Anda di halaman 1dari 18

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER JANUARY 2022

HBEC1103

PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open
University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Bahagian 1, Soalan 1 : (i) Pengenalan 3


2 (ii) Dua teori pembelajaran 4-6
3 (iii) Kesimpulan 7
4 (iv) Rujukan 8
5 Soalan 2 : (i) Prinsip asas 9-10
6 (ii) Amalan dalam kelas/rutin/pengalaman
pembelajaran 11
7 (iii)Persekitaran/bahan pembelajaran 12
8 (iv) Penaksiran 13
9 Bahagian II : Penyertaan kelas Dalam Talian :
Topik 1 & Topik 2 14
10 Topik 5 & Topik 7 15
11 Topik 8 16
12 Rujukan 17

2
Bahagian 1
SOALAN 1
(i) Pengenalan
Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari
peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat
berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Perkembangan dapat
ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi.
Perkembangan kanak-kanak merupakan bidang yang mengkaji tahap dan potensi
seseorang bayi menjadi orang dewasa. Bidang ini muncul pada awal abad ke-20 tetapi
hanya cenderung kepada tingkah laku tidak normal sahaja. Kemudiannya, barulah bidang
ini semakin meluas dan mendapat perhatian dengan adanya pelbagai teori yang
dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Teori ini penting dalam pendidikan awal kanak-
kanak bagi memudahkan kita untuk mengenali kanak-kanak secara mendalam. Oleh itu,
ahli psikologi telah mengemukakan empat aspek yang utama iaitu perkembangan
kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Terdapat juga ahli psikologi yang mengkaji
perkembangan bahasa. Setiap aspek ini adalah perlu untuk dikaji dan diketahui kerana
melalui cara ini kita dapat lebih memahami seseorang. Antara ahli-ahli psikologi yang
terkenal dengan teori perkembangan ialah jean piaget, Arnold Gessel, Robert Havighurst,
Erik Erikson dan Sigmund Freud. Walaubagaimanapun, tidak kesemua teori yang
diperkenalkan berkaitan dengan pembangunan pendidikan kanak-kanak di Negara kita.
Namun kita boleh mempelajari dan mengetahui teori-teori dari ahli pskilogi supaya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan terhadap perkembangan awal kanak-kanak.

3
ii) Teori pembelajaran

Dengan adanya pendekatan, guru atau pendidik kita akan dapat membuat
tanggapan asas yang menjadikan prinsip. Suatu pengajaran yang bakal berlaku haruslah
dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian mengkaji
bahagian-bahagian pendekatan yang akan digunakan semasa proses pengajaran tersebut
berlaku. Antara teori pembelajaran Jean Piaget yang merupakan bangsa Switzerland itu,
beliau ialah antara ahli psikologi terkenal kerana perkembangan kognitifnya yang
memandang bagaimana kanak-kanak mengembangkan intelektual sepanjang masa kanak-
kanak. Sebelum teori Piaget, kanak-kanak sering dianggap sebagai orang dewasa mini.
Sebaliknya, Piaget mencadangkan cara berfikir kanak-kanak pada asasnya berbeza dari
cara orang dewasa berfikir. Teorinya mempunyai pengaruh besar pada kemunculan
psikologi perkembangan sebagai subfield tersendiri dalam psikologi dan menyumbang
banyak idea kepada bidang pendidikan. Beliau juga dikreditkan sebagai perintis teori
konstruktivis, yang menunjukkan bahawa orang secara aktif membina pengetahuan
mereka tentang dunia berdasarkan interaksi antara idea dan pengalaman mereka.

Empat peringkat perkembangan kognitif manusia merupakan intipati di dalam


Teori Piaget. Peringkat pertama adalah peringkat sensorimotor yang berlaku sejak lahir
sehingga seseorang kanak-kanak yang berumur 2 tahun untuk menggunakan kebolehan
motor dan deria untuk mempelajari skema baharu. Piaget menyifatkan bahawa ini
merupakan proses permulaan kanak kanak menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
Pada peringkat akhir proses ini, kanak-kanak boleh meniru perlakuan yangh dilihat dan
mereka akan mampu mempunyai kebolehan dan menggambarkan objek ke dalam
memori. Pada peringkat ini kanak kanak akan membentuk skema skema baharu. Mereka
mempunyai kebolehan untuk mewakili sesuatu dengan simbol, menceritakan pengalaman
menggunakan ayat ayat yang mudah dan mereka juga akan meniru atau mengajuk
perwatakan yang pernah dilihat. Peringkat seterusnya ialah peringkat operasi konkrit (7-
11tahun). Kanak-kanak sudah mampu berfikir secara logik dan memahami proses
transformasi, keterbalikan dan menaakul. Peringkat terakhir dalam teori Piaget ialah
peringkat operasi formal. Peringkat ini bermula ketika umur 11 tahun. Mereka sudah
boleh berfikir secara abstrak, membuat hipotesis, melakukan proses mental ke atas-atas
4
idea dan membuat andaian berdasarkan fakta. Anak-anak dilahirkan dengan skema-
skema sedia ada. Sekiranya mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka akan belajar
dengan perkara baru.

Piaget mengemukakan bahawa, perkembangan kognitif memiliki peranan yang


sangat penting dalam proses belajar. Bagi Piaget, berfikir itu Jauh lebih penting untuk
seseorang supaya proses mental tersebut bukan sekedar memahami. Semakin bertambah
umur seseorang, maka semakin kompleks susunan sel sarafnya dan semakin meningkat
pula kemampuan kognitifnya. Berdasarkan pengertian tersebut dapat disimpulkan
bahawa perkembangan kogintif adalah tahap-tahap perubahan yang terjadi dalam rentang
kehidupan manusia untuk memahami, mengolah informasi, memecahkan masalah dan
mengetahui sesuatu. Menurut Sitti Aisyah Mu’min sebahagian besar psikologi terutama
kognitivis yakin bahawa proses perkembangan kognitif manusia berlangsung sejak lahir.
Jadi oleh itu, seorang guru perlu menjadi kreatif agar dapat mencapai perkembangan
kognitif yang optimum dalam pembelajaran dan pengajaran. Saya percayai bahawa guru
seharusnya memberi peluang kepada murid-murid dengan memberi peluang kepada
murid-murid dalam mencuba dan menerokai sesuatu perkara agar dapat memanipulasi
dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Oleh itu, murid-murid akan berfikir
secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Sebagai Contoh, saya membuat
eksperimen dalam subjek sains tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan
proses fotosintesis tumbuhan. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan
eksperimen, murid-murid akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih
mengetahui perkara tersebut berdasarkan pengalamannya tadi.

Seterusnya adalah teori tingkah laku (behaviourisme). Menurut teori ini,


pembelajaran berlaku apabila ganjaran diberikan untuk sesuatu perbuatan atau sikap, atau
reaksi berasaskan rangsangan. Kanak-kanak belajar melalui persekitaran yang orang
dewasa telah tentukan untuk mereka. Samada keperluan mereka dipenuhi atau tidak, ia
dapat mengajar mereka sesuatu. Pelopor terpenting Burrhus Frederic Skinner iaitu
seorang ahli falsafah yang terkenal beliau bersetuju dengan mazhab behavioris atau
pemikiran tingkah laku Beliau percaya bahawa pembelajran menggambil tempat melalui
pelaziman atau dengan memerhati model ikutan. Oleh itu, pembelajaran adalah hasil

5
daripada interaksi antara ciri-ciri semula jadi dan faktor dalam kanak-kanak serta
rangsangan atau pengaruh persekitaran. Kanak-kanak pertengahan khususnya kanak-
kanak sekolah rendah mengalami tekanan dan bebanan di sekolah seterusnya
mengganggu perkembangan mereka. Tekanan yang dialami oleh kanak kanak adalah
terikat dengan sistem persekolahan yang lebih mementingkan pencapaian akademik.
Kebolehan murid ditentukan mengikut tahap penilaian, kedudukan dan kebolehan. Bagi
mengejar tuntutan ini, selepas waktu persekolahan kanak-kanak menghabiskan masa
pergi kelas tambahan (Han & Baranovich 2017). Saya telah mengamalkan cara ini dalam
kelas. Bagi pendapat saya, bahawa teori ini sangat bersesuaian kepada kanak-kanak
bahawa seorang kanak-kanak sangat sukakan ganjaran. Jadi sistem ganjaran ini telah saya
guna pakai sejak awal lagi dan ianya merupakan salah satu sistem yang berkesan untuk
kita menghargai usaha kanak-kanak. Dengan adanya ganjaran mereka lebih bersemangat
dalam melakukan kerja-kerja yang diberikan dan guru juga lebih bermotivasi dalam
mengajar.

6
Kesimpulan

Pendekatan pengajaran guru dalam kelas amat bergantung bagaimana kanak-


kanak berfikir. Oleh itu, guru-guru perlu Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana
pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini
boleh dibahagikan kepada teori-teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif.
Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran, teori
pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teori
pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Kesemua teori-teori yang dihasilkan
ini mempunyai peranan dan pengaruhnya dalam perkembangan dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Teori adalah satu rangkaian andaian atau
hipotesis tentang sesuatu perkara yang didokong oleh kajian. Teori pembelajaran pula
adalah rangkaian hipotesis tentang maksud, proses dan faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran.

7
Rujukan

https://www.jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/intel/article/view/197/178

https://psycnet.apa.org/record/2018-38790-005

https://media.neliti.com/media/publications/235758-teori-perkembangan-kognitif-
jean-piaget-48cba26e.pdf

8
SOALAN 2

(i)Prinsip asas

Montessori merupakan doktor wanita yang pertama di Itali beliau bekerja di Rom
iaitu merupakan kawasan orang miskin yang mempunyai keluarga dan antaranya
mempunyai anak yang istimewa. Hal ini telah menarik perhatian beliau untuk mencari
penyelesaian masalah pendidikan bagi kanak-kanak yang kurang upaya dari segi
pendengaran, lumpuh dan dianggap ‘dungu’ setelah masa berlalu beliau percaya bahawa
kanak-kanak istimewa ini dilatih dan diajar untuk menjadi cekap dan boleh hidup dengan
lebih baik. Walaupun kaedah Montessori telah digunakan dengan cara yang berbeza
kerana popularitinya, adalah mungkin untuk mencari sekurang-kurangnya 8 prinsip asas
gaya pedagogi ini berdasarkan karya Montessori itu sendiri dan kemudian perkembangan
yang popular. Antaranya ialah pembelajaran dengan penemuan, pendidikan Montessori
mempunyai watak yang sangat konstruktivis. Difahamkan bahawa sekiranya kanak-
kanak belajar lebih baik melalui hubungan langsung, amalan dan penemuan adalah
melalui arahan langsung. Walau bagaimanapun, subjek tertentu, terutamanya dari umur 6
tahun, memerlukan kelas induk tertentu.Seterusnya dari penyediaan persekitaran
pendidikan. Dalam kaedah Montessori "persekitaran yang disediakan" ini sesuai
digunakan untuk kanak-kanak. Persekitaran yang disediakan sesuai dengan keperluan
pelajar mengikut umur mereka. Persekitaran Montessori harus menggalakkan pergerakan
dan kesedaran aktiviti, bersih dan teratur, menjadi estetik menarik dan miliki unsur
semulajadi seperti tumbuhan di dalam dan di luar bilik darjah. Ciri-ciri berikut adalah
yang pertama ‘’semua kanak-kanak mudah untuk menerima sesuatu pembelajaran. Kedua
ialah ‘’semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif ‘’. Ketiga ialah ‘’ semua
kanak-kanak ingin belajar’’. Keempat ialah ‘’ semua kanak-kanak bermain melalui
bekerja. Kelima ialah, ‘’semua kanak-kanak melalui pelbagai peringkat perkembangan
‘’dan akhir sekali.’’ Semua kanak-kanak ingin berdikari’’ (Malone&came,2007).
Seterusnya ialah, Penggunaan bahan-bahan tertentu adalah salah satu komponen yang
paling penting dalam persekitaran. Maria Montessori telah menggunakan bahan-bahan
tertentu yang dikembangkan oleh dirinya sendiri dan kolaboratorinya untuk mengajar
kanak-kanak pada masa itu. Beliau telah menggunakan bahan semula jadi, seperti kayu

9
sebagai salah satu alat pembelajarannya. Maria Montessori juga mewujudkan pilihan
peribadi pelajar ketika mereka belajar didalam kelas. Walaupun persekitaran yang
disediakan memerlukan keterbatasan dalam pelbagai aktiviti yang boleh diakses oleh
pelajar, ia masih lebih besar daripada pendidikan tradisional dan sepanjang masa kelas
anda bebas memilih mana-mana bahan, permainan atau kandungan pendidikan antara
yang ada di dalam bilik darjah. Bilik kelas untuk kumpulan umur Aspek yang sangat
penting dalam kaedah Montessori adalah didalam setiap bilik darjah mengandungi
bilangan murid yang tinggi dan mereka mempunyai usia yang berbeza dalam kelas. Guru
menggunakan konsep 1 to 1 bersama murid ketika belajar didalam kelas. Untuk prinsip
seterusnya ialah pembelajaran dan bermain bersama. Pelajar bebas memilih, kanak-kanak
boleh bebas membuat keputusan untuk bekerjasama dengan rakan sebaya mereka. Oleh
kerana pelajar bebas memilih, mereka akan sering membuat keputusan untuk
bekerjasama dengan rakan sebaya mereka. Ini membolehkan tunjuk ajar rakan sebaya,
sangat berkaitan dengan permainan (yang memenuhi fungsi penting dalam pembangunan
sosio budaya) dan mesti dipromosikan oleh kakitangan pengajar apabila meningkat
dewasa. Aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan Kanak-kanak belajar
kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka dengan efektif melalui bermain.
Keupayaan kanak-kanak memahami dunia di sekelilingnya semakin meningkat melalui
bermain. Sebaik sahaja kanak-kanak memahami konsep baharu dan melakukannya secara
berulang-ulang semasa bermain, mereka kemudiannya menguasai konsep pada peringkat
yang seterusnya (Sharifah nor puteh&Aliza Ali). Antara ciri-ciri kelas yang
menggunakan kaedah Montessori ialah pelajar-pelajar tidak mudah terganggu dengan
persekitaran sekeliling. Contohnya, kapasiti pelajar didalam kelas tidak ramai berbanding
pengajaran tradisional. Jadi kaedah ini adalah untuk memihak kepada pencapaian
keadaan tumpuan yang meningkatkan pembelajaran. Seterusnya, Guru sebagai panduan
dan penyelia kepada pelajar semasa pembelajaran. Dalam kaedah Montessori guru
memandu pembelajaran pelajar dalam proses pendidikan diri mereka. Oleh itu, peranan
mereka berkaitan dengan penyediaan persekitaran akademik, pemerhatian kanak-kanak
untuk menggalakkan pembelajaran individu, pengenalan bahan pendidikan baru atau
penyediaan maklumat.

10
(ii)Amalan dalam kelas/rutin/pengalaman pembelajaran

Montessori adalah kaedah pendidikan yang membantu anak untuk mencapai


potensinya dalam kehidupan. Kaedah ini menekankan pada kemandirian dan keaktifan
kanak-kanak dengan konsep pembelajaran langsung melalui praktik dan permainan
kolaboratif. Di tadika, saya menggunakan konsep Montessori dalam pembelajaran harian
saya. Ianya memberikan keseronokan kepada kanak-kanak dalam belajar kerana bagi
mereka, pembelajaran menggunakan Montessori lebih santai dan tidak tertekan.
Montessori juga mengurangkan bebanan seorang kanak-kanak kerana kanak-kanak lebih
suka belajar menggunakan peralatan berbanding buku. Pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti
bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles
(2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan
menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam penggunaan Montessori
kanak-kanak lebih banyak aktiviti dalam bermain perlatan Montessori yang telah
disediakan. Menurut Sharifah Nor Puteri dan Aliza Ali apabila kanak-kanak berseronok
dalam pembelajaran maka mereka terus berminat dalam mengambil bahagian dalam
pelajaran. Seterusnya, kanak-kanak diberi peluang untuk memilih dan meneroka.
Walaupun sekolah berbeza mengikut cara yang ketat mereka mengikut kaedah,
kebanyakan kelas prasekolah Montessori adalah ruang yang bersih, teratur, dan rapi.
Kanak-kanak diajar untuk melakukan tugas-tugas seharian seperti itu, setiap kali mereka
menggunakan peralatan Montessori wajib bagi mereka untuk simpan semula ke rak
Montessori yang telah disediakan. Ruang bilik darjah dapat membantu kanak-kanak
merasa terfokus dan tenang. Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana
menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya
secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat
awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi penumpuan, perhatian,
kemahiran, memerhati dan meneliti. pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

11
iii)Persekitaran/bahan pembelajaran

Montessori adalah kaedah pendidikan yang pembelajaran secara langsung,


berdasarkan aktiviti kendiri dan permainan kolaboratif. Di dalam bilik darjah Montessori,
kanak-kanak boleh membuat pilihan kreatif dalam pembelajaran harian mereka,
manakala kelas dan guru menawarkan aktiviti yang sesuai dengan usia untuk
membimbing proses. Kanak-kanak bekerja dalam kumpulan dan juga individu untuk
menemui dan meneroka pengetahuan dunia dan mengembangkan potensi mereka. Model
ini berdasarkan dua prinsip asas. Pertama, kanak-kanak dan orang dewasa yang
berkembang melibatkan diri dalam pembinaan diri psikologi melalui interaksi dengan
persekitaran mereka. Kedua, kanak-kanak, terutamanya di bawah usia enam tahun,
mempunyai jalan psikologi pembangunan yang semula jadi. Maria Montessori percaya
bahawa kanak-kanak terbaik berkembang apabila mereka dibenarkan untuk membuat
keputusan dan bertindak secara bebas dalam persekitaran yang menekankan sifat-sifat
berikut. Menurut Proffessor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub iaitu pensyarah di Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau menyatakan bahawa
pendidikan Montessori yang diaplikasikan kepada kanak-kanak adalah lebih fleksibel
berbanding dengan corak pendidikan yang lain. Oleh itu, persekitaran Montessori adalah
berbeza dengan tadika lain ianya mempunyai persekitaran yang teratur, rapi dan bersih
dan membuatkan kanak-kanak merasa fokus dan tenang ketika belajar. Setiap peralatan
dalam bilik darjah memudahkan murid-murid untuk mengakses. Kawasan bilik-bilik
yang mempunyai kawasan jelas untuk bahagian Montessori. Antaranya ialah seperti
Kehidupan Praktikal, yang membantu membina kemahiran hidup setiap hari, Sensorial,
yang membantu membangunkan kemahiran deria, Matematik. Bahasa Kebudayaan, yang
merangkumi muzik, seni, dan sains.

12
(iv) Penaksiran

Montessori kini telah berkembang luas di seluruh Negara termasuklah di Malaysia


sudah banyak kita dapati tadika-tadika yang menggunakan konsep Montessori. Banyak
maklumat atau berita tentang Montessori yang kian mengembang. Tidak dinafikan lagi
bahawa ibu bapa pada masa kini lebih suka menghantar anak-anak mereka yang
mempunyai fokus kepada pembelajaran kendiri dan praktikal. Selain itu, konsep 1 to 1
antara student dengan guru juga merupakan konsep yang berkesan untuk kita lakukan
dengan kanak-kanak. Menurut Jill Ceder, Memutuskan pendekatan pendidikan apa yang
sesuai dengan keperibadian dan keperluan kanak-kanak adalah keputusan peribadi.
Mengetahui kanak-kanak adalah langkah pertama dan paling penting untuk mengetahui
sama ada sekolah Montessori akan menjadi perlawanan yang baik. Oleh itu, saya memilih
Montessori sebagai salah satu program kerana saya sukakan konsep Montessori kerana
pendekatan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak merancang kurikulum untuk pelajar
yang berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan khusus mereka dan juga memberi
mereka ruang untuk meneroka dan memahami konsep mengikut kadar mereka sendiri.
Untuk ini, segala-galanya disimpan di dalam kelas dengan baik untuk dijangkau oleh
kanak-kanak. Kurikulum berfokus pada persekitaran yang teratur dengan memiliki lokasi
dan rak khusus untuk setiap objek dan aktiviti. Apabila anak-anak menyelesaikan aktiviti
tertentu mereka harus menyimpan barang-barangnya kembali ke tempat yang sesuai. Ini
memudahkan persekitaran yang rapi dan dinanti-nantikan dan juga mengajar disiplin diri
kepada anak-anak. Oleh itu, guru dapat meringankan beban mereka kerana kanak-kanak
yang akan bertanggungjawab melakukan segala tugasan. Seterusnya, setiap kanak-kanak
dilayan secara berbeza. Kanak-kanak belajar konsep melalui aktiviti dan objek mengikut
kadar mereka sendiri yang juga mendorong mereka untuk mencuba aspek mencabar
tertentu yang meningkatkan pengalaman belajar mereka.

13
Bahagian II

Penyertaan kelas dalam talian

14
15
16
Rujukan

https://www.researchgate.net/publication/
44843032_The_bubblewrap_generation_Children_growing_up_in_walled_gardens

https://psycnet.apa.org/record/2018-38790-005

https://core.ac.uk/download/pdf/11492174.pdf

https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/26/26

17

Anda mungkin juga menyukai