Anda di halaman 1dari 4

KERJA AMAL DI SEKOLAH

Posted by PN NORAINI BINTI AMRAN at Sunday, December 14, 2008 Sunday, 14 December 2008
Labels: Kerja amal di sekolah

Bagi pelajar yang lebih berdikari cikgu galakkan untuk keluar berjumpa masyarakat untuk melakukan
kerja amal seperti di tempat-tempat berikut:

Zoo Negara

SPCA

Rumah orang tua

Rumah anak yatim

Tadika

Rumah ibadat mengikut agama pelajar (kuil, tokong, gereja, gudwara)

Taman d.l.l
Lawatan
Kerja amal di sekolah sebenarnya khusus untuk membantu pelajar yang tidak tahu untuk
menjalankan kerja amal sendiri. Di SMK Taman Kosas, cikgu bekerjasama dengan guru/penyelaras
bilik-bilik khas sekolah seperti:

bilik jahitan

bilik masakan

pusat sumber sekolah

pusat sumber guru

makmal sains

stor sukan d.l.l


untuk membersih, menceria atau pun mengemas kini bilik-bilik tersebut. Kerja amal ini pula dijalankan
selepas waktu persekolahan ataupun pada waktu Pendidikan Moral sendiri dimana cikgu akan
membantu dan memantau murid sepanjang proses kerja amal tersebut.
Cikgu juga sering menggunakan peluang acara sekolah untuk membolehkan pelajar menjalankan
kerja amal. Ini termasuklah:

hari kantin

bulan kemerdekaan

hari guru

hari anugerah kecemerlangan d.l.l

Berikut adalah sebahagian kecil daripada kerja amal cikgu jalankan di sekolah.

Kerja Amal menceriakan Pusat Sumber Sekolah

Pn Zaibedah,(Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) sedang memberi taklimat kepada peserta kerja amal

Pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat.

Memasang Kain Rentang Hari Kantin Sekolah

Memasang kain rentang di pagar utama sekolah

Ehh....macam mana nak pasang ni....

alamakkk....susahnya....

Wah...cikgu Dian pun tolong.......cikgu Noraini tolong


ambil gambar sajalah ya.........

Ok tak cikgu.....????

Pegang kuat-kuat sikit....

Anda mungkin juga menyukai