Anda di halaman 1dari 5

Falsafah Pendidikan Barat Rekontruksionisme

Dalam konteks dunia dan pendidikan Falsafah Rekontuksionisme secara menyeluruh


amat bertentangan dengan golongan konservatif yang berpegang kepada prinsip kehidupan
tradisional. Ahli Rekontruktivis berpendapat moral dan akhlak manusia mengalami keruntuhan
dan ia perlu dibina semula untuk menuju ke arah kehidupan yang harmoni, sejahtera dan seimbang.
Sesebuah pendidikan harus menguntungkan atau memberi kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu,
sistem pendidikan yang baik dan mesra sosial harus dibina untuk memajukan peradaban manusia.
Ahli falsafah ini percaya bahawa sistem pendidikan yang mesra sosial berupaya memupuk nilai
moral yang tinggi dalam kalangan pelajar. Menerusi ini isu sosial diberi keutamaan dalam
pendidikan. Ia bertepatan dengan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara kita iaitu
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan adalah alat utama untuk menjana pembaharuan sosial. Bagi menjamin
keberlangsungan hidup manusia serta membentuk peradaban manusia yang baru pendidikan harus
dirancang dengan baik supaya ilmu pengetahuan yang ditawarkan selari dengan kemajuan
teknologi untuk menjamin tujuan yang ingin dicapai. Dalam konteks Malaysia, pendidikan
merupakan alat perpaduan yang menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan bangsa seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh dan sebagainya. Oleh itu, sistem
pendidikan di Malaysia harus mengutamakan elemen perpaduan dalam pendidikan. Impak
daripada Laporan Razak 1955, sistem sekolah di negara kita dibahagikan kepada dua jenis iaitu
sekolah umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah jenis
umum yang menggunakan Bahasa Ibunda sebagai bahasa penghantar dalam sekolahnya walaupun
kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama. Ia harus dikaji semula bagi tujuan mengenalpasti
peranan pendidikan sebagai alat perpaduan masyarakat.

Menurut Falsafah Rekonstruksionisme pendidikan memainkan peranan penting dalam


memelihara kepekaan akan adanya diskriminasi dalam perwarisan budaya, pembaharuan sosial
yang adil, mengembangkan mentaliti yang terancang agar manusia mampu menilai budaya
masyarakat serta menilai perangcangan budaya yang telah dilaksanakan dalam berbagai program
untuk mewujudkan reformasi sosial ( Gutek, 1974). Ia selari dengan tujuan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang melahirkan manusia yang boleh memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam konteks guru, pelajar dan kurikulum pula ahli falsahah Rekonstruksionism
menerangkan secara jelas tentang tanggungjawab sosial mereka. Melalui pendidikan pelajar harus
mempunyai kekuatan dan kesedaran tentang penyelesaian kepada masalah-masalah sosial yang
boleh menghancurkan budaya masyarakat dan negara. Budaya dominan dalam masyarakat yang
menjadi kebiasaan tetapi tidak memberikan impak yang positif untuk memajukan peradaban
manusia harus disingkirkan. Nilai-nilai dan moral yang digunakan dalam zaman prailmiah dan
prateknologi harus dikaji kepentingannya. Falsafah ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mengidentifikasikan maslah, kaedah penyelesaian, serta mencari matlamat yang jelas. Impaknya
ia mampu melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam usaha mengatasi
cabaran hidup. McNeil berpendapat bahawa pengalaman pelajar harus mempunyai kriteria realiti,
tindakan serta memupuk nilai-nilai murni. Ia diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara kita.
Contohnya, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib. Ia memberi
pengetahuan, pengalaman serta penghayatan kepada pelajar terhadap politik, ekonomi dan sosial
negara. Penerapan unsur Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan
memberi laluan kepada pelajar untuk berfikir dengan bersifat empati iaitu meletakan diri dalam
keadaan sebenar serta berupaya mencari penyelesaian kepadanya. Pendidikan sejarah yang diajar
disekolah juga melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap keharmonian
masyarakat dan Negara seperti yang disasarkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Pandangan Rekonstruksionisme dalam pendidikan dan kurikulum ialah ia berupaya


untuk shaping the Future dan bukan setakat adjusting, mending or reconstructing the existing
conditions of the life of community seperti yang dikemukakan oleh McNeil (1977). Berdasarkan
pandangan beliau falsafah rekontruksionisme mempunyai kekuatan untuk membentuk masa depan
negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekolah sebagai agen perubahan sosial ia
bertanggungjawab untuk mengenalpasti masalah-masalah sosial yang beleh menjejaskan
pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya. Di sini sekolah memainkan peranan
penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan nilai-nilai
kemasyarakatan dalam sesuatu komuniti untuk menjamin sebuah negara yang harmoni dan
sejahtera. Prinsip pendidikan ini sangat berguna kepada negara Malaysia yang menjadikan
pendidikan sebagai alat perpaduan dari tahun 1950-an. Penerapan unsur kurikulum
rekonstruksionisme dalam pendidikan mampu melahiran rakyat Malaysia yang bermoral tinggi
dan berjiwa patriotik. Remaja adalah tunjang sesebuah Negara iaitu mereka yang menentukan
masa depan sesebuah negara. Apabila mereka didedahkan dengan ilmu sains sosial terutamanya
tentang isu-isu tempatan dan antarabangsa dari alam persekolahan maka dapat melahirkan
pemimpin-pemimpin negara yang lebih arif dalam mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran
negara.

Dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pula, Falsafah


Rekonstruksionisme mempunyai hubungkait yang eksplisit dan implisit dengan FPK. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan Negara ialah satu usaha secara berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahiran insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Elemen FPK Hubungkait antara Falsafah


Rekonstruksionisme
Perkembangan potensi individu Bakat, potensi, dan kebolehan akan terjelma
melalui interaksi sosial dengan orang lain dan
alam sekeliling. Falsafah rekonstruksionisme
juga menggalakkan pelajar berinteraksi,
berkongsi pengalaman, memberi hujah atau
pendapat antara pelajar lain dalam usaha
menyelesaikan isu-isu yang timbul.
Insan yang seimbang dan harmonis FPK menekankan individu memiliki
ilmu(intelek), Sahsiah yang baik(emosi),
percaya kepada tuhan serta mempunyai
akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri
yang baik. Individu yang memiliki keempat-
empat elemen tersebut akan memiliki daya
ketahanan untuk menghadapi cabaran hidup
serta sanggup berhadapan dengan apa jua
masalah yang timbul. Sebenarnya Falsafah
Rekonstruksionisme melahirkan masyarakat
moden yang mempunyai daya tahan yang
tinggi untuk menghadapi segala cabaran
hidup manusia dari peringkat sekolah lagi.
Unsur intelek Menurut FPK ia berusaha untuk memperolehi
ilmu yang benar; berkemahiran untuk berfikir
secara kreatif , kritis dan reflektif serta
berkongsi ilmu dengan orang lain dan
persekitaran. Ciri-ciri ini amat berkait rapat
dengan Falsafah Rekontruksionisme.
Unsur emosi Menurut FPK, pendidikan harus menjana
emosi pelajar yang matang dan stabil;
memupuk sifat kekitaan dan perpaduan.
Falasafah Rekonstruksionisme berupaya
mengubahkan kedudukan sosial sesebuah
masyarakat mengikut perkembangan masa. Di
Malaysia konteks ini amat penting untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan
berjiwa bangsa Malaysia.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan FPK melahirkan rakyat yang mempunyai
fikiran yang luas dan terbuka. Ia dicapai
melalui penerapan falsafah
Rekonstruksionisme.
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia FPK berpegang kepada nilai-nilai murni dan
moral sebagai prinsip hidup. Falsafah
Rekontruksionisme juga memupuk nilai-nilai
moral dan budaya masyarakat yang tinggi. Ia
tidak seperti penekanan nilai moral dalam
falsafah Essentialisme yang autoriti malah
dalam falsafah Rekonstruksionisme ia lebih
bersifat demokratik.

Kesimpulan

Ahli falsafah John Dewey berpendapat bahawa model teori pendidikan yang dibangunkan
harus berdasarkan kepada sesebuah falsafah pendidikan untuk menguatkan proses pendidikan
tersebut. Contohnya, untuk melahirkan sistem pendidikan yang membangunkan intelligent
reflective thinking ialah falsafah Progressivisme; untuk melahirkan sistem pendidikan yang
membentuk keperibadian pengalaman budaya ialah falsafah Essensialisme,; menentukan tujuan
pendidikan berdasarkan amalan nilai ialah falsafah Perrenialisme; manakala sistem pendidikan
yang berasaskan Falsafah Rekonstuksionisme menggabungkan ketiga-tiga tujuan pendidikan di
atas dalam satu sistem pendidikan yang berupaya memberi kepentingan kepada pelajar dan proses
pendidikan itu sendiri

Pada dasarnya, falsafah pendidikan Progresivisme , Essensialisme dan Perrenialisme yang


menghasilkan Falsafah Pendidikan Rekonstruksionisme atau A Restructed Philosophy of
Education yang menjadi landasan untuk membangunkan paradigma pendidikan negara. Falsafah
Rekonstruksionisme menerima kepentingan-kepentingan falsafah yang sebelumnya,
membincangkan pembentukan kebudayaan masyarakat atau nasional sebagai tunjang pendidikan,
menjadi idea utama dalam pembangunan pendidikan serta menjadi nilai falsafah. Brameld (
1965), berpendapat bahawa Falsafah Rekonstruksionisme merupakan falsafah yang menjadi
innovator atau falsafah yang membangunkan masa depan pendidikan melalui keunggulan falsafah-
falsafah pendidikan Barat yang sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai