Anda di halaman 1dari 5

Ucapan perkataan pertama oleh kanak-kanak merupakan detik gembira yang dinanti-

nantikan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak sabar mendengar anak mereka bercakap
dengan lancar, dan bersembang bersama-sama. Sememangnya belajar bercakap
merupakan perkembangan bahasa yang penting dan menggembirakan.

Kita tahu bahawa perkembangan bahasa itu melibatkan bila dan bagaimana kanak-
kanak belajar bercakap dan memahami apa yang didengar. Kita sedar pentingnya
perkembangan bahasa untuk kanak-kanak berkomunikasi, meminta keperluan harian,
dan berkongsi pengalaman. Apa yang tidak disedari ramai adalah perkembangan
bahasa merupakan asas penting dalam kemahiran membaca dan menulis.

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik lebih mudah mempelajari
kemahiran membaca dan menulis. Malangnya yang sebaliknya juga adalah benar.
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang lemah
atau kecelaruan pertuturan dan bahasa sukar mempelajari teknik-teknik untuk
membaca dan menulis. Ini kerana mereka tidak mempunyai asas atau kemahiran
literasi awal yang terdiri daripada kemahiran bahasa.

Sejauh mana kanak – kanak mencapai kejayaan disekolah banyak dipengaruhi oleh
perkembangan bahasa dan kemahiran literasi awal. Kanak – kanak yang mempunyai
perkembangan bahasa yang baik mampu membentuk kemahiran literasi awal dan
seterusnya mencapai kemahiran membaca dan menulis yang baik. Kemahiran literasi
awal adalah penanda sejauh mana kejayaan kanak – kanak dalam bacaan dan tulisan.

Kemahiran Literasi Awal


Pasti anda tertanya – tanya apa itu kemahiran literasi awal. Kemahiran literasi awal ini
bukan kemahiran membaca dan menulis. Sebaliknya, ia adalah kemahiran yang perlu
ada sebelum kanak-kanak belajar membaca dan menulis. Kemahiran literasi awal ini
boleh dikatakan sebagai pra – membaca dan menulis, atau asas yang diperlukan oleh
kanak – kanak supaya mereka bersedia untuk belajar membaca dan menulis.

Beberapa kajian menyenaraikan pelbagai jenis kemahiran literasi awal yang perlu ada
pada kanak – kanak sebelum dia belajar membaca dan menulis. Kemahiran ini mungkin
tidak seperti yang dijangka, kerana tidak banyak melibatkan kemahiran membaca dan
menulis secara langsung. Beberapa kemahiran ini mungkin sukar dikaitkan dengan
bacaan dan tulisan, tetapi sememangnya penting kerana merupakan kemahiran
perkembangan bahasa.

Antara kemahiran literasi awal yang penting adalah perbualan, kosa kata atau bilangan
perkataan yang dikuasai, pemahaman cerita, pengetahuan tentang tulisan, kesedaran
bunyi bahasa, kemahiran mendengar, bertutur dan minat membaca dan menulis.

Apa peranan perkembangan bahasa dalam membaca dan menulis? Seperti yang
dilihat, asas kepada kemahiran membaca dan menulis adalah perkembangan dan
kemahiran bahasa. Kemahiran literasi awal boleh dikatakan asas yang kukuh dalam
pemahaman bahasa, pertuturan dan sebutan yang jelas, serta pemahaman system
bunyi – bunyi bahasa.-ayat mengelirukan Artikel ini akan meneliti beberapa kemahiran
literasi awal dan pengaruh perkembangan bahasa kepada kemahiran membaca dan
menulis.

Kemahiran Literasi Awal 1: Minat Membaca dan Menulis


Cuba fikirkan apa yang anda gemar, apa yang anda minati. Sekarang cuba fikirkan apa
yang anda boleh lakukan dengan baik, apakah kemahiran anda. Selalunya kedua – dua
minat dan kemahiran adalah sama. Kita mahir melakukan sesuatu yang kita minati.
Setiap pakar dalam sesuatu bidang mempunyai minat dalam bidang mereka, dan dari
situ lahirlah kemahiran dan kecemerlangan. Sama juga untuk membaca dan menulis.

Masa yang diambil untuk belajar membaca bergantung kepada minat kanak – kanak
terhadap buku. Kanak – kanak yang sering melihat buku bersama ibubapa akan
menimba kemahiran literasi awal yang amat berfaedah.

Apabila kanak – kanak biasa dengan bahan bacaan, mereka akan:

 Lebih mahir memahami apa yang didengar.


 Mempelajari lebih banyak perkataan.
 Belajar membuat ayat.
 Bercerita kembali cerita yang didengar.
 Memupuk minat membaca.
 Minat terhadap buku meningkatkan minat dan kemahuan untuk membaca.
 Minat membaca membolehkan mereka belajar membaca dengan lebih mudah
dan lebih baik.
Ingatlah bahawa minat terhadap bacaan banyak membantu dalam peningkatan
kemahiran pertuturan, bahasa dan juga bacaan. Bacalah bersama – sama anak anda!

Kemahiran Literasi Awal 2: Kesedaran fonologi/ bunyi – bunyi bahasa.


Pernahkah anda mendengar bunyi dram? Bolehkah anda mengira setiap kali dram
berbunyi? Sekarang cuba bayangkan perkataan yang panjang, seperti ‘tanggungjawab’.
Bolehkah anda mengira setiap bunyi atau sukukata? Mari kita cuba: tang – gung – ja –
wab, jadi jumlah bunyi atau sukukata adalah empat. Ini merupakan salah satu ciri
kesedaran fonologi.

Ciri – ciri lain adalah kebolehan untuk mencari perkataan yang bunyinya hampir sama,
seperti ‘baju dan laju’, atau perkataan yang bermula dengan bunyi yang sama, seperti
‘buku dan bola, yang kedua – duanya bermula dengan bunyi ‘buh’ atau huruf ‘b’.

Kesedaran fonologi juga merangkumi kesedaran bahawa ayat terdiri daripada beberapa
perkataan dan perkataan boleh dileraikan lagi kepada bunyi yang lebih kecil.
Kanak – kanak yang mendapat pendedahan awal kepada konsep ini mempelajari
kemahiran untuk ‘membunyikan’ perkataan, contohnya mereka dapat menyatakan
bahawa perkataan ‘bola’ terdiri daripada 2 sukukata iaitu ‘bo’ dan ‘la’. Apabila mereka
mula membaca, kemahiran ini akan menjadi lebih berguna kerana membaca pada
dasarnya adalah membunyikan huruf untuk menjadikan/membentuk perkataan.

Mempelajari dan memahami bunyi – bunyi bahasa adalah satu ciri perkembangan
bahasa yang normal. Kanak-kanak yang mempunyai banyak sokongan untuk membaca
dan terdedah kepada konsep literasi awal akan lebih bersedia untuk belajar membaca.

Gunakan masa yang ada untuk memperkenalkan konsep bunyi bahasa yang
diperlukan, agar kanak – kanak dapat meningkatkan kemahiran literasi awal.

Kemahiran Literasi Awal 3: Pemahaman Bahasa.


Kita biasa terserempak dengan kanak – kanak yang tidak mengikut arahan. Kadang –
kadang kita ketawa apabila kanak – kanak memberi objek lain daripada apa yang
diminta. Namun ini mungkin merupakan tanda – tanda masalah pemahaman bahasa.

Kanak – kanak dengan perkembangan bahasa yang baik dapat:

 Mengenali objek
 Mengikut arahan sesuai dengan umur mereka.
Pemahaman bahasa penting untuk:

 Memahami apa yang didengar


 Membina kemahiran literasi awal.
Membaca melibatkan:

 Menyebut perkataan
 Memahami apa yang dibaca.
Pemahaman bahasa yang baik akan membantu kanak – kanak untuk:

 Memahami maksud perkataan dan ayat semasa bercakap dan membaca


 Memahami jalan cerita dan unsur – unsur lain dalam buku cerita
Kanak – kanak dengan pemahaman bahasa yang baik:

 Lebih mudah belajar membaca dan menulis,


 Lebih mudah memahami apa yang dibaca,
 Bijak membuat kesimpulan tentang apa yang dibaca.
Sebelum membaca dan menulis, kanak – kanak memerlukan:

 Pendedahan dan latihan dalam pertuturan dan bahasa.


 Interaksi dan berkomunikasi dengan dewasa dan kanak – kanak lain
Kanak – kanak yang sukar memahami apa yang didengar akan turut susah untuk
memahami apa yang dibaca.

Peranan sebagai ibu bapa dan penjaga adalah untuk menunjukkan dan memberi
penerangan kepada kanak – kanak, supaya mereka dapat memahami dunia sekeliling,
berkomunikasi dengan baik serta meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.

Kemahiran Literasi Awal 4: Perkataan yang Dikuasai


Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk mencari perkataan yang sesuai?
Sebaliknya, apabila kita dapat menggunakan ataupun mendengar perkataan yang
tepat, maksud kita dapat disampaikan dengan jelas. Bilangan perkataan yang kita dapat
kuasai, iaitu perkataan yang kita dapat faham dan gunakan adalah penting dalam
komunikasi lisan dan juga bertulis.

Kanak – kanak yang membesar dengan perkataan yang didengar, ditunjuk dan
dibacakan akan berpeluang untuk mempelajari dan memahami dan seterusnya
menggunakan pelbagai perkataan baru. Kanak – kanak yang dapat menguasai lebih
banyak perkataan dapat bertutur dengan lebih lancar dan berkomunikasi dengan lebih
berkesan. Menguasai perkataan yang banyak juga membantu kanak – kanak untuk
menguasai bacaan dengan lebih mudah dan cepat kerana dapat mengenali perkataan
baru yang dibaca. Asas perkembangan bahasa yang kukuh, termasuk menguasai
perkataan yang banyak akan membantu kanak – kanak untuk lebih bersedia untuk
membaca dan menulis.

Kemahiran Literasi Awal 5: Bertutur dengan Lancar


Menguasai perkataan yang banyak adalah penting, tetapi ketepatan sebutan juga
memainkan peranan dalam perkembangan pertuturan, bahasa dan membaca.
Kelancaran pertuturan bergantung kepada beberapa faktor, salah satunya sistem bunyi
bahasa kanak – kanak tersebut. Kanak – kanak yang mempunyai masalah sebutan
mungkin juga mengalami kesukaran untuk belajar membaca.

Kanak – kanak yang mempunyai sistem bunyi bahasa yang baik akan dapat menyebut
semua bunyi dengan betul, bertutur dengan lancar dan juga membantu dalam
penguasaan bacaan.

Kajian menunjukkan bahawa kanak – kanak yang mengalami kecelaruan pertuturan


mungkin juga mengalami masalah untuk belajar membaca. Khasnya kanak – kanak
yang masih mempunyai sebutan yang tidak tepat pada umur 5 ½ tahun didapati sukar
untuk belajar membaca.

Sebagai ibubapa, peranan kita adalah untuk bercakap dengan jelas agar kanak – kanak
dapat mempelajari pertuturan yang jelas. Jika kanak – kanak tidak dapat menyebut
perkataan atau sebutan dengan betul, dapatkan penilaian dan rawatan dari terapis
pertuturan-bahasa. Masalah sebutan biasanya boleh diatasi dan ini akan membantu
kanak – kanak untuk bertutur dengan lebih jelas kerana mempunyai konsep bunyi
bahasa yang kukuh. Ini seterusnya membantu dalam penguasaan bunyi bahasa untuk
bacaan.

Kesimpulan
Kita telah melihat bagaimana aktiviti berikut penting kepada perkembangan literasi
kanak – kanak:

 Minat terhadap literasi


 Kesedaran bunyi bahasa
 Pemahaman bahasa
 Penguasaan perkataan dan
 Pertuturan yang lancar
Perkembangan bahasa adalah penting untuk:

 Komunikasi
 Menyediakan kanak – kanak untuk belajar membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa yang baik bukan setakat untuk berkomunikasi sahaja, malah
merupakan asas kepada kemahiran membaca dan menulis juga. Sebagai ibubapa,
peranan kita adalah untuk menjadi teladan yang baik serta memupuk kemahiran
bahasa agar kanak – kanak membesar dengan kemahiran komunikasi, membaca dan
menulis yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai