Anda di halaman 1dari 9

MPU3313 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

1.0       PENGENALAN

Berdasarkan perbincangan tugasan ini, pengamalan kesihatan dan kesejahteraan


pada seorang individu, keluarga dan komuniti dapat memberikan kebahagiaan,
kesihatan dan kemakmuran dalam kehidupan harian mereka.  Sebaliknya,
kehidupan yang gembira sukar dikecapi, begitu juga seseorang individu mungkin
tidak dapat menikmati kemakmuran jika tidak gembira atau kurang sihat.

Secara formal definisi bagi kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO –


World Health Organization) adalah keadaan kesihatan fizikal, kesihatan mental dan
kesejahteraan sosial adalah lengkap, dan bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. 

Dalam pengertian kesejahteraan pula, Edlin dan Golanty (2010) merumuskan


konsep kesejahteraan sebagai pendekatan yang proaktif dan pencegahan yang
direka bentuk untuk mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang
optimum.  Ia boleh dilihat sebagai komitmen dalam batasan dan potensi peribadi ke
arah kesihatan yang optimum, tanpa semata-mata memberi tumpuan pada
ketiadaan penyakit sahaja.

Konsep kesihatan dan kesejahteraan merupakan komponen penting dalam


kesejahteraan.  Dimana untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan
kesejahteraan, ciri-ciri gaya hidup yang sihat serta tanggungjawab peribadi perlulah
dititikberatkan.   

Kita dapat lihat, beberapa ciri gaya hidup yang sihat dan sebagai garis panduan
bagi seseorang individu iaitu makan diet yang seimbang dan berkhasiat, kekal berat
badan ideal, seringkali bersenam, mampu menangani tekanan, mampu menangani
emosi yang berlebihan, rehat dan tidur mencukupi, kekalkan keseimbangan yang
baik dalam pekerjaan dan aktiviti sosial, beribadah berdasarkan kepercayaan
masing-masing, elak merokok, minum alkohol serta penyalahgunaan dadah,
menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengesan lebih awal ancaman
kesihatan, utamakan keselamatan diri, berusaha meningkatkan diri secara
berterusan, berfikiran yang optimistik dan positif dalam kehidupan harian serta
amalan yang aktif dalam persekitaran yang sihat.

Untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan seorang individu,


terdapat tiga sifat tanggungjawab dalam peribadi perlu dititikberatkan iaitu
mengambil tindakan mengekalkan kesihatan yang optimum, mengambil berat
terhadap terhadap kesihatan dan kebajikan orang lain serta kesedaran terhadap
kesihatan dan membuat keputusan mengenai kesihatan.

Secara menyeluruh, pengamalan gaya kehidupan yang sihat dan sejahtera memberi
enam manfaat yang komprehensif seperti peningkatan kecekapan kardiovaskular
atau jantung dan saluran darah, peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan
ketahanan otot, peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri,
peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan, peningkatan
hubungan interpersonal serta penurunan kes kematian dan morbiditi akibat penyakit
dan lain-lain.

Kepentingan berdasarkan enam manfaat yang komprehensif dalam amalan hidup


sihat dan sejahtera iaitu kepentingan dalam pencegahan penyakit, kepentingan
dalam keupayaan anggota badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti
harian, kepentingan dalam keyakinan diri dan berperasaan baik, kepentingan dalam
menghadapi cabaran dan rintangan dalam kehidupan, kepentingan dalam
perhubungan yang sihat dan kepentingan dalam penjagaan pemakanan dan diet.

Secara ringkasnya, kesihatan merupakan keadaan kehidupan yang sihat sejahtera


berdasarkan keupayaan seseorang individu melaksanakan aktiviti harian mereka. 
Sebaliknya kesejahteraan pula merupakan proses aktif seseorang apabila
menyedari  tahap peribadi dan membuat pilihan secara sedar untuk memperolehi
lebih kebebasan daripada kekangan dalam mencapai kepuasan untuk berjaya.

2.0       ENAM FAEDAH KOMPREHENSIF HASIL DARIPADA AMALAN GAYA


HIDUP SIHAT DAN SEJAHTERA

2.1       Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular atau Jantung dan Saluran


Darah

Dalam tubuh kita, jantung memainkan peranan yang penting.  Dimana jantung
berfungsi mengepam darah untuk membolehkan oksigen sampai ke badan.  Apabila
sistem kardiovaskular atau sistem jantung adalah lebih baik, fungsi jantung akan
berkekalan baik dan dapat membantu dalam mencegah berlakunya penyakit
kardiovaskular. 

Contohnya beriadah atau bersenam seperti berlari, bersukan, berjalan dan aerobik
merupakan amalan gaya hidup sihat dan sejahtera.  Apabila beriadah atau
bersenam badan akan mengeluarkan peluh.  Maka itu, toksin dalam badan juga
akan turut keluar melalui peluh.  Justeru itu, bagi memastikan tubuh badan menjadi
cergas dan dapat membantu dalam sistem peredaran darah, senaman berjadual
secara teratur sangatlah diperlukan.  Perlu diingatkan saluran darah yang tersekat
boleh mengakibatkan strok.

2.2       Peningkatan Tonus, kekuatan, Fleksibiliti dan Ketahanan Otot

Amalan hidup yang sihat dan sejahtera dapat memberi ketahanan otot yang baik
serta keupayaan badan bergerak dalam menjalani aktiviti harian.  Contohnya
peningkatan kekuatan dan ketahanan otot yang baik, dapat menyokong pergerakan
aktiviti ekonomi yang dapat memberi kualiti kehidupan yang baik.  Kita boleh lihat
juga, individu yang sihat dari segi fizikal mempunyai kehidupan yang baik dan dapat
menikmati fleksibilti serta kekuatan dalam menangani tekanan dan kepenatan.  Oleh
itu, dalam menjalani kehidupan harian pergerakan badan yang tangkas dan kuat
memerlukan tulang dan sendi yang baik.
  
2.3       Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri dan Harga Diri

Seseorang individu yang mempunyai kawalan diri yang baik terhadap kesihatan
mempunyai harga diri yang lebih tinggi serta sentiasa berasa gembira dan mesra. 
Contohnya ditempat kerja.  Seorang pekerja yang mengamal hidup sihat dan
sejahtera, sentiasa berfikiran baik dan berkeyakinan diri seterusnya memberi impak
pada persekitaran.  Konsep kendiri dan harga diri merupakan sebahagian daripada
kesihatan emosi.

2.4       Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan dalam kehidupan

Seterusnya, amalan gaya hidup sihat juga dapat meningkatkan pengurusan tekanan


dan pandangan dalam kehidupan harian.  Semua orang mengalami stress atau
tekanan. Pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress, antaranya masalah
keluarga, kerja, kewangan,dan sebagainya.  Tekanan atau stress yang
berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Oleh itu, atasi masalah ini dengan
mengawal tekanan dan kemarahan.  Beberapa cara untuk mengurangkan marah
berfikir secara positif, belajar bertenang, wujudkan hobi, luangkan masa untuk
keluarga, kerja dan beriadah, rehat dan tidur yang cukup, cari teman untuk
berkongsi atau meluahkan masalah.
  
Justeru itu, berpandangan positif yang tinggi dapat membantu menangani sebarang
masalah atau tekanan dengan mudahnya dan mampu mengubah persepsi yang
memberi tekanan yang tidak diperlukan.  Mereka berpotensi untuk pulih dengan
cepat dan mampu berfikir dengan lebih baik apabila berhadapan dengan tekanan,
dan mempunyai keyakinan diri serta bersedia berhadapan dengan cabaran dan
rintangan yang merupakan satu peluang dan pengalaman untuk perkembangan diri.

Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat
mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.  Dengan
bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolisme
juga dapat berjalan dengan lebih lancar.  Berikutan dengan itu, pemikiran positif
mampu memberi jalan penyelesaian bagi permasalahan yang serius tanpa
menghadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi
kadang-kala boleh mengakibatkan kepada masalah mental ataupun masalah sosial.

2.5       Peningkatan Hubungan Interpersonal

Hubungan Interpersonal turut meningkat apabila gaya hidup sihat dan sejahtera


diamalkan.  Haruslah bersikap terbuka dan berfikiran positif agar sesuatu
perhubungan berkembang dengan baiknya.  Sikap terbuka memainkan peranan
yang sangat besar pengaruhnya dalam hubungan interpersonal.  Justeru itu,
hubungan tidak akan berkembang sekiranya kedua-dua orang atau lebih tidak saling
bersikap terbuka di antara satu sama lain.  Contohnya dalam sebuah hubungan
persahabatan yang saling mempercayai dan saling terbuka.  Mereka tidak segan
untuk menceritakan masalah masing-masing yang pernah dialami, walaupun
bersifat peribadi kerana saling mempercayai.  Mereka tidak segan untuk
mengatakan apa yang tidak disukai secara terbuka.  Ini semua bertujuan agar
hubungan mereka dapat berjalan dengan baik.

Untuk meningkatkan hubungan interpersonal haruslah berani untuk berkomunikasi


dengan individu lain yang berbeza dari kita seperti umur yang berbeza, status yang
berbeza atau bangsa yang berbeza.  Malah bersikap sosial dan berkomunikasi
dapat membantu mewujudkan suasana positif dan menyumbang kepada
kesejahteraan sosial.  Pertukaran pendapat juga menjadikan perhubungan itu lebih
terbuka dan ia juga menjadikan kita lebih berpengetahuan.  Contohnya jika
seseorang itu yakin akan kemampuannya dan jika ia adalah seseorang yang tidak
merasa rendah serta ia menyedari bahawa ia setaraf dengan orang lain, maka
seseorang individu itu tentu akan lebih mudah melakukan perhubungan dengan
orang lain.

 2.6       Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat Penyakit

Tahap kecergasan fizikal adalah baik apabila seseorang individu mengamalkan


gaya hidup sihat dan sejahtera.  Ini kerana sistem imun berfungsi dengan baik. 
Justeru itu, sistem imun yang baik dapat melindungi badan daripada jangkitan
penyakit.  Contohnya apabila di kalangan masyarakat prihatin terhadap masa rehat
dan masa tidur yang mencukupi setiap hari, tabiat pemakanan yang baik dan
kurangkan tahap tekanan serta bersenam mengikut jadual, ianya akan memberi
fungsi badan yang optimum terhadap serangan penyakit.  Maka itu, sistem imun
yang baik dapat melindungi tubuh daripada berlakunya kematian awal dan
menggalakkan kesembuhan dengan cepat terhadap penyakit. 

Sebaliknya apabila di kalangan masyarakat mengabaikan masa rehat dan masa


tidur mereka.  Contohnya kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap
malam, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan
sistem ketahanan badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan
tekanan darah tinggi.  Bagi seseorang individu untuk mendapatkan tidur yang
cukup, tempoh tidur adalah diantara enam hingga lapan jam.  Dalam tempoh masa
tidur ini, tubuh kita akan membina sel-sel baru dan proses metabolisme dapat
dijalankan dengan lancar.  Apabila sistem ketahanan badan kurang, ini boleh
menyebabkan penyakit seterusnya berkemungkinan boleh menyebabkan kematian. 

3.0       KEPENTINGAN ENAM FAEDAH KOMPREHENSIF GAYA HIDUP SIHAT


DAN SEJAHTERA TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT.
3.1       Kepentingan dalam pencegahan penyakit
           
Kita boleh lihat, faedah peningkatan kecekapan kardiovaskular dan saluran darah
telah memberi kepentingan dalam pencegahan penyakit terhadap individu, keluarga
dan masyarakat.  Sebenarnya pencegahan penyakit merupakan cara untuk
menggalakkan amalan hidup sihat dan sejahtera.  Dimana amalan gaya hidup yang
sihat dapat mengurangkan risiko kita daripada terdedah kepada penyakit seperti
penyakit kardiovaskular yang semakin mudah menyerang pada hari ini dan boleh
menjadi pembunuh utama.

Sebagai langkah pencegahan penyakit, pentingnya perubahan gaya hidup sihat dan
sejahtera yang merangkumi cara pemakanan yang sihat, memastikan persekitaran
tempat tinggal adalah bersih, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala,
melakukan riadah, mengatasi stress, tidak merokok dan memastikan mendapat
rehat yang mencukupi.  Gaya hidup sihat dan sejahtera telah banyak menyumbang
dalam meningkatkan taraf kesihatan.  Dengan itu, mengubah suai gaya hidup dan
mengambil peranan yang lebih aktif untuk mencegah penyakit telah menjadi
dorongan bagi menjalani gaya hidup sihat..

Kepentingan dalam pencegahan penyakit telah memberi kebaikan dalam kehidupan


harian iaitu dari segi amalan kesihatan dan kesejahteraan.  Kesihatan merupakan
sesuatu yang amat bernilai, ianya boleh membantu menyelamatkan kehidupan dan
nyawa seseorang.  Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko
daripada terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang pada masa
ini.  Contohnya berhenti merokok merupakan langkah mencegah penyakit.  Tabiat
merokok boleh memberi risiko pada seseorang untuk mendapat penyakit paru-paru,
jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.  Ini adalah kerana
terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok. 

 3.2       Kepentingan dalam kecergasan fizikal

Sememangnya kekuatan dan ketahanan otot bergantung pada kecergasan fizikal


yang baik.  Aktiviti senaman amat penting untuk kecergasan fizikal.  Semasa
bersenam sebahagian besar organ dalam badan dan otot seseorang bergerak aktif
dan menjadi kuat.  Maka itu, otot yang baik penting dalam keupayaan anggota
badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti harian.  Ringkasnya,
melalui senaman otot menjadi lebih kuat, badan menjadi sihat dan otak menjadi
cerdas.  Jika seseorang individu, sebuah keluarga dan masyarakat mengamalkan
aktiviti senaman, tidak mustahil kekuatan otot dan tahap kesihatan akan meningkat. 
Oleh itu, kesedaran tentang perlunya aktiviti senaman hendaklah
dipupuk.  Contohnya seorang pekerja yang mempunyai otot kuat, badan yang sihat
dan cergas akan melaksanakan pekerjaannya dengan cerdas dan bertenaga. 
Sebaliknya pekerja yang lemah lesu akan mengambil tempoh yang lama
melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Tahukah apabila mengambil bahagian dalam program kercergasan, kualiti gaya
hidup sihat dan sejahtera akan meningkatkan.  Oleh itu, program senaman perlu
diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan fizikal yang baik untuk menyokong
pergerakan badan dalam kehidupan harian.  Antara aktiviti yang biasa dijalankan
adalah berenang, berlari, berbasikal, senaman aerobik, berjalan pantas, permainan
kasut roda serta beberapa latihan berat badan akan menghasilkan kecergasan
fizikal.  
  
Tahukah apabila mengambil bahagian dalam program kercergasan, kualiti gaya
hidup sihat dan sejahtera akan meningkatkan.  Oleh itu, program senaman perlu
diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan fizikal yang baik untuk menyokong
pergerakan badan dalam kehidupan harian.  Antara aktiviti yang biasa dijalankan
adalah berenang, berlari, berbasikal, senaman aerobik, berjalan pantas, permainan
kasut roda serta beberapa latihan berat badan akan menghasilkan kecergasan
fizikal.

3.3       Kepentingan dalam membentuk imej diri

Dalam faedah peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri adalah
penting dalam membentuk imej diri.  Dimana membentuk imej diri mestilah
dimulakan dengan cara kita membina rasa menghargai dan menyayangi diri sendiri,
sebelum menyayangi dan menghargai orang lain.  Bila kita mencintai apa yang
dianugerahi maka apa jua yang ditemui disekeliling akan menjadi cantik dan
menggembirakan.   Penampilan imej diri merupakan penentu utama kepada
kelakuan seseorang dengan siapa kita akan berkawan dan pemikiran kita.  Dimana
gambaran tentang diri kita diwarnai oleh pengalaman kita, kejayaan dan kegagalan
kita, tanggapan kita terhadap diri kita dan reaksi orang lain terhadap diri kita.  Untuk
mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang individu dalam kehidupan,
mestilah bermula dari perubahan imej kendiri individu tersebut berdasarkan amalan
hidup sihat dan sejahtera. 

Contohnya seorang kerani pentabiran, majikannya telah memberi arahan untuk


mengendalikan urusan perakaunan pejabat.  Sehubungan itu,  kerani pentadbiran
tersebut berasa amat sukar melaksanakan tugas tersebut kerana tidak mempunyai
pengalaman dan pengetahuan dalam bidang Perakaunan.  Walaubagaimanpun,
kerani tersebut melaksanakan juga arahan majikannya dengan cara belajar
berdasarkan sumber rujukan dan merujuk kepada mereka yang mempunyai
pengalaman dan pengetahuan tentang perakaunan sehinggalah selesai.  Justeru
itu, kerani tersebut telah menampilkan satu imej diri yang baik kerana dapat
menangani masalah itu dengan mengubah pemikiran yang sihat.  Maka itu,
penampilan kerani tersebut menjadi tinggi di kaca mata majikannya.

Maka itu, apabila gaya hidup sihat dan sejahtera diamalkan cara pemikiran diri
dapat bertukar dari pandangan negatif kepada pandangan yang positif.  Ini kerana
pemikiran positif akan memperbaiki imej diri kita.  Kita jugalah yang menentukan
kualiti hidup kita berdasarkan imej diri kita sendiri.  Maknanya kita menentukan
harga diri dan kita jugalah yang menentukan sebanyak mana kegembiraan yang
akan kita perolehi.

3.4       Kepentingan dalam kemahiran berfikir

Manfaat dari segi peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam


kehidupan telah memberi kepentingan dalam kemahiran berfikir.  Sesungguhnya,
berfikir seumpama bercakap kepada diri sendiri.  Oleh sebab itu, kita tidak boleh
fokus lebih daripada dua fikiran pada satu-satu masa, maka dengan itu perlulah
ditegaskan sesuatu fikiran positif dapat mengetepikan fikiran yang meresahkan atau
tekanan dengan fikiran yang menenangkan.   Maka itu, apabila kita mahir berfikir
mengisi minda dengan fikiran yang positif, maka lebih selesa kehidupan kita.

Contohnya seorang individu yang menghadapi tekanan yang menyebabkan dirinya


sentiasa resah.  Sekiranya individu tersebut tidak tahu menstabilkan atau kurangkan
tekanan, pengambilan atau penyalahgunaan dadah akan berlaku kerana
beranggapan dadah mempunyai fungsi yang agak luas dalam bidang perubatan. 
Sebaliknya, sekiranya individu menggunakan teknik berfikir secara positif ini dapat
menyelesaikan tekanan yang dihadapi secara baik.  Bagi mengurangkan tekanan
seperti keresahan, kebimbangan dan ketidakselesaan, mungkin individu boleh
katakan kepada diri sendiri “ Bertenanglah.  Janganlah saya terlalu mengikut emosi
atau sensitive.  Tiada apa yang tidak boleh saya lakukan.  Jika saya panik atau
terlalu marah pun, perkara yang berlaku tetap akan berlaku dan sudah pun berlalu. 
Saya harus bertenang agar fikiran saya kembali jernih.  Dengan cara itu, saya boleh
berfikir secara tenang dan waras”.

Kemarahan merupakan salah satu tindak balas normal, jika berlarutan dan
berpanjangan akan merosakkan diri kita.  Terlalu marah boleh menyebabkan fikiran
bercelaru, tidak menentu serta tidak berupaya untuk memfokus kepada apa yang
sedang dilaksanakan.  Oleh itu, perasaan yang marah dapat dikurangkan dengan
berfikir secara positif seperti berkata pada diri “Kemarahan yang keterlaluan seperti
ini tidak baik.  Ia hanya mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada
kebaikan.  Biarlah saya memilih reaksi emosi yang lebih diterima dan tidak
merosakkan diri saya”.
  
Terdapat satu lagi cara kaedah berfikir yang selalu digunakan bagi mengatasi
tekanan adalah dengan mencadangkan sesuatu ke dalam minda kita setiap malam
sebelum tidur.  Ungkapan yang dibuat seharusnya yang dapt mencetus serta
mempertahankan motivasi kita untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.

3.5       Kepentingan kemahiran berkomunikasi


Kemahiran komunikasi biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan
tepat, berempati emosi orang lain, mahir menggunakan bahasa bukan lisan (body
language), cekap menjalinkan hubungan mesra dan mempunyai kemahiran
memimpin.

Dalam kemahiran berkomunikasi, seseorang itu mampu membina hubungan yang


baik di dalam situasi-situasi seperti ketika penyampaian masalah tanpa keraguan
atau helah bela diri dan ketika perhubungan mesra sewaktu pertemuan.  Hubungan
yang baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila perasaan empati kedua-dua pihak
dapat dirasai.  Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik antara kedua pihak
dapat terus dijalinkan dan dikekalkan sepanjang proses komunikasi.

Kemahiran memberi perhatian juga merupakan kemahiran dalam berkomunikasi.  Di


dalam proses komunikasi, memberi perhatian biasanya merujuk kepada komunikasi
bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan.  Komunikasi
bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu gaya badan, gerak
isyarat, kontak mata dan juga nada suara.

Kemahiran mendengar juga perlu ada dalam kemahiran berkomunikasi.  Di dalam


proses komunikasi, kita harus mendengar setiap perkataan, demi menggelakkan
timbulnya pandangan prasangka.  Pendengar harus mengembangkan keupayaan
mendengar semua perkataan yang telah dikomunikasikan.  Ini bermakna
mendengar perkataan, metafora, nada, suara, tekanan bunyi atau loghat atau dialek
termasuk air muka, gaya gerakan badan, gerak isyarat dan kontak mata. 
Mendengar dengan telinga ketiga ianya melibatkan kemahiran berfikir dan
membayangkan bagaimana orang lain merasa.

Sehubungan itu, dalam keperibadian diri ciri-ciri kemahiran komunikasi yang perlu
ada adalah seperti kebolehan menjalin hubungan mesra dengan orang lain,
mempunyai kestabilan dan kawalan emosi, bebas daripada gerak-geri yang ganjil,
ambil berat kesejahteraan orang lain, struktur sahsiah yang fleksibel, sabar, gaya
dan suara menarik, bersifat menerima (peka) dan bersimpati, bijaksana, toleransi,
jujur, memahami dan mesra, pengalaman hidup yang luas, ingin mempelajari teknik-
teknik dan konsep baru, sikap sederhana, integriti, menghormati, ingin tahu dan
terbuka.  Maka itu, apabila seseorang itu mahir berkomunikasi komunikasi juga turut
berkesan.

3.6       Kepentingan dalam sistem imun

Sistem imun adalah penting dalam mencegah serangan penyakit seterusnya


mengurangkan kematian awal.  Oleh itu, pengambilan pola makanan seimbang
merupakan suatu saranan yang baik bagi memperolehi sistem imun yang
kuat.  Makanan yang dimakan hendaklah mengandungi zat yang secukupnya untuk
mencegah seseorang daripada serangan penyakit.  Seseorang yang tidak
mengambil kira tentang pemakanan seimbang akan terdedah kepada risiko
serangan pelbagai penyakit.  Misalnya, pengambilan gula dan kolestrol yang
berlebihan akan memungkinkan seseorang diserang penyakit Diabetis dan
menimbulkan masalah kepada fungsi jantung.  Terdapat beberapa nutrien penting
yang membentuk makanan seimbang dan pengambilannya dalam kuantiti yang
sesuai dengan individu bersesuaian dengan jantina, usia, jadual aktiviti fizikal
seharian dan sebagainya.  Seterusnya, makanan seimbang haruslah memiliki
kandungan zat yang meliputi karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, serat dan
air.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi


memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit.  Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga
perlu dijadikan amalan hidup seharian.  Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau
penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan
asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan,
menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai
atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera.  Sikap sambil lewa
masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah.  Justeru itu,
amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat
dan sejahtera dalam kalangan masyarakat.
  
4.0       KESIMPULAN

Pada kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat dan sejahtera amat penting kepada
semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta
optimum. Oleh itu, gaya hidup sihat dan sejahtera hanya boleh dicapai sekiranya
masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia
sihat.  Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.

Gaya hidup yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada
kesihatan kita.  Oleh itu, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan
perlu ditingkatkan.  Dengan ini, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat
mulai sekarang.  Amalan gaya hidup sihat dapat membantu dalam mencegah
jangkitan penyakit.

Seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri
sendiri dan juga persekitaraannya.  Dengan mengutamakan kebersihan, maka kita dapat
menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.  Di samping itu, kita juga dapat hidup
dalam suasana yang sihat dan harmoni.  Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta
persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap
dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.  Langkah-langkah ini
penting supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek pemakanan dan
penjagaan kebersihan.  

Anda mungkin juga menyukai