Anda di halaman 1dari 2

Dalam era modenisasi ini, pastinya ramai tertanya-tanya apakah cara mengamalkan gaya hidup sihat.

Hal ini kerana, kita sering dikejutkan dengan berita yang tidak berapa sedap untuk didengari
berkenaan masalah kesihatan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, meningkatnya kes-kes penyakit
kritikal seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan lain-lain penyakit yang berkaitan. Malaysia kini
dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. Empat daripada sepuluh orang dewasa yang
melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami berat badan berlebihan (obesiti) atau lebih
dikenali sebagai kegemukan. Oleh itu, kita mestilah mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang
sihat agar diri kita terhindar daripada masalah kesihatan tersebut agar tidak menjadi seperti
peribahasa Melayu “nasi sudah menjadi bubur”. Kehidupan yang sihat, ceria, bahagia dan selamat
sememangnya merupakan impian setiap manusia di dunia ini. Bagi mencapai impian tersebut,
pengamalan cara  hidup yang sihat merupakan langkah yang seharusnya diamalkan. Rakyat di
negara Malaysia kini semakin sedar akan kepentingan mengamalkan disiplin kehidupan yang sihat
sebagai cara hidup bagi merealisasikan impian untuk hidup lebih sihat, bahagia dan selamat itu
tercapai. Isi Kandungan [Tutup] Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat Dan Isi Penting 1.
Menjaga Pemakanan Seharian 2. Melakukan Senaman atau Riadah 3. Jauhkan Diri Daripada
Tekanan Diri 4. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran  5. Menghindarkan diri daripada aktiviti
negatif yang boleh menjejaskan kesihatan 6. Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan Contoh Karangan
Amalan Gaya Hidup Sihat Dan Isi Penting Gaya hidup yang sihat (GHS) merupakan kunci utama
kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap
pembangunan agama, bangsa dan negara. GHS didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda
dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan
sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh
faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang
penyakit yang boleh memudaratkan insan. Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan
dalam mengamalkan kehidupan yang sihat antaranya adalah dengan menjaga pemakanan seharian,
melakukan senaman atau riadah, jauhkan diri daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan
persekitaran daripada terjebak melakukan perkara yang menjejaskan kesihatan, dan membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala. 1. Menjaga Pemakanan Seharian Perkara paling penting
dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara makanan-makanan yang paling utama atau
perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan
karbohidrat seperti: Nasi Bijirin Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga
untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai urusan kehidupan seharian.
Seterusnya, pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti:-
Sayur-sayuran Buah-buahan Mengambil makanan tersebut dengan secukupnya penting untuk
membekalkan vitamin serta serat kepada badan manusia. Di samping itu, berdasarkan piramid
makanan juga, ia menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam,
dan gula. Ini kerana ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung,
diabetes, darah tinggi dan sebagainya. 2. Melakukan Senaman atau Riadah Cara mengamalkan gaya
hidup yang sihat yang lain juga adalah dengan melakukan aktiviti senaman dan riadah yang penting
untuk tubuh badan kita. Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta
amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ini, sekaligus dapat membakar kalori dalam badan
dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh
dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan
riadah tersebut adalah memadai untuk dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit. 3. Jauhkan Diri
Daripada Tekanan Diri Pengamalan juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stres. Tekanan diri
adalah gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Ianya
melibatkan tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain daripada
masalah rumah tangga. Seseorang yang mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari formula
untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta
akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri. Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani
tekanan diri ialah seperti:- Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar ataupun
kaunselor Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga Mendekatkan diri kepada Tuhan serta
aktiviti keagamaan untuk terus memotivasi diri Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan
baik membolehkan diri kita supaya hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat memerlukan
kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurungan disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan
yang tidak teratur. 4. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran  Amalan seterusnya ialah
menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Ini adalah untuk mengelak daripada terjebak atau
terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan. Antaranya adalah seperti tempat-tempat yang
membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi. Segala sampah
sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
atau ke longkang luar rumah juga adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar. 5. Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kesihatan Selain itu,
kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi impak tidak baik terhadap
tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan tubuh
badan kita dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut adalah seperti:- Penagihan
dadah Ketagihan arak Seks rambang Menghisap rokok Secara jelasnya, tabiat seperti menghisap
rokok ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan
menghindari merokok juga, anda juga dapat menggunakan wang tersebut untuk menabung dan
bercuti atau melakukan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memberi keseronokkan. Tambahan pula,
dengan meminum arak akan mendatangkan implikasi teruk kepada mental serta fizikal kepada
mereka yang mengambilnya. Selain itu, dengan terjebaknya seseorang itu kepada penagihan dadah
juga boleh menyebabkan punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat. Sebagai peringatan,
sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini bukan sahaja akan menerima kemudaratan kepada diri
sendiri, bahkan juga dipandang serong malahan bakal disisihkan oleh masyarakat. Oleh itu, marilah
kita semua meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah
mahupun rokok serta arak. Mengawal dan mencegah daripada berlakunya kegiatan buruk ini bukan
sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata malahan memberi kebaikan kepada
masyarakat. 6. Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan Kebanyakan orang dalam kalangan
masyarakat biasanya akan berjumpa dengan doktor hanya bila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka
lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan seseorang membuat pemeriksaan kesihatan
secara berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta dengan
kekerapan masa sebanyak dua kali setahun. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh
megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Secara
kesimpulannya, terdapat banyak amalan yang perlu kita lakukan antaranya seperti perkara yang
dinyatakan di atas untuk membolehkan kita supaya terus hidup sihat. Amalan ini harus dipupuk serta
disedari oleh kita sejak daripada kecil lagi. Ibu bapa serta anggota keluarga lain juga memainkan
peranan dalam mendidik kita mengamalkan gaya kehidupan ini. Akhir sekali, peribahasa Melayu ada
menyebut “mencegah itu lebih baik dari mengubati” maka marilah kita sama-sama mengamalkan
gaya hidup sihat sebelum terlambat. Related : kencing manis, mengurangkan risiko, makanan
harian, aktiviti fizikal, salah satu, tekanan darah tinggi, penyakit berbahaya, untuk memberikan, risiko
penyakit, pilihlah makanan

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html

Anda mungkin juga menyukai