Anda di halaman 1dari 1

Saya berada dalam keadaan yang baik, maka saya berada di sini bersama saudara dan

oara hadirin. Salam forum buat semula.

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih pengerusi majlis.

Sahabat-sahabat ahli panel dan siding hadirin yang dihormati.

Terima kasih saudari pengerus. Soalan yang sungguh menarik daripada saudari
pengerusi ialah yentang langkah-langkah mengamalkan gaya hidup sihat.

Gaya hidup yang sihat membawa maksud tahap kecergasan setiap individu bagi
melakukan sesuatu aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahawa individu pada hari ini kurang
mengamalkannya dengan alasan mereka terlalu sibuk sehingga mengabaikannya.
Persoalannya, bagaimanakah cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat?

Antara cara mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah mengamalkan cara
pemakanan yang sihat. Seseorang individu mestilah makan makanan yang seimbang
seperti yang terdapat dalam piramid makanan. Makanan yang seimbang mengandungi
semua nutrien yang diperlukan oleh badan. Seseorang individu tersebut mestilah
menjauhi makanan berkolestrol tinggi, berlemak dan makanan ringan. Jelaslaah
bahawa mengamalkan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit kronik,
badan menjadi sihat dan cergas dan minda cerdas.

Selain itu, gaya hidup yang sihat juga dapat diamalkan dengan melakukan
aktiviti riadah dan istirahat. Setiap individu perlulah sentiasa mrngambil berat amtara
satu sama lain terutamanya dalam kalangan ahli keluarga. Setiap ahli keluarga
mempunyai peranan penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Contoh perkara
yang dapat dilakukan ialah bersukan, bersantai dan melancong. Tegaslah bahawa
dengan melakukan senaman tiga kali seminggu, badan akan menjadi cergas.

Di samping itu, setiap individu juga perlulah mengelakkan diri dari ancaman
gejala negatif. Terpesong ke arah gejala negatif dapat menjejaskan kesihatan badan
seseorang individdu itu. Contoh gejala negatif yang perlu dielakkan ialah merokok,
minum minuman keras dan menagih dadah. Jelaslah bahawa amalan gejala negatif
dapat menjejaskan kesihatan diri seseorang individu tersebut.

Kesimpulannya, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat daat menjadikan


badan cergas dan sihat, minda cerdas serta dapat mengelakkan diri daripada gejala
negatif.

Anda mungkin juga menyukai