Anda di halaman 1dari 3

Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat :

Kehidupan yang bahagia,selamat dan sihat


merupakan kehidupan impian semua orang.Untuk
mencapai impian tersebut,pengamalan gaya hidup sihat
merupakan langkah yang wajar dipraktikkan oleh setiap
lapisan masyarakat.Rakyat negara ini harus sedar
tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat
supaya dapat menjalani kehidupan yang selamat dan
sihat.

Antara cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat


ialah pemakanan yang seimbang.Hal ini meliputi
pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan
piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian
Kesihatan.Makanan seperti nasi dan bijirin yang
mengandungi kaborhidrat harus diambil dalam kuantiti
yang banyak dan diutamakan kerana kaborhidrat dapat
membekalkan tenaga untuk membolehkan kita
menjalani pelbagai urusan kehidupan
seharian.Pengambilan sayur dan buah-buahan yang
banyak amat penting bagi membekalkan vitamin dan
serat yang cukup kepada tubuh badan.Makanan yang
mengandungi lemak,minyak,garam dan gula yang tinggi
harus dielakkan.Hal ini demikian,makanan yang tidak
sihat ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik
seperti diabetes,darah tinggi,obesiti dan serangan
jantung.Oleh itu,makanan yang seimbang dan sihat
harus diutamakan dalam usaha melahirkan modal insan
yang berkualiti dan sihat.

Seterusnya,melakukan aktiviti senaman dan


beriadah ialah merupakan salah satu cara mengamalkan
gaya hidup sihat.Pengambilan makanan seimbang yang
disertai dengan amalan bersenam dan beriadah secara
konsisten dapat membakar kalori dalam badan dan
seterusnya mengurangkan masalah peningkatan berat
badan.Aktiviti senaman dan beriadah boleh dilakukan
sebanyak tiga kali seminggu bersama-sama keluarga
dan rakan.Memang tidak dinafikan bahawa badan yang
cergas dapat membina minda yang cerdas.Oleh itu,kita
haruslah memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 30
minit untuk melakukan aktiviti senaman dan beriadah
seperti berjalan,berlari dan bermain yang dapat
mengeluarkan peluh.Amalan senaman dan beriadah
mampu melancarkan aliran darah,menguatkan urat saraf
dan otot-otot badan serta peluh yang dapat menjamin
kualiti kesihatan seseorang.

Selain itu,corak kehidupan yang sihat juga dapat


membantu seseorang individu untuk hidup sihat tanpa
sebarang penyakit.Bagi menjamin kesejahteraan
hidup,kita haruslah menghindarkan diri dari segala
perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan diri
seperti amalan merokok,pengambilan minuman
keras,penagihan dadah dan pergaulan bebas.Amalan
negatif sebegini boleh mendedahkan diri kita kepada
penyakit seperti kanser,AIDS dan sakit jantung.Pada
masa yang sama,rehat dan tidur yang cukup juga
penting untuk menjaga kesihatan diri.Seseorang
individu yang tidak mempunyai rehat dan tidur yang
cukup akan cepat berasa letih dan mudah jatuh
sakit.Sudah terang lagikan bersuluh,kita harus
mengekalkan kualiti kesihatan kita bagi menjamin
kehidupan sihat selaras dengan peribahasa " mencegah
adalah lebih baik daripada merawat ".

Di samping itu,pengamalan gaya hidup sihat juga


melibatkan pengurusan stres.Stres atau tekanan
perasaan merupakan gejala negatif yang semakin
menular dalam kalangan masyarakat.Sesorang individu
yang mengalami stres perlulah bijak mencari formula
untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut dan
terganggu sehinggan menjejaskan kesihatan dan
kehidupan seharian.Antara langkah yang dapat
dilakukan untuk menangani stres ialah meminta
pendapat kaunselor,berkongsi masalah dengan keluarga
atau rakan dan mendekatkan diri dengan Tuhan.Stres
yang dapt diuruskan dengan baik membolehkan kita
hidup bahagia dan sihat.

Bagi menjamin kesihatan diri kita terjamin,kita


hendaklah berjumpa dengan doktor di hospital dan
klinik secara berkala,iaitu sekurang-kurangnya lima kali
setahun bagi membolehkan penyakit yang tidak
menunjukkan sindrom dapat dikesan lebih awal.Sebagai
contohnya,penyakit berbahaya seperti kanser yang kita
sedia maklum bahawa sukar diubati jika lambat
diketahui.Bak kata pepatah " jangan sudah terhantuk
baru tengadah ".Oleh itu,dengan pertemuan secara
berkala dengan doktor,rawatan susulan dapat dilakukan
supaya kesihatan seseorang indidu terjamin.

Kesimpulannya,jelaslah bahawa pengamalan


gaya hidup sihat dapat menjamin kesejahteraan yang
diimpikan.Sebenarnya,tiada istilah terlambat bagi setiap
orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat.Gaya
hidup sihat dalam kehidupan seharian harus diamalkan
bagi melahirkan masyarakat yang bebas penyakit.

Anda mungkin juga menyukai