Anda di halaman 1dari 15

Boneka

 Boneka ialah objek atau bahan yang digunakan` serentak dengan skrip yang
dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan.
 Guru boleh menggunakan –berbagai-bagai jenis boneka Yang melambangkan
watak-watak tertentu.
 Aktiviti ini menggunakan gerak-geri,sarung tangan, topeng, pepatung dan
gambar. Bunyi-bunyian boleh juga digunakan.
 Nillie Mc Caslin (1984) –menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai
alat bantu mengajar dan sebagai alat diagnostic. Menurutnya boneka dapat
membantu menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran.
 Penggunaanboneka di dalam kelas, banyak membantu menghidupkan suasana
yang menyeronokkan dan seterusnya menimbulkan motivasi kepada pelajar.
 Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (1987) , boneka
ialah:
i) Barang permainan yang dibuat menyerupai patung orang
ii) Orang yang diangggap sebagai alat atau barang barang permainan
 Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, boneka boleh berbentuk haiwan
dan objek-objek lain yang digeraklakonkan mengikut watak atau cereta tertentu.
 Semasa bermain boeneka , pemainnya menggunakan dialog sesuai dengan
watak boneka berkenaan. Dalam keadaan ini suara latar, muzik atau bunyi-bunyi
tertentu diadakan bagi mengiringi pergerakan boneka tersebut.

1
Bentuk-Bentuk Boneka.

Boneka daripada alat sebenar

 Alat sebenar yang dapat dijadikan boneka adalah seperti teko, cawan, sudu,
garpu, senduk dan sebagainya.
 Alat-alat yang hendak digunakan sebagai boneka bolehlah dihiasi dengan warna
dan lakaran mengikut watak yang sesuai.

B ) Boneka Glove (sarung tangan)

-Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala dan badanya sahaja

C ) Boneka penuh

-Boneka ini lengkap anggota badannya, iaitu bahagian kaki hingga ke bahagian kepala.

2
D ) Boneka kosong di tengah

-Boneka ini lengkap di bahagian kepala dan ekornya sahaja manakala di bahagian
perutnya atau tengah badannya kosong.

E ) Boneka jari

-Boneka ini dimainkan dengan menggunakan jari. Biasanya boneka seperti ini kecil dan
bahagian yang dapat digerakkan ialah tangan dan kepala boneka sahaja.

3
F ) Boneka wayang kulit

-Boneka ini dapat dibuat darpada kulit, plastic, lutsinar dan kertas tebal. Biasanya
boneka ini nipis dan berbentuk dua demensi .

G ) Boneka tongkat

-Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tingkat seperti kayu, rotan, buluh dan
sebagainya di bahagian bawah boeneka tersebut.

-Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit, tetapi berbentuk tiga demensi.

4
h)Boneka tali

-Boneka jenis ini digeraklakonkan denga menggunakan tali atau benang.

Tujuan Penggunaan Boneka

a) Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.


b) Mengguna dan memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.
c) Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni.
d) Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pemblajaran.
e) Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.
f) Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
g) Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal.

5
Keistemewaan Boneka

A ) Belajar sambil berhibur.

 Dalam sesuatu persembahan boneka terdapat pelbagai unsur kecindan jenaka,


peristiwa, watak, suspen, ketegangan, dialog, kesan bunyi, nyanyian dan
sebagainya yang menghiburkan.
 Oleh itu murid dapat memperlajari sesuatu sambil bergembira, ternyata belajar
sambil berhibur ini memberi kesan yang mendalam dalam proses pembelajaran
murid.

B ) Menggunakan pelbagai deria.

 Semasa bermain dan menonyon boneka, murid berpeluang menggunakan


pelbagai deria. Umpamanya semasa bermain boneka, perserta berpeluang
menggunakan deria lihat, deria dengar dan deria sentuh secara serentak.
 Begitu juga bagi murid yang menonton, mereka dapat menggunakan deria lihat
dan deria dengar secara aktif untuk memahami dan menghayati persembahan.

C ) Menggunakan kemahiran bahasa secara serentak

 Untuk mengendalikan sesuatu persembahan boneka terdapat tiga peringkat


yang harus dialami oleh murid, iaitu peringkat sebelum, semasa dan selepas
persembahan.
 Persembahan murid perlu melalui pelbagai proses aktiviti.

6
Contohnya :

Sebelum persembahan

-Memilih cerita

-Membina boneka

-Mengarang skrip atau dialog

-Membaca dan menghafaz

-Mengenal pasti watak pemain

Semasa perbincangan inilah mereka berpeluang untuk menggunakan kemahiran lisan


(mendengar dan bertutur) Aktiviti ini sudah tentulah mendorongkan minat mereka untuk
bertutur, memberi pandanagan, membuat cadangan, bersoal jawab, memberi arahan
dan membuat keputusan.

Semasa persembahan

-Semasa persembahan para peserta berpeluang untuk membaca dialog, melafazkan


dialog yang dihafaz, menggunakan dialog secara spontan mengikut nada, intonasi dan
suara yang sesuai.

-Sementara itu murid yang menonton akan menggunakan kemahiran langsung keadaan
ini mendorong murid memperkukuhkan kemahiran lisan dan menulis secara serentak.

7
Selepas persembahan

-Sebaik sahaja persembahan tamat, murid digalakkan berbincang dan bersoal jawab
tentang cerita tersebut. Murid juga digalakkan menulis cerita itu semula dengan
menggunakan perkataan sendiri.

-Murid juga digalakkan menyambung cerita tersebut berdasarkan kreativiti masing-


masing. Ternyata dengan cara ini murid dapat memperkukuhkan kemahiran menulis
dan menyburkan daya kreativiti mereka.

D )Memperkukuhkan kemahiran mata pelajaran lain melalui mata pelajaran


bahasa

 Sebelum persembahan boneka diadakan, boneka perlu dibuat terlebih dahulu.


Untuk membina boneka, kemahiran melukis dan kraftangan amat berguna
kepada murid.
 Sehubungan dengan itu boneka bolehlah dibuat semasa mata pelajaran seni
lukis dan kraftangan dijalankan.
 Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada murid kerna kemahiran
yang dikuasai dalam mata pelajaran seni lukis dan kraftangan dapat dilanjutkan
dan digunakan dalam mata pelajaran bahasa.

E )Mempercepatkan dan mempermudah pemahaman murid

 Murid-murid lebih cepat dan mudah memahami sesuatu cerita atau peristiwa
yang terdapat dalam persembahan boneka jika diandingkan dengan media lain.
 Hal ini demikian kerana murid dapat menggunakan kemahiran-kemahiran
mendengar, bertutur, berlakon, manipulative dan sebagainya melalui
persembahan boneka.

8
 Sesuai dengan konsep belajar melalui pengalaman maka sudah tentulah
pemahaman dan daya ingatan murid lebih kekal dan tekal.

F ) Melibatkan diri secara aktif

 Mendorong melibatkan diri secara aktif sebelum, semasa atau selepas


permaianan boneka itu diadakan kerana setiap peringkat tersebut memerlukan
mengadakan perbincangan untuk memlilh cerita, mengenal pasti watak dan
menyediakan boneka secara kolektif.
 Sehuungan dengan itu meraka melibatkan diri dalam pelbagai peranan sama
ada sebagai pengarah, penulis skrip, pelakon, pengurus pentas atau sebagai
penonton.

G ) Memupuk daya kreativiti

 Murid menggunakan daya kreativiti mereka untuk menghasilkan skrip, melukis,


membuat dan mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, menggerakkan
boneka dan sebgainya.

9
Pelaksanan Boneka Dalam Pengajaran
Raminah Haji Sabran (1986: 92-93) mencadangkan ;
“Patung di antara patung yang boleh digunakan ialah patung tangan dan
sebagainya.Murid-murid disuruh mencipta berbagai-bagai cerita berdasarkan
geraklakon patung-patung itu”.

“Kanak-kanak yang gementar dan merasa gagap tidak boleh bertutur


secara lancer di depan kelas biasanya akan bertutur dengan lancar jika
berada di belakang tabir sambil menggeraklakonkanboneka dengan
tangannya”.

Pemilihan Boneka Dalam Pengajaran


a) Adakah boneka tersebut dapat memberi rancangan pengajaran yang disediakan
oleh guru? Sebagai contoh adakah pelajaran lisan yang menggunakan boneka
dapat menarik minat murid?
b) Bagaimana penggunaan alat bantu ini disesuaikan dengan pengajaran guru.
c) Berkesankah pengajaran dengan menggunakan boneka sebagai alat bantu
mengajar. Dilihat daripada sudut ingatan, minat semasa belajar (formal dan
informal) kualiti penglihatan melalui perbincangan.
d) Adakah penggunaan boneka betul-betul dapat melengkapkan pengajaran dan
pelajaran dalam bilik darjah.

10
Persediaan Guru
a) Membiasakan dan mengingatkan langkah-langkah dalam pengajaran
b) Persediaan dan pengumpulan bahan dan alat yang diperlukan.
c) Pembacaan cepat terhadap contoh dalam rancangan pengajaran harian dengan
cara yang tersendiri.
d) Pengetahuan umum untuk membiasakan diri dengan tugasan yang akan
diselesaikan dalam jangka masa empat hingga lima minggi ke hadapan.

Sebelum memasuki bilik darjah guru perlu membuat persediaan tentang cara
menggunakan boneka untuk disesuaikan dengan rancangan pelajarannya. Berikut
dikemukakan beberapa teknik penggunaan boneka dicadangkan yang:

a) Berlatih menggunakan boneka dengan kedua-dua belah tangan. Perhatikan gerak


lakon yang sesuai untuk sesebuah boneka. Mengadakan seberapa banyak gerak
laku yang sesuai denngan wataknya.

b) Latihan pergerakan boneka mengikut jenis dan wataknya.

c) Dapatkan cara untuk mengeraklakonkan boneka supaya tidak kaku semasa


berdialog.

d) Sekiranya menggunakan pentas, awasi kedudukan boneka ketika melakukan


pergerakan. Kedudukaan boneka hendaklah sesuai dengan ketinggian pentassama
setiap masa. Jangan diangkat boneka terlalu tinggi dan menampakkan tangan dan
juga terlalu rendah pula boneka tidak akan kelihatan kerana dilindungi tabir pentas.

11
Kedudukan boneka jangan terlalu jauh dari pentas kerana ia akan kelihatan seperti
tenggelam apabila dilihat oleh audiens.

e) Apabila mengendalikan boneka, peraturan yang perlu dilakukan ialah melakukan


satu perkara dalam satu masa. Misalnya, kedudukan tetap, pergerakan perlahan-
perlahan dan jangan terlompat-lompat. Kendalikan mengikut rentak yang sama
dalam setiap waktu menggeraklakonkan boneka.

f) Jangan menekankan suara setiap kali bercakap. Gunakan suara sendiri sekiranya
tidak mampu mengubah suara.

g) Biasakan memegang boneka mengarah ke depan bahagian mukanya. Jangan


membelakangkan audiens.

12
Persediaan Murid

a) Murid-murid digalakkan membuat boneka sendiri supaya boleh mengenali sifat dan
watak yang akan dilakonkan. Boneka yang dibina boleh terdiri daripada boneka
tangan, jari dan lain-lain.
b) Murid sebagai pelakon boneka. Murid-murid yang dipilih akan menghafal dialog
yang sesuai dan melakonkan watak boneka.

Teknik Pengajaran Menggunakan Boneka

Teknik penyampaian pengajaran biasanya melibatkan tiga aspek iaitu set induksi, isi
pelajaran dan pengukuhan pada akhir pengajaran. Untuk menarik perhatian murid atau
merangsang minat murid dalam set induksi, boneka boleh digunakan mengikut langkah
yang berikut :

a) Guru telah menentukan objektif pengajarannya.


b) Guru memulakan pelajaran dengan menggeraklakonkan boneka tanpa
menggunakan pentas boneka.
c) Guru juga boleh mengarahkan murid-murid kehadapan kelas untuk berlakon
secara spontan dengan menggunakan boneka.
d) Guru perlu mengaitkan aktiviti set induksi dengan isi pelajaran yang akan
disampaikan selepas tamat aktiviti ransangan (set induksi)

13
Boneka Sebagai Aktiviti Ko-Kurikulum

Penggunaan boneka boleh dilanjutkan dalam aktiviti ko-kurikulum, khususnya


Persatuan Bahasa Melayu.Aktiviti penullisan skrip cerita boleh disesuaikan dengan
lakonan yang menggunakan boneka. Persediaan perancangan untuk mementaskan
cerita yang menggunakan boneka perlu dibuat.

a) Memilih Bahan Cerita


 Murid-murid digalakkan ke pusat sumber sekolah untuk mendapatkan bahan cerita
daripada buku. Berdasarkan buku yang dipilih, murid-murid diarahkan berbincang
untuk menyediakan skrip pementasan boneka berdasarkan cerita tersebut.
 Skrip cerita yang dihasilkan boleh dipentaskan menerusi lakonan yang
menggunakan boneka.
 Kadangkala lakonan secara spontan menggunakan boneka juga dapat memberi
ilham kepada kanak-kanak untuk menulis skrip boneka. Ini boleh dilakukan apabila
sekumpulan murid-murid mengeraklakonkanboneka sementara sekumpulan lagi
selepas sebagai penonton akan menghasilkan skrip boneka.

b) Membuat Boneka
 Selepas penulisa skrip, murid-murid digalakkan membuat boneka sendiri sama ada
secara kumpulan atau individu.
 Watak-watak yang dibuat hendaklah berdasarkan skrip yang ditulis oleh mereka.

c) Menggeraklakonkan Boneka
 Lakonan pementasan diperlukan sebelum mengadakan sesuatu persembahan.
 Pertama, latihan pembacaan skrip. Tujuannya untuk membiasakan dengan jalan
cerita.

14
 Kedua, latihan berlakon dengan menggunakan boneka supaya murid dapat
menyesuaiakn watak dengan gerak-lakunya menerusi boneka.
 Dalam semua pementasan, sebaik-baiknya pentas boneka mempnyai props, latar
pentas, kesan bunyi dan pencahayaan lampu untuk memberi kesan yang menarik.

15

Anda mungkin juga menyukai