Anda di halaman 1dari 2

Gaya hidup yang sihat (GHS) merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.

Insan yang sihat


pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. GHS
didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari
sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya
hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak
diancam oleh sebarang penyakit yang boleh diri daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan
persekitaran daripada terjebak melakukan perkara yang menjejaskan kesihatan, dan membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala.
1. Menjaga Pemakanan Seharian
Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid
makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara makanan-makanan yang
paling utama atau perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan
karbohidrat seperti: Nasi Bijirin. Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk
membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai urusan kehidupan seharian. Seterusnya,
pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti:- Sayur-sayuran Buah-
buahan Mengambil makanan tersebut dengan secukupnya penting untuk membekalkan vitamin serta serat
kepada badan manusia. Di samping itu, berdasarkan piramid makanan juga, ia menganjurkan pengurangan
makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula. Ini kerana ia dapat mengelakkan pelbagai
penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.
2. Melakukan Senaman atau Riadah
Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat yang lain juga adalah dengan melakukan aktiviti senaman
dan riadah yang penting untuk tubuh badan kita. Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang
serta amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ini, sekaligus dapat membakar kalori dalam badan dan
juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah tersebut adalah
memadai untuk dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit.
3. Jauhkan Diri Daripada Tekanan Diri
Pengamalan juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stres. Tekanan diri adalah gejala negatif
yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Ianya melibatkan tekanan yang sukar
dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain daripada masalah rumah tangga. Seseorang yang
mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak
kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri. Antara
langkah yang dapat dilakukan untuk menangani tekanan diri ialah seperti:- Meminta pendapat atau
pandangan orang yang lebih pakar ataupun kaunselor Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga
Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan untuk terus memotivasi diri Tekanan diri yang
dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita supaya hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang
sihat memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurungan disebabkan tekanan diri mahupun
kehidupan yang tidak teratur.
4. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Ini adalah untuk mengelak
daripada terjebak atau terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan. Antaranya adalah seperti
tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi.
Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Pembuangan sampah sarap ke dalam
sungai atau ke longkang luar rumah juga adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar.
5. Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kesihatan
Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi impak tidak
baik terhadap tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan
tubuh badan kita dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut adalah seperti:- Penagihan
dadah Ketagihan arak Seks rambang Menghisap rokok Secara jelasnya, tabiat seperti menghisap rokok ini
boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan menghindari merokok
juga, anda juga dapat menggunakan wang tersebut untuk menabung dan bercuti atau melakukan aktiviti-
aktiviti lain yang dapat memberi keseronokkan. Tambahan pula, dengan meminum arak akan mendatangkan
implikasi teruk kepada mental serta fizikal kepada mereka yang mengambilnya. Selain itu, dengan
terjebaknya seseorang itu kepada penagihan dadah juga boleh menyebabkan punca berlakunya gejala sosial
dalam masyarakat. Sebagai peringatan, sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini bukan sahaja akan
menerima kemudaratan kepada diri sendiri, bahkan juga dipandang serong malahan bakal disisihkan oleh
masyarakat. Oleh itu, marilah kita semua meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya
penyalahgunaan dadah mahupun rokok serta arak. Mengawal dan mencegah daripada berlakunya kegiatan
buruk ini bukan sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata malahan memberi kebaikan kepada
masyarakat.
6. Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan
Kebanyakan orang dalam kalangan masyarakat biasanya akan berjumpa dengan doktor hanya bila
sudah sakit sahaja. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan seseorang membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau
swasta dengan kekerapan masa sebanyak dua kali setahun. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita
boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak amalan yang perlu kita lakukan antaranya seperti perkara
yang dinyatakan di atas untuk membolehkan kita supaya terus hidup sihat. Amalan ini harus dipupuk serta
disedari oleh kita sejak daripada kecil lagi. Ibu bapa serta anggota keluarga lain juga memainkan peranan
dalam mendidik kita mengamalkan gaya kehidupan ini. Akhir sekali, peribahasa Melayu ada menyebut
“mencegah itu lebih baik dari mengubati” maka marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat
sebelum terlambat.

Anda mungkin juga menyukai