Anda di halaman 1dari 16

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN

DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI 2021

MPU3313_V2

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2

NO. MATRIKULASI : 840526055447001

NO. KAD PENGENALAN : 840526-05-5447


NO. TELEFON : 012-5282605

E-MEL : adi2605@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA
ISI KANDUNGAN
BIl Perkara M/S

1.0 Tugasan 1
1
1(a) Perbezaan di antara dimensi sosial dan pekerjaan dalam konteks kesihatan
dan kesejahteraan

1(b) Cabaran yang dihadapi oleh individu dalam memastikan kesejahteraan 7


kewangan

2.0 Tugasan 2

Jurnal reflektif 11
TUGASAN 1

1(a) Perbezaan di antara dimensi sosial dan pekerjaan dalam konteks kesihatan dan
kesejahteraan

Pengenalan:

Dimensi sosial

Seperti yang diketahui umum, makna dimensi sosial dihuraikan sebagai perhubungan yang
anda ada dan bagaimana anda berinteraksi dengan orang lain. Ia mendorong kita untuk
melibatkan diri atau menyumbang kepada persekitaran dan kepada sesebuah komuniti atau
masyarakat. Ini melibatkan perhubungan yang akrab,sihat dan memelihara perhubungan yang
ikhlas antara anda dengan orang di sekeliling anda. Untuk meningkatkan kesejahteraan sosial
kita perlu ada hubungan yang baik dengan orang lain dengan membina jaringan sosial yang
kuat, contohnya sentiasa bercampur gaul dan mengenali orang disekeliling anda,seperti
bertegur sapa dan melakukan aktiviti bersama jiran-jiran yang tinggal di kawasan perumahan .
Sentiasa berlatih untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dengan orang
lain agar sesuatu mesej yang akan disampaikan mudah untuk diterima dan difahami oleh
orang lain. Kita juga perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dengan orang dalam
pelbagai keadaan, contohnya seperti kita terlibat dengan aktiviti gotong royong bersama
masyarakat sekeliling dan jiran tetangga.

Selain itu adalah penting bagi seseorang individu bijak menyelesaikan konflik
interpersonal dalam persekitaran yang sihat. Secara amnya Malaysia juga terkenal dengan
masyarakat yang berasal dari latar belakang, budaya dan kepercayaan yang berbeza, oleh itu
seseorang individu perlu bijak dalam berinteraksi dengan seseorang individu lain yang datang
daripada budaya yang berbeza untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang perselisihan
faham. Adalah penting untuk saling hormat menghormati sesama agama dan kaum, tidak
bercakap tentang perkara yang boleh membangkitkan isu-isu perkauman untuk mengelakkan
sebarang perbalahan dan pergaduhan. Sebagai tambahan kepada semua perkara di atas
terdapat satu isu yang amat penting bagi seseorang individu untuk memastikan kesejahteraan
sosial mereka tercapai dengan jayanya, timbul persoalan bagaimanakah caranya sesorang
individu tersebut memantapkan kemahiran sosial mereka. Kemahiran sosial dapat dipupuk
1
dan dibentuk sejak daripada zaman kanak-kanak lagi. Adalah penting bagi seseorang untuk
mencapai kemahiran sosial, mereka perlu mahir dalam cara untuk berkomunikasi yang
berkesan,menjadi pendengar yang baik dan bijak untuk menguruskan konflik. Semua ini
bermula daripada interaksi bersama ahli keluarga,interaksi bersama rakan-rakan sebaya di
sekolah, dengan ini sesorang itu telah berjaya untuk menjadikan kemahiran sosial seseorang
itu berkembang dengan baik dan berkesan.

Dimensi pekerjaan

Di dalam era globalisasi sekarang keperluan tenaga kerja secara umumnya banyak mengalami
perubahan akibat daripada situasi ekonomi yang tidak menentu dan juga akibat daripada
masalah pandemik covid 19 yang sedang melanda seluruh dunia pada masa
sekarang.Mengimbas kembali kepada suatu ketika dahulu kedudukan,pangkat dan kejayaan
adalah satu perkara yang amat mustahak dan sering diimpikan oleh semua orang di dalam
alam pekerjaan,namun begitu aspirasi dan gaya hidup yang berbeza pada masa sekarang telah
menyebabkan keperluan pekerjaan pada masa sekarang telah berubah. Pekerja pada zaman
sekarang amat mementingkan kualiti dalam kehidupan,mementingkan keseronokan dalam
bekerja,bermakna dan pekerjaan yang memberikan pulangan ganjaran yang memuaskan.

Statistik yang telah dikeluarkan oleh pertubuhan kesihatan sedunia(WHO) telah


memberi maklumat bahawa sebanyak 58% daripada seluruh penduduk di muka bumi ini telah
meluangkan masa sebanyak satu pertiga daripada kehidupan mereka dengan pergi bekerja.Ini
secara tidak langsung telah memberi kesan yang amat besar kepada kesejahteraan diri,
pembangunan,keluarga dan masyarakat.Ini bermakna kesejahteraan pekerjaan menjadi
komponen yang mustahak dan penting didalam kesemua perasaan kesejahteraan diri
kita.Seharusnya kita mesti mencapai antara keseimbangan kerja hakiki dan hal lain yang tiada
kaitan langsung dengan kerja kita dimana ia adalah perkara yang amat penting untuk
mencapai kesejahteraan pekerjaan. Kebijaksanaan seseorang individu dalam mengawal dan
menguruskan tekanan sewaktu di tempat kerja dan dapat menjalinkan hubungan yang mesra
dan mengekalkan interaksi dengan rakan di tempat kerja juga boleh menyumbangkan
kepada perasaan kesejahteraan pekerjaan anda. Keupayaan seseorang untuk mewujudkan
hubungan yang yang baik dan harmoni dengan rakan di tempat kerja juga merupakan elemen

2
yang penting untuk kesejahteraan pekerjaan. Gaji merupakan faktor yang amat penting dalam
kesejahteraan pekerjaan bagi sebilangan orang,tetapi bagi sebahagian orang,ia lebih tertumpu
kepada nilai dan kreativiti dalam bekerja. Seseorang pekerja yang ingin melakukan perkara
yang beliau mahu lakukan dalam kehidupan seharian dan berasa bebas melakukannya,ini akan
meningkatkan kesejahteraan pekerjaan seseorang. Bagi kebanyakan orang ,suasana tempat
kerja yang selesa dan sihat akan memberikan perasaan kesejahteraan,ia juga tidak
besandarkan kepada bayaran gaji yang lumayan atau kedudukan yang tinggi. Pemberian
ganjaran pula adalah merupakan perkara yang amat penting dalam kesejahteraan pekerjaan.Ia
dapat mempengaruhi dan meningkatkan motivasi pekerja dan seterusnya meningkatkan
produktiviti sesebuah organisasi. Selain dari itu,elemen kepuasan dalam pekerjaan juga
merupakan perkara yang perlu diambil serius dalam kesejahteraan pekerjaan, kepuasan dalam
pekerjaan boleh dicipta dan tidak semestinya berdasarkan atas faktor-faktor tertentu sahaja.
Persekitaran tempat kerja yang harmoni,dan selesa akan mewujudkan suasana yang nyaman
kepada seseorang. Keupayaan seseorang untuk memberi sumbangan untuk kesejahteraan
orang lain dan masyarakat juga akan menimbulkan perasaan yang memuaskan dan bermakna
menjadi sebagai anggota penyumbang kapada masyarakat.

Oleh yang demikian mari kita bersama memikirkan apakah faktor-faktor yang boleh
menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan. Antara faktor yang perlu di utamakan adalah
dengan terlibat secara aktif dalam merangka aktiviti yang kreatif dan merangsang yang boleh
menaikkan lagi kemahiran anda seterusnya sebagai pekerja kita harus mengambil peluang
untuk memajukan diri sendiri dengan terlibat dalam latihan dan bengkel yang boleh
memantapakan lagi kemahiran anda. Sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan
bekerjasama dengan rakan sekerja dan mempunyai sikap kerja dalam berpasukan. Akhir
sekali untuk meningkatkan lagi kesejahteraan pekerjaan kita perlu membuat pilihan yang tepat
tentang jenis pekerjaan yang menarik minat seseorang,ianya amat penting kerana faktor
pekerjaan boleh mempengaruhi kepada faktor kehidupan seharian seseorang. Mencapai
keseimbangan kehidupan kerja yang betul pula amat penting kerana,seseorang perlu faham
dengan kerja dan gaya pembelajaran supaya boleh dilaksanakan kedua-duanya secara individu
atau bersama orang lain.
Disamping itu kita perlu sedar akan kekuatan dan juga kelemahan yang kita miliki
dengan cara meneroka bakat dan minat kita.Kita perlu mengadakan perbincangan bersama

3
rakan sekerja atau pengurus apabila timbul sebarang masalah. Kita juga perlu memberi
komitmen dengan cara menyumbang kemahiran unik yang kita ada untuk perkembangan
peribadi dan profesional dengan cara yang bermanfaat untuk faedah sesebuah organisasi.
Akhir sekali kita juga perlu memiliki sesuatu aktiviti atau hobi yang memberikan kita
keseronokan selain daripada rutin bekerja. Oleh itu adalah penting untuk kita semua perlu
memilih kerjaya yang sesuai dan selaras dengan nilai peribadi, minat dan kepercayaan demi
mencapai kesejahteraan pekerjaan, seseorang yang mempunyai kesejahteraan pekerjaan yang
tinggi akan sering terlibat dengan penerokaan idea yang baru, memberi galakkan rangsangan,
perkembangan mental dan intelektual.

Strategi

Antara strategi yang boleh meningkatkan kesejahteraan sosial dan pekerjaan bagi seseorang
individu adalah :

Dimensi sosial

Seperti yang kita sedia maklum dimensi sosial adalah berkaitan dengan hubungan diantara
manusia dan masyarakat sekeliling. Hubungan ini amat penting untuk dibina kerana manusia
hidup dalam masyarakat dan memerlukan antara sama lain. Oleh yang demikian adalah amat
penting untuk seseorang individu untuk mempelajari dan memperbaiki kemahiran untuk
berkomunikasi dengan cara yang lebih berkesan, kemahiran mendengar dan boleh
menguruskan konflik. Oleh yang demikian adalah amat penting untuk kita mewujudkan
hubungan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita dan membina rangkaian sosial
yang jitu. Kita juga perlu untuk terlibat dengan pelbagai akitiviti dalam masyarakat contohnya
seperti gotong royong dan menghadiri sebarang bentuk kenduri kendara apabila dijemput.
Selain itu kita juga perlu bijak dalam menyelesaikan konflik jika berlaku sebarang perbalahan
dalam suasana dan persekitaran yang sihat dan cara yang penuh hormat. Semua sedia maklum
bahawa hidup dalam masyarakat majmuk akan membawa kepada perbezaan budaya, latar
belakang dan kepercayaan kita perlu menghormati antara satu sama lain untuk elakkan
sebarang perbalahan. Akhir sekali marilah kita semua menghargai masa yang ada kerana kita
tidak mahu masa yang ada dibazirkan dengan aktiviti yang sia-sia dan tidak berfaedah.

4
Dimensi pekerjaan
Seperti semua yang sedia maklum dimensi pekerjaan berkonsepkan tuntutan rutin yang
digabungkan dengan cabaran baru yang menjadikan sesuatu pekerjaan menyeronokkan,
bermakna dan memberikan ganjaran. Oleh yang demikian adalah sangat penting bagi kita
untuk mengatur strategi untuk meningkatkan kesejahteraan pekerjaan. Cara pengurusan
tekanan amatlah penting untuk diatasi sebelum sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,
jadikanlah tempat kerja kita sebagai tempat yang amat seronok untuk didiami setiap hari.
Binalah hubungan yang baik bersama rakan sekerja, elakkan sebrang konflik atau masalah
bersama rakan sekerja.Ganjaran yang setimpal juga amat penting daripada ketua sesebuah
organisasi berdasarkan prestasi yang memberangsangkan daripada seseorang pekerja tersebut.
Faktor yang amat penting sekali adalah dengan memilih jenis pekerjaan yang menarik minat
seseorang. Perlu memilih kerjaya yang selaras dengan nilai peribadi, minat dan kepercayaan.

Seseorang juga perlu mencapai keseimbangan kehidupan kerja yang betul. Perlu faham
dengan kerja supaya anda boleh melaksanakan kerja dengan baik dan jitu. Kita juga perlu
mencari kekuatan dan kelemahan dengan meneroka bakat dan minat. Akhir sekali kita juga
perlu mempunyai minat atau hobi yang kita minat dan memberi keseronokan selain daripada
aktiviti bekerja.

Rumusan:

Kesimpulannya,kesejahteraan sosial dan pekerjaan adalah amat penting dalam kehidupan


seseorang setiap hari. Kedua-dua ini berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa kemahiran
sosial yang mantap seseorang indidvidu mungkin tidak dapat menjalani kehidupan seharian
dengan sempurna kerana kita semua hidup bermasyarakat, memerlukan antara satu sama lain.
Mempunyai kemahiran sosial yang sempurna akan menyumbang kepada kebajikan bersama
masyarakat dan hidup dalam keadaan harmoni dan persekitaran yang sihat. Bagi
kesejahteraan pekerjaan pula kita perlu bijak untuk memilih kerjaya yang selaras dengan nilai
peribadi, minat dan kepercayaan.Ini adalah amat penting kerana kita tidak mahu sebarang
masalah akan timbul jika kita tidak serasi dengan pekerjaan kita sendiri. Oleh itu mereka yang

5
mempunyai kesejahteraan yang tinggi akan terlibat dengan penerokaan idea yang baru,juga
menggalakkan rangsangan,perkembangan mental dan aktiviti intelektual, oleh itu pilihan
profesion,kepuasan kerja,pembangunan kerjaya prestasi peribadi adalah komponen yang
penting dalam kesejahteraan pekerjaan.

Rujukan:

Azmi Mustafa. (2005). Tekanan dan kepuasan kerja di kalangan


kakitangan Pusat Serenti. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lee, Hoo Nee. (2002). Hubungan Tekanan dengan lokus kawalan dalaman,
personaliti jenis A dan kepuasan kerja di kalangan anggota PDRM.
Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Amrah Abd. Ghani. (2002). Tekanan kerja di kalangan jururawat :


Hubungannya dengan kepuasan kerja dan lokus kawalan. Latihan
Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

1(b) Cabaran yang dihadapi oleh individu dalam memastikan kesejahteraan kewangan

6
Pengenalan:
Di dalam era globalisasi pada masa sekarang dan juga cabaran pendemik covid 19 yang
melanda dunia,ini telah memberi kesan yang amat mendalam kepada semua golongan pekerja
tidak kira pekerja bawahan,pekerja korporat dan juga semua sektor-sektor
industri,pelancongan dan sebagainya. Semua telah terjejas teruk akibat daripada kesan
pendemik yang melanda. Untuk mengekang wabak yang berbahaya ini daripada tersebar
dengan lebih meluas ke seluruh pelosok tanah air malaysia, kerajaan terpaksa membuat
keputusan yang amat drastik demi keselamatan dan nyawa rakyat malaysia. Kerajaan telah
melaksanakan (perintah kawalan pergerakan) PKP di seluruh malaysia bermula daripada
tarikh 18 mac 2020 hari rabu sehingga sekarang.Sepanjang perintah ini telah dikuatkuasakan,
banyak sektor-sektor pekerjaan terpaksa ditutup selama berbulan-bulan lamaya. Ini secara
tidak langsung telah mengakibatkan pendapatan semua orang terjejas, ramai pekerja-pekerja
terpaksa diberhentikan kerana banyak sektor yang terpaksa menanggung kerugian kerana
tidak lagi beroperasi.Ini telah mengakibatkan semua lapisan masyarakat dan pekerja terjejas
teruk. Joo dan Grable, (2004) dan Kim, (2004) juga mendapati bahawa tingkah laku
kewangan juga ada hubungan positif terhadap kesejahteraan kewangan dan kepuasan hidup.

Secara tidak langsung ini telah memberi kesan yang amat teruk terhadap semua
lapisan masyarakat. Disini antara masalah-masalah kewangan peribadi yang sering dikaitkan
dengan seseorang individu adalah sangat banyak. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan seseorang mengalami masalah kewangan yang amat serius. Selain daripada
faktor diberhentikan kerja akibat daripada krisis pandemik, terdapat juga faktor-faktor lain
yang menyebabkan masalah kewangan seseorang itu terjejas. Istilah keluarga dwi-pendapatan
yang bermaksud suami dan isteri bekerja telah memberi banyak kelebihan kerana pendapatan
mereka ini lebih banyak berbanding keluarga satu pendapatan iaitu hanya seorang sahaja yang
bekerja. Jadi kesejahteraan kewangan suami isteri yang bekerja adalah lebih baik daripada
keluarga yang hanya seorang sahaja yang bekerja.

Selain itu,kos sara yang hidup yang semakin meningkat dan perubahan gaya hidup
dikalangan rakyat malaysia juga memberi kesan keatas kewangan seseorang
individu.Bilangan ahli keluarga yang ramai dalam sesebuah keluarga juga telah menyebabkan
masalah kepada kesejahteraan kewangan. Mereka tidak dapat memenuhi semua kehendak ahli

7
keluarga kerana tidak cukup sumber kewangan yang melebihi tahap keperluan ketua keluarga
tersebut. Ada juga individu yang tidak boleh membezakan antara kehendak dan keperluan,
mereka seringkali melebihi kehendak berbanding keperluan,ini telah menyebabkan kewangan
terjejas dengan perkara yang tidak penting. Bebanan hutang yang amat banyak dan tabiat
penggunaan kad kredit yang tidak terkawal serta tabiat suka berbelanja dan membeli barangan
yang terlalu mahal sehingga melebihi kemampuan seseorang juga mendorong kepada masalah
kewangan seseorang.

Hal ini dipengaruhi oleh faktor budaya dan suasana persekitaran pada masa sekarang
menyebabkan seseorang itu lebih mementingkan gaya yang elegan diluaran walhal mereka
tidak mampu untuk semua itu. Faktor sosio-ekonomi seperti tahap pendidikan,jenis
pekerjaan,pendapatan gaji bulanan, umur, saiz rumah juga merupakan antara masalah yang
dihadapi oleh seseorang individu. Selain itu pada zaman sekarang seseorang individu tidak
mengamalkan simpanan duit untuk masa-masa kecemasan. Simpanan kecemasan amat
penting jika ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada ahli keluarga kita,kita dapat
menggunakan duit tersebut untuk hal-hal kecemasan.

Oleh yang demikian semua orang perlu untuk memastikan kesejahteraan kewangan
dapat dicapai dengan baik. Elakkan daripada terlibat dengan semua masalah yang telah
dibincangkan untuk menjadikan kehidupan seharian lebih baik dan tidak terjejas akibat
daripada masalah kewangan yang serius. Masalah kewangan yang tidak dapat dibendung
mungkin akan mengakibatkan seseorang individu mengambil jalan yang salah dan terlibat
dengan aktiviti yang tidak sihat dan memberi kesan kepada budaya sosial contohnya
seseorang invidu mungkin terpaksa mencuri,merompak dan meragut untuk mendapatkan duit
untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ada juga terpaksa mempergunakan ahli keluarga lain
dengan tujuan untuk mendapatkan duit seperti anak perempuan dipaksa untuk menjadi pelacur
untuk mendapatkan duit. Akhir sekali marilah kita bersama-sama menghindarkan semua
perkara yang tidak berfaedah dan tidak penting untuk elakkan berlaku semua masalah ini.
Bersama-samalah kita menjaga semua ahli keluarga kita.
Seperti yang semua sedia maklum, sejak kebelakangan ini ekonomi diseluruh negara
telah terjejas dengan teruk, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Ini adalah
antara cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira

8
pangkat atau darjat. Ekoran daripada situasi pandemik covid19 yang semakin meruncing telah
menyebabkan banyak sektor-sektor pekerjaan terpaksa ditutup dan diberhentikan operasi
berbulan lamanya. Ini telah menyebabkan ramai para pekerja terpaksa diberhentikan atau
dibuang kerja oleh majikan masing-masing ekoran kerana mereka terpaksa menanggung
kerugian. Ini secara tidak langsung ramai orang telah hilang punca pendapatan dan mata
pencarian.

Keadaan ini telah menyebabkan hilang mata pencarian dan berlaku perubahan dalam
menguruskan kehidupan seharian. Setiap individu haruslah mempunyai cara atau tindakan
utnuk menguruskan kehidupan. Terdapat pelbagai cabaran kewangan yang perlu dilalui
diantaranya ialah seperti

a) Hilang pekerjaan
Individu tersebut haruslah bijak menggunakan wang simpanan yang ada untuk
membangunkan semula kehidupan yang sihat dan sejahtera, contohnya dengan membuka
perniagaan secara kecil-kecilan yang mana ianya dapat membantu meneruskan kehidupan
sementara mendapatkan pekerjaan baru

b) Pemotongan gaji
Ada juga pihak majikan yang mengambil tindakan melakukan potongan gaji kerana
situasi ekonomi yang tidak stabil dan perniagaan yang tidak kukuh. Oleh itu invidu
tersebut haruslah bijak menguruskan gaji yang ada untuk meneruskan kehidupan
seharian. Contohnya menguruskan kewangan dengan baik iaitu berbelanjan mengikut
keperluan bukan lagi memenuhi kehendak. Perlu sediakan belanjawan peribadi agar dapat
melihat perjalanan pengurusan kewangan dengan baik.

Rumusan:
Kemahiran untuk menguruskan kewangan perlu ada pada setiap individu tidak kira lelaki atau
perempuan.Kemahiran menuruskan kewangan diibaratkan sama seperti menjadi ibu bapa.
Kemahiran ini tidak akan diajar disekolah mahupun di universiti,ia akan timbul apabila saat
pertama kita menerima gaji sehingga akhir hayat kita.Oleh yang demikian untuk mengelakkan

9
sebarang masalah yang akan timbul pada kemudian hari,kita mestilah bijak dalam
menguruskan kewangan. Antara faktor-faktor yang penting dalam menguruskan kewangan
adalah seperti berikut. Pertama sekali kita mestilah mempunyai sumber pendapatan yang
mencukupi. Ukur baju pada badan sendiri sentiasa beringat ketika berbelanja iaitu membeli
barangan keperluan asas yang penting seperti makanan, minuman, tempat tinggal, kesihatan
dan baru disusuli dengan kehendak kita. Sentiasa mempunyai simpanan kecemasan,ia boleh
digunakan apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga. Jangan suka berhutang atau jangan
pakai kad kredit kerana ini boleh melalaikan kita dalam berbelanja. Akhir kata tanpa
pengurusan kewangan yang bijak, sesebuah institusi keluarga boleh menjadi porak peranda
dan banyak masalah sosial lain yang akan timbul seperti perceraian dan sebagainya.

Rujukan:

Irfan Khairi.(2011). Nota jutawan nota kewangan.Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

Rohani Datuk Mohd Shahir.(2011). Ke mana wang anda? Selangor: Galeri Ilmu.

TUGASAN 2
JURNAL REFLEKTIF
10
Tugasan ini dibuat untuk menilai semula pengalaman pembelajaran Kesihatan dan
Kesejahteraan bekaitan dengan dimensi sosial dan pekerjaan serta pengurusan kewangan
peribadi sepanjang tempoh pembelajaran. Saya secara peribadi telah mendapat pengalaman
dan pengetahuan baru tentang isu- isu tersebut. Di dalam jurnal refleksi ini saya akan
kemukakan pengalaman serta pandangan terhadap isu tersebut.

Selama ini saya hanya tahu tentang kesihatan pada penampilan luaran sahaja seperti
tidak sakit atau demam. Namun, dengan pembelajaran ini, saya dapat mengetahu begitu
banyak yang diketegorikan sebagai kesihatan.Sebagai pekerja dan pelajar saya berhubung
dengan orang ramai. Saya akan lebih gembira jika dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling. Keadaan ini dinamakan sebagai kesejahteraan sosial di mana saya akan membuat
penambahbaikan dengan mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain serta
menyelesaikan konflik interpersonal dalam persekitaran yang sihat dengan cara terhormat.
Perhubungan sosial yang baik diantara saya dengan orang sekeliling secara tidak langsung
akan mewujudkan kesejahteraan pekerjaan dan secara langsung akan meningkatkan
perkembangan peribadi dan professional, kedudukan kewangan dan rancangan masa depan.

Untuk menjadi seorang yang lebih professional di bidang pekerjaan saya dapat belajar
tentang kesejahteraan pekerjaan. Kepuasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan lebih
optimum bukan hanya kerana disebabkan gaji atau pangkat dan kedudukan tetapi kepuasan
adalah disebabkan individu merasa puas atau seperti mendapat ganjaran setimpal atas
pekerjaan tersebut. Untuk mencapai kesejahteraan pekerjaan, beberapa elimen perlu diambil
berat seperti keupayaan untuk menangani tekanan di tempat kerja, perhubungan dengan
majikan dan sesama pekerja dan keseimbangan dalam menyelesaikan tugasan. Pendekatan
yang dilakukan oleh saya ialah dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan.
Dengan cara ini saya dapat menjalinkan hubungan yang baik dikalangan rakan kerja saya.

Saya sering memandang remeh dalam pengurusan kewangan peribadi. Hakikatnya ia


amat penting dalam meracang pengurusan kewangan seseorang. Masalah kewangan
merupakan punca utama tekanan kewangan dalam kalangan pekerja seperti saya. Di antara
kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan adalah seperti tiada perancangan perbelanjaan,
tiada simpanan tunai, terlalu banyak menggunakan kredit serta penggunaan wang bonus yang
tidak terancang.

11
Terdapat beberapa takrifan mengenai kecenderungan masyarakat berbelanja antaranya
Zukin dan Maguire (2004) merujuk berbelanja sebagai proses pemilihan barang dan
perkhidmatan yang melibatkan aspek sosial, budaya, dan ekonomi; manakala Schiffman,
Hansen, dan Kanuk (2007) berpendapat ianya adalah tingkah laku pengguna dalam mencari,
dan menilai produk bagi memenuhi keperluan, dan merupakan langkah terakhir bagi
memenuhi keperluan peribadi (Kotler dan Armstrong 2007). Oleh yang demikian, merancang
perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada pendapatan
anda besar atau pun kecil. Saya boleh mengelak daripada melakukan kesilapan seperti di atas
dengan mengawasi tabiat berbelanja.

Menentukan matlamat kewangan seharusnya menggambarkan perkara yang ingin kita


kecapi dengan wang dalam jangka masa tertentu. Selain itu,mempelajari cara menguruskan
wang merupakan salah satu kemahiran hidup yang sangat penting (Nurul Alyaa, 2014).
Penetapan matlamat akan membantu saya memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan
saya berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan
melaksanakan setiap matlamat, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek atau panjang.

Selepas menentukan matlamat kewangan, saya perlu membuat perancangan untuk


berbelanja dengan lebih baik agar matlamat mudah dicapai. Namun, matlamat tersebut
bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenalpasti tabiat berbelanja. Melalui
pemerhatian ini, saya dapat mengetahui kemana dan bagaimana wang di belanjakan, berapa
banyak hutang setiap bulan, yang perlu dilunaskan dan berapakah lebihan wang yang masih
tinggal pada penghujung bulan.

Jika wang tidak berbaki pada setiap penghujung bulan, saya perlu menilai semula tabiat
berbelanja dengan meneliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang saya
beli ialah barangan yang benar-benar perlu atau hanya memenuhi kehendak.

Pelan perbelanjaan juga penting bagi membantu merancang kewangan. Dengan pelan
tersebut. saya boleh mengesan ke mana wang dibelanjakan seterusnya mengelakkan
pembaziran dalam perbelanjaan dan memulakan pelan simpanan. Menurut Syaiful Baharee

12
(2013), amalan pengurusan kewangan yang baik melibatkan perancangan kewangan yang
dapat membantu mengenalpasti cara-cara menyediakan belanjawan, membelanjakan sejumlah
wang dan membuat simpanan. Sekiranya tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk
disimpan, saya mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja serta mengurangkan
perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Rumusan

Kesejahteraan sosial adalah keupayaan seseorang untuk berjaya berinteraksi dengan orang
lain dan mewujudkan hubungan yang bermakna bagi meningkatkan kualiti hidup untuk semua
orang yang terlibat dalam interaksi (termasuk diri sendiri). Kemahiran komunikasi yang
berkesan boleh menyumbang kepada kebajikan kepada masyarakat dan dapat hidup dalam
keadaan harmoni dan persekitaran yang sihat. Pekerjaan menyediakan hasil pendapatan dan
hasil kebendaan yang merupakan tunjang utama bagi keperluan untuk kelangsungan hidup
dan pada masa yang sama turut memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan sosial,
psikologi dan fizikal.Kewangan adalah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan.
Fator-faktor lain yang mempengaruhi kesejahteraan kewangan ialah pengetahuan kewangan
(Braunstein & Welch 2002). Menurut Hussin dan Nik Nurul Amni (2012), wang adalah satu
aset yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita terutama dalam keadaan
ekonomi sekarang yang tidak menentu. Setiap individu perlu merancang kewangan masing-
masing sama ada kaya atau miskin. Namun, rancangan kewangan yang tidak dilaksanakan
dan diuruskan dengan bijak akan mengundang kegagalan dalam menguruskan kewangan.
Pengurusan kewangan peribadi sememangnya mempengaruhi gaya hidup seseorang. Pelbagai
kaedah boleh dilaksanakan agar kewangan peribadi dapat diuruskan secara sistematik dan
tidak dibebani dengan hutang yang tidak mampu dilunaskan.

831 patah perkataan

Rujukan

Zukin, S. & Maguire, J. S. 2004. Consumers and consumption. Annual Review of Sociology, 30,
173-197
13
Schiffman, L., Hansen H. & Kanuk, L. (2007). Consumer behaviour : An European Outlook.
London: Pearson Education

Hussin bin Salamon, Nik Nurul Amni binti Nik Lee. 2012. Kompetensi Pengurusan Kewangan
dalam Kalangan Mahasiswa: Tinjauan Terhadap Pelajar Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains Sukan), UTM, Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai