorang pengguna dalam muka
bumi ini dalam menjaga alam sekitar.
• Berdasarkan kepada masalah di atas, saya berinisiatif
untuk merangka satu program atau kursus tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan melibatkan diri
secara proaktif dalam mengurus alam sekitar secara
bersama kepada semua pelajar tingkatan satu
• Program ini di tumpukan kepada 100 orang pelajar
Tingkatan 1 iaitu 1Yakin dan 1Unggul. Program ini lebih
sesuai untuk diadakan selepas peperiksaan akhir tahun
sebagai satu aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar.
Program ini akan dijalankan selama 2 hari dan
terbahagi kepada 4 slot.
• program ini bermatlamat untuk memberi kesedaran
dan mengajar cara menjaga alam sekitar kepada para
pelajar demi masa depan generasi akan datang serta
kepentingannya kepada mereka.
• sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar perlu
dipupuk dalam jiwa pelajar sejak dibangku sekolah lagi.
Para pelajar akan dibimbing dalam” Program Sambutan
Hari Bumi” mengenai kepentingan alam sekitar dan
kepentingan penjagaan alam sekitar sepanjang
program ini dijalankan.
PENGENALAN
• ” Program Sambutan Hari Bumi ” diperkenalkan dan
dijalankan di sekolah sebagai satu program untuk
menyedarkan para pelajar tentang kepentingan alam
sekitar kepada kehidupan di muka bumi ini.
• Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang
berbeza. Kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika
musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di
Hemisfera Selatan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
juga meraikan Hari Bumi yang dimulakan oelh John Mc
Connell pada tahun 1969, setiap tahun ketika ekuinoks,
iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord
Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari
1970 ia juga dikenali sebagai Hari Bumi yang diraikan
dikebanyakkan Negara setiap tahun pada 22 April.
ALIRAN FALSAFAH BAGI PROGRAM
SAMBUTAN HARI BUMI
• Bagi merangka rekabentuk “ Program Sambutan Hari Bumi “,
saya memilih aliran falsafah moden, iaitu aliran falsafah
Progresivisme yang dipelopori oleh alih-alih falsafah seperti
Charles Pierce, William James dan John Dewey dan aliran
falsafah Rekonstruktivisme yang dipelori oleh George S.
Counts (1899 - 1974) dan Harold O. Rugg (1886 - 1960).
• Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan
sebahagian kehidupan harian pelajar. Maka, sekolah bukan
sahaja tempat untuk memperoleh ilmu pengetahuan, tetapi
juga sesuatu tempat untuk pelajar bekerja dan hidup secara
bermasyarakat. Sehubungan ini, beliau menyarankan mata
pelajaran-matapelajaran tertentu diperkenalkan dan
dipelajari dengan kaedah praktik di persekitaran sekolah demi
memupuk kemahiran-kemahiran tertentu dalam kalangan
pelajar
• Dalam aliran Rekonstruktivisme pula, pelajar dilatih
untuk mengatasi masalah-masalah yang ada agar
masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh
masyarakat akan datang.
• Dalam aliran Rekonstruktivisme juga, pelajar
dibimbing serta dilatih untuk menyelesaikan
masalah agar mereka memperoleh kemahiran
dalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak.
• Peranan sekolah adalah sebagai agensi utama
dalam pembinaan semula masyarakat yang
menggerakkan perubahan sosial, ekonomi
mahupun politik yang sesuai dengan masyarakat
akan datang.
• Tujuan saya memilih kedua-dua aliran ini adalah kerana
aliran rekabentuk berpusatkan pelajar adalah untuk
memberikan pengalaman kepada pelajar supaya
mereka dapat melalui situasi sebenar dan belajar
berdikari dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
terutamanya apabila berdepan dengan situasi
pencemaran yang berlaku di sekelilingnya.
• Dalam kedua-dua aliran ini, guru berperanan sebagai
fasilitator atau pembimbing yang akan membantu
pelajar dalam aktiviti atau dalam mencari jalan
penyelesaian sesuatu masalah.
• Secara ringkasnya, dalam program ini pelajar akan lebih
bersikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
REKABENTUK PROGRAM SAMBUTAN
HARI BUMI
• Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum
itu di konsepsikan dan penyusunan komponen-
komponen utama kurikulum seperti isi kandungan
pelajaran, kaedah dan bahan pengajaran,
pengalaman dan aktiviti pelajar bagi menyediakan
arah dan panduan dalam membangunkan
kurikulum. (Ornstein & Hunkins, 2004).
• Setelah mengkaji dengan teliti model untuk
Program Sambutan Hari Bumi, saya telah memilih
Model Tyler (Model Kurikulum / Model Objektif)
yang diperkenalkan oleh Ralph Tyler (1949).
• Menurut Tyler, apabila membentuk kurikulum,
terdapat empat soalan asas iaitu,
Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh
sekolah?
Apakah pengalaman pendidikan yang boleh
diberikan yang mungkin dapat mencapai tujuan
tersebut?
Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh
disusun secara berkesan?
Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan
ini boleh dicapai atau sebaliknya?
• Di dalam bukunya, Basic Principles of Curriculum and
Instruction, Tyler memberi definisi kurikulum sebagai
pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan
oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan yang ditentukan.
• Program Sambutan Hari Bumi ini akan dijalankan
mengikut proses perkembangan kurikulum yang
dititikberatkan oleh Tyler (Model Kurikulum) yang
mengandungi perkara-perkara berikut, iaitu :
 Objektif yang harus dicapai.
 Kandungan yang berdasarkan objektifnya.
 Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum
berdasarkan objektifnya.
 Penilaian untuk mengukur keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
RAJAH 1: MODEL KURIKULUM RALPH W. TYLER
• Langkah-langkah seperti dibawah dijalankan untuk
memastikan program ini dijalankan secara teratur dan
dikendalikan secara professional berasaskan kepada
objektif Model Tyler:
 Menentukan matlamat atau objektif pendidikan yang
hendak dicapai
 Pembinaan kurikulum atau pemilihan pengalaman
pembelajaran
 Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran
perlu disusun secara sistematik
 Pengujian dan penilaian perlu dibuat untuk
menentukan pencapaian objektif
• Menurut Tyler, objektifnya hendaklah selaras dengan
keperluan pelajar, keperluan semasa masyarakat serta
negara.
OBJEKTIF PROGRAM SAMBUTAN HARI
BUMI
• Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap
tahun seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi
dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan
kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi
bumi dan alam sekitar.
• Penerapan pendidikan alam sekitar yang berkesan
mampu membentuk generasi yang mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan bijak
menguruskan alam sekitar secara yang lebih efisien.
• Human (1998) menyarankan agar latihan
keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan
kepada para pelajar semasa usia masih muda.
• Rohaty Mohd. Majzub (1998) menyatakan selain
daripada ibu bapa di rumah, guru di sekolah
merupakan orang dewasa paling rapat dengan
pelajar dan dapat menelurkan pandangan serta
pengalaman mereka kepada individu pelajar yang
ingin mengatasi sesuatu masalah sama ada masalah
pembelajaran atau masalah peribadi.
• Memandangkan kepentingan kursus, saya
menetapkan dua objektif iaitu objektif umum dan
objektif khusus berdasarkan Model Tyler. Kursus ini
uga mempunyai objektif sampingan.
Objektif Umum
• Objektif umum dalam rekabentuk Program
Sambutan Hari Bumi adalah untuk memberi
kesedran kepada pelajar tentang kepentingan alam
sekitar kepada kehidupan di muka bumi ini.
• Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan
kepada para pelajar tentang sikap menyayangi alam
sekitar iaitu kesedaran tentang perlunya
memelihara dan memulihara alam sekitar untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem serta sikap
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Objektif Khusus
• Pelajar dapat menzahirkan perasaan apabila menjaga alam sekitar.
• Pelajar dapat menyenaraikan cara dan kepentingan menjaga alam sekitar.
• Pelajar dapat kesan jika tidak menjaga alam sekitar.
• Pelajar menunjukkan penglibatan diri secara proaktif ketika mengurus alam
sekitar secara bersama.
• Pelajar mempunyai sikap jaya diri, iaitu berusaha mengembangkan potensi
yang ada dalam diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup.
Pelajar dapat mempertimbangkan kemahiran yang ada.
• Pelajar akan dapat meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas
perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang
pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan etika perniagaan.
• Pelajar dapat mempelajari ilmu keusahawanan serta teknik-teknik menarik
pelanggan.
• Pelajar dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam
kalangan mereka.
• Menanam sikap kreatif, inovatif, jujur, dan ikhlas, komitmen yang tinggi dan
sanggup bekerja kuat, bekerjasama, mahir berkomunikasi, berani
mengambil risiko, bijak membuat keputusan dan penilaian serta tabiat kerja
yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.
Objektif Sampingan
• Objektif sampingan program ini juga memberi
kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang potensi diri
anak-anak mereka.
• Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak mengurus
alam sekitar atau kawasan sekeliling rumah serta
mengurus kewangan sendiri dengan bijak sejak kecil
lagi.
• Secara keseluruhannya, Program Sambutan Hari Bumi
bermatlamat untuk mendidik para pelajar supaya
apabila meninggalkan alam persekolahan, mereka akan
mampu menjaga dan mengurus alam sekitar dengan
bertanggungjawab dan bijak agar pencemaran yang
berlaku sekarang dapat di bending di masa akan
datang.
KANDUNGAN PROGRAM SAMBUTAN
HARI BUMI
• Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun
dengan teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang
menyeluruh dan berkesan.
• Berdasarkan Model Tyler, kandungan pelajaran mestilah
disusun daripada mudah ke susah. Oleh itu, untuk Program
Sambutan Hari Bumi ini, saya menyusun kandungan kursus ini
daripada tajuk atau slot yang senang kepada susah.
• Program ini diadakan selama dua hari. Pada hari pertama,
pelajar akan mengikuti dua slot, iaitu Slot 1 mengadakan
lawatan ke Taman Botani Sekolah dan menulis refleksi dan
Slot 2 Isu Alam Sekitar. Manakala pada hari kedua juga,
pelajar akan mengikuti dua slot lagi iaitu, Slot 3 Mengumpul
Bahan Terbuang untuk di Kitar Semula dan Slot 4
Menghasilkan Cenderahati Daripada Sumber Alam Sekitar
dan Aktiviti Jual Beli. (Lihat Tentatif Program).
Slot 1 Lawatan ke Taman Botani sekolah
OBJEKTIF 1. para pelajar akan dipupuk mengenai kepentingan nilai “Sayangi Alam
Sekitar”
2. para pelajar juga akan didedahkan dengan kepentingan pemeliharan
dan pemuliharan terhadap alam sekitar dimana adalah penting untuk
mengelakkan kepupusan flora dan fauna.
KANDUNGAN 1. pelajar akan memberikan maksud nilai “Sayangi Alam Sekitar” dan
menyenaraikan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar
kepada kehidupan dimuka bumi ini.
2. Pelajar akan turut mempelajari cara menunjukkan rasa
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
KAEDAH 1. Mereka akan melawat Taman Botani Sekolah dan menyenaraikan
kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar kapada
kehidupan di muka bumi.
2. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan

PENILAIAN 1. Penilaian akan dibuat oleh guru dengan melihat pembentangan pelajar
bagi aktiviti kumpulan dan kerjasama diantara ahli kumpulan.
Slot 2 Isu Alam Sekitar
OBJEKTIF 1. Pelajar akan menyenaraikan mengenai isu-isu alam sekitar yang sedang
berlaku di muka bumi ini pada masa kini.
2. pelajar akan mengenali mengenai isu alam sekitar seperti pencemaran
udara, air dan juga bunyi dan kesannya kepada kehidupan dimuka bumi
ini.
3. Para pelajar akan menunjukkan sikap kesedaran tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dan akan bersikap lebih bertanggungjawab
terhadap alam sekitar di masa akan datang.
KANDUNGAN 1. Pelajar akan di dedahkan tentang defini “peka Terhadap Isu-Isu Alam
Sekitar”.
2. . Isi kandungan matapelajaran Bahasa Meleyu iaitu tema Alam Sekitar
dan Teknologi Hijau diterapkan dalam diri pelajar. Selain itu, isi
kandungan matapelajaran Sains, iaitu Bab 7 Udara unit 7.1 Komposisi
udara, 7.2 Pembakaran dan 7.3 Pencemaran Udara turut dimasukkan
dalam slot ini. Di samping itu, isi kandungan matapelajaran Geografi
iaitu tema Isu dan Pengurusan Alam Sekitar Bab 12 Sumber Air, unit
12.2 Punca Krisis Air di Malaysia, 12.3 Kesan Krisis Air di Malaysia,
12.4 Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Krisis Air. Dalam
matapelajaran Geografi juga isi kandungan Bab 13 Sisa Domestik turut
di dedahkan kepada para pelajar iaitu unit 13.3 Kesan- Kesan
Pembuangan Sisa Domestik dan 13.4 Langkah-Langkah
Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik.
KAEDAH 1. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan tentang isu-isu alam sekitar
seperti pencemaran udara, air dan bunyi. .
2. Pelajar juga akan perlu menyenaraikan kesan-kesan pencemaran
tersebut kepada kehidupan di muka bumi ini dalam bentuk peta i-Think
yang sesuai.
3. Kemudian mereka akan membuat pembentangan.
PENILAIAN 1. Penilaian akan dibuat oleh guru dengan melihat pembentangan pelajar
bagi aktiviti kumpulan yang mana kumpulan mengeluarkan idea dan
pendapat yang bernas mengenai isu alam sekitar dan kesan kepada
kehidupan di muka bumi ini.
• Slot 3 Mengumpul Bahan Terbuang untuk di Kitar Semula
OBJEKTIF 1. Pelajar perlu mengetahui mengenai Program 5R iaitu Reduce, Reuse,
Recycle, Rethink and Repair. Para pelajar perlu mengetahui maksud
setiap istilah.
2. Para pelajar juga perlu mengetahui tentang warna-warna tong kitar
semula dan bahan-bahan yang sesuai dibuang dalam setiap tong
tersebut serta mengetahui kepentingan kitar semula kepada kehidupan
dimuka bumi ini.
KANDUNGAN 1. Pelajar akan didedahkan tentang Program 5R iaitu Reduce, Reuse,
Recycle, Rethink and Repair.
2. Para pelajar didedahkan juga mengenai kepentingan Program 5R dan
Kitar Semula ini kepada kehidupan di muka bumi ini.

KAEDAH 1. Para pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti Gotong-Royong


Perdana.
2. Pelajar akan mencari dan mengumpul bahan-bahan terbuang yang
boleh dikitar semula dan mengkategorikan mengikut warna tong kitar
semula.
PENILAIAN 1. Penilaian akan dibuat oleh guru dengan melihat kepada bahan-bahan
buangan yang dikumpul oleh pelajar dan mengkategorikannya dengan
betul mengikut tong-tong kitar semula .
Slot 4 Menghasilkan Cenderahati Daripada Sumber
Alam Sekitar dan Aktiviti Jual Beli
OBJEKTIF 1. pelajar akan mempelajari cara menghasilkan cenderahati daripada
sumber alam sekitar.
2. Pelajar juga akan mempelajari cara merancang dan mengurus aktiviti
jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan, serta
mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan.
KANDUNGAN 1. Matapelajaran RBT iaitu Unit 2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk, iaitu
2.1.2 Menjana Idea Reka Bentuk akan diterapkan kepada pelajar.
2. Unit 2.1.6 Anggaran Kos Kaedah Unit dan Konsep SMART akan di
dedahkan. Unit 2.1 iaitu Mengenal pasti Perbezaan Pengiraan
Anggaran Kos Secara Kaedah Unit dan Konsep SMART serta Unit 3.1
Menunjukcara Pengiraan Kos Menggunakan Kaedah Unit..
KAEDAH 1. Kaedah kemahiran akan diajar kepada pelajar.
2. Guru akan menjadi fasilitator di mana guru akan membimbing pelajar
untuk menghasilkan barang seperti tabung dan perhiasaan rumah
dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dikumpul sewaktu
Gotong-Royong Perdana.
3. Pelajar akan melakukan aktiviti jual beli.
PENILAIAN 1. Guru akan membuat pemantauan terhadap kemahiran pelajar untuk
membuat penilaian.
2. Setiap kumpulan juga dinilai melalui jualan yang paling banyak dan cara
melayan pelanggan.
KERANGKA KONSEPTUAL PROGRAM
SAMBUTAN HARI BUMI
• Kerangka konseptual sangat penting dalam reka bentuk
kurikulum. Kerangka konseptual rekabentuk kurikulum
terbahagi kepada dua organisasi, iaitu:
 organisasi menegak
 organisasi mendatar
• Menurut Ornstein & Hunkins (2004), beberapa pekara
yang perlu dipertimbangkan dalam dimensi reka
bentuk kurikulum iaitu, Urutan, Kesinambungan, Skop,
Kesepaduan dan Keseimbangan. Organisasi menengak
terdiri daripada unsure Urutan dan Kesinambungan.
Manakala organisasi mendatar pula terdiri daripada
Skop, Kesepaduan dan Keseimbangan.
Urutan
• Menyusun isi kandungan sesuatu matapelajaran
yang mana perlu diajar dahulu dan kemudian
• Urutan kursus direkabentuk dari senang kepada
susah
• slot 1 Lawatan ke Taman Botani
• slot 2 Isu Alam Sekitar
• slot 3 Mengumpul Bahan Terbuang untuk di Kitar
Semula
• slot 4 Menghasilkan Cenderahati Daripada Sumber
Alam Sekitar dan Aktiviti Jual Beli.
Kesinambungan

• Kemahiran meningkat dari satu tahap ke tahap


• Kemahiran sentiasa diulang-ulang.
• Slot 1 mempunyai kesinambungan dengan Slot 2
• Slot 3 mempunyai kesinambungan dengan Slot 4
Skop
• meliputi domain kognitif, afektif &psikomotor dari
pelbagai cabang mata pelajaran

• Aspek Kognitif - Program Sambutan Hari Bumi, pelajar-


pelajar perlu memahami atau mengetahui definisi atau
maksud sesuatu teori, konsep atau prinsip

• Ciri-ciri kemahiran berfikir – Program Sambutan Hari


Bumi
 kreativiti pelajar dalam menghasilkan cenderahati
daripada sumber alam sekitar dengan cantik dan kemas
 cara menghias gerai untuk menarik perhatian para
pelanggan
 perbincangan dalam kumpulan
• Aspek Afektif
 Nilai seperti menghargai alam sekitar, sayangi
alam sekitar, kerjasama, kesabaran, kerajinan,
penglibatan secara proaktif dalam aktiviti
kumpulan
 Keyakinan dan motivasi diri
 Mahir berkomunikasi dapat diterapkan kepada
pelajar melalui program ini.
• Aspek Psikomotor
1) pelajar belajar cara, teknik, atau kemahiran untuk
menghasilkan cenderahati iaitu bahan baru yang
dihasilkan daripada sumber alam sekitar dengan
bimbingan guru.
mengumpul bahan buangan yang diperlukan,
menyusun dan mencipta cenderahati daripada bahan
buangan
2) Kreativiti & pengalaman pelajar - menghasilkan
cenderahati iaitu bahan baru- berani mencuba
menghasilkan– kreatif dalam masa yang singkat.
Kesepaduan
• Perkaitan antara pelbagai jenis pengetahuan &
pengalaman yang terkandung dalam pelbagai mata
pelajaran.
• matapelajaran Pendidikan Moral
• Bahasa Melayu-Tema Alam Sekitar dan Teknologi
Hijau
• Sains-7.2 Pembakaran dan 7.3 Pencemaran Udara
• Geografi-Tema Isu dan Pengurusan Alam Sekitar
• RBT
Keseimbangan
• Kandungan dalam sesuatu matapelajaran perlu seimbang atau
sama banyak dalam setiap matapelajaran supaya tidak
membebankan murid.
• Dalam kursus ini pelajar,
 pelajar akan mengadakan lawatan ke Taman Botani sekolah
 berbincang dalam kumpulan
 membuat pembentangan, menghasilkan cenderahati
daripada bahan buangan
 melakukan aktiviti jual beli
• Kepelbagaian aktiviti yang seimbang –
menarik minat pelajar,
membolehkan mereka tidak berasa bosan
melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti
mencungkil bakat mereka.
REFLEKSI PROGRAM SAMBUTAN HARI
BUMI
• Refleksi akan dibuat oleh guru dan pelajar pada
akhir program ini untuk menilai keberkesanan dan
pencapaian objektif Program Sambutan Hari Bumi.
• Pendapat guru dan pelajar akan di dengar dan
diambil kira supaya dapat membuat
penambahbaikan program ini pada masa akan
datang.
• Selain itu, dapat merangka semula satu kerangka
konseptual yang berkualiti supaya matlamat
program ini dapat dicapai demi kepentingan dan
masa depan pelajar.
KESIMPULAN
• Secara keseluruhannya, saya memilih aliran falsafah
Progresivisme yang berpusatkan pelajar dan aliran falsafah
Rekonstruktivisme yang menekankan penyelesaian masalah
dalam merangka reka bentuk Program Sambutan Hari Bumi.
• Model Tyler yang merangkumi objektif, kandungan, kaedah
dan penilaian digunakan dalam membentuk program ini.
• Kerangka konseptual program dibina berdasarkan urutan,
kesinambungan, skop, kesepaduan dan keseimbangan.
• Domain kognitif,afektif dan psikomotor juga dititikbertkan
dalam setiap slot yang diadakan.
• Refleksi dijalankan pada akhir program untuk menilai
keberkesanan dan pencapaian objektif Program Sambutan
Hari Bumi.
TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN HARI BUMI
Hari Pertama
8.30 pagi – 9.00 pagi - Pendaftaran pelajar

9.00 pagi – 9.30 pagi - Sarapan pagi

9.30 pagi – 10.30 pagi - Icebreaking dan Pembahagian kumpulan

10.30 pagi – 12.00 tengah hari - Slot 1 : Lawatan ke Taman botani Sekolah

12.00 tengah hari -12.30 tengah hari - Makan Tengah hari

12.30 tengah hari – 2.00 petang - Slot 2 : Isu Alam Sekitar (perbincangan kumpulan dan
refleksi)

2.00 petang - Bersurai

Hari Kedua
8.30 pagi – 9.00 pagi - Sarapan pagi
9.00 pagi – 10.30 pagi - Slot 3: Mengumpul Bahan Buangan untuk dikitar
semula (Aktiviti Gotong-Royang Perdana)
10.30 pagi – 11.00 pagi - Rehat
11.00 pagi – 1.00 tengah hari - Slot 4 : Menghasilkan Cenderahati daripada Sumber
Alam Sekitar
1.00 tengah hari -1.30 tengah hari - Makan Tengah hari
1.30 tengah hari – 3.00 petang - Slot 4 : Aktiviti Jual Beli
3.00 petang – 3.30 petang - Refleksi Program
3.30 petang-4.00 petang -Penyampaian Sijil
4.00petang - Minum petang dan bersurai
RUJUKAN
• Sukatan Pelajaran RBT

• Sukatan Pelajaran Sains

• Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

• Sukatan Pelajaran Geografi

• Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral



• Rancangan Tahunan Matapelajaran RBT

• Rancangan Tahunan Matapelajaran Sains

• Rancangan Tahunan Matapelajaran Bahasa Melayu

• Rancangan Tahunan Matapelajaran Geografi

• Rancangan Tahunan Matapelajaran Pendidikan Moral

• http://psasir.upm.edu.my/3585/1/Tahap_Keprihatina
n_Alam_Sekitar_dan_Amalan_Kepenggunaan_Hijaup
df
• http://journalarticle.ukm.my/4506/1/2-
Tan_Pei_San_et_al.pdf

Anda mungkin juga menyukai