Anda di halaman 1dari 15

Kertas Kerja Perkhemahan

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kerja kursus Sukan Rekreasi bagi tahun 2012 dalam semester ketiga kam . Dalam kerja kursus sukan rekreasi kali ini, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan program perkhemahan dengan melaksanakan kertas kerja. Melalui tugasan ini, kami telah diminta untuk membuat kertas kerja yang lengkap untuk perkhemahan murid tahap dua. Kami menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu saya dan yang sanggup bersama kami dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral. Segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya. Semoga tuan dapat memaafkan kami jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya. Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui pengucapan awam dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tidak akan saya lupakan. Sekian terima kasih.

PENDAHULUAN

Satu kertas kerja telah dibuat bagi program Perkhemahan Sukan Rekreasi ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, 27000, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Program ini wajib disertai oleh semua ahli Kelab Rekreasi Sekolah tahun 6 yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ). Sejumlah 40 orang dan 5 orang guru pengiring. Lokasi aktiviti yang akan dijalankan adalah bertempat di Taman Negara, Pahang pada 22 September 2012 sehingga 25 September iaitu empat hari tiga malam. dengan pengisian lima jenis aktiviti aktiviti reakreasi.Program ini dapat membantu pelajar dalam membina keyakinan di samping memupuk nilai-nilai kerjasama antara pelajar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila meningkat dewasa.

Tidak ketinggalan, Taman Negara juga terkenal sebagai tempat untuk mengadakan hari keluarga, pertandingan mencari harta karun, berkhemah, meninjau burung, menjelajah hutan dan sesi fotografi.Tempat yang pada mulanya merupakan sebuah kawasan terbiar lama bekas perlombongan, yang kemudiannya bertukar menjadi kebun sayur, kini merupakan satu destinasi hutan yang bebas daripada pencemaran, dengan udara yang lebih sejuk dan nyaman.

PENGENALAN

Sukan rekreasi ialah aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti ini bukan tujuan untuk pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokkan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Aktiviti rekreasi membolehkan kita menikmati kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembabitan dalam aktiviti rekreasi dapat mebina jati diri dan ketahanan mental di samping memupuk semangat setia kawan. 3.1 I. II. KATEGORI REKREASI:

Rekreasi dalam ( in-door) Contoh : badminton, squash, boiling Rekreasi luar ( out-door ) Contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan 3.2 JENIS- JENIS REKREASI

I. II. III. IV. V. VI. VII.

Rekreasi fizikal contoh : berbasikal Rekreasi sukan contoh : bola sepak dan bola jarring Rekreasi sosial contoh : sukan rakyat dan sukaneka Rekreasi mental/ linguistik contoh : memanah dan debat Rekreasi terapeutik contoh : muzik- senamrobik Gerak tari contoh : yoga, tai chi Drama contoh : pentomin

3.3 a) I. II. III. IV.

KONSEP REKREASI

Kepuasan kendiri Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku, ekonomi, sosiobudaya, politik, persekitaran dan kesihatan bangsa dan Negara Ekspresi kreatif dan asperiasi estetika Hubungan manusia yang demokratik Pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

b) Bidang aktiviti program rekreasi I. Drama II. Seni dan kraft III. Budaya melalui muzik dan tarian IV. Sukan V. Rekreasi luar VI. Rekreasi social VII. Rekreasi mental/ linguistik 3.4 FUNGSI REKREASI

RASIONAL

Program ini diadakan untuk memupuk sifat kerjasama dan disiplin dalam diri pelajar. Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal,mental dan rohani hendaklah tersemat dalam diri pelajar. Ini merupakan matlamat perdana program tersebut dilaksanakan. Pelbagai bentuk aktiviti seperti flying fox, orieentering, mendaki gunung, dan lain-lain disusun supaya para

pelajar dapat menonjolkan sifat kepimpinan dan bakat masing-masing dalam menempuh cabaran yang lebih mencabar pada masa yang akan datang. Malahan menjadi hasrat pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) di samping mempunyai pengalaman yang luas sebagai pesediaan untuk memasuki alam sekolah menengah. Penglibatan para pelajar dalam pelbagai aktiviti sukan rekreasi yang menyeronokkan dan menenangkan jiwa dapat melahirkan emosi yang stabil bagi menjawab peperiksaan yang bakal tiba dengan tenag dan baik. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menganjurkan satu Program sukan rekreasi bagi murid-murid Tahun 6. Tambahan pula ,kertas kerja ini dikemukakan bagi memohon kebenaran dan peruntukan kewangan dari pihak sekolah untuk mengadakan Program sukan rekreasi.

OBJEKTIF

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Program ini dilaksanakan untuk: Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti kokurikulum terutamnya aktiviti rekreasi yang menarik kepada murid-murid Memberi peluang kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR untuk mengurangkan tekanan dan bebanan belajar. Memperkenalkan aktiviti rekreasi yang menarik kepada murid-murid. Memberi pendedahan kepada murid-murid cara mempraktikkan gaya hidupsihat dengan aktiviti rekreasi Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisplin serta peranan pelajar semasa melakukan aktiviti perkhemahan. Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi Memimpin dan membimbing pelajar supaya jelas hala tuju masa hadapan. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, dan emosi. Mengeratkan hubungan antara murid dengan guru dan murid dengan murid. Memberi peluang kepada murid-murid menikmati faedah dan kesan positif daripada aktiviti rekreasi. Memberi ketenangan jiwa kepada murid-murid Tahun 6 dalam menghadapipeperiksaan UPSR

12. 13. 14. 15.

Membina jati diri murid-murid supaya dapat berdikari apabila masuk ke alam sekolah menengah. Membina ketahanan mental pelajar supaya dapat menghadapi peperiksaandengan baik. Memupuk semangat setia kawan antara murid-murid supaya saling bantu membantu di waktu senang dan susah. Memberi keseronokan dan kepuasan kendiri kepada para pelajar dan guru- guru pengiring.

6 TEMPOH PROGRAM 1. Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. 2. Masa pelaksanaan program ini melibatkan waktu siang dan malam. 7 TARIKH 1. Tarikh yang dirancang ialah 22-25 September 2012 8 TEMPAT Tempat yang dirancang ialah Taman Negara, Pahang . Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana : Kawasan rekreasi dengan bentuk muka bumi yang pelbagai dan jarak tidak jauh dari sekolah. Sesuai untuk sukan rekreasi dan perkhemahan kerana kawasan yang luas untuk pelbagai aktiviti. Kawasan yang mesra pengunjung kerana mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, kafeteria dan sebagainya. Kawasan yang selamat dan tiada sebarang gangguan yang boleh menjejaskan program.

1. 2. a. b. c. d.

9 KUMPULAN SASARAN. 1. Jumlah peserta : 40 orang (pelajar Tahun 6 ) (senarai nama peserta adalah seperti lampiran 1) 2. Jumlah guru : 5 orang.

10 AKTIVITI REKREASI Terdapat 5 jenis aktiviti utama yang akan dilakukan sepanjang program ini, iaitu : 10.1 ORIEENTERING 1. 2.
Cara-cara pelaksanaan: Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapatbeberapa check pointyang perlu dicari. Setiap check point pelajar dikehendaki membuat pemerhatian distesen tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki membandingkan corak-corak akar banir dan fungsinya. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencariarah. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan . Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betulakan dikira pemenang.

3.

4. 5. 6. 7. 8.

10.2 FLYING FOX i. ii. Berkumpul mengikut kumpulan Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan danberkasut) iii. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat iv. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti Flying Fox.

v. vi. vii. a. b. c. a. b. c.

Sentiasa mengikut arahan jurulatih Membuat aktiviti regangan (warm up) Bacaan doa Semasa aktiviti Para pelajar melakukan aktiviti seorang demi seorang Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator. Mementingkan langkah-langkah keselamatan Selepas aktiviti Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tercedera atau sakit. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan) Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti Flying Fox

10.3 WATER RAFTING Kayak arus deras dapat membina kesedaran dan hala tuju yang jelas terhadap masyarakat bagi menimbulkan kesedaran alam sekitar. Melalui aktiviti kayak arus deras, penglibatan manusia dengan alam semulajadi sememangnya tidak dapat dielakkan. Dalam aktiviti ini, laluan-laluan kayak adalah melalui sungai-sungai dan jeram-jeram yang belum pernah dilalui sebelum ini yang mana secara tidak langsung akan mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapatkan kebaikan melalui pengalaman. I. II. Pelajar diberi taklimat tentang water rafting dan aspek keselamatan. Agihan kumpulan dibuat

10.4 MEMBUAT PELBAGAI JENIS IKATAN DAN SIMPULAN. 1. Semua pelajar dikehendaki mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis-jenis dan simpulan ikatan. 2. Pelajar hendaklah mengetahui cara melakukan ikatan dengan betul serta kegunaannya kerana bagi tujuan perkhemahan dan pengembaraan. Simpulan dan ikatan yang baik dan betul keadaan teguh serta boleh dibuka dengan mudah jika dibuka. Simpulan yang tidak betul akan mudah terurai dan tidak teguh. Bagi melahirkan diri melakukan ikatan atau simpulan, seseorang pengakap mestilah selalu berlatih melakukannya. Ikatan dan simpulan berguna untuk menyambungkan tali, mengangkat barang, mengikat bungkusan dan juga semasa menyelamatkan orang dalam kecemasan atau kemalangan. 10.4.1 Ikatan Buku Sila Kegunaannya ialah menyambung tali yang sama besar saisnya, mengikat bungkusan dan mengikat anduh dalam pertolongan cemas.

10.4.2 Simpul Manuk Kegunaannya ialah mengikat pada batang, tali khemah pada tiang atau pokok kayu dan tali bagi sampan / bot semasa berlabuh.

10.4.3 Ikatan Bunga Geti Kegunaannya ialah menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saisnya.

10.4.4 Simpul Balak Kegunaannya ialah mengikat pada balak dan bagi memindahkan dan mengheret kayu dan batang.

10.4.5 Simpul Pengail Kegunaannya ialah 2 tali yang licin dan basah serta menyambung 2 tali yang sama sais seperti tali pancing.

10.4.6 Ikatan Seraya

Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu yang hendak disilangkan bagi dibuat bentuk campur (plus) dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul manuk dan dimatikan dengan simpul manuk juga.

10.4.7 Ikatan Serong Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu atau tiang yang berlintang seperti bentuk X dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul balak dan dimatikan dengan simpul manuk.

10.5 MEMBUAT GAJET. 1.


Penyediaan gadjet persediaan telah dilakukan sejak awal bulan Ogos dengan melakukan latihan di padang sekolah 2. Penyediaan gadjet asas iaitu meja makan, rak kasut, ampaian dan dapur dapat dilaksanakan dengan jayanya disamping gadjet umum seperti pintu gerbang, pagar dan papan kenyataan. 3. setiap kumpulan berjaya member nilai tambah kepada setiap kawasan mereka dengan menyiapkan rak menyimpan menyimpan makanan, tempat menyimpan peralatan, sinki, pintu gerbang dan pagar.

11

ANGGARAN PERBELANJAAN

11.1 SUMBER KEWANGAN

BIL. 1. 2. 3. 4. 5.

PERKARA

KUANTITI

RM 4500 300 200 200 500 RM 5700

Bayaran peserta dan guru 45 X RM 100 Sumbangan daripada pihak pengurusan sekolah RM 300 Sumbangan daripada tabung PIBG sekolah RM 200 Sumbangan daripada lembaga koperasi sekolah RM 200 Sumbangan daripada FELDA RM 500 JUMLAH

11.2 ALIRAN KEWANGAN BIL. PERKARA KUANTITI RM

1 a) 2 a) b) c) d) e) 3

Kenderaan ( pergi balik ) Bas sekolah sediakan JUMLAH Makanan ( 4 hari 3 malam )- masak sendiri Sarapan Tengah hari Petang Malam Tengah malam JUMLAH Urusetia 3.1 Khemah ( Sekolah Sediakan ) 3.2 Tag Nama 3.3 Hadiah / Cenderatahati 3.4 Perubatan 3.5 Aktiviti 3.6 Yuran Penyertaan JUMLAH

( sebuah bas RM3300 ) ( Seorang RM100 untuk 4hari 3 malam ) 45 X RM100

4500 45 X RM3 RM300 RM400 45 X RM5 JUMLAH 135 300 400 225 1060 RM 5560

11.3 PENYATA KIRA-KIRA

BIL.

PERKARA

DEBIT (RM)

KREDIT (RM)

BAKI (RM)

1 2 3 4 5 6 7

Bayaran peserta dan guru Sumbangan daripada FELDA Sumbangan daripada pihak pengurusan sekolah Sumbangan daripada tabung PIBG sekolah Sumbangan daripada lembaga koperasi sekolah Makanan Urusetia Tag Nama Hadiah / Cenderatahati Aktiviti Yuran Penyertaan

4500 500 300 200 200 -

4500 5000 5300

5500 5700 4500 1200 135 300 400 225 1065 765 365 140

BAKI BAWA KE HADAPAN SEPTEMBER 2012

140

RM140

12

MINIT MESYUARAT SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM SUKAN REKREASI SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SUKAN REKREASI SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK o Biro makanan En. Samsul bin Zainal En. Izham bin Darus o Biro aktiviti dan peralatan Puan Syarifah Alya binti Syed Kamrul Cik Muliati a/p Sinaturai Encik Kamal bin Adli

o Biro pengangkutan Pn Tan Tze Meng En Eng Zhe Yong o Biro keselamatan dan kecemasan Pn. Kamariah binti Jusmin Encik Sharip bin Dollah o Biro dokumentasi Puan Maria Tan Abdullah Mohamad Suffian Karim o Biro hadiah Cik Nur Asyikin bin Hafiz Ahmad Zakwan Adha Hariz

Anda mungkin juga menyukai