Anda di halaman 1dari 16

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN


A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menerangkan konsep rangkaian.
2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar.
3. Menyatakan kegunaan rangkaian.
4. Membuat ilustrasi model rangkaian.

B. Kandungan Pengajaran
1.1 Perkembangan Rangkaian
1.2 Maksud Rangkaian
1.3 Kegunaan Rangkaian
1.4 Jenis Rangkaian
1.5 Jenis Senibina Rangkaian
1.6 Jenis Topologi
1.7 Jenis Teknologi Komunikasi

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


1
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN


1.1 Perkembangan Rangkaian
Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu
ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.
Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan
Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan
mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga
membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance
Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970 lebih dari 10 komputer telah berhasil
dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian.

Pada tahun 1972, Roy Tomlinson berhasil menyempurnakan program emel yang ia ciptakan
setahun yang lalu untuk penyelidikan ARPANET. Program emel dengan begitu mudahnya
popular pada saat itu dan pada waktu yang bersamaan diperkenalkan [@] "at" atau "pada"
sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama
ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di
London merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika
Syarikat. Pada tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Khan
membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran
rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan
untuk pertama kalinya di Sussex University.

Hari bersejarah berikutnya terjadi pada tanggal 26 Mac 1976 ketika itu ratu Inggeris berhasil
mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun
kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan
membentuk sebuah rangkaian atau Network.

Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin pada tahun 1979 menciptakan Newsgroups
pertama yang diberi nama USENET (User Network). Pada tahun 1981 France Telecom
mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling
menelepon sambil berinteraksi dengan video link ).

Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, diperlukan sebuah


protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian. Sehingga pada tahun
1982 terbentuk sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih
dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) yang dikenali sehingga saat ini. Sementara itu

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


2
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali dengan Europe Network
(EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET
ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET.

Pada tahun 1984 diperkenalkan sistem dengan nama DOMAIN yang lebih dikenali dengan
Domain Name System ( DNS ). Tujuannya untuk menyeragamkan alamat rangkaian
komputer yang sudah ada dengan sistem DNS komputer yang tersambung dengan jaringan
melebihi 1000 komputer. Pada tahun 1987 bilangan komputer yang bersambung ke
rangkaian melonjak 10 kali ganda menjadi 10000 lebih komputer.

Pada tahun 1988 Jarkko Oikarinen seorang berbangsa Finland mencipta dan
memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) yang membolehkan dua orang atau lebih
pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting).
Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000
komputer. Pertengahan tahun 1990 merupakan tahun yang paling bersejarah ketika Tim
Berners Lee merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari
komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb.

Pada tahun 1992 komputer yang membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000
komputer. Pada tahun yang sama muncul satu istilah iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun
1994 laman sesawang dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman)
dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi. Dunia
langsung berubah dengan adanya Search Engine Pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan
oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994. Netscape Navigator 1.0 dilancarkan
penghujung tahun 1994.

1.2 Maksud Rangkaian


Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail, dan membenarkan komunikasi
secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian
telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


3
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rajah 1.1
1.3 Kegunaan Rangkaian
1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan
salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail
muzik dan dokumen.

2. Berkongsi peranti - perkongisan peranti adalah seperti pencetak mesin faks,


modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM oleh ramai pengguna.

3. Berkongsi akses internet- rangkaian komputer membenarkan pengguna


mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa
akaun.

4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang
rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer (server).
Komputer pelanggan dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan
masa pemasangan perisian.

5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera
(instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk
menyimpan mesej untuk rujukan masa depan. Contoh, mel elektronik di rangkaian
kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan
sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).

1.4 Jenis Rangkaian


Rangkaian Kawasan Setempat (local area network - LAN)

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


4
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung
bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil,
seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau
lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer
berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar.

Rangkaian Kawasan Setempat

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network MAN)


MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan
rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandarbandar, gabungan beberapa buah
sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN
termasuk gabungan suara, data, imej dan video.

Antara ciriciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN
menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau
seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian
khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


5
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rangkaian Kawasan Metropolitan

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)


WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk
menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri,
negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang
paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Luas

Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network PAN)


PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan untuk
komunikasi antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa
meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba,
pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port
FireWire, infrared dan bluetooth

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


6
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PAN Rangkaian Kawasan Peribadi

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)


VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan
akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain.
Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.
Ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


7
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)


WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk
berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia
menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics
Engineers, IEEE

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


8
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)

WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)


WiMAX adalah merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini
dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50
kilometer.

WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu;


1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit
2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


9
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rangkaian WiMax

1.5 Jenis Senibina Rangkaian


Senibina rangkaian adalah ciri ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi
yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan
transmisi, perisian dan protokol protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data
berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:

Pengguna pelayan ( Client server)

Client Server
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk
melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan
akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna
pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain
lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer
pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
10
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

komputer pelayan. Pada masa sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih
boleh membuat kerja kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di
dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data
yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan
dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.

Antara ciriciri senibina rangkaian pengguna pelayan (Client server) adalah


seperti berikut:
I. Keselematan sumber dan data dikawal oleh pelayan
II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah
komputer pelayan.
IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin
keberkesanan sistem
V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

Rakan ke rakan (Peer to peer)

Rakan - ke - rakan

Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian
bertindak sebagai rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna.
Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga
menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak
mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan
simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer
dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai
potensi yang sama. P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lebih 5 komputer dan
tidak menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh
berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


11
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut:


I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.
II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat
III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer
IV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di
dalam mengirim, menerima dan memproses fail.

1.6 Jenis Topologi


Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang nampak secara fizikal pada
rangkaian setempat (LAN).

Rajah 1.6 Jenis Topologi

Topologi utama ialah:


Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi Cecincin (Ring Topology)
Topologi Bas (Bus Topology)
Topologi Hybrid (Hybrid Topology)

TOPOLOGI BINTANG
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke
satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


12
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rajah 1.7 Topologi Bintang

Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.


Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan
lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.

TOPOLOGI CINCIN
Topologi cincin adalah satu topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod
yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap
nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang
dilalui akan menerima setiap paket data.

Rajah 1.8 Topologi Cincin

Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)
Jika sambungan di antara komputer A dan computer B rosak, komputer B, C, D dan
lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.

TOPOLOGI BAS

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


13
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri
dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang
menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Rajah 1.9 Topologi Bas

Kelebihan apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.


Kekurangan apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.

TOPOLOGI HYBRID

Rajah 1.10 Topologi Hybrid


Merupakan gabungan ketiga-tiga
jenis topologi utama LAN.
Pengguna mempunyai akses
pada sebarang sumber /
data yang dikongsi oleh
pengguna di dalam rangkaian.
Kebanyakan sumber
di tempatkan di server.

1.7 Jenis Teknologi Komunikasi

INTRANET
Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran
dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


14
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan
perkongsian data seluruh kakitangan organisasi.

Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet,
WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya
termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai
terus dari luar dan dalam.

Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi

EKSTRANET
Adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem
telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi
perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain.
Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan
kepada pengguna di luar syarikat.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


15
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi

INTERNET
Rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh
orang awam. Adalah rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui
rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini.
Bekerja berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali
sebagai IP atau protokol internet.

Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


16

Anda mungkin juga menyukai