Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Pengurusan

Kemahiran pengurusan diperlukan bagi seorang pengurus untuk melaksankan tanggungjawabnya.


Dimana-mana organisasi memerlukan seorang pengurus untuk membuat sesuatu pembuatan keputusan,
memberi arahan kepada pekerja dan sebagainya. Oleh itu, setiap pengurus perlu mempunyai kemahiran
untuk mengurus sesebuah organisasi. Terdapat lima kemahiran yang dikatakan sebagai kemahiran umum
( De Cenzo, 2008).

o Kemahiran Konseptual
o Kemahiran Kemanusiaan
o Kemahiran Teknikal
o Kemahiran Pengurusan Masa
o Kemahiran Membuat keputusan
Kemahiran Konseptual
o Kebolehan memahami serta mentafsir konsep-konsep dan istilah-istilah dalam pengurusan organisasi, tugas
utama (core business)perkhidmatan yang diberi, persekitaran serta perubahan yang sentiasa berlaku
Kemahiran Kemanusiaan
o Mengenali staf dalam organisasi
o Membimbing dalam pekerjaan
o Mendorong untuk meningkatkan prestasi
o Memimpin untuk kehidupan yang berjaya
o Memajukan diri sebagai individu yang berkualiti

Kemahiran Teknikal
o Mengetahui prosedur kerja
o Memahami keseluruhan kerja
o Memahami setiap aktiviti kerja
o Mahir melaksanakan tugasan
o Memanfaatkan perkembangan teknologi
Kemahiran Mengurus Masa
o Menyedari masa sebagai sumber penting
o Membuat keutamaan.
o Membezakan yang “segera” dengan “penting.”
o Mengenalpasti pencuri masa.
o Menghayati “Demi masa!”
Kemahiran Membuat Keputusan
o Proses mentafsirkan masalah, mengumpul maklumat yang relevan, menjana alternatif penyelesaian, dan
pemilihan alternatif terbaik untuk dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai