Anda di halaman 1dari 3

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

DEFINISI
Satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri
seseorang, keluarganya dan masyarakat.

Contoh:
Kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh
ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan
kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam
kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup
sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera.

MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG


Orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat
mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita
hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak
ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamat yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan
pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi
ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian
tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi
amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana
kesannya amat membahayakan kerana mencegah adalah lebih
baik daripada mengubati. Jelaslah, diet yang seimbang
membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria
kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.
MELAKUKAN SENAMAN
Kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan
menceriakan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti
bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau
bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman
seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem
peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem
imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya
memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding
dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap
senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan
seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada
badan yang cergas.

MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH & KAWASAN TEMPAT TINGGAL

Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada


hidupan serangga seperti nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran
yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan
bersih. Kita boleh menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan
membuang sampah sarap yang terdapat di rumah kita ke tempat
yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang menjadi tempat nyamuk
membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga kebersihan
rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
MENDAPATKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA BERKALA
Kita tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah
mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan
pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui
tahap kesihatan kita agar dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya,
tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu
menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan ceria.

REHAT YANG CUKUP

Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur


yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia
memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem
badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk
meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang
meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang
dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan
tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Anda mungkin juga menyukai