Anda di halaman 1dari 4

Amalan Gaya hidup Sihat

Gaya hidup sihat bermaksud satu amalan kehidupan yang membawa


kesan positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Antara ciri
kehidupan yang sihat ialah seseorang hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami
sebarang masalah. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai gaya hidup
sihat.

Pertama sekali, kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam
kehidupan. Elakkan daripada mengambil makanan makanan ringan, makanan segera
dan makanan berlemak tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit
kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan
kita lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti
bersukan, berekreasi, berjalan, berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga
ketika hujung minggu. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang
sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan.

Kita juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang
cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan
kuman atau penyakit, kita digalakkan mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan dan menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat.


Pada masa yang sama, kita juga perlu menjaga dan menghargai alam
sekitar. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita
terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah mestilah kerap
dibersihkan ataupun ditukar.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial
seseorang itu. Kita digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan
biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan.

Tambahan pula, sikap positif penting untuk kita menangani tekanan
kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupannya dengan baik tanpa
tertekan. Kita boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun
rakan taulan di sekeliling kita jika kita menghadapi sebarang masalah.

Kesimpulannya, gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat
mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma
sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup
sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Benarlah
perumpamaan bahawa Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.




Peta Buih: Nilai-nilai Murni dalam Amalan Gaya Hidup Sihat

Nilai Murni
dalam Gaya
Hidup Sihat
Bina ayat berdasarkan nilai murni yang kamu bincangkan sebentar tadi.

1. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_____________________________________________________

2. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_____________________________________________________

3. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_____________________________________________________

4. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_____________________________________________________

5. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_____________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai