Anda di halaman 1dari 4

Merah menyala si bunga raya, biarkan ia mekar di sana,

izinkan saya mula bicara, agar manfaat diperoleh


bersama,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera kepada saudara dan saudari yang
dihormati sekalian. Saya Zara Zafrina binti Zakaria dari
kelas 104 akan menyampaikan topik ucapan saya pada
hari ini iaitu Istimewanya Langkawi.
Hadirin sekalian
Saya akan berkongsi bukan sahaja pengetahuan,tetapi
juga pengalaman indah saya bercuti di Pulau Lagenda
ini.
Hadirin Hadirat sekalian
Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah Darul
Aman. Pulau ini mempunyai pelbagai tarikannya
yang tersendiri. Pelancong boleh menaiki kapal
terbang atau feri untuk ke Pulau Langkawi. Terdapat
banyak tempat yang menarik dan terkenal di Pulau
Langkawi. Jika anda ke Pulau ini,anda boleh
berkunjung ke Pantai Cenang, Makam Mahsuri,
Kereta Kabel Gunung Mat Chincang, Galeria Perdana,
Dataran Lang, dan Pekan Kuah. Untuk pengetahuan
anda, Dataran Lang yang menjadi mercu tanda Pulau
Langkawi telah dirasmikan oleh Perdana Menteri
Malaysia yang keempat pada tahun 1996.
Menarik kan?
Hadirin Hadirat Sekalian
Di Pulau Langkawi, kita boleh melihat alam semula
jadi flora dan fauna, terutamanya jika berkunjung ke
Pulau Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan
Pulau Beras Basah. Selain itu, terdapat juga Geo Park
Langkawi untuk melakukan pelbagai aktiviti yang
menarik. Pantai Cenang merupakan lokasi utama
di Langkawi yang saya pernah lawati. Pantai ini
tidak sehebat Pantai Maldive tetapi ia adalah
pantai paling maju di Malaysia, memiliki pantai
dengan campuran pasir putih yang cantik,
perairan biru kristal dan kawasan yang
mendamaikan dengan udara yang nyaman.

Pantai Cenang juga adalah kawasan yang paling


popular di mana terdapat banyak kedai-kedai
makan tempatan dan antarabangsa, kompleks
membeli-belah bebas cukai dan resort mewah
yang terletak di sepanjang pantai yang cantik.
Disini ramai pengunjung yang berehat dan
bersantai di tepi pantai dan menikmati rawatan
spa dan urut dan saya pernah mencuba sukan air
yang menarik seperti jet ski dan parasailing.

Bagi yang berkeluarga, Pantai Cenang juga


menempatkan tarikan yang terkenal iaitu
Underwater World Langkawi. Di sini terdapat
banyak hidupan laut dan penguin yang comel.
Datanglah ke Pantai cenang ini bagi menikmati
suasana aman damai dengan tiupan angin pantai
yang pasti membuatkan anda berasa tenang.
Keindahan panorama pantai ini juga boleh
dijadikan sebagai terapi diri dalam merehatkan
fizikan dan mental terutamanya bagi pelajar dan
guru.

 Kereta Kabel Langkawi juga merupakan tarikan


utama pelancong ke Pulau lagenda ini dan
merupakan salah satu tempat yang saya pernah
lawati.  Terletak 709 meter di atas paras laut,
perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak
kedua tertinggi di Langkawi adalah satu
pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Sepanjang 20 minit perjalanan, anda akan
melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan
hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh
melihat negara Thailand di utara dan Indonesia
dari arah barat daya apabila langit cerah.

Pulau Langkawi juga merupakan pusat beli-belah


zon bebas cukai. Di sini, kita boleh membeli barang-
barang daripada produk gamat, pinggan mangkuk,
pelbagai jenis coklat, beg tangan, minyak wangi,
pakaian, peralatan sukan, dan bermacam-macam
lagi.Saya pasti ramai,ibu-ibu yang sentiasa
membeli pinggan mangkuk setiap kali
mengunjungi Pulau Langkawi.Dan sayalah mangsa
yang terpaksa membawa pinggan mangkuk yang
dibeli.
Jadi, apa sebenarnya keistimewaan di Pulau Langkawi?
Haaaaa. Keistimewaan yang terdapat di Pulau Langkawi
pasti menambat hati para pengunjung. Pelancong yang
datang ke sini pasti membawa pulang buah tangan
dan kenangan manis. Bagi pendapat saya, MRSM
Langkawi juga antara tempat tarikan yang terdapat di
Langkawi. Saya pasti ramai anak ii muda yang berminat
untuk menimba ilmu di sini termasuklah saya. Sudah
tentulah,kerana saya juga adalah warga MRSM
Langkawi .Seperti yang kita tahu, disebabkan penularan
(covid 19) segala aktiviti pelancongan tidak dibenarkan.
Saya berharap agar penularan koronavirus (Covid-19)
dapat diatasi bagi membolehkan keadaan kembali
seperti sedia kala.

Bunga dedap di atas para,anak dusun pasang pelita kalau


tersilap tutur bicara,jari disusun maaf dipinta.

Anda mungkin juga menyukai