Anda di halaman 1dari 2

Alicia Wong Hui Syan

Tajuk : Malaysia Negaraku

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang berpegang teguh pada paksi keadilan,
penjaga detik yang patuh pada waktu, para dif jemputan, guru-guru, hadirin dan hadirat, seterusnya
rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Selamat pagi dan Salam Sejahtera.

Berdirinya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan Syarahan saya yang
berbunyi ‘Malaysia Negaraku’ yang bermaksud sebuah Negara yang menjadi tempat sesuatu
masyarakat temasuk saya bernaung dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Detik 31 Ogos 1957 mancatatkan sejarah yang tidak dapat kita padam dari kamus sejarah
Negara.Ini kerana pada tarikh keramat itulah Negara kita telah mencapai kemerdekaan apabila
bendera Union Jack telah diturunkan dan buat pertama kalinya bendera Malaysia berkibar serta lagu
Negaraku berkumandang.

Kibaran Jalur Gemilang yang diiringi lagu Negaraku telah membakar semangat patriotik
dalam jiwa rakyat Malaysia kerana itulah tanda kemegahan Negara kita.Bertitik dari itulah Negara
Malaysia kian membangun.

Pembaharuan demi pembaharuan, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh Malaysia di
bawah naungan Yang dipertuan Agong dan tampuk pimpinan pemimpin-pemimpin yang
berkarisma.

Sebagai buktinya sepangjang tempoh 61 tahun Negara mencapai kemerdekaan, Malaysia


Berjaya menempa nama di pesada dunia setanding dengan Negara-negara maju yang lain.

Jalur gemilang telah Berjaya menawan puncak Everest dan Kutub Utara malahan juga ke ruang
angkasa apabila Dr. Sheikh Muzzafar Berjaya menjadi rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa
lepas. Tidak mustahil menjelang tahun 2050, Malaysia mampu menjadi sebuah Negara yang maju

Hadirin sekalian,

Malaysia Negaraku yang tercinta, penduduknya yang berbilang bangsa hidup bersatu-padu
menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa bersyukur akan kesejahteraan Negara kita.
Rakyat Malaysia sering mengamalkan sikap tolong-menolong ibarat ‘aur dengan tebing’ tanpa
membezakan warna kulit. Sebagai contohnya semasa bencana Tsunami, rakyat Malysia telah
memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat sama ada di Malaysia atau pun di
Indonesia.

Tuan-tuan dan puan-puan, Pepatah Melayu pernah berkata ‘tak kenal maka tak cinta’.Justeru,
pada tahun 2014 Malaysia telah menganjurkan tahun melawat Malaysia. Malaysia menjadi tumpuan
dari seluruh dunia.Ketika inilah Negara mempamerkan keunikan yang terdapat di Malaysia iaitu
dari segi kebudayaan dan juga adat resam masyarakat majmuknya. Pelbagai perayaan disambut
antaranya Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan dan Thaipusam yang
turut disertai oleh pelancong-pelancong asing.

Di samping itu, banyak destinasi pelancongan yang menarik diperkenalkan antaranya Pulau
Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri, Melaka dengan Kota AFamosa, Sabah dengan
Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Tanah Tinggi Cameron,
Menara KLCC, TRX Signature Tower dan sebagainya.

Setiap pelancongan itu mempunyai keistimewaan masing-masing.Inilah kelebihan Malaysia


Negaraku yang tercinta.

Hadirin sekalian,

Rakyat Malaysia juga tidak loket dengan senyuman. Sesuai dengan adat ketimuran yang
menjadi amalan rakyat di Negara ini.Faktor inilah menyababkan Malaysia disanjung oleh negar-
negara luar. Saya berbangga menjadi anak Malaysia. Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Hadirin dan
hadiran sekalian, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:

Pulau Tioman Pulau Pangkor

Tak lupa juga Tasik Pedu

Indah permai aman dan makmur

Itulah Malaysia Negaraku

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai