Anda di halaman 1dari 10

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER JANUARY 2023

MPU2192

FALSAFAH DAN ISU SEMASA 1

NO. MATRIKULASI : xxxxxxxxxxx

NO. KAD PENGENALAN : 85071013xxxxx

NO. TELEFON : xxxxxxxxx

E-MEL : sitihajar100785@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KUCHING LEARNING CENTRE


Tugasan 1

Saolan 1

1. Pendahuluan.

Perbandingan status seorang pekerja dan seorang yang berhenti kerja, demi menjaga ibu dan
bapa yang sakit. Melalui pandangan dan pegangan falsafah yang saya pegang, perbagai
permasalahan dan ketidaktentuan telah saya alami dan tempuhi sebagai seorang yang
berstatus berkerja dan tidak bekerja. bagi yang bertatus tidak bekerja, kaitan yang ketara
dilihat adalah keupayaan seseorang menghadapi apa jua masalah dan ketidaktentuan jika
berada dalam kelompok masyarakat yang kecil. Iaitu dalam keluarga sendiri atau berhadapan
dengan masyarakat luar. Adakan terdapat perbandingan yang ketara apabila melibatkan
jantina dalam dunia pekerjaan mahupun penjagaan ibu bapa yang sakit. Namun, berlainan
dengan status seorang yang bekerja dan mempunyai jawatan kukuh dalam apa jua bidang
atau sektor. Dengan adanya keupayaan lain akan ada kelompok yang mencipta peluang
pekerjaan dengan bekerja sendiri seperti membuka syarikat atau enterprise . Dalam bidang
yang pelbagai dan kemahiran yang diperolehi juga berlainan keperluan dari sudut kehidupan,
kesihatan, kewangan, dan pendidikan. Ramai dalam kalangan masyarakat disekeliling kita
terus berusaha dengan bersungguh-sungguh, namun tetap membandingkan pencapaian
dengan orang lain. Keperluan manusia yang menjadikan kita berintegriti dan terus menerus
perlu untuk penuhi sehingga lupa ada yang lebih penting dalam konsep kehidupan. Iaitu
mencari kebahagiaan yang sebenar, ianya berbentuk subjektif, berdasarkan pencapaian
impian seseorang.

1.0. Status seorang yang bekerja.

Pandangan saya kepentingan pekerjaan adalah bagi graduan yang telah tamat belajar, perkara
yang perlu diuruskan adalah pembayaran balik pinjaman belajar. Sangat perlu golongan ini
mencari pekerjaan sehingga menjadikan mereka ini sangat terdesak. Anggaran pendapatan
pula haruslah pendapatan yang lumayan setimpal dengan tahun pengajian dan jurusan di
universiti tempatan mahupun universiti antarabangsa. Namun, purata gaji bagi lepasan
graduan yang baru bekerja adalah sekitar RM1600-RM1800. Inilah yang terjadi kepada
golongan ini dilabel sebagai golongan yang sangat memilih pekerjaan. Untuk mendapatkan
gaji yang lebih besar bayarannya daripada ketekunan yang sebenar seorang yang bekerja
makan gaji. Kini, Generasi Z menceburi sektor pekerjaan bebas ini bedasarkan 68 peratus
memulakan kerjaya sendiri, menurut kajian selidik yang dilaksanakan oleh INTI
Internasional University & Colleges. (Leong, 2017) Kemahiran adalah antara penyumbang
utama dalam mendapatkan gaji yang lebih stabil dan pengiktirafan yang diperolehi juga
mempu mempengaruhi kedudukan seseorang dalam institusi, syarikat dan masyarakat.
Pergaulan dalam kalangan rakan sekerja, memainkan peranan suasana bekerja yang selesa
dan produktif. Persaingan sihat ataupun sebaliknya dalam melaksanakan projek dan
tanggungjawab yang diberikan, turut mendorong kepada suasana ruang kerja yang
sihat,positif dan berwawasan , akan tetapi ianya tidak menjadi mustahil apabila berlaku
perkara yang disebaliknya. Tempoh masa bekerja sangat diperlukan bagi menghasilkan
sesuatu projek lebih berjaya, ini menjadikan seseorang yang bekerja terikat dengan jadual
kerja yang ketat dan masa bersama keluarga akan singkat, sehinggakan masa pada hujung
minggu perlu digunakan sebaiknya.

1.1. Sektor Kerajaan.VS Sektor Swasta

Jaminan gaji dan kenaikkan gaji tahunan yang diperolehi adalah lebih baik berbanding
Dengan bekerja dalam sektor swasta. Jika berada dalam sektor kerajaan, perlantikkan tetap
yang menjadi buruan ditambah lagi dengan kelayakan pencen selepas berkhidmat, serta
jaminan untuk kenaikan pangkat atau pertukaran jabatan pula adalah perkara biasa
berbanding dalam sektor swasta yang bergantung kepada keperluan semasa dan desakkan
pentadbiran syarikat. Perbezaan ketara adalah pendapatan bulanan yang sangat ketara
terutama jawatan yang terdapat dalam sektor swasta, terutama jawatan eksekutif syarikat
yang berpendapatan lumayan. Keistimewaan bagi yang bekerja kerajaan, pinjaman dari
perbankkan dan koperasi jauh lebih mudah berbanding bekerja di sektor swasta seperti
pinjaman perumahan.

1.2.Alternatif bagi yang bekerja

Penjagaan ibu bapa yang sakit adalah tanggungjawab setiap anaknya lelaki mahupun
perempuan. Dalam Al Quran tidak di sebut dipertanggungjawabkan kepada sesiapa, apa yang
disebut adalah ‘berbuat baik’. Jadi selayaknya ibu bapa yang telah membesarkan dan
menjaga segala kebajikan anak-anaknya dibalas dengan berbakti sepenuh hati.

1.2.1. Pandangan masyarakat terbeban dengan adat yang terlampau, menghukum jika ibu
bapa dihantar ke rumah jagaan orang tua, hanya kerana anak-anak bekerja. kini
terdapat rumah jagaan orang tua yang beroperasi jagaan separa hari, mingguan dan
berbentuk bulanan. Ini adalah aternatif kepada anak-anak yang bekerja dan memberi
peluang kepada ibu bapa mereka bebas melakukan aktiviti tanpa meniggalkan mereka
berseorangan dirumah tanpa pengawasan dan penjagaan.
1.2.2. Bilangan adik beradik yang ramai boleh menjadikan pengurusan lebih mudah dan
meringankan urusan dan penjagaan ibu bapa yang sakit boleh dibuat secara
penggiliran dan bertolak ansur. Ini memberi kesempatan kepada anak-anak untuk
turut sama berbakti kepada orang tua masing-masing. Selayaknya seorang anak yang
berkahwin atau pun belum berkahwain bekerja mengatur penjadualan masing bagi
memberi bakti terbaik selagi ibu bapa masih hidup.
1.2.3. Mengaji pembantu untuk membantu menguruskan ibu bapa mereka di rumah sendiri
juga memberi keistimewaan agar ibu bapa boleh bersama ahli keluarga. Secara tidak
lansung perhubungan keluarga dirapatkan terutama sekali dalam mendidik anak
mereka agar berbakti kepada org tua dan menjaga kebajikan mereka sepert

2.0 Tidak Bekerja.

Keadaan yang sangat berbeza dan kualiti masa yang ada berlainan, apabila aturan judual
harian adalah lebih padat jika melibatkan penjagaan ibu bapa yang sakit. Memberi khidmat
berbakti kepada ibu bapa yang memerlukan perhatian dan bantuan sangat besar
tanggungjawab yang dipikul. Tidak dinafikan bagi seseorang yang nekad untuk berhenti
kerja dan menumpukan perhatian kepada penjagaan, cabaran yang besar dihadapi adalah dari
sudut kewangan dan emosi. Ini adalah laporan akhbar terknini,menurut Jabatan Perangkaan
Malaysia di Jabatan Perdana Menteri bertarikh 27 April 2022. (Malaysia, 2021) Statistik
Tenaga Buruh Tahunan Malaysia bedasarkan servei, menunjukkan peningkatan yang
mencatatkan 15.8 juta orang pada tahun 2020. Ini berikutan dengan wabak Covid-19 yang
melanda negara. Ramai yang terkesan dengan gelombang Covid-19 terutama sektor swasta.
Dalam masa yang sama, ramai yang terkesan dan status dengan perubahan mendadak
pengkelasan pendapatan isi rumah Malaysia 2020 daripada M40 (pendapatan isi rumah
RM4851 hingga RM10,970 sebulan), T20 (pendapatan isi rumah melebihi RM10,971)
kepada B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM4850. Apatah lagi cabaran yang dihadapi
oleh kelas B40 yang sememangnya sudah terkesan oleh wabak Covid-19. (Perangkaan,
2020). Ianya hanyalah perangkaan dan tiada yang pasti kenyataan dan kejadian sebenar,

3.0. Falsafah dan pandangan

Sebagai seorang cikgu tadika, tambahan lagi sebagai cikgu yang mengajar Pendidikan Islam,
Mengaji dan menghafal juzuk 30 Al quran menjadikan tugas dan tanggungjawab tidak hanya
dipikul semasa bekerja. pendedahan kepada keperluan menjadi seorang pendidik yang
penyayang adalah lebih tepat kerana ianya melibatkan sahsiah diri anak bangsa pelapis
pejuang dan khalifah. Pengisian dalam pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada
pencapaian silibus dan kuantiti murid yang berjaya kerana boleh menguasai 3M (menulis,
membaca dan mengira) tetapi kepada persediaan kanak-kanak dan kualiti menghadapi
hakikat sebenar ketuhanan dan kehidupan. Pengisian rohaniah menjadi persediaan untuk
mendepani cabaran terutama sekali bila berhadapan dengan murid-murid dari pelbagai latar
belakang dalam menjaga maruah sebagai serong pendidik. Bekerja dalam organisasi yang
mempunyai ramai kakitangan, tidak dinafikan akan berhadapan rakan sekerja yang dari
pelbagai ragam dan masalah politik dalaman. Sebagai pekerja yang berdidikasi perlu
menjalankan peka dan bijak membuat keputusan dan melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan. Dengan pegangan Agama Islam, melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah
di dunia adalah tuntutan dan perlu dilaksanakan sebagai seorang Muslimah. Memelihara dan
berbakti kepada orang tua, ibu bapa dan saudara mara salah satu bukti ketaatan kepada
perintah Allah.

4. kesimpulan

Kebijaksanaan membuat keputusan dan memenuhi keperluan sebenar kehidupan


membantu seseorang mencapai kesempurnaan hidup. Kebahagiaan yang sebenar adalah
berkongsi kesukaan dan kegembiraan yang kita ada bersama keluarga, kawan-kawan, jiran-
jiran dan orang asing yang kita jumpa. Bantulah sedaya mungkin agar, sikap yang baik hati
akan terus menerus tersebar kepada manusia di muka bumi ini. Jangan hanya menghakimi
dan terus menerus menyebarkan pandangan, tetapi tidak bertindak samalah seperti pepatah
melayu ‘Paku sebatang, bunyi pukulnya bertalu-talu’.

Tugasan 1

1(c) Peta Minda (Mind Map)

sila rujuk lampiran PDF


Rujukkan.

Leong, I. (2017). Generasi Z Pilih Kerjaya Berbeza. Kuala Lumpur: Astro Awani.

Malaysia, J. P. (2021). Kenyataan Media Statistik Tenaga Buruh, Malaysia. Putrajaya: Embargo.

Muhammad Syariefuddin Abdullah, Dr. Muhd Firdaus Mohd Noor. (2022). Falsafah dan Isu
Semasa 1. Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi,OUM.

Perangkaan, j. (2020). Siaran Akhbar Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan
Asas 2019. Putrajaya: Embargo, Jabatan Perangkaan Malaysia.
Tugasan 2

Laporan penemuan dalam bentuk refleks dan pengalaman sebenar selepas menyiapkan tugasan.

1. Kelebihan (plus) Sebelum: tidak pernah tahu penggunaan coogle.com memudahkan


untuk membuat peta minda dan pengalaman penggunaan enjin carian.

Semasa : menjadikannya keperluan untuk pelajar membuat nota dan


memudahkan pencarian maklumat untuk memahami subjek
pembelajaran.

Selepas: mudah memahami maklumat berkaitan subjek dan tugasan


yang hendak disiapkan. Selain berkongsi pendapat dan maklumat dari
rakan-rakan dan penyarah dalam forum.
2. Kelemahan Sebelum: Soalan tugasan sangat umum dan tiada kemahiran pembuatan
(minus) peta minda.

Semasa: Merangka jawapan dengan berkongsi idea dari rakan-rakan


dan penyarah.

Selepas: memahami sebenar fokus yang dikehendaki soalan melalui


kelas yang disertai dan rakaman, ianya membantu merangka jawapan
berdasarkan maklumat sedia ada dan maklumat baru.
3. Menarik Sebelum: Memahami maklumat baru dan kosakata baru membantu
(interesting) menyiapkan tugasan dan mereka peta minda dengan maklumat yang
diperolehi.
Semasa: berkongsi pandangan dan pendapat dari pensyarah dan rakan-
rakan seluruh cawangan OUM berkenaan subjek.

Selepas: menjadikan peta minta dari aplikasi Coogle dan ianya juga
kaedah baru dalam menulis nota untuk kelas-kelas mendatang.
4. Memperbaiki - Saya harus peka dengan perkembangan teknologi, dan
bahagian menjadikan kebiasaan dalam menyiapkan tugasan dan carian
kelemahan jurnal dan artikal yang berkaitan tajuk tugasan selain biasakan
(minus) penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian tanpa malu
bertanya cara penggunaan dan fungsi sebenar enjin.
- Cabaran komunikasi dengan pensyarah dan rakan-rakan seluruh
cawangan OUM untuk saya memahami istilah baru dalam
Penggunaan Coogle, walaupun penggunaannya memudahkan
kaedah penulisan esei dan mudah memfahami fakta.
Penggunaan Coogle ini boleh dijadikan kaedah pengajaran yang
mudah difahami untuk bidang kerja saya.
- Pensyarah membimbing serta memberi panduan dan tunjuk ajar
yang jelas untuk menyiapkan tugasan, walaupun pertanyaan
saya yang berulang-ulang.
Tugasan 3: penyertaan dalam talian.

Anda mungkin juga menyukai