Anda di halaman 1dari 3

Definisi Kesihatan Pada abad ini kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu.

Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. Definisi minda serta kepentingan minda yang waras dan sihat Minda merupakan keupayaan otak untuk menaakul dan berfikir secara normal. Minda yang sihat dapat membuat pertimbangan yang logik sebelum bertindak dalam melakukan sesuatu perkara. Seseorang yang mempunyai minda yang sihat akan bersikap positif,berdikari,penyayang dan bertanggungjawab. Sebaliknya juka seseorang yang tidak mempunyai minda yang sempurna ,maka dia akan mempunyai harga diri yang rendah,mudah marah,berasa runsing dan sukar mengawal emosi. Faktor yang dapat mempengaruhi minda terbahagi kepada dua iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran dapat dipengaruhi melalui faktor sosial seperti keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Selain itu keadaan persekitaran seperti cuaca dan suhu juga dapat mempengaruhi minda sesetengah individu. Seterusnya adalah ia dapat dipengaruhi melalui tekanan mental akibat pengalaman negatif seperti kematian orang yang dikasihi. Manakala faktor dalaman yang dapat mempengaruhi minda adalah kecederaan bahagian otak akibat penyakit atau kemalangan. Selain itu, ketidak seimbangan hormone dalam badan dan penyalah gunaan dadah. Kepentingan Omega 3 dan Kesihatan minda Faktor usia, tekanan, tempoh tidur dan sama ada ia berkualiti atau tidak, pengambilan ubat-ubatan dan paling penting, aspek pemakanan boleh mempengaruhi sejauh mana kemampuan daya ingatan seseorang itu

Dari segi psikologi, daya ingatan yang baik bergantung kepada bilangan sel otak atau neuron, kelancaran komunikasi antara sel ini serta tahap kesihatan sel berkenaan.Tahap kesihatan seseorang itu juga boleh mempengaruhi minda, sebagai contoh, kesihatan sistem kardiovaskular individu itu boleh mempengaruhi tahap kemampuan sel-sel otak. Setiap sel tubuh pula memerlukan bekalan oksigen dan pemakanan untuk kekal sihat dan meneruskan kehidupan. Oleh itu,terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi memantapkan daya ingatan supaya ia mampu terus bertahan dan dapat membantu individu menjalankan kehidupan dengan lebih bermakna. Antara caranya adalah dengan menambaha makanan yang sihat kedalam diet kita. Antara makanan yang penting bagi memantapkan daya ingatan kita adalah ikan. Hal ini kerana ikan kaya dengan asod lemak Omega-3. Otak manusia merangkumi 60 peratus lemak. Ikan mengandungi sihat Omega-3 asid lemak membantu meningkatkan ingatan dan fungsi otak secara keseluruhan, selain masalah kemurungan dan gangguan otak seperti skizofrenia. Makanan seterusnya ialah buah beri. Ianya kaya dengan anthocyanin, phytochemical (fitokimia) yang bertanggungjawab mencegah lupa ingatan, terutama yang sudah berusia.. Makanan yang seterusnya adalah sayur-sayur hijau. Ia bukan sahaja dipenuhi dengan elemen meningkatkan memori,tetapi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu menjaga tubuh serta memberi kesihatan yang optimum. Perkara-perkara yang melemahkan minda dan yang membuat ingatan kurang Dalam memastikan minda kita sentiasa sihat, terdapat beberpa perkara yang perlu dijauhi. Antaranya dengan mengurankan pengambilan makanan seperti bawang besar dan organ dalaman haiwan seperti hati ayam. Selain itu kita juga mesti kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak. Kita juga mestilah sentiasa menjaga aktiviti harian kita dengan mengurangkan tidur selepas asar,selepas makan dan selepas subuh. Antara perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan minda kita sentiasa berada dalam keadaan sihat adalah .Selau menggunakan imagenasi otak serta banyakkan aktiviti berkhemah. Seterusnya,banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya. Secara kesimpulannya kesihatan minda sangat penting dalam kehidupan seharian bagi memastikan segala aktiviti dapat dilakukan secara sempurna.

Anda mungkin juga menyukai