Anda di halaman 1dari 3

No.

39, Jalan Damai,


Taman Bukit Anggerik,
Ipoh, 30290
Perak Darul Ridzuan.

6 Ogos 2016

Menemui sahabat penaku Arthur, yang kini berada bersama keluarga di Melbourne, Australia, semoga
saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saudara Arthur,

Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak terlambat untuk
membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan
besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat berminat untuk mengetahui tempat dan kawasan
perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya pernah utuskan sebelum ini, saya ada bercerita tentang
Bukit Fraser, kali ini saya ingin ceritakan mengenai Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan yang terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung
Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan dan tempat menarik yang boleh dilawati oleh saudara.
Antaranya termasuklah pemandangannya yang sangat memukau hati. Ini kerana Pulau Langkawi
dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan suasananya yang jauh dari hiruk-pikuk
bandar. Saudara dapat menikmati keindahan suasana dan pantainya ini dengan mengunjungi sendiri ke
Pulau Langkawi.
Pulau Langkawi juga terkenal sebagai gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan dengan Legenda Mahsuri
ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan orang zaman dahulu dan juga nenek
moyang kami sendiri. Sejarah ringkasnya Mahsuri adalah seorang perempuan cantik yang telah dijatuhkan
hukuman bunuh akibat fitnah. Darah putih telah mengalir daripada tubuh Mahsuri ketika hukuman bunuh
dijalankan. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan terhadap Langkawi selama tujuh keturunannya
akan jadi seperti padang jarang padang terkukur.

Selain itu, Makam Mahsuri dan padang Mat Sirat adalah antara tempat menarik dan bersejarah yang
mempunyai kaitan dengan Legenda Mahsuri. Sekiranya saudara berkesempatan untuk mengunjungi
tempat-tempat ini tentu saudara akan memperoleh lebih banyak informasi mengenai lagenda ini. Di
Langkawi juga terdapat Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Beras Hangus dan Telaga Tujuh
yang mempunyai kaitan dengan pelbagai legenda dan mitos.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini. Jikalau ada peluang dan
kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang pulau ini. Gambar-gambar yang berkaitan dengan
Pulau Legenda ini akan saya cuba hantar kepada saudara.

Setakat ini sahaja yang sempat saya tuliskan buat saudara nun jauh di sana. Akhir kata, sambutlah salam
mesra daripada saya dan sekeluarga.

Yang Benar,

Harith Faidz
Salah satu sektor yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi di Malaysia adalah sektor
pelancongan. Saban hari, jumlah pelancong yang masuk ke dalam negara semakin meningkat dari tahun
ke tahun. Persoalannya, apakah sebab-sebab para pelancong memilih Malaysia sebagai tempat atau
destinasi pelancongan mereka?

Antara sebab utama Malaysia menjadi pilihan dalam kalangan pelancong khususnya pelancong asing
adalah kerana kekayaan alam semula jadi yang terdapat di serata negara. Tanah air kita terletak di
garisan khatulistiwa yang memberikan iklim berbeza berbanding negara-negara di Eropah, Amerika dan
Asia Barat. Kebanyakan mereka gemar mengunjungi Malaysia pada musim sejuk atau musim panas
kerana cuaca di Malaysia memberikan suasana yang disukai oleh mereka. Kerajaan Malaysia bertindak
proaktif dengan mewartakan taman-taman negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta
menjadi penyumbang kepada industri pelancongan. Pengunjung dari luar negara akan melancong di
taman-taman negara seperti Taman Negara Pahang yang merangkumi hutan belantara, gunung-ganang,
sungai serta pelbagai flora dan fauna. Di samping menikmati keindahan alam yang tidak didapati di
negara lain, pelancong dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti mendaki gunung, memancing,
berkhemah dan pelbagai lagi. Pengalaman menghabiskan masa dikelilingi alam semula jadi menjadi
antara tarikan utama pelancong ke Malaysia

Sebab lain pelancong memilih Malaysia sebagai negara yang ingin dikunjungi adalah dikelilingi pulau-
pulau serta pantai yang indah. Kekayaan alam semula jadi di tanah air kita bukan sahaja terletak di
daratannya sahaja malah di kawasan laut juga memberikan pelbagai kecantikan alam semula jadi yang
kita boleh nikmati. Misalnya, Pulau Tioman di Pahang dan Pulau Sipadan di Sabah yang menjadi
tumpuan pelancong kerana keindahan pantai serta terumbu karang yang menjadikan aktiviti menyelam
atau skuba lebih menarik. Bahkan di Malaysia, mereka bukan sahaja boleh mengunjungi dua atau tiga
pulau tetapi mereka boleh melawat hampir 30 buah pulau yang memberikan suasana pelancongan yang
menarik. Selain itu, pantai-pantai di sekeliling Semenanjung Malaysia juga tidak kurang cantiknya.
Pelancong dapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil memakan juadah tradisional masyarakat
Malaysia seperti Ikan Celup Tepung dan Sata yang popular di negeri pantai timur.

Dari sudut pandang yang lain, Malaysia menjadi pilihan pelancong adalah kerana kemudahan
infrastruktur yang kondusif. Sebelum memilih destinasi pelancongan, mereka tentunya mencari kaedah
pengangkutan yang selesa dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Pujian harus diberi kepada
industri pengangkutan negara seperti syarikat-syarikat penerbangan yang berjaya menjadi ejen keunikan
negara di mata dunia. Dengan perkhidmatan mereka yang bertaraf dunia, pelancong berasa selesa
melancong dan sampai ke destinasi yang ditujui dengan selamat. Jaringan lebuh raya dan rel seperti
sistem transit aliran ringan (LRT), komuter, dan monorel juga menyenangkan mobiliti para pelancong.
Tambahan pula, jaringan komunikasi yang menyediakan perkhidmatan Internet di kawasan tumpuan
pelancong juga memberikan nilai tambah kepada kawasan tersebut. Pelancong boleh berehat dan juga
tidak ketinggalan dengan urusan kerja dimana Internet merupakan sumber utama jaringan komunikasi ke
seluruh pelusuk dunia. Hasil infrastruktur yang kondusif dan bertaraf dunia, lebih ramai pelancong akan
datang berkunjung ke kawasan-kawasan pelancongan di seluruh negara.

Pelancong-pelancong gemar melancong di Malaysia adalah kerana kekayaan budaya dan sejarah
masyarakat berbilang kaum yang kita miliki. Umum sedia maklum, kemajmukan masyarakat Melayu,
Cina, India dan lain-lain hidup bersama menjadi satu tarikan kepada para pelancong kerana banyak
budaya yang dikongsi bersama. Tamsilnya, penganjuran rumah terbuka pada hari perayaan menjadi
simbol perpaduan masyarakat di Malaysia di mana pelbagai hidangan tradisional dihidangkan. Daripada
hidangan kaum Melayu seperti ketupat, rendang, hidangan kaum India seperti kari, tosei sehingga
hidangan Cina seperti yee sang dan kuih bulan. Pelancong juga dapat mengunjungi muzium dan
memorial untuk mengenali dengan lebih dalam tentang sejarah, budaya dan tradisi masyarakat tempatan.
Tidak dinafikan keramahan serta budi bahasa yang tinggi yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia
juga menjadi sebab pelancong gemar untuk berkunjung ke negara ini. Bak kata peribahasa, yang elok itu
budi yang indah itu bahasa.

Anda mungkin juga menyukai