Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan.

587 Kampug Parit Sonto,


Jalan Bahagia,
78541,Johor Darul Takzim,
Malaysia.

31 Mac 2022.

Menemui sahabatku, Razman Rahmat, yang berada di Surabaya, Indonesia.

    Saudara, Surat saudara tempoh hari, selamat saya terima. Terima kasih
saya ucapkan. Untuk pengetahuan saudara, saya dan keluarga di sini kini
berada dalam keadaan sihat dan selamat. Bersyukurlah kerana saudara dan
keluarga juga demikian. Semoga kesihatan dan kesejahteraan kita akan
berkekalan hendaknya. Setelah membaca kandungan surat saudara yang
bertarikh 20 Februari 2015 yang lalu, saya berasa bangga kerana saudara
ingin mengetahui keistimewaan negara ini. Saya akan tuba memenuhi
permintaan saudara melalui surat ini.

      Untuk pengetahuan saudara, Malaysia terdiri daripada dua tanah besar,


iaitu Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Di
Malaysia Barat terdapat dua belas buah negeri, manakala di Malaysia Timur
terdapat dua buah negeri. Di negara ini terdapat tempat-tempat yang menarik
yang menjadi destinasi pelancongan. Antaranya ialah Pantai Teluk Cempedak
di negeri Pahang, Pantai Batu Buruk di negeri Terengganu, dan Pantai Port
Dickson di Negeri Sembilan. Pantai-pantai tersebut bersih, bebas daripada
pencemaran, dan sesuai untuk beristirehat. Oleh sebab itulah tempat-tempat
tersebut sering menjadi buah mulut pelancong dari dalam dan luar negara.

       Selain pantai, di Malaysia juga terdapat pulau-pulau peranginan yang


terkenal. Antaranya ialah Pulau Sipadan di Sabah, Pulau Kapas di
Terengganu, dan Pulau Pangkor di Perak, dan Pulau Langkawi di Kedah. Di
pulau-pulau tersebut terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat
penginapan, pengangkutan, restoran, dan pelbagai kemudahan bagi aktiviti-
aktiviti laut. Bagi mereka yang berminat untuk menyelam pula, mereka boleh
berbuat demikian. Di dasar lautnya terdapat berbagai-bagai jenis ikan dan
batu karang. Keadaan pantainya yang bersih dengan air lautnya yang tenang
menjadikan tempat tersebut selamat untuk menjalankan aktiviti perkelahan.
Dari semasa ke semasa, tempat-tempat tersebut dikunjungi pelancong bukan
sahaja dari Asia Tenggara tetapi juga dari negara Barat. Mereka yang
mengunjungi tempat tersebut bukan sahaja dapat berehat dan menyelam
tetapi dapat juga melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Besar.

       Rasa saya, saudara tentu masih ingat bahawa satu ketika dahulu
Malaysia pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar, iaitu Portugis, Belanda,
Inggeris, dan Jepun. Dengan demikian, tentulah banyak tempat bersejarah
yang ditinggalkan oleh mereka. Satu daripadanya ialah Kota A Famosa di
Melaka, iaitu kubu peninggalan Portugis yang masih wujud sehingga
sekarang dan sering dikunjungi oleh orang ramai. Di samping itu, terdapat
juga kesan sejarah tempatan yang menarik perhatian pengunjung. Tempat-
tempat tersebut termasuklah Perigi Hang Tuah di Melaka, Makam Mahsuri di
Pulau Langkawi, Gua Niah di Sarawak, dan lain-lain. Saya yakin bahawa
saudara memang berminat untuk melawat ke tempat-tempat tersebut.
Sekiranya ada kelapangan, saya mengalu-alukan kedatangan saudara ke
Malaysia dan saya bersedia untuk menemani saudara sebagai pemandu
pelancong.

         Saudara yang budiman, Penduduk Malaysia hanyalah berjumlah 26 juta


orang tetapi terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Tiga kaum utama ialah
Melayu, Cina, dan India. Selain itu, terdapat kaum-kaum etnik di Sabah dan
Sarawak, iaitu Iban, Kadazan, Murut, Melanau, dan lain-lain. Oleh sebab
berlainan kaum, maka sudah tentu mereka mengamalkan pelbagai cara
hidup, adat resam, kebudayaan, dan kepercayaan. Sekiranya saudara datang
ke Malaysia, saudara dapat melihat berbagai-bagai sambutan hari perayaan.
Perayaan utama yang disambut di Malaysia ialah Hari Raya Puasa dan Hari
Raya Haji bagi umat Islam, Hari Krismas bagi penganut agama Kristian, dan
Had Deepavali bagi penganut agama Hindu. Selain itu, terdapat berbagai-
bagai hari perayaan yang lain, misalnya Tahun Baru Cina, Hari Gawai,
Thaipusam, dan lain-lain. Walaupun sesuatu perayaan itu milik kaum-kaum
tertentu, di Malaysia semua kaum merayakannya. Situasi sedemikian boleh
dikatakan suatu keistimewaan negara ini yang jarang-jarang berlaku di negara
lain di dunia.

           Malaysia juga kaya dengan permainan tradisional yang menjadi


kebanggaan masyarakat zaman dahulu. Antara permainan yang dimaksudkan
ialah permainan wau, congkak, dan gasing. Selain itu, di Malaysia terdapat
juga pelbagai jenis tarian yang menjadi lambang kesenian bangsa Melayu
dan bangsa-bangsa lain. Jika saudara datang ke negara ini, saudara akan
dapat melihat berbagai-bagai jenis pertunjukan kesenian. Antara yang popular
ialah dikir barat, kuda kepang, malcyung, wayang Cina, dan lain-lain. Selain
itu, terdapat pula berbagai-bagai jenis tarian yang mewakili kaum-kaum
tertentu, termasuklah tarian sumazau yang popular dalam kalangan orang
Sabah. Walaupun kini banyak terdapat permainan moden, permainan
tradisional tetap tidak dilupakan dan menjadi pertunjukan penting dalam
majlis-majlis rasmi pada hari-hari kebesaran.

           Satu lagi keistimewaan negara ini yang tidak ternilai harganya ialah
keamanan. Sehingga kini, Malaysia bebas daripada gempa bumi, letupan
gunung berapi, dan ribut taufan. Kedudukan Malaysia di Luar Lingkungan Api
Pasifik menyebabkan negara ini bebas daripada bencana alam yang besar.
Situasi ini merupakan antara faktor keamanan negara ini terpelihara. Di
samping itu, perpaduan rakyat Malaysia ternyata utuh. Walaupun kami terdiri
daripada berbilang kaum, kehidupan kami tetap harmoni. Situasi ini terbina
dengan adanya sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Sehingga kini,
rakyat Malaysia masih dapat berkongsi kekayaan negara dengan
mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri. Rakyat negara ini sedar
bahawa perpaduan kaum amat penting dalam negara yang mempunyai
masyarakat majmuk kerana bersatu teguh, bercerai roboh.

Saudara,

         Demikianlah serba ringkas catatan tentang tempat yang sesuai untuk


dilawat di Malaysia. Turut dinyatakan dalam surat ini ialah beberapa
keistimewaan negara ini yang meliputi keunikan penduduknya yang berbilang
kaum dan keamanannya yang terjamin. Diharap perkara yang saya
perkatakan melalui surat ini dapat memenuhi kehendak saudara seperti yang
dinyatakan dalam surat saudara tempoh hari. Saya dengan besar hati
mengalu-alukan kedatangan saudara ke negara ini pada bila-bila masa.
Sekian sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi.

Sambutlah salam persahabatan daripada saya di Malaysia. Terima kasih.


Yang ikhlas, Aiman Tino Marang kerapu.

Anda mungkin juga menyukai