Anda di halaman 1dari 1

Cara-Cara Menghargai Jasa Guru

Setiap orang mempunyai guru. Guru merupakan orang yang paling banyak berjasa
kepada kita.Oleh itu,sebagai anak murid kita perlu menghargai jasa mereka kepada kita.Ada
banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menghargai jasa mereka kepada kita.
Antaranya,kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita berjaya
dalam pelajaran mereka akan berasa gembira. Guru-guru pasti berbangga dengan kejayaan kita.
Sekurang-kurangnya penat lelah mereka mengajar kita akan terbalas.
Selain itu,kita hendaklah mendengar dan menurut nasihat guru-guru kita.Jangan
sesekali kita membantah.Kalau kita membantah,kita akan dianggap tidak menghormati mereka.
Di samping itu,kita juga mestilah menghormati guru.Kita boleh memberi salam
ketika berjumpa dengan mereka.Janganlah sesekali kita menyinggung perasaan atau
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap guru-guru kita.
Akhir sekali,kita perlu menumpukan perhatian semasa guru mengajar.Kita
mestilah mendengar dengan teliti sepanjang pengajaran guru.Kita janganlah bermain-main atau
leka ketika guru mengajar.
Kesimpulannya,kita hendaklah sentiasa mengenang jasa guru-guru kita.Tanpa guru kita tidak
mungkin pandai menulis dan membaca.Guru ibarat obor yang menerangi hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai