Anda di halaman 1dari 6

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Ambil galah jolok rambutan,

Terlupa kerangga mengigit diri;

Angkara mengabaikan kesihatan,

Padahnya pasti memudaratkan diri.

Pantun di atas mempamerkan betapa pentingnya menjaga kesihatan diri kita. Namun,
senario pada zaman ledakan sains, informasi dan teknologi yang drastik dan radikal ini amat
bersanggah terhadap kenyataan tersebut. Mutakhir ini, lapisan masyarakat kurang
mementingkan soal kesihatan kerana raghib mengejar kematerialan. Soal kesihatan pula
tidak dititikberatkan dan dipulaukan supaya tidak menjadi sinonim dalam kehidupan mewah
mereka? Lumrahnya, kesihatan manusia mengalami paradigma mengikut kajian saintis
kerana 'zaman beralih, musim bertukar'. Bukankah hetorogen msalah akan merundung kita
apabila kesihatan kita dipinggirkan? Masyarakat perlu sedar bahawa kesihatan ialah
anugerah daripada Tuhan yang tidak ternilai jika hendak dianalogikan dengan segunung
intan. Justeru, mencegah lebih baik daripada mengubatinya dan kita hendaklah
mempraktikkan amalan gaya hidup yang sihat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
anda amalkan untuk memastikan kesihatan anda dalam keadaan yang terbaik?

Insiatif perdana yang boleh diambil ialah mengambil makanan yang berkhasiat. Sejak kecil
lagi, kita dididik tentang gizi makanan, iaitu melebihkan pengambilan makanan seperti bijiran
,sayuran dan buah - buahan. Jikalau kita menyoroti pyramid makanan, kita patut
mengamalkan diet seimbang yang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam setiap
santapan kita. Antaranya ialah karbohidrat, protien, lemak, mineral, vitamin, air dan
pelawas. Sikap masyarakat 'makan dahulu kira kemudian' ialah faktor dominan yang
menyebabkan peningkatan kes obesiti dalam lapisan masyarakat bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Apabila selera makanan menakluki jiwa kita, sudah pasti lagi nyata makanan
yang disuapkan ke dalam mulut akan merosakkan kesihatan badan. Orang seumpama itu
patut kukuh berpegang pepatah Melayu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada
berguna'. Pada masa yang sama, makanan segera patut dielakkan kerana kandungan dan
kebersihan makan yang dijual masih berada dalam keadaan yang meragukan. Tamsilannya,
burger, MC Donald, KFC adalah antara makanan segera yang menjadi kegilaan masyarakat
sedasarwarsa ini. Maka, menjadi tugas kita untuk memilih makanan yang seimbang demi
kesihatan yang kamil. Kesannya, pengambilan makanan secara bijak dan berkhasiat mampu
menjamin kesihatan kita.
Selain itu, aktiviti bersenam yang tidak kurang penting juga merupakan salah satu prakarsa
untuk mengamalkan kesihatan dalam keadaan yang terbaik. Melalui senaman, otot - otot
badan kita mengalami pergerakan dan dengan demikian, aliran darah menjadi lebih efisyen.
Dampaknya, badan kita akan berasa lebih segar dan bertenaga. Dengan menjalankan aktviti
sukan yang memerlukan tenaga yang banyak seperti berjoging atau bermain badminton,
lemak dalam badan akan terbakar dan seterusnya beberapa penyakit yang berbahaya akibat
kegemukan dapat dihindari. Misalnya, kencing manis yang berpunca dariapada simpanan
kalori yang tinggi dalam badan kita. Malah, Kementerian Kesihatan sendiri menguar - uarkan
agar rakyat bersenam tiga kali seminggu agar otak cerdas, badan cergas. Bagi golongan yang
tidak aktif bersenam, kecergasan badan dan tahap stamina akan menjadi rendah. Mereka
akan lebih cepat berasa letih dan lesu berbanding orang lain seperti peribahasa Melayu,
'kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapt sagunya'. Ijmalnya, pengambilan makanan
secara bijak dan berkhasiat mampu menjamin kesihatan kita.

Jika dihalusi dari perspektif yang lain, menjauhkan diri daripada amalan negatif juga boleh
menjamin kesihatan kita. Amalan negatif dalam konteks ini diijtihadkan sebagai amalan yang
boleh memunahkan diri kita. Antaranya ialah amalan merokok, minum minuman keras dan
penyalahgunaan najis dadah. Hakikatnya, semua tabiat buruk ini lebih mendatangkan
pelbagai ironi yang kronik daripada kebaikan. Misalnya, dadah musuh utama negara boleh
mengundang bala seperti penyakit kulit, AIDS dan sebagainya. Amalan merokok
menyebabkan penyakit jantung, mati pucuk, kanser paru – paru dan sebagainya. Oleh hal
yang demikian, kita perlu sediakan paying sebelum hujan demi mengelakkan semua tabiat
buruk ini. Ibu bapa perlu menjadi uswah yang bitara kepada anak - anak yang masih setahun
jagung. Ibu bapa janganlah merokok di hadapan anak - anak supaya tidak menjadi ikutan
mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Namun, masyarakat yang menuju era
globalisasi ini memandang enteng dan mengkonotasikan perkara ini sebagai perkara yang
leceh. Implikasinya, pemeriksaan kesihatan tidak mengambil masa yang lama. Jika terdapat
sebarang masalah boleh dicegah terlebih dahulu daripada mengubati dan merana padahari
muka.

Jika ditelusuri dari perspektif lain, kesihatan mental dan emosi juga satu kayu pengukur
kepada kesihatan. Seseorang yang menjalani gaya hidup sihat tidak akan membatukan diri
tatkala ketegangan jiwa menusuk dirinya. Kendatipun tugas yang tertanggung di pundak itu
berat, seseorang itu patut mengurus tekanan mental dengan baik. Umpamanya, seseorang
itu tidak palarlah membiarkan masalah di pejabat dan kemudian merudungnya sampai ke
rumah. Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk menenangkan jiwa kita? Sesungguhnya sebarang
aktiviti yang mengurangkan stress sudah mampu untuk mengekalkan kesihatan mental.
Dengan bersembahyang, mendengar muzik, dan bermeditasi, sanubari kta tidak akan inca –
binca. Dalam mencerakinkan proses gaya hidup sihat, para doktor sendiri membangkitkan
suatu kenyataan iaitu orang yang pandai menguasai emosi merupakan orang yang sihat.
Kenyataan ini bukanlah bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari. Natijahnya, kita
patut bijak mengkontrol pergolakan jiwa demi kesihatan yang subur.
Akhir kalam, kita pelu menjaga kesihatan kita sepanjang masa. Jika tidak, kita sendiri akan
menderita jika kesihatan diri diabaikan. Hakikinya, kesihatan tidak dapat dibeli menerusi
wang ringgit. Hadapilah keadaan hidup ini dengan jujur dan berani demi keharmonian serta
kesejahteraan hidup diri dan keluarga. Sesungguhnya, amalan gaya hidup sihat dapat
melahirkan komuniti yang sihat dan intelektual serta masyarakat madani yang dihasratkan
oleh keeajaan. Pelbagai pihak patut menjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenaga
secara telus dan tulus demi mencanai masyarakat yang menitikberatkan soal kesihatan
selaras dengan slogan kerajaaan "Sihat Sepanjang Hayat".
\

Anda mungkin juga menyukai