Anda di halaman 1dari 13

Karangan Contoh SPM - Rumah Terbuka

Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks Tingkatan 5 m/s 1)


Soalan Contoh
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.
Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.
Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri
Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.
Karangan Contoh
Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan
rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu
diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka,
mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan
kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan
mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata
pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".
Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra
dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra
dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak
langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak
kenal maka tak cinta".
Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersamasama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orangorang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya
dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan

mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah
untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap
tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan
aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat.
Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan
pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar
tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.
Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri
dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada
orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil
makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.
Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah,
tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah
tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat
makanan langsung.
Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua
pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan
dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti
amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila
menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan
menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat
dicapai.
Oleh; Cikgu Mohd Khir Kassim
Contoh Amalan Nilai Kerajinan:
1.
Pembinaan monumen bersejarah seperti Piramid, Menara Condong Pisa, Taj Mahal dan
Tembok Besar Cina.
2.

Kebangkitan semula Jepun selepas pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.

Kepentingan Nilai Kerajinan


1.
Tidak mudah berputus asa
2.

Berfikiran kreatif dan berinovasi

3.

Sentiasa positif dan optimis dalam hidup dan kerjaya

4.

Memanfaatkan masa secara optima - tidak membazirkan masa.

Contoh Kerajinan Di Kalangan Pelajar:


1.
Kehadiran penuh ke sekolah

2.

Hadir dalam semua aktiviti sekolah seperti aktiviti kokurikulum

3.

Rajin membuat ulangkaji dan belajar secara berkumpulan

4.
Menyiapkan segala kerja sekolah yang diberikan guru
KERAJINAN
MENGAMALKAN SIKAP RAJIN
1. Sikap rajin akan memberikan kebaikan kepada diri, keluarga, dan sekolah.
2. Murid yang rajin atau ringan tulang akan disayangi keluarga, rakan-rakan, dan guru.
3. Murid yang rajin belajar akan berjaya.
4. Murid yang rajin akan membuat sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh.
5. Mereka yang rajin tidak berputus asa.
Mengamalkan Sikap Rajin di Rumah

a) Membantu ibu bapa dan anggota keluarga membuat kerja-kerja rumah.


Contohnya:
mengemas dan membersihkan rumah
menjaga adik
menolong ibu menyidai pakaian dan sebagainya
b) Mengulang kaji pelajaran
Contohnya:
selalu membaca buku
menyiapkan semua kerja sekolah
Mengamalkan Sikap Rajin di Sekolah

a) Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.


Contohnya:
mendengar dengan tekun ketika guru sedang mengajar.
mengisi masa terluang dengan mengulangkaji pelajaran.

selalu bertanyakan guru dan rakan


b) Senantiasa bersedia membantu rakan-rakan dan guru
membantu guru mengangkat buku

membantu guru menceriakan kelas


5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
1. Sikap yang patut ditunjukkan oleh ahli masyarakat terhadap golongan orang kurang berupaya.

Memberi layanan yang sama rata


Membantu mendapatkan pekerjaan

2. Peluang-peluang yang diberi oleh kerajaan kepada golongan OKU.

Peluang mengikuti kursus kemahiran


Peluang untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam
Peluang untuk menyertai acara sukan diperingkat
antarabangsa ( Paralimpik )

3. Cara-cara untuk mengiktiraf golongan ini

Menyediakan kemudahan asas yang sesuai


Memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha/
pencapaian mereka dalam semua bidang

4. Tokoh OKU

J.M Aziz ( Penyair tanah air)


Ismail Mohd.Salleh ( ahli akademik )
Hellen Keller ( aktivis kurang upaya )
Ahmad Amil Usin ( atlet paralimpik )
Mohd.Hisham Khairani ( atlet paralimpik )
V.Jayan Subramaniam ( atlet paralimpik )
Ibrahim Majid ( atlet paralimpik )
Lee Sheng Chow ( atlet paralimpik )

5.2 MENGHORMATI HAK WANITA


1.

Sumbangan wanita dalam pembangunan negara


i. Berjuang dalam bidang politik
ii. Memajukan negara dalam bidang ekonomi
iii. Memperkenalkan seni budaya warisan bangsa

2.

Cara pengiktirafan jasa wanita


Menganugerahkan pingat
Mengisytiharkan Tokoh Wanita
Mengabadikan nama pada bangunan sekolah/ jalan

3.

Matlamat Dasar Wanita Negara

Mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki


Memberi kebebasan kepada wanita menembusi sektor
ekonomi , sosial, politik dan budaya

Memberi peluang untuk mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara

4. Objektif Dasar Wanita Negara

menjamin perkongsian pemilikan sumber dan maklumat yang


saksama antara lelaki dan wanita

mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pembangunan negara


selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka.

5. Kebaikan Dasar Wanita Negara kepada wanita


a)dari aspek pekerjaan: memberi lebih banyak peluang mendapat:

pekerjaan
kenaikan pangkat
peningkatan kerjaya melalui latihan-latihan
membuat keputusan penting
perlindungan dari aspek keselamatan di tempat kerja
mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pelancongan negara
selaras dengan kemampuan & keperluan mereka.

b) dari aspek peluang pendidikan

6.

peluang pendidikan seumur hidup


peluang mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara
berterusan/peluang latihan vokasional
Contoh-contoh tokoh dan sumbangan wanita di Malaysia

Elizabeth Vaz ( Bidang Sosial-Kebajikan Wanita )


Datuk Dr.Mazlan Othman (Ketua Hal Ehwal Angkasa Lepas, PBB )
Tan Sri Aishah Ghani ( Menentang Penjajahan British )
Datuk Maznah Hamid(Usahawan berjaya)
Profesor Datuk Siti Zuraina Abd.Majid(Detektif Arkeologi Malaysia)
Datuk Siti Norma Yaacob( Hakim Mahkamah Persekutuan)
Datuk Nicole David ( sukan-Squash)
viii Datuk Siti Norhaliza ( seni suara)

1.12 KESEDERHANAAN
1. Sebab-sebab pembangunan fizikal perlu diseimbangkan dengan pembangunan

insan.

Melahirkan rakyat yang berilmu dan bermoral


Kehidupan rakyat lebih aman dan harmoni
Keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan
1. Ramalkan kesan sekiranya sistem pendidikan sesebuah negara memisahkan ilmu daripada
agama, moral, budaya dan nilai kemanusiaan.
Pelajar yang tinggi pencapaian akademik tetapi tidak mengamalkan nilai nilai murni.
Kebajikan golongan kurang berupaya terabai
Institusi keluarga akan runtuh
2. Bukti-bukti kerajaan menitikberatkan pembangunan insan.
Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendidikan Islam.
Kempen Penyayang dan Sekolahku Syurgaku
Mewujudkan sekolah pendidikan khas.
4.Tingkah laku kesederhanaan :

a. pertuturan
- bercakap sopan
- tidak menyinggung perasaan orang lain

b. perbelanjaan
- tidak boros
- berbelanja mengikut kemampuan

6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA


1. Contoh Badan Sukarela yang banyak member! sumbangan kepada pembangunan negara.

Kelab Rotary
Persatuan Bulan Sabit Merah

Pasukan Bomba Sukarela


Sahabat Alam Malaysia ( SAM)

2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh badan sukarela berikut dalam usaha membangunkan
negara.
i.

Persatuan Bulan Sabit Merah

Kempen derma darah


ii. Kelab Lions

Projek pembiayaan pembinaan perhentian bas


3. Kepentingan penglibatan badan sukarela dalam usaha membangunkan negara.

Menyediakan kemudahan awam


Meningkatkan taraf hidup rakyat
Memastikan pembangunan yang seimbang
4. Nama pertubuhan sukarela yang terdapat di Malaysia:

RELA
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
Persatuan Anti Dadah Malaysia (PEMADAM)
Persatuan St. John Ambulans Malaysia

5. Faedah melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan sosial

Memupuk kerjasama dan perpaduan sesama anggota sukarela dan masyarakat


setempat.
Dapat berkhidmat untuk masyarakat dan negara
Membangkit sikap prihatin dalam diri pelajar tentang kepentingan membentuk
masyarakat penyayang
6. Cara anda menghulurkan bantuan kepada mangsa perang.
Sumbangan derma wang, pakaian, makanan
Membantu untuk mengutip derma
Menyebarkan maklumat mangsa perang kepada masyarakat

7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA


1. Contoh-contoh negara yang telah menjalin hubungan baik dengan Malaysia

China
Rusia
Iran

2. Cara negara kita menjalin hubungan baik dengan negara lain

Mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang


Menempatkan pegawai diplomat di sesebuah negara
Lawatan secara rasmi dan tidak rasmi oleh pemimpin negara ke negara lain

3. Kepentingan menjalin hubungan baik dan mengamalkan sikap hormat-menghormati antara


negara

Meningkatkan hasil eksport negara


Memajukan industri pelancongan
Mudah mendapat bantuan sekiranya negara ditimpa
sesuatu musibah

4. Sikap yang perlu ada pada pemimpin negara dalam usaha mengekalkan hubungan baik antara
negara
Saling menghormati dan berhemah tinggi dengan pemimpin negara lain.
Mematuhi undang undang antarabangsa
Menghormati dasar luar
5. Lima negara anggota ASEAN:

Malaysia
Indonesia
Thailand
Singapura
Filipina
Myanmar

6. Ciri-ciri pemimpin :

Fahami pendirian pemimpin setiap negara


Mengambil kira sensitiviti pemimpin dan rakyat negara lain

7. Kesan tidak wujud perasaan saling menghormati antara negara:

Berlaku pertelingkahan
Menjejaskan keamanan

8. Cara negara anggota ASEAN pelihara hubungan antara negara:

Utamakan kepentingan serantau dalam membuat keputusan


Selesaikan sebarang pertelingkahan secara diplomasi
Adakan kerjasama politik,ekonomi dan sosial
Adakan program pertukaran pelajar
Lawatan diplomatik antara negara anggota

9. Bidang kerjasama Malaysia dengan negara luar:

ekonomi, politik, pendidikan, sosial, perubatan dll

a) Contoh kerjasama :

mengadakan program pertukaran pelajar antara negara


menerima tawaran pendidikan di institusi pengajian tinggi di Rusia dalam fakulti
perubatan, bahasa Inggeris dan bahasa Rusia
menaja pelajar dalam bidang automatif ke negara jerman
menaja pelajar asing yang menuntut di institusi pengajian tempatan
10. Kebaikan/ kepentingan kerjasama dengan negara luar :

Menjaga keselamatan bersama


Mengeratkan hubungan antara negara
Dapat menguasai pelbagai bahasa dan budaya asing
Meningkatkan ekonomi negara serantau
Mempelajadi teknologi moden dari negara luar
Pemindahan teknologi
Berkongsi ilmu dan teknologi
Saling membantu apabila ditimpa bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh
Memajukan industri pelancongan antara negara

enghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
Penerangan Nilai Hormat-menghormati antara negara akan melahirkan suasana kedamaian
dan seterusnya mencapai kemajuan dan kemakmuran sedunia. Pegangan Dasar Berkecuali
Malaysia , iaitu tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran negara luar perlu dihormati oleh
semua negara di dunia. Malaysia menjalin perhubungan yang baik dengan negara-negara
dunia. Negara kita menghormati kedaulatan undang-undang negara lain sama ada dari segi
kehakiman, eksekutif, dan legislatif . Melalui Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) ,
perasaan bertolak ansur dengan negara maju dan barat dititikberatkan untuk menegakkan
kepentingan negara sedang membangun dan negara mundur. Negara kita Malaysia perlu
memberi layanan yang bersopan kepada negara-negara lain di dunia ini.Negara-negara dunia
juga harus memuliakan negara kita untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan sejagat. Kita
menyanjung tinggi ideologi negara lain, termasuklah negara demokrasi, negara komunis, dan
lain-lain. Setiap negara dunia mempunyai sistem pertahanan masing-masing. Hargailah sistem
pertahanan negara lain dan jangan cuba mencerobohi negara orang lain. Negara yang
mencerobohi wilayah atau sempadan negara lain menunjukkan negarai itu tidak menghormati
negara lain. Krisis atau konflik terjadi akibat daripada tidak menghormati antara negara,
seperti isu penghapusan etnik di Kosovo, Perang Teluk, dan Isu Palestin. Ciri-ciri Nilai
Menghargai dan memuliakan negara-negara lain. Memberi layanan yang bersopan dan
bertatasusila. Mendisiplinkan diri dengan mengawal perasaan dan emosi agar melakukan
perkara yang dibenarkan sahaja. Menjaga perlakuan agar tidak biadap atau menyinggung
perasaan negara lain. Menyanjung tinggi keperibadian negara lain dan menghargai hak asasi
masing-masing. Bersedia mewujudkan persefahaman dan memberikan kerjasama kepada
negara lain tanpa mengira bangsa. Saling memberi dan menerima budaya dan adat negara
lain. Menyokong dasar kerajaan yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa , terutamanya
DasarBerkecualiMalaysiayang menghormati semua negara. Melibatkandiri dalam pelbagai
program ke arah mewujudkan hubungan yang baik dengan negara lain. Mementingkan
perpaduan dan kesejahteraan umum di dalam tindakan yang diambil agar tidak menyinggung
perasaan negara lain dan tidak memecahbelahkan perpaduan sejagat. Amalan Nilai Amalan
hormat-menghormati antara negara dipaparkan melalui saling memahami, hemah tinggi,
bersopan-santun dalam tingkah laku dan bahasa pertuturan, lemah lembut, ramah mesra,
toleransi, dan saling membantu dalam pelbagai aspek. Negara-negara ASEAN mencapai
persetujuan menubuhkan Kawasan Aman, Bebas, dan Berkecuali(ZOPFAN) di Asia Tenggara.
keperibadian kebangsaan setiap negara. Negara-negara ASEAN menghargai kedaulatan,
kemerdekaan, dan Pertubuhan Persidangan Islam mempertingkatkan kedudukan ekonomi
umat Islam melalui persefahaman di kalangan negara Islam. Negara kita mengambil bahagian
dalam Sukan Asia dan Sukan Olimpik, malahan pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA dan
Sukan Komanwel. Malaysia menjadi ahli dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
Komanwel, ASEAN, Pergerakan Negara Berkecuali(NAM), dan sebagainya. Golongan belia
Komanwel berkenalan di Sukan Komanwel yang dijialankansecara bergilir-gilir di kalangan
negara-negara anggota. Melalui Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan
Afrika Selatan bersetuju menggugurkan dasar aparteidnya. Negara-negara dunia
memperjangkan hak rakyat Palestin untuk mempunyai negara mereka sendiri dan tidak ditindas

oleh Israel. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengekalkan keamanan dunia


dengan pendapat bahawa kalau banyak negara tidak memihak kepada Blok Barat atau
BlokTimur maka kuranglah kemungkinan berlakunya peperangan. Masteri Situasi Contoh
Perlakuan yang mengamalkan nilai ASEAN memegang kepada prinsip tidak memihak kepada
mana-mana kuasa besar supaya mereka tidak campur tangan dalam hal-ehwal di Asia Tenggera.
Malaysia melibatkan diri dalam pasukan pendamai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk
megawal gencatan senjata di Iran da Iraq pada tahun 1988. Melawat ASEAN agar menjalin
hubungan yang erat antara satu sama lain. menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa.
Negara-negara ASEAN menjadikan tahun 1992 sebagai Tahun Malaysia berhubung rapat
dengan negera-negara Islam dan berjaya Malaysia menyertai kegiatan dalam Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM). Pusat pengajian tinggi di negara kita memberi peluang
melanjutkan pelajaran kepada pelajar dari negara-negara lain di dunia ini. Persetiaan
Permuafakatan dan Kerjasama di Asia Tenggara mengakui hak setiap negara untuk wujud tanpa
campur tangan luar,gerakan subversif, dan paksaan. Mendapat keahlian dalam Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu menunjukkan negara kita mempunyai ramai
rakan dan mandapat penghormatan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ahli Pertubuhan
Bangsa Bersatu terhadap Antartika dan hasilnya dihormati oleh negara-negara membangun.
Tindakan Malaysia dalam memecahkan monopoli segolongan kecil Contoh Perlakuan yang
Tidak Mengamalkan Nilai Segolongan rakyat negara kita berpendapat Malaysia perlu
memutuskan hubungan dengan Vietnam kerana Vietnam ialah negara komunis. Amerika tidak
menghiraukan amaran negara China dan tetap menyokong Taiwan menuntut walaupun Taiwan
adalah sebahagian daripada China. Afrika Selatan pernah mengamalkan dasar aparteid yang
membezakan taraf pendudukan mengikut warna kulit yang dicemuh oleh negara asing. Jackie
memandang rendah terhadap pelarian Kosovo dan mentertawaan nasib mereka yang malang itu.
Orang Yahudi dari Israel menyerang Palestin dengan tujuan menghala keluar penduduk
Palestin dari menduduki negara mereka. Segelintir ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
merampas sumber hasil dari Antartika dan enggan berkongsi antara semua ahli Pertuhuan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Teluk. Iraq menyerang Kuwait dan mengakibatkan tercetusnya
Perang Jimmy tidak mahu menderma kepada Tabung Bertindak Kosovo sungguhpun dia
seorang jutawan. Ravi mengejek tindakan kerajaan Malaysia memberi bantuan kepada
Indonesia dalam meangani masalah jerebu adalah perlakuan yang sia-sia sahaja. Omar amat
bencii terhadap Britain kerana penjajahannya ke atas negara kita pada zaman dahulu sehingga
dia tidak sanggup mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel walaupun dia seorang
olahragawan negara. Dasar Negara 1.Sebab Malaysia mengamalkan dasar berkecuali: Ingin
menjalin hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Tidak mahu
campur tangan dalam urusan negara lain Ingin hidup aman dan damai Ingin bebas
menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa besar. kuasa besar. Tidak mahu
melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa- 2. Cara negara Malaysia menjalin hubungan baik
dan harmoni dengan negara lain: Mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Menempatkan pegawai diplomit di sesebuah negara. Mengadakan lawatan rasmi dan tidak
rasmi oleh pemimpin negara ke negara lain. Mengadakan program pertukaran persembahan
kebudayaan antara negara di dunia. Mengadakan program pertukaran pelajar antara negara.
3. Kepentingan menjalin hubungan baik dengan negara. Menjaga

keamanan dunia. Menghormati kedaulatan negara lain. Dapat memajukan pelbagai bidang
seperti bidang ekonomi dan sosial. Mudah mendapatkan bantuan jika ditimpa malapetaka. Dapat
menaikkan imej negara. Mengukuhkan hubungan antara negara. 4. Sikap yang perlu ada pada
setiap pemimpin dalam usaha mengekalkan hubungan baik antara negara: Saling
menghormati Berhemah tinggi Mematuhi peraturan dan undang-undang antara bangsa.
Menghormati dasar luar negara lain. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu program yang
melibatkan negara lain. Berkongsi kepakaran, idea dan kemahiran. Perlu memahami
pendirian setiap negara berhubung sesuatu isu supaya tidak timbul sebarang percanggahan dan
pertelingkahan yang boleh membawa kemuratan kepada sesebuah negara. Mengambil kira
sensitiviti pemimpin dan rakyat negara lain. 5. Cadangan yang boleh dilakukan oleh negaranegara untuk menjaga hubungan baik antara negara: Tidak mengeluarkan kenyataan yang
menyinggung sensitiviti negara lain. Mengadakan kerjasama politik, ekonomi dan sosial antara
negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara diplomasi. Mengutamankan kepentingan
bersama bersama dalam membuat sebarang keputusan. 6. Cara pelajar melibatkan diri
dalam usaha menjalin hubungan baik antara negara: Melibatkan diri dalam program
pertukaran pelajar antara negara. Melibatkan diri dalam aktiviti mencabar peringkat
antarabangsa seperti mendaki gunung dan sebagainya. Mewakili negara dalam pelbagai
pertandingan dan program pendidikan. 7. Cara pelajar menghormati negara lain:
Mematuhi peraturan dan undang-undang negara lain. Memahami budaya dan corak kehidupan
masyarakat negara luar. Tidak mengambil bahagian dalam aktiviti keganasan atau aktiviti lain
yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara. Tidak menceroboh kedaulatan dan kemerdekaan
negara lain. Meminta kebenaran sebelum memasuki negara lain. Berunding sekiranya timbul
apa-apa perselisihan. ZOPFAN Dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar Asean
yang diadakan di Kuala Lumpur pada November 1971, satu deklarasi bersama telah
ditandatangani oleh semua negara anggota. Dlama deklarasi tersebut, semua negara anggota
sepakat mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
Tujuan ZOPFAN ialah: -Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara. -Tidak
memihak blok Barat, atau blok Timur untuk mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.
Konsep ZOPFAN teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea dan menjatuhkan kerajaan
Khmer Rouge pada 1973. Untuk mengatasi masalah itu, ASEAN bercadang untuk
mengadakan mesyuarat bagi membentuk Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah
Putera Norodom Sihanouk. Cadangan itu dipersetujui oleh Vietnam dan mesyuarat itu telah
diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Terdapat segelintir rakyat negara lain yang tidak
berpuas hati dengan negara kita telah menggunakan internet untuk memburuk-burukkan nama
baik Malaysia. (a) Terangkan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh segelintir rakyat negara
tersebut. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________ (b) Jelaskan
dua kesan memburuk-burukkan nama negara lain.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________ Soalan Esei
Baca dan fahami tajuk keratan akhbar berikut. Pesatan negara luar mencerobohi ruang angkasa
negara kita. Nelayan asing mencerobohi perairan di negara kita. Wajarkah tindakan mereka?

Huraikan jawapan anda dengan merujuk kepada nilai-nilai murni. (10 markah) Jawapan Struktur
(1) Nilai saling menghormati antara negara Menghargai hubungan antara negara
Perbuatan mereka akan menjejaskan hubungan yang dibina selama ini. Nilai rasional
Boleh berfikir/membuat pertimbangan wajar. Tindakannya tidak menyelesaikan masalah
malah mengeruhkannya lagi. Nilai kebebasan bersuara Bebas bersuara dengan batasan
tertentu. Tidak boleh menyalahgunakan internet untuk memburukburukkan negara lian. (2)
Menjejaskan ekonomi negara tersebut Pelabur-pelabur tidak akan meneruskan pelaburan
mereka ke negara tersebut. Menjejaskan keamanan negara tersebut Rakyat negara tersebut
akan terpengaruh dengan khabar angin tersebut. Esei Nilai saling menghormati antara negara
Menghargai hubungan antara negara Tidak boleh mencerobohi kawasan atau wilayah
negara lain tanpa kebenaran Memuliakan hubungan antara negara Mengekalkan
perhubungan erat antara negara bagi menjamin kesejahteraan sejagat. Nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang Menerima peraturan dan undang-undang negara lain
Menerima peraturan dan undang-undang antarabangda berkaitan dengan undang-undang laut dan
ruang angkasa Mematuhi peraturan dan undang-undang negara lain. Menjadi satu
kesalahan melanggar undang-undang negara lain.

Anda mungkin juga menyukai