Anda di halaman 1dari 43

ISI KANDUNGAN

No. Perkara Muka Surat

1. Biodata Diri i

2. Halaman Pengakuan ii

3. Isi Kandungan 1

4. Penghargaan 2
1.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
1.1 Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak
1.2 Kesan terhadap kanak-kanak di Malaysia
5. 3
1.3 Aplikasi teori Jean Piaget dalam pengajaran dan
pembelajaran
2.0 Teori Perkembangan Fizikal Robert Havighurst
2.1 Kesan terhadap kanak-kanak di Malaysia
6. 2.2 Aplikasi teori Robert Havighurst dalam pengajaran dan 14

pembelajaran
3.0 Perspektif Semasa Aspek Perkembangan Sosio-emosi Teori
Brofenbrenner dan Teori Pekembangan Ericson Megikut Perspektif
Islam.
7. 3.1 Teori Brofenbrenner 24

3.2Teori perkembangan Ericson

4.0 Rumusan
8. 37

9. Refleksi 38

10. Rujukan 41

11. Lampiran 43

1
Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya saya berjaya menyiapkan tugasan EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak yang
telah diamanahkan kepada saya. Segala idea dan pandangan yang terdapat di dalam tugasan
ini sebenarnya anugerah Yang Maha Esa yang dipinjamkan kepada saya untuk
menyempurnakan tugasan ini.

Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah


subjek Perkembangan Kanak-kanak iaitu Dr. Razali Bin Shafie dari Jabatan Ilmu Pendidikan
(JIP). Beliau banyak membantu saya menerangkan prosedur yang betul untuk membuat
tugasan ini. Penerangan beliau yang jelas dan terang banyak membantu saya memahami
tugasan ini sehingga dapat dilaksanakan hingga ke akhirnya. Beliau juga banyak memberi
nasihat dan panduanyang diperlukan supaya tugasan yang saya dan rakan-rakan seunit
laksanakan layak diberi markah yang tinggi. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada
para pensyarah yang telah memberikan sumbangan dari segi idea dan komen. Tugasan ini
memerlukan saya memilih dan menganalisis dua teori perkembangan kanak-kanak serta
aplikasi teori tersebut dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.Disamping itu saya juga perlu menerangkan dengan jelas dua perspektif semasa aspek
perkembangan sosio-emosi Teori Brofenbrenner dan Teori perkembangan Ericson mengikut
perspektif Islam. Sesungguhnya, bantuan dan komitmen daripada semua pihak amat
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekalung penghargaan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut sama-sama


bertungkus-lumus serta banyak membantu saya dalam memberi panduan dan nasihat bagi
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga buat individu-individu yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan saya ini. Jutaan terima
kasih saya ucapkan kepada kalian.

Semoga hasil yang telah diusahakan ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan
panduan kepada semua dalam meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pelajar seumur
hidup. Sekian, terima kasih.

2
TUGASAN PROJEK

A ) PIILIH DAN MENGANALISIS DUA TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SERTA


SEJAUHMANA APLIKASI TEORI TERSEBUT DALAM MENINGKATKAN KUALITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH.

1.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Setiap guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang aspek-aspek


psikologi dan pembelajaran untuk merancang pengajaran mereka. Namun, sebilangan guru
tidak memberi perhatian yang mendalam tentang aspek teori-teori untuk meningkatkan kualiti
pengajaran mereka. Jadi, saya memilih dua teori perkembangan kanak-kanak iaitu Jean Piaget
dan Bronfennrenner untuk dianalisis kesesuaiannya ke atas kenak-kanak di Malaysia dan
sejauhmana aplikasi teori tersebut dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pertama sekali, sebelum menganalisis kesesuaian teori Jean piaget ke atas kanak-
kanak, terlebih dahulu saya kaji tentang kandungan atau prinsip teori tersebut. Di dalam Teori
Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep yang asas, iaitu skema,
adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran
kognitif seseorang individu.

Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan
diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara
tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai,
merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang,
kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga
akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan
persekitarannya.

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara


akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan
wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan
apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.Jean Piaget mendapati kemampuan mental

3
manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau,
perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila
kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia
mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-
kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya
berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.


Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran baru yang belum
lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini
sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang
tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

1.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK JEAN PIAGET

1.1.1 Perkembangan Masa Bayi

Dalam pandangan Piaget tahap-tahap perkembangan pemikiran dibahagikan asas empat


tahap, iaitu tahap pemikiran sensorimotor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Pemikiran bayi termasuk ke dalam pemikiran sensorimotor, tahap sensorimotor


berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun. Selama tahap ini perkembangan
mental ditandai dengan perkembangan pesat dengan kemampuan bayi untuk menggunakan
mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasikan mata dan tangan untuk mencapai objek.
Dalam hal ini bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan
tersebut, selain itu juga aktif memberikan respons terhadap rangsangan tersebut. Pada akhir
tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun, pola-pola sensorimotor semakin kompleks.
Misalnya, anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan dan
memanipulasinya dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar ada.

4
1.1.2 Perkembangan Masa Kanak-Kanak Awal

Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra operasi, yang
berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Pada tahap ini kanak-kanak menggunakan minda untuk
membentuk skema-skema baru.

Perkembangan dalam peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili
sesuatu dengan simbol mental. Simbol dapat digunakan untuk menyatakan objek, orang atau
peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. Contohnya mewakili imej sebenar buku dengan
perkataan „buku‟ atau menggunakan gambar. Proses ini dinamakan fungsi semiotik. Dalam
proses ini juga, perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat.

Peringkat kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-
kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak dan jelas serta mempunyai sifat
egosentrik yang bermaksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif
sendiri.

1.1.3 Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-Kanak

Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasi konkrit. Menurut Piaget
operasi adalah hubungan-hubungan logik di antara konsep-konsep atau skema-skema.
Sedangkan operasi konkrit adalah aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek atau
peristiwa-peristiwa nyata atau konkrit dapat diukur.

Pada masa ini anak sudah mengembangkan fikiran logik, ia mulai mampu memahami
operasi sejumlah konsep. Menurut Piaget, kanak-anak pada masa operasi konkrit ini sudah
boleh menguasai konsep pengekalan yang memerlukan tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti,
prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan.

Kanak-kanak dalam peringkat ini juga menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran
ini kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan
sesuatu ciri. Proses pengelasan berkembang apabila pelajar mula menyedari sesuatu objek
yang dikelaskan kepada sesuatu ciri juga boleh tergolong dalam kumpulan yang lain.

Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun juga
merupakan satu pencapaian dalam peringkat ini. Selain itu, penguasaan kemahiran seperti
pemuliharaan, pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkan pelajar pada peringkat ini

5
telah mencapai satu peringkat logik. Walau bagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat
dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulasi dalam situasi
yang berbentuk konkrit.

Menurut (Slavin, 19797), kanak-kanak peringkat operasi konkrit berubah secara beransur
daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif. Pemikiran ini
membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan
daripada persepsi mereka. Mereka boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan
semasa bermain atau membuat aktiviti bersama. Para pelajar pada peringkat ini masih tidak
boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak atau masalah yang
melibatkan penggabungjalinan faktor-faktor yang kompleks.

1.1.4 Perkembangan Masa Remaja

Ditinjau dari perspektif teori kognitif Piaget, maka pemikiran masa remaja telah mencapai tahap
pemikiran operasi formal, yakni suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11
atau 12 tahun dan terus berlanjut sampai remaja mencapai masa tenang atau dewasa. Pada
tahap ini anak sudah mulai berfikir abstrak dan boleh melakukan hipotesis. Pada masa ini anak
sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi, sesuatu yang abstrak.

Di samping itu pada tahap ini remaja juga sudah mampu berfikir secara sistematik,
mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik untuk memecahkan masalah.

6
1.2IMPLIKASI KESESUAIAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET
TERHADAP KANAK-KANAK DI MALAYSIA .

Jean Piaget telah memperkenalkan “Conservation Tasks” untuk memahami


bahawa kuantiti, panjang, atau jumlah benda-benda adalah tidak berhubungan dengan
pengaturan daripada objek atau benda-benda tersebut. Pengekalan (conservation) bermaksud
memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau
sifatnya.Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti
plastersin dan nombor. Terdapat pelbagai jenis ujian yang boleh dijalankan untuk mengetahui
perkembangan kognitif kanak-kanak sama ada memahami konsep yang diberikan kepada
mereka. Saya telah menjalankan tiga jenis “Conservation Tasks” kepada para pelajar iaitu
berkaitan dengan nombor, panjang dan isi padu air bagi mengetahui tahap
perkembangan kognitif murid-murid di Malaysia.Ujian ini bagi menguji kesesuaian teori
Jean Piaget terhadap kanak-kanak di negara kita, Malaysia.

NOMBOR

Dua baris duit syiling ditunjukkan kepada


kanak-kanak.

Apabila ditanya adakah bilangan duit syiling Kanak-kanak tersebut menjawab „ya‟
dalam setiap baris adalah sama?
Kemudian salah satu baris duit syiling
dipanjangkan dan menanyakan soalan kepada
kanak-kanak,adakah bilangan duit syiling
masih sama banyak?

Adakah bilangan duit syiling di dalam setiap (YA) :- Duit tetap sama banyak walaupun
baris adalah sama? dijarakkan duit syiling itu.
(TIDAK) :- Kanak-kanak itu menjawab baris
yang dipanjangkan itu mempunyai lebih duit
syiling daripada baris di atas.

7
AKTIVITI BILANGAN DUIT SYILING
UMUR (TAHUN) 6 7 8 9 10 11 12
MURID A x x x x / / /
JAWAPAN
MURID B x x x / / / /

JADUAL 5 : Data bagi aktiviti bilangan nombor

Bagi tugasan bilangan nombor duit syiling ini, para pelajar tahap 1 masih menumpukan
kepada keadaan fizikal iaitu panjang baris daripada konsep yang lebih abstrak iaitu
bilangan.Mereka tidak dapat melaksanakan transformasi dengan melihat pemanjangan baris
sebagai baris baru dan bukan proses pemanjangan baris yang lama. Selain itu, mereka tidak
dapat melakukan proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada asal.
Berdasarkan Jadual 5, ia terbukti bahawa para pelajar prasekolah dan murid-murid tahap 1
belum memperoleh konsep pengekalan bahan dengan mengatakan baris duit syiling B lebih
banyak walaupun sebenarnya jumlah duit syiling A dan B sama banyak.Para pelajar tahap 2
pula dapat melakukan transformasi mengingat semula iaitu membalikkan proses kepada asal
dengan mempunyai perkembangan kognitif yang baik. Mereka mengatakan bahawa kedua-dua
baris duit syiling ini mempunyai bilangan yang sama iaitu sebanyak 8 keping duit syiling.

PANJANG

Dua batang kapur yang sama panjang A


ditunjukkan kepada kanak-kanak
B

Apabila ditanya adakah panjang kedua-dua Kanak-kanak tersebut menjawab „ya‟


kapur ini sama panjang?
Kemudian salah satu kapur digerakkan ke A
arah kanan dan bertanya kepada murid
adakah yang masih sama panjang? B

8
AKTIVITI PANJANG KAPUR
UMUR (TAHUN) 6 7 8 9 10 11 12
MURID A x x x x / / /
JAWAPAN
MURID B x x x x / / /

JADUAL 6 : Data bagi aktiviti panjang kapur

Berdasarkan Jadual 6, tahap perkembangan tahap 1 masih mengikut pendapat mereka


sendiri iaitu mengatakan bahawa panjang kapur adalah tidak sama apabila salah satu kapur itu
digerakkan. Mereka masih mempunyai sikap egosentrik yang dinyatakan oleh Jean Piaget iaitu
mereka masih melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.Para pelajar tahap
1 masih tidak memahami perkaitan antara dua situasi yang berkaitan dan konsep panjang juga
masih belum dikuasai dengan baik.Mereka tidak boleh dalam menggambarkan transformasi
apabila salah satu kapur ini digerakkan. Bagi para pelajar tahap 2, mereka mempunyai ciri-ciri
perkembangan kognitif yang baik iaitu mereka sudah memahami proses kebalikan yang
diberikan dalam aktiviti ini.Murid-murid ini dapat mengingat semula secara mental bentuk asal
batang kapur yang sama panjang sebelum salah satunya digerakkan ke kanan.Selain itu,
mereka juga akan mempertimbangkan semua aspek masalah semasa menyelesaikan masalah
aktiviti ini. Dengan ini, pemusatan perhatian mula berkurangan. Mereka juga dapat
mengamalkan pemikiran logik dengan aktiviti kepanjangan kapur ini yang boleh dikatakan
bahawa kedua-dua kapur ini adalah sama panjang walaupun digerakkan ke kanan atau ke kiri.

ISIPADU

9
Dua buah gelas disediakan dan diisi air yang
sama kuantiti.

Apabila ditanya adakah isipadu air di dalam Kanak-kanak tersebut menjawab „ya‟
kedua-dua gelas adalah sama?
Kemudian, air di dalam salah satu gelas
dituang ke dalam sebuah bekas

Pertanyaan : Adakah isipadu air di dalam (YA) Isipadu air di dalam kedua-dua bekas
gelas dan di dalam bekas adalah sama? adalah sama.
(TIDAK) Isipadu air di dalam gelas lagi banyak
daripada di dalam bekas.

AKTIVITI ISIPADU AIR


UMUR (TAHUN) 6 7 8 9 10 11 12
MURID A x x x x / / /
JAWAPAN
MURID B x x x x / / /

JADUAL 7 : Data bagi aktiviti isi padu air.

Berdasarkan Jadual 7, aktiviti isi padu air juga hanya difahami oleh para pelajar tahap 2.
Bagi para pelajar prasekolah dan pelajar tahap 1, mereka belum menguasai konsep
pengekalan bahan dengan mengatakan isi padu air di dalam gelas adalah sama tetapi mereka
akan mengatakan bahawa isi padu air di dalam bekas kurang daripada dalam gelas apabila air
dituangkan ke dalam bekas yang berlainan bentuknya. Mereka juga masih belum menguasai
konsep pengekalan kerana kanak-kanak pada peringkat ini akan mengatakan bekas yang tinggi
dan sempit mempunyai lebih tinggi isi padu airnya. Manakala para pelajar tahap 2 pula, mereka
masih menyatakan isi padu air di dalam gelas dan bekas itu sama banyak walaupun paras air
dalam bekas berkurangan daripada paras air dalam gelas. Ini adalah kerana aktiviti isi padu air

10
ini tiada penambahan dan pengurangan jumlah air yang dilakukan yang dikenali sebagai prinsip
identiti. Bagi prinsip ganti rugi ia mempunyai perubahan bentuk bekas yang lebih lebar dan
rendah yang membawa kepada pengurangan paras air.Apabila air dituang semula ke dalam
gelas yang sama ia akan memberi paras sama dengan gelas yang lagi satu itu yang
menggunakan prinsip keterbalikan. Dengan ini, para pelajar tahap 2 yang berada di peringkat
operasi konkrit berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran
decentered atau objektif. Oleh itu, para pelajar tahap 2 mempunyai perkembangan kognitif yang
semakin meningkat mengikut tahap perkembangan fizikal mereka.

Berdasarkan kajian ”Piaget’s Conservation Tasks” yang dijalankan, hasil dapatan


menunjukkan perubahan-perubahan dalam perkembangan kognitif dari pelajar prasekolah,
tahap 1 dan 2 mengikut teori Jean Piaget. Bagi kesemua ujian yang dijalankan, kanak- kanak di
tahap 1 belum mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul seperti
mana yang dinyatakan oleh Piaget. Tetapi pada tahap 2, mereka sudah mampu berfikir logik
dengan memberi jawapan yang munasabah. Menurut Piaget, kanak- kanak pada tahap 2 sudah
boleh menguasai konsep pemuliharaan. Dengan ini, perkembangan kognitif para pelajar perlu
dikuatkan lagi pemikiran mereka dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah
dan memerlukan kemahiran berfikir supaya mereka dapat mengasah ketajaman otak untuk
berfikir dan memberi jawapan yang baik dan munasabah.

1.3APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIEGET DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH.

11
Kajian pakar-pakar pendidik menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya mempunyai
daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan
biasa dengan sepenuhnya. Untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran,
program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling
berkesan. Seperti yang diketahui, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi
intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian,
guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit yang dapat meningkatkan
perkembangan kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran yang pelbagai boleh disediakan
guru agar dapat melatih murid- murid supaya lebih berfikir dan mengingat pengalaman yang
mereka lalui.

Bahan-bahan konkrit ini mestilah mempunyai ciri-ciri yang boleh menarik perhatian
kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran kanak-kanak juga boleh
membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Piaget juga
berpendapat perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-
kanak akan mencapai tahap kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah
terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan.

Guru perlu sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit pada setiap
peringkat umur kanak- kanak terutama sekali pada peringkat pra operasi apabila mereka
mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan pembentangan haruslah tersusun dan ringkas
supaya mereka mudah menerima dan faham apa yang guru kehendaki sebagaimana yang
dilakukan pada ujian Piaget di atas. Aplikasikan segala pengalaman yang dilalui murid-murid
sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui ujian seperti yang
telah dijalankan, Piaget juga menyatakan supaya guru perlu memberi peluang kepada pelajar
berumur 7 hingga 11 tahun untuk memanipulasi dan menguji objek- objek yang diajar. Soalan-
soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu diperkenalkan supaya mereka lebih berfikiran
logik dan analitik. Guru juga perlu mengemukakan konsep yang luas kepada kanak- kanak di
peringkat operasi formal supaya mereka tidak terikat dengan fakta- fakta sahaja. Apabila
perkembangan peringkat murid- murid semakin meningkat, guru perlu memberi peluang kepada
mereka untuk menyelesaikan masalah.

Guru juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji
objek-objek yang diajar.Selain itu, kanak-kanak ini juga perlu dibimbing untuk berfikir secara

12
kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Contohnya ialah
membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk
proses fotosintesis tumbuhan. Semasa pembentangan dan pembacaan pastikan ia adalah
ringkas g]dan tersusun bagi meningkatkan keupayaan berbahasa. Para guru juga perlu beri
peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea. Misalnya memulakan pembacaan dengan buku
yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks. Berikan kebebasan untuk kanak-kanak
memberi pandangan, bimbing mereka ntuk membentangkan idea kepada langkah-langkah yang
mudah.

Selain itu, guru perlu menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan
pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Kaitkan pengalaman
mereka seperti program televisyen yang mereka gemari atau pengalaman seharian dengan
pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih
kompleks. Mereka juga perlu diperkenalkan dengan soalan-soalan berbentuk penyelesaian
masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Para guru perlu tunjukkan jalan
penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL ROBERT HAVIGHURST

13
Robert J. Havighurst dilahirkan pafa 5 Jun 1900 dan telah menerima ijazah Ph.D. dalam
bidang Kimia pada tahun 1924 daripada Universiti Ohio. Beliau telah mengubah haluan
kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah menjadi
guru.

Beliau telah mengemukakan teori mengenai tugas perkembangan. Tugas


perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang
sepatutnya dikuasai oleh sesorang individu pada peringkat umur tertentu. Ia adalah satu set
kebolehan atau kemahiran yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan
terhadap persekitaran.

Perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi persekitarannya mengikut teori ini.


Perkembangan personaliti dipengaruhi oleh nilai, norma dan budaya masyarakatnya.
Kebudayaan masyarakat juga berkait rapat dengan keperluan mereka. Pendekatan memenuhi
keperluan psikologi mungkin berbeza daripada satu budaya kepada satu budaya yang lain.

Beliau turut memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas perkembangan


merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu masa dalam hidup individu tersebut.
Kejayaan mencapai tugas ini akan membawa kegembiraan manakala kegagalan akan
membawa kesedihan dan kesusahan dalam tugas-tugas seterusnya. Selain itu, beliau
mencadangkan bahawa perkembangan personaliti seseorang itu turut dipengaruhi oleh nilai-
nilai, norma dan budaya masyarakat.

Havighurst membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja kepada tiga


peringkat. Peringkat pertama adalah pada usia sejak lahir sehingga berumur 6 tahun. Dalam
peringkat ini, kanak-kanak sudah mula bertutur namun masih bersifat egosentrik iaitu bercakap
mengenai diri sendiri. Ketika berusia 6 tahun, kanak-kanak sudah mampu bertolak ansur dan
menerima pendapat orang lain. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah memiliki kemampuan untuk
membezakan yang betul dan salah. Bagaimana pun, kanak-kanak pada peringkat ini masih
belum dapat menguasai konsep pengekalan dan transformasi.

Peringkat kedua pula ialah pada usia 6 hingga 12 tahun. Pada usia ini, kanak-kanak sudah
menguasai beberapa kemahiran termasuk kemampuan untuk bersosial dan bergaul dengan
orang di sekeliling mereka. Mereka juga mula belajar untuk membentuk sikap mengakui hak,
keupayaan dan kelemahan individu.

14
Peringkat yang ketiga pula ialah ketika kanak-kanak berusia 12 hingga 18 tahun. Pada
peringkat ini, perubahan fizikal adalah ketara setelah kanak-kanak akil baligh. Mereka akan
mula memiliki kecenderungan untuk meminati jantina yang berbeza. Mereka akan belajar
bertingkahlaku seperti orang dewasa ketika berada di kalangan orang dewasa. Pada usia ini,
mereka mengingini tingkah laku dan kehidupan yang bertanggungjawab serta diterima
masyarakat. Selain itu, kesedaran mereka terhadap perkara yang penting, baik dan betul juga
menjadi mantap.

Mengikut teori Havighurst, beliau mempercayai bahawa manusia mempunyai tugas


perkembangan pada setiap peringkat hidup mereka. Sesuatu tugasan dalam peringkat hidup
mereka akan mempengaruhi peringkat seterusnya.

2.1IMPLIKASI KESESUAIAN TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL ROBERT HAVIGHURST


TERHADAP KANAK-KANAK DI MALAYSIA .

15
Perkembangan fizikal kanak-kanak bagi berumur 6 hingga 12 tahun adalah berbeza-
beza untuk setiap peringkat umur. Saya telah mengambil sampel di sekolah pilihan dengan
memilih dua orang pelajar bagi setiap peringkat umur untuk mengumpul data tentang
perkembangan fizikal. Berdasarkan pemerhatian saya, ketinggian kanak-kanak perempuan
adalah lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.Kanak-kanak perempuan bertambah
ketinggiannya pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada umur 12
tahun.Bagi kanak-kanak lelaki, mereka mula bertambah apabila mereka berumur antara 10
sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun (Robert
Havighurst).Saya merekodkan data tentang perkembangan fizikal kanak-kanak mengikut aspek
ketinggian, berat badan, ukur lilit pinggang dan ukur lilit kepala.

KETINGGIAN (cm)

Umur Pelajar A Pelajar B Purata

6-7 123 102 112.5

8-10 131 129 130.0

11-12 143 138 140.5

Jadual 1 : Ketinggian kanak-kanak berumur 6-12 tahun

16
KETINGGIAN KANAK-KANAK 6-12 TAHUN
160

140

120

100
TINGGI (cm)

80 Pelajar A
60 Pelajar B
Purata
40

20

0
6 hingga 7 8 hingga 10 11 hingga 12
TAHUN

Graf 1 : Ketinggian kanak-kanak berumur 6-12 tahun

Berdasarkan jadual dan graf di atas, saya dapat perhatikan bahawa purata ketinggian
para pelajar adalah meningkat.Ini bermakna perkembangan fizikal kanak-kanak di sekolah ini
berkembang dengan baik. Mereka mengalami pertumbuhan biologi yang pesat.Para pelajar
yang berumur 11 tahun ke atas mempunyai jarak purata yang lebih tinggi daripada kanak-kanak
di bawahnya. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus kerana tidak mencapai tahap
kematangan lagi tetapi apabila berumur sebelas tahun kanak-kanak akan menghampiri akil
baligh. Oleh itu, kanak-kanak akan kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk
fokus kepada aktiviti yang diberikan kepada mereka. Secara umumnya, saya dapat melihat
perkembangan fizikal kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun adalah lebih cepat.Ini terbukti
dengan saiz badan yang lebih besar daripada kanak-kanak lelaki.Selain itu, bentuk tubuh
mereka juga mengalami perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat semakin bertambah serta
berlaku pertumbuhan sel-sel lemak terutama di bahagian punggung dan dada.

17
BERAT (kg)

Umur Pelajar A Pelajar B Purata

6-7 21 30 25.5

8-10 40 21 30.5

11-12 38 26 32.0

Jadual 2 : Berat kanak-kanak berumur 6-12 tahun

BERAT KANAK-KANAK 6-12 TAHUN


45
40
35
30
BERAT (kg)

25
Pelajar A
20
Pelajar B
15
Purata
10
5
0
6 hingga 7 8 hingga 10 11 hingga 12
TAHUN

Graf 2 : Berat kanak-kanak berumur 6-12 tahun

Berdasarkan Jadual dan Graf 2, para pelajar mempunyai purata berat yang seimbang
dengan ketinggian mereka.Mereka tidak berkembang dengan saiz yang besar ataupun
obesiti.Mereka mempunyai komposisi badan yang baik. Pada pendapat saya, faktor baka yang
memainkan peranan penting untuk melihat perkembangan berat badan kanak-kanak ini. Ini

18
adalah kerana anak-anak akan mempunyai persamaan fizikal yang sama dengan ibu bapa
mereka. Selain itu, faktor persekitaran juga dapat mengubah perkembangan fizikal kanak-kanak
ini dengan amalan pemakanan, gaya hidup seharian ataupun pengaruh rakan sebaya.

Bagi gaya hidup seharian, kanak-kanak di sekolah ini saya perhatikan terlalu aktif
semasa rehat dengan berlari-lari bagi para pelajar lelaki manakala pelajar perempuan lebih
menumpukan pembelajaran dengan membuat diskusi dan duduk di sudut pembelajaran.
Amalan pemakanan pula, para pelajar lebih berminat kepada makanan segera yang akan
mengakibatkan penambahan berat badan jikalau tidak dijaga dengan baik. Selain itu, pengaruh
rakan sebaya juga dapat mempengaruhi perkembangan fizikal apabila badannya terlalu kurus
dan menyebabkan dirinya kurang keyakinan setelah diejek oleh rakan-rakan. Dengan ini
mereka akan berusaha untuk menaikkan berat badan. Pada umur tahap 1, purata berat badan
mereka tidak ketara tetapi kanak-kanak pada umur tahap 2 mereka mempunyai kadar purata
berat badan yang besar. Oleh itu, para pelajar perlu menitikberatkan perkembangan berat
badan supaya tidak terlalu besar dan mempunyai komposisi badan yang terlalu besar.

UKUR LILIT PINGGANG (cm)

Umur Pelajar A Pelajar B Purata

6-7 58 52 55.0

8-10 60 54 57.0

11-12 62 66 64.0

Jadual 3 : Ukur lilit pinggang kanak-kanak 6-12 tahun

19
UKUR LILIT PINGGANG KANAK-KANAK 6-12
TAHUN
70

60
UKUR LILIT PINGGANG (cm)

50

40
Pelajar A
30
Pelajar B
20 Purata

10

0
6 hingga 7 8 hingga 10 11 hingga 12
TAHUN

Graf 3 : Ukur lilit pinggang kanak-kanak 6-12 tahun

Berdasarkan Jadual dan Graf 3, ukuran lilitan pinggang para pelajar pada setiap
peringkat umur adalah berbeza walaupun mereka belum lagi mencapai akil baligh.Bagi kanak-
kanak berumur 6 hingga 11 tahun mempunyai purata yang tidak terlalu ketara peningkatannya.
Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun, mereka mempunyai purata ukurlilit pinggang yang tinggi.
Hal ini mungkin disebabkan kanak-kanak ini sudah mencapai akil baligh dan sedang mengalami
perubahan terhadap anggota-anggota badannya terutamanya di bahagian pinggang dan
pinggul. Selain itu, mereka mempunyai kadar perkembangan yang pesat dan mempunyai
perubahan fizikal ke arah seorang remaja perempuan. Pelajar lelaki tidak mempunyai ukur lilit
pinggang yang terlalu besar kerana saiz badan mereka yang kurus dan belum kuat lagi otot-otot
mereka. Dengan ini, perbezaan di antara para pelajar lelaki dan perempuan adalah ketara
terutamanya para pelajar berumur 12 tahun ke atas.

20
UKUR LILIT KEPALA (cm)

Umur Pelajar A Pelajar B Purata

6-7 47 49 48

8-10 50 53 51.5

11-12 57 55 56

Jadual 4: Ukur lilit kepala kanak-kanak 6-12 tahun

UKUR LILT KEPALA KANAK-KANAK 6-12


TAHUN
60
UKUT LILIT KEPALA (CM)

40
20 Pelajar A
0 Pelajar B
6 hingga 7 8 hingga 10 11 hingga 12 Purata
TAHUN

Berdasarkan jadual dan graf 4 di atas, ukur lilit kepala bagi setiap tahap peringkat umur
adalah berbeza. Ukur lilit kepala bagi murid tahap pertama ialah yang paling kecil iaitu 47cm
bagi pelajar A dan 49cm bagi pelajar B. Manakala peringkat umur tahap ketiga mencatatkan
ukur lilit kepala yang paling besar iaitu 57 cm bagi pelajar A dan 55cm bagi pelajar B. Hal ini
jelas menunjukkan perbezaan umur memainkan peranan dalam perkembangan fizikal pelajar.
Murid peringkat umur tahap ketiga sedang mengalami proses pembesaran yang tinggi
berbanding murid peringkat umur tahap pertama.

21
2.2 APLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK TERHADAP PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH .

Perkembangan fizikal bermula sejak bayi dalam kandungan lagi. Oleh itu implikasi
kepada setiap perkembangan kanak-kanak ini perlu dilakukan oleh orang yang lebih dewasa
terutama ibu bapa bagi mencorakkan anak-anak mereka. Dari dalam kandungan, simulasi
visual dan pendengaran perlu diberikan supaya bayi dalam kandungan sudah mula menerima
rangsangan yang akan mengembangkan otak serta membaiki bahagian-bahagian yang terbabit
dengan penyusunan maklumat.

Pada usia 2 hingga 6 tahun, kebanyakan pelajar sudah mula melakukan pelbagai kerja
secara bersendirian. Guru-guru hanya memberi bimbingan di sekolah dan ibu bapa memberi
sokongan dan semangat di rumah. Kanak-kanak kini tidak boleh diberikan segala-galanya untuk
mengelakkan mereka mula bergantung harap kepada kita dalam melakukan segala tugasan
mereka. Kanak-kanak ini juga sudah mula aktif dengan sukan dan permainan yang mereka
minati.

Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, iaitu di mana penggunaan sensori motor mereka
semakin cekap. Guru-guru digalakkan untuk merancang suatu aktiviti yang menggunakan motor
yang halus dan kasar secara seimbang seperti aktiviti motor halus ialah seni lukis, tarian, dan
bermain alat muzik. Kanak-kanak pada peringkat umur ini adalah yang paling menyeronokkan.
Kanak-kanak sudah boleh diberi pendedahan minat terhadap sukan, seni dan muzik. Aktiviti
permainan seperti berenang, gimnastik dan sukan padang dapat menguatkan stamina dan
kekuatan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap. Kanak-kanak juga memerlukan
bimbingan dalam pengambilan makanan bergizi bagi memastikan mereka terus membesar
dengan sihat.

Peringkat usia 12 hingga 15 tahun, kanak-kanak mula mengalami perubahan yang


ketara dari segi fizikal dan emosi. Remaja lelaki akan mencapai akil baligh dan perempuan juga
mula mendapat haid. Perubahan suara lelaki dan kelunakan suara perempuan mula ketara. Di
sini, guru kebanyakannya digalakkan untuk memberi kan aktiviti seperti ceramah dan motivasi
serta kaunseling agar remaja ini dapat menerima perubahan ketara yang berlaku ke atas diri
mereka . Guru juga boleh menyediakan latihan membina daya tahan dan daya tenaga. Mereka
wajar diberi pendedahan tentang gaya hidup sihat dari segi pemakanan, senaman dan
mengelakkan gejala-gejala negatif seperti merokok dan mengambil dadah.

22
Guru perlu merancang aktiviti sosial yang menyeronokkan dan sihat seperti
perkhemahan, aktiviti riadah yang harmoni. Guru-guru seharusnya mengurangkan pergaulan
yang terlalu bebas antara pelajar lelaki dan perempuan. Pada peringkat umur ini juga remaja
mengalami kematangan seksual atau akil baligh. Bimbingan daripada guru dapat diberikan
melalui ceramah, kursus tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja memahami
aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Remaja diberi peluang dan
ruang untuk berbincang dan bertanya tentang perubahan yang mereka sedang alami. Peringkat
perkembangan bagi setiap individu adalah berbeza. Guru perlu sensitif dan memberi perhatian
kepada perubahan-perubahan ini kerana ia mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat
remaja dalam pembelajaran.Guru juga perlu mengenal pasti remaja bermasalah dan menjadi
mentor kepada mereka.

23
B ) TERANG DENGAN JELAS DUA PERSPEKTIF SEMASA ASPEK PERKEMBANGAN
SOSIO-EMOSI TEORI BROFENBRENNER DAN TEORI PEKEMBANGAN ERICSON
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

3.0 DUA PERSPEKTIF SEMASA ASPEK PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI TEORI


BROFENBRENNER DAN TEORI PEKEMBANGAN ERICSON MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM.

3.1TEORI BROFENBRENNER
3.1 .1 I-THINK TEORI BROFENBRENNER

Mesosistem

Mikrosistem Eksosistem

TEORI EKOLOGI
BROFENBRENNER

Makrosistem Kronosistem

24
3.1.2 HURAIAN TEORI BROFENBRENNER

Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam


persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak adalah
kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas
persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem
iaitu:

Mikrosistem : persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara


langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran
dan guru.

Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem
boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yag lain. Misalnya keadaan di rumah boleh
mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-
jiran.

Eksosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung
tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak
atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah
pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli
belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Makrosistem : perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan


masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock
2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan
yang penting.

Kronosistem : perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini
lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua
atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

25
3. 1.3 HURAIANPERSPEKTIF SEMASA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Rakan
Peranan
sebaya
Keluarga

PERGAULAN
BEBAS

Didikan
Media
Agama
Massa

3.1. 4 HURAIAN PERSPEKTIF SEMASA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Sejak mutakhir ini,ramai remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas.Tambahan


pula,dalam era serba moden ini pergaulan para remaja semakin tidak terbatas.Mereka bebas
berbuat apa sahaja tanpa memikirkan masyarakat sekeliling. Menurut Perspektif Islam
,Pergaulan bebas dapat didefinisikan sebagai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
yang bukan muhrim tanpa batasan.Namun begitu,pada masa ini pergaulan bebas tidak terbatas
antara lelaki dan perempuan sahaja malah perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan
perempuan dengan perempuan juga boleh mengundang terjadinya masalah sosial dalam
masyarakat masa ini.Terdapat banyak faktor yang mendorong remaja ini terlibat dengan
masalah sosial.

Kurang didikan agama dan moral yang mantap akan menjadikan daya pertimbangan
golongan remaja tidak waras lalu gagal dalam membezakan yang mana intan dan yang mana
satu kaca serta hitam putih sesuatu yang ada dalam dunia ini.Pada zaman ini,terdapat ramai

26
ibu bapa yang kurang menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka.Terdapat
segelintir ibu bapa masa ini lebih mementingkan ilmu duniawi berbanding ilmu ukhrawi.Mereka
sanggup menghabiskan wang beratus-ratus ringgit dalam masa sebulan bagi memastikan
anak-anak dapat mengikuti tuisyen yang terbaik.Namun begitu,terdapat juga ibu bapa yang
telah menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama tetapi anak-anak ini berubah pergaulan
mereka sebaik sahaja melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.Mengapakah hal ini
berlaku?Hal ini adalah kerana para remaja ini tidak berusaha menerapkan nilai-nilai agama
yang telah dipelajari dalam diri masing-masing.Hal ini menyebabkan mereka mudah sahaja
terlibat dengan pergaulan bebas.

Faktor lain yang menyebabkan remaja masa ini terlibat dengan pergaulan bebas ialah
kesibukan ibu bapa bekerja.Ibu bapa pada zaman ini ramai yang bekerja dan terlibat dengan
perniagaan-perniagaan besar sehingga ada yang terpaksa bekerja di luar negara.Kesibukan ibu
bapa ini telah menyebabkan anak-anak terbiar dan mereka akan berasa bosan dan sunyi
apabila berada di rumah.Oleh hal yang demikian,anak-anak ini keluar mencari teman-teman
yang boleh mengubat kesunyian mereka.Oleh itu,tidak hairanlah anak-anak masa ini lebih rapat
dengan kawan-kawan mereka berbanding ibu bapa sendiri.Bagi mereka,teman-teman lebih
memahami mereka dan akan membantu sekiranya mereka mempunyai masalah berbanding ibu
bapa yang terlalu sibuk bekerja.Hal ini telah menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih
sayang daripada ibu bapa sendiri.

Di samping itu,terdapat juga faktor lain yang menyebabkan para remaja ini terlibat
dengan pergaulan bebas.Kemajuan teknologi pada zaman ini telah memudahkan masyarakat
umumnya menonton pelbagai genre cerita yang ditayangkan di pawagam,televisyen mahu pun
internet.Kebanyakan filem dan drama yang ditayangkan memaparkan pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan yang tiada batasnya terutamanya filem-filem dari negara barat.Filem-filem
ini bukan sahaja memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah turut
memaparkan pelakon yang tidak mematuhi etika berpakaian.Filem-filem dan drama seperti ini
turut diterbitkan oleh pengarah-pengarah Malaysia.Filem-filem yang memaparkan kisah
bohsia,mat rempit dan sebagainya banyak mempengaruhi remaja masa ini untuk terlibat dalam
pergaulan bebas.Sayang seribu kali sayang,remaja yang merupakan pelopor yang bakal
memegang pucuk kepimpinan negara dan diharapkan akan menerajui negara kita ke ambang
kemajuan masih tersadai di lembah petaka sosial

27
Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul ekoran daripada pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan ini.Antara kesan yang paling dibimbangi ialah terjadinya seks bebas dan
penzinaan antara golongan ini.Akibat daripada penzinaan ini,lahirlah anak-anak luar nikah yang
tidak berdosa.Perkara yang paling menyayat hati adalah apabila terpampangnya berita
berkaitan pembuangan bayi yang semakin berleluasa di dada-dada akhbar dan di kaca
televisyen.Hal ini berlaku berkemungkinan akibat perasaan malu atau tiada rasa belas kasihan
dan tanggungjawab ibu bapa bayi berkenaan.Baru-baru ini,seorang bayi perempuan telah
ditemui di tempat menunggu bas berdekatan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.Namun
begitu,terdapat banyak lagi kes pembuangan bayi yang lebih menyayat hati seperti bayi
dibuang di dalam lubang tandas,mayat bayi digonggong anjing dan sebagainya.

Antara impak negatif lain yang akan timbul akibat daripada pergaulan bebas ini ialah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu
bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Para
remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan
'mat rempit',gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap
dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak
berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka
akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Malah,
tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk
keperluan yang tidak berfaedah.Dalam konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih
lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga
mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu.

Masalah pergaulan bebas ini dapat diatasi sekiranya langkah-langkah yang proaktif
dilakukan.Ibu bapa perlulah meluangkan lebih masa bersama dengan anak-anak.Hal ini
demikian adalah untuk memastikan anak-anak tidak meluangkan masa yang terlalu banyak
bersama rakan-rakan mereka.Oleh hal yang demikian,ibu bapa akan lebih rapat dengan anak-
anak dan dapat berkongsi masalah yang mereka hadapi.Golongan remaja yang dalam belasan
tahun ini memang dahagakan kasih sayang yang manis daripada orang tersayangnya.Di
samping itu,cara ini juga akan membuatkan anak-anak akan kurang berpeleseran dengan
kawan-kawan yang hanya akan membuang masa mereka.Selain itu,melalui hubungan rapat ini
ibu bapa mudah mengenali dengan lebih dekat kelakuan dan sikap rakan anak-anak

28
mereka.Hal ini boleh mengelakkan anak-anak daripada berteman dengan individu-individu yang
terlibat dengan masalah sosial.

Demi melahirkan golongan remaja yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum,
didikan agama yang sempurna tidak harus dipandang enteng dan harus disemai sejak kecil.Hal
ini kerana golongan tersebut ibarat seperti pemuda harapan bangsa,pemudi tiang
negara.Dalam menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak,golongan ibu bapa
seharusnya menampilkan gerak-geri dan menjadi idola yang positif kepada anak-anak yang
masih dalam usia setahun jagung.Allah ada berfirman yang bermaksud "anak-anak yang
dilahirkan umpama kain putih,terpulang kepada ibu bapanya untuk mencorak mereka sama ada
menjadi Yahudi, atau Nasrani."Berdasarkan firman ini,jelaslah bahawa didikan agama amat
penting.Melalui didikan agama yang telah diterapkan,anak-akan menjaga batas pergaulan
mereka bersama teman-teman.Melalui ajaran Islam juga,perkara mungkar seperti
penzinaan,kes buang bayi dan sebagainya dapat dielakkan.Allah telah berfirman,"Dan
janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan jalan
yang jahat."(Surah al-Isra'-17:32)

Kesimpulannya,pergaulan bebas dalam kalangan remaja kini banyak memberi


keburukan berbanding kebaikan.Sebenarnya,usaha yang komprehensif dan proaktif untuk
membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga
dalam kalangan ahli masyarakat.Oleh hal yang demikian,semua pihak terutamanya ibu
bapa,sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil inisiatif yang sesuai bagi mengatasi
masalah ini.Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus
berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang
terkemuka di dunia.

29
3.2 TEORI ERIK ERIKSON
3.2.1I-THINK TEORI ERIK ERIKSON

Tahap 1 Tahap 2
Tahap 3
Kepercayaan Lawan Autonomi lawan
ketidakpercayaan malu/kekeliruan Inisiatif lawan Bersalah
(3-6 thn)
(0 -18 bln) (18 bln – 3 thn )

Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6


ketekunan lawan rasa identiti lawan kerapatan lawan
rendah diri kekeliruan identiti pengasingan
(6-12 tahun) (12-18 tahun) (18-35 tahun)

Tahap 7
Tahap 8
generativiti lawan Integritas lawan
pemusatan kendiri keputusasaan (sekitar 65
(stagnasi)
tahun keatas )
(35-60 tahun)

3.2.2 HURAIAN TEORI ERIK ERIKSON

Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya
adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang
psikologi. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang
komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka.
Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau
digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial.

Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan


psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat
perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji
oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa
masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

30
Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0
hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan
kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat
dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu
bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi
akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran
dengannya.

Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur
18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan
aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-
kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan mempunyai keyakinan
diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap
kebolehan dirinya.

Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh
kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan
terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang
digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan
untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif
dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang
atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri.

Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang
wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan
menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko
perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu
perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah memasuki alam
persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk mendapat kedudukan
terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan rakan dalam apa jua aktiviti

31
yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa
yang diinginkan.

Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak
yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama
ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada
peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan
terpengaruh terutamanya persekitaran sosial mereka.

Peringkat keenam memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam
lingkungan umur 20-an mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih.
Individu ini mula mengenali diri sendiri. Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah
membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga.
Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami atau
isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina keintiman akan
rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.

Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam
lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang
untuk memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas
hati sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga
akan menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan
membawa kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hati serta mementingkan diri
sendiri.

Peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang
menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke peringkat ini telah
melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya
malaui segala krisis perkembangan akan membawa kepada kedudukan dan
kekecewaan di hari tua.

32
3.2.3 PERSPEKTIF SEMASA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

Rakan
emosi sebaya

BULI

sosial keluarga

3.2.4 HURAIAN PERSPEKTIF SEMASA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli
yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap
yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat
pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian
tinggi awam semakin . “Banyak faktor mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata
pepatah melayu “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.

Menurut perspektif islam , Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab


terhadap anak merupakan akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperi ini.Pada masa

33
moden ini,ibu bapa hanya mementingkan bidang profession dan kerjaya mereka yang
bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap anak.Ini menyebabkan ,seseorang anak itu kurang mendapat perhataian dan belaian
kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Anak juga tidak mengetahui perkara yang dilakukan
oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat tiada bimbingan ibu bapa sehingga
menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala membuli.Tambahan pula belaian kasih
sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap
agresif dan tidak perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya
terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan belas kasihan.

Selain daripada itu,kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga
mendorong berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak
mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas
kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti
gejala membuli.Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki
menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja perkara
secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli sehingga
membawa masalah –masalah yang tidak bermoral.Contohnya,dalam akhbar harian 22 Februari
2010,Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang menunjukkan kes buli yang terbanyak
mengikut kajian dan faktor kelonggaran disiplin di sekolah tersebut merupakan pemangkin
utama gejala ini berlaku.

Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama islam juga menyebabkan para
remaja terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar
yang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri
dalam gejala negatif.Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga
membentuk remaja yang kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka
lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke alam yang kurang baik kerana mengikutu
pengaruh rakan sebaya.remaja yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah
mempengaruhi gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka
untuk mencuba apa saja aktiviti .

34
Bak kata pepatah „tiada penyakit yang tiada penyembuhnya‟.Terdapat banyak langkah
yang efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu bapa perlu
memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa
haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu
bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan
anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Bak kata pepatah „bapa borek, anak rintih‟, „ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan
dirinya berjalan senget‟. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan
dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang
keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang
sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga
harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya
agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi
mengatasinya bersama-sama.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam
usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau
menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah
dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan
sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga
harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya
dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan,
masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa
dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan
keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut
agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar
yang lain. Disiplin dan perturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para
pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahn
seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.
Tambahan pula,pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung
gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini
dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,

35
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat
kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik.Kerajaan juga perlu
bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan
ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan
sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak
melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya kempen ANTI BULI tyang dijalankan di
pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli
dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai
khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal
sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset
negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa
Melayu „pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara‟. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir
semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa
mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,
kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat
martabat bangsa di persada dunia.

36
4.0 RUMUSAN

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan
yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat
perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan
manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang
maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu
wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang
sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum
lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Untuk membantu setiap perkembangan supaya sentiasa stabil dan meningkat mengikut
aturan, pelbagai cara dan faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan itu. Seperti faktor
baka dan persekitaran amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang
baik. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuan
utama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudah menerima dan menginterpretasikan
sesuatu perkara dengan cepat.Oleh itu, peranan ibu bapa dalam mendidik dan melatih anak-
anak mereka untuk menjalani gaya hidup yang sihat amat dititikberatkan. Tindakan utama yang
harus dilakukan oleh ibu bapa semasa di rumah ialah membentuk sahsiah kanak-kanak
tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan jati diri kanak-kanak. Para guru
perlu menitikberatkan cara pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid ini berkembang
dengan baik dari segi fizikal mahupun kognitif. Dengan kerjasama ibu bapa dan para guru,
kanak-kanak ini akan berjaya dengan cemerlang.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk


perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan
sempurna. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh apabila diberi nasihat, semangat dan
pujian semasa mereka melakukan pelbagai jenis perkara dan aktiviti sepanjang sesi
pembelajarannya.Jikalau tidak perkembangan mereka akan terbantut. Oleh itu, program-
program yang menarik perlu dilaksanakan untuk kanak-kanak ini.

37
REFLEKSI

Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak bagi
semester yang pertama ini. Saya berasa bersemangat dan sungguh berpuas hati dengan hasil
kerja yang telah saya lakukan walaupun mengharungi pelbagai kekangan dan cabaran
sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi
dan terokai.

Pertama sekali semasa mula-mula mendapat tugasan ini daripada pensyarah mata
pelajaran Perkembangan Kanak-kanak, Jabatan Ilmu Pendidikan,Dr. Razali Bin Shafie , saya
berasa sangat bersemangat kerana mendapat begitu banyak input dari beliau semasa sesi
taklimat. Saya amat berterima kasih kepada beliau di atas penerangan yang telah diberikan.
Seterusnya saya telah berbincang dengan dengan rakan-rakan mengenai kerja kursus ini.
Banyak maklumat yang telah kami kongsi bersama dan daripada sesi perbincangan, setiap
sudut dan pandangan telah diteliti dimana ianya membantu saya dalam mempermudahkan lagi
tugasan ini.

Banyak kekangan yang saya hadapi sebelum melaksanakan tugasan kerja kursus ini
pertama sekali ialah kekurangan bahan rujukan seperti buku. Hal ini demikian kerana, buku-
buku yang terdapat di dalam perpustakaan khususnya berkenaan dengan subjek ini agak
terhad dan jika ada pun kebanyakan daripadanya telah dipinjam oleh pelajar-pelajar lain. Bagi
saya, buku rujukan merupakan sumber rujukan yang paling utama untuk mendapatkan isi dan
maklumat-maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak amnya. Buku biasanya lebih sahih,
tepat dan dipercayai jika dibandingkan sumber dari internet. Buku ditulis oleh individu-individu
yang bertauliah dan diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia. Kajian yang mendalam dan fakta-
fakta yang sahih dan tepat mengenai teori-teori perkembangan juga pastinya dapat diperolehi
daripada sumber rujukan buku. Tidak menjadikan internet sebagai sumber rujukan utama
kerana kebanyakan maklumat yang saya perolehi dari sumber tersebut seperti blog dan
sebagainya biasanya kurang sahih, tepat dan menyeluruh kerana kebanyakannya
bersumberkan daya pandangan dan tokok tambah mereka sendiri dan bukannya berteraskan
pengalaman dan kajian yang mendalam dalam bidang ini. Namun bagitu, sumber dari internet
turut membantu apabila maklumat yang dikendaki tidak dijumpai dalam mana-mana buku-buku
ilmiah. Disebabkan sumber rujukan yang terhad di perpustakaan institut ini, saya mengambil

38
inisiatif dengan mencari buku-buku rujukan di Perpustakaan Besar Kampung Raja.
Alhamdulillah, banyak buku-buku rujukan di sana dapat dimanfaatkan bagi tujuan kerja kursus
ini disamping saya juga ada meminjam beberapa buah buku berkenaan subjek ini daripada
senior-senior yang telah mengambil subjek ini pada semester satu yang lepas. Saya merasa
amat gembira dan bersemangat kerana semua maklumat yang saya perlukan dapat saya
perolehi dari buku yang telah saya rujuk. Di samping dapat menyiapkan tugasan yang telah
diberikan, saya juga dapat menambah pengetahuan saya mengenai teori perkembangan
kanak-kanak, tahap perkembangan, implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran, dan
sebagainya. Saya dapat merasakan ilmu pengetahuan saya mengenai subjek ini semakin
bertambah semasa menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya, semasa menyiapkan kerja kursus ini, kekangan masa menyebabkan


infomasi-infomasi yang diperlukan bagi melengkapi tugasan ini tidak dapat diperolehi. Jadual
kuliah yang padat disamping bebanan kerja kursus subjek-subjek lain menyebabkan saya tidak
dapat fokus sepenuhnya terhadap kerja kursus ini. Kerja-kerja menaip dan mencari bahan
rujukan terpaksa dibuat pada waktu senggang seperti pada waktu rehat, petang dan lewat
malam. Saya juga terpaksa membahagikan masa untuk melaksanakan tugasan ini. Selain
daripada itu, peminjaman buku yang terhad di perpustakaan institut ini menyukarkan saya untuk
menyiapkan tugasan ini di asrama. Dengan menggunakan kad perpustakaan pelajar, setiap
pelajar hanya dibenarkan meminjam lima buah buku sahaja dalam masa dua minggu dan
bilangan tersebut tidak mencukupi bagi saya. Hal ini kerana, saya hanya boleh mendapatkan
dua buah buku rujukan bagi subjek ini dan selebihnya adalah buku-buku untuk subjek lain.
Mujur juga, saya dengan senang hati meminta pertolongan rakan-rakan untuk menggunakan
kad perpustakaan mereka untuk meminjam buku-buku rujukan yang dikehendaki. Malalui
mereka, saya dapat merujuk buku-buku rujukan dengan lebih banyak di asrama lalu
mempercepatkan proses menyiapkan kerja kursus ini. Tindakkan ini wajar kerana masa yang
terhad pada sebelah pagi dan waktu perpustakaan yang hanya beroprasi sehingga jam 4.30
petang menghadkan saya menggunakan buku rujukan dalam jumlah kuantiti yang banyak.

Kekangan seterusnya semasa menyiapkan kerja kursus ini datang daripada diri saya
sendiri. Saya mempunyai tahap kognitif yang rendah untuk memahami kehendak soalan bagi
kerja kursus ini. Walaupun telah diberi taklimat yang lengkap oleh pensyarah subjek ini iaitu
Encik Nik Rosli bin Ibrahim, saya masih lagi keliru dengan soalan yang diberikan. Saya
mendapati rakan-rakan seunit juga senasib dengan saya. Kami menghadapi masalah mengenai
kehendak soalan pada bahagian B dimana kami dikehendaki membuat dua pengurusan grafik

39
mengikut perspektif semasa berkenaan dengan teori Bronfenbrenner dan teori Eric Ericson.
Kami keliru untuk mengaitkan teori tersebut dengan perspektif semasa. Akhirnya, melalui
inisiatif bertanya semula kepada pensyarah maka kami dapati bahawa tidak perlu menekankan
kepada perkataan perspektif semasa tersebut tetapi hanya mengaitkan dua teori tersebut
dengan aspek sosio-emosi. Markah akan diberikan mengikut kreativiti dan cara penyampaian
yang berkesan yang kami hasilkan. Sesi perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan
banyak membantu saya melaksanakan tugasan ini, dengan bantuan mereka saya berjaya
mengumpul maklumat-maklumat mengenai teori perkembnagan kanak-kanak serta aplikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak soalan yang diberikan.

Dalam pendidikan, pengalaman dan penghayatan yang tinggi dari bacaan buku-buku
yang telah saya rujuk dan telaah mampu meningkatkan kefahaman saya mengenai mata
pelajaran Perkembangan Kanak-kanak. Bagi saya, mata pelajaran ini amat penting untuk
dipelajari khususnya terhadap guru-guru pelatih yang bakal mengajar di sekolah pasa suatu
masa nanti. Melalui subjek ini, para guru dapat menilai dan mengendalikan murid-murid di
sekolah dengan lebih baik melalui teori-teori perkembangan sama ada teori perkembangan
kognitif, fizikal, bahasa dan sosio-emosi di mana ianya dapat membantu untuk meningkatkan
lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

Selepas menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa amat bersyukur dan lega. Namun
begitu, saya masih lagi menilai dan mencari kelemahan pada setiap hasil kerja yang telah
dilakukan. Kesilapan yang umum dilakukan ialah kesalahan ejaan dan format penulisan yang
tidak tepat. Menganalisis semula kerja kursus yang dilakukan amat penting agar kesalahan
yang kecil terutamanya dapat dielakkan. Di samping itu, menganalisis semula dapat mengesan
jika terdapat maklumat-maklumat yang tidak lengkap atau tidak berkenaan dengan kehendak
soalan kerja kursus. Saya akan menambah maklumat-maklumat yang penting dan membuang
jika terdapat mana-mana maklumat yang tidak berkenaan. Selepas selesai menganalis, saya
akan merujuk sumber dari internet berkenaan dengan maklumat-maklumat yang diambil dari
buku rujukan. Tujuannya, infomasi sumber internet yang lebih ringkas boleh diletakkan pada
bahagian lampiran.

Akhir sekali saya merasakan tugasan seperti ini perlu diteruskan untuk generasi akan
datang kerana ia amat berguna terhadap semua pelajar kerana dapat menambah ilmu
pengetahuan yang sedia ada.

40
BIBLIOGRAFI

Sumber Buku:

Bee, H. (1995), Developing Child. Harper Collins College.

Berk, L.E. (2003), Child Development. Boston : Allyn & Bacon.

Azlia Abu Bakar. (2005), Psikologi Personaliti Individu. Shah AlamKarisma Publications
Sdn. Bhd

Kamaruddin Hj. Hussin. (1996), Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Utusan Publications

Mahmood Nazar Mohamed. (2005), Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan kepada Jiwa Dan
Tingkah laku Manusia. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd Sharani Ahmad. (2006), Psikologi Kanak-kanak: Cara mudah memahami psikologi bayi
dan kanak-kanak. Selangor: PTS Publications

Rahil Mahyuddin dan Habibah Alias (2001), Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Shah Alam:
Karisma Publication.

Santrock, J.W. (2007), Child Development. New York: Mc Graw – Hill.

Santrock, John W. (1995) Life Span Development (Edisi Kelima), University of Texas,Dallas
Purwo, Bambang Kaswanti. (1990), Pertemuan Linguistik Lembaga Bahasa Atma Jaya
3,Universitaz Atma Jaya, Jakarta

Sumber Internet:

http://www.medicinesia.com/kedokteran-klinis/tumbuh-kembang/perkembangan-anak-masa-
toddler-dan-school-age/

http://pembelajaranguru.wordpress.com/2008/05/25/perkembangan-anak-menurut-jean-piaget-
dan-vigotsky/

http://female.kompas.com/read/2011/02/08/1319079/1-
3.tahun.usia.penting.tumbuh.kembang.anak.

41
http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-perkembangan-fizikal-dan-kognitif.html

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangan-robert-havighurst.html

http://ajourneyofateacher-to-be.blogspot.com/2012/01/teori-tugas-perkembangan-robert.html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-perkembangan-robert-havighurst.htm

http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-erik-erikson_29.html

42
LAMPIRAN

43

Anda mungkin juga menyukai