Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmannirahim

Assalamualaikum Warahmatulahhi wabarakatuh dan selamat sejahtera.


Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi Majlis,
Yang saya hormati barisan para hakim yang arif lagi bijaksana. Hadirnya saya
di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesihatan kunci
kejayaan”

Hadirin sekalian,
Kesihatan melambangkan kekayaan”dan “Badan sihat, otak cerdas” sering
diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita
dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan
pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum.

Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah
dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru,
kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar
yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang
berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin,
bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein.
Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti
sahaja. Ini kerana tubuh badan kita memerlukan khasiat dan pelbagai mineral
untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk otak kita. Otak yang sihat mampu
berfikir dan menerima repsetor dengan lebih banyak berbanding otak yang
tidak sihat. Oleh itu, kita mesti mengambil makanan yang berkhasiat supaya
kita boleh fokus dalam pembelajaran.

Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu


beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan
sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan,
kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan
baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan
mengeluarkan peluh. Sebagai contoh, apabila kita sering melakukan senaman
ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat
mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya,
penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang
kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan
makan makanan yang berkolestrol.

Seterusnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang


adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang
digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus
berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai
rehat yang cukup, tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang
dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa
letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya
lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.

Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang
disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya. Misalnya, seseorang
yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri
sendiri dan juga persekitarannya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka
kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.

Di samping itu, dengan menjaga kebersihan diri, keadaan mental anda akan
lebih positif kerana kebersihan juga mempengaruhi mood dan psikologi kita.
Apabila mood dan psikologi kita positif, ianya adalah satu tanda kesihatan
mental yang baik. Oleh itu, anda perlu menjaga kebersihan diri kerana ianya
memberi kesan dalam menjaga kesihatan anda samada jasmani atau pun
mental. Kebersihan dan kesihatan mempunyai hubungan yang sangat kuat,
dengan menjaga kebersihan diri, anda sebenarnya telah menjaga kesihatan
anda. Seperti yang kita tahu, apabila kita menjaga kebersihan diri, pelbagai
penyakit dapat dijauhi dan dihindari.

Kesimpulannya, Kesihatan merupakan perkara yang tiada nilai bandingnya.


Tanpanya kita tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara. Justeru, kita
harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata
mencegah lebih baik daripada merawat semua itu demi kebaikan dan kejayaan
diri kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai