Anda di halaman 1dari 9

NAMA:MUHAMMAD

FARHAN BIN
SAMSUDIN
KELAS:3 TIRMIDZI
GURU SUBJEK:NUR
HABIBAH BINTI YUSUF

tajuk:gaya hidup sihat


PENDAHULUAN

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif
kepada diri seseorang,keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu
tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarangmasalah yang boleh menjejaskan
kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu
banyaktekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat
pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untukmencapai matlamat ini.
ISI 1

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaankehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang
bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringanataupun makanan segera. Tidak
kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun
makanan yangmempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh
mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang
juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhiamalan buruk
seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang
seimbang membolehkan kitasemua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang
diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang
ISI 2

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang
itu lebih sihat dan menceriakan.Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan
atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujungminggu. Aktiviti senaman seperti
ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik
sertamenjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki
badan yang sihat dan minda yang cerdasberbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya,
semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatanseseorang itu kerana minda
yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
ISI 3
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka
terhindar daripada sebarangpenyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih,
waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalanhidup seharian. Bagi mengelakkan
jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri
denganasas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan
dengan baik agar tidak diharung lalatmahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa
menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaanmungkin boleh membawa
padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam
kalanganmasyarakat
ISI 4

Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu
menjaga kebersihan persekitaranmereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya
hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orangramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan
sampah-sarap ataumemastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat
mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakitseperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bungaataupun
tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai
akan dapat menjauhkan dirimereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
ISI 5

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih
terbuka dan bersedia untukberkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian ataumenyimpan masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi
manusiadipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga.Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan
satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspekpsikologi dan sosial
manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
ISI 6

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalamera moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya denganbaik tanpa tertekan.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi
positif daripadaahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka
mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasiataupun rakan-taulan di sekeliling
mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan
negatifseperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin
positif minda seseorang itu maka semakintinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
PENUTUP

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan
tadi. Gaya hidup sihat hanyaboleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan
berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yangmasih memandang rendah
kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita
semuaperlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya

Anda mungkin juga menyukai